Tuesday, September 25, 2018


KERTAS DATA DAN FAKTA - MANIPULASI ISU HUTANG NEGARA YANG PENUH PERSEPSI
Susunan fakta dari pelbagai sumber oleh Jabatan Strategik DPPN Kedah[1]
 Muhammad Nuruddin Bashah

Tujuan : Untuk kegunaan Pemuda PAS dalam menjawab tomahan dan persediaan ilmu asas ekonomi yang menjadi keperluan ahli siasah kontemporari.
Latar belakang
Rentetan kenyataan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan secara melulu menyatakan, hutang Kerajaan Persekutuan kini telah melebihi angka RM1 trilion, jauh lebih tinggi daripada angka 51% berbanding KDNK yang dilaporkan oleh kerajaan sebelum ini menyebabkan keresahan rakyat, keraguan pelabur luar dan pelbagai reaksi negatif di kalangan rakyat.

Data yang dibentang pihak kerajaan PH sebelum menarik kembali kenyataan adalah:
Keseluruhan hutang dan liabiliti kerajaan Persekutuan mencecah RM1.08 trilion atau 80.3% berbanding KDNK setakat 31 Disember 2017, melibatkan tiga komponen berikut:

Perkara 1 : Hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM686.8 bilion (50.8% KDNK);
Perkara 2 :  Hutang Jaminan Kerajaan berjumlah RM199.1 bilion (14.6% KDNK); dan
Perkara 3 : Hutang pajakan dan caj berkaitan projek Kerjasama Awam Swasta berjumlah RM201.4 bilion (14.9% KDNK).

Fakta ini meresahkan kerana?
Dalam Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan 1983 = menetapkan ‘had siling pinjaman berkanun’ Kerajaan Persekutuan berbanding KDNK adalah 55 % inikan pula 80.3% bukankah ia meresahkan. Adakah Malaysia bakal menjadi Greece dan sebagainya. Persepsi salah faham ini  dipermain untuk miledge politik PH semata-mata.

Mari fahami apa itu hutang kerajaan:
Fahami hutang Perkara 1- Hutang Bon
l  Sekitar 97% dari hutang kerajaan (Perkara 1) Hutang kerajaan persekutuan adalah dari sumber dalam negara, iaitu dari KWSP, KWAP dll badan berkanun serta bank-bank domestik yang membeli bon kerajaan Malaysia.
l   Bakinya 3% adalah dari sumber luar negara. (pelabur asing datang beli bon bukannya berhutang dengan IMF )
l  Hakikatnya, semua pelabur institus KWSP,KWAP dll  hampir pasti tidak akan mengalami kerugian teruk sehingga mereka terpaksa menebus kertas bon itu (iaitu meminta kerajaan Malaysia membayar semula hutang mereka secara sekaligus).
l  Tiada tekanan  kepada kerajaan selama ia berhutang dengan badan berkanun ini.
l  Bagi kerajaan, bon itu hutang.
l  Bagi pembeli bon, ia menjadi aset. Kerajaan akan membayar interest pada pemegang bon, maka interest itu menjadi pendapatan kepada pembeli bon tadi[2].
l  Kadar hutang perkara 1 ke KDNK hanyalah 50.8% sahaja, (masih lagi dalam kadar selamat)[3].

Jika Hutang luar, maka perlu segera dibayar kerana…..
l  Korea Selatan  pernah membuat kutipan dana awam (emas) untuk melangsaikan hutangnya kerana pada  krisis 1998 Korea Selatan telah meminjam sebanyak USD21 billion bailout package dari IMF (total pinjaman IMF+negara luar ialah USD58 billion).
l  Kegagalan membayar hutang IMF ini akan menyebabkan boleh hilang kedaulatannya apabila ia akan dikawalselia oleh IMF. (ini perancangan Yahudi)
l  Korea akhirnya berjaya melunaskan hutang IMF pada tahun 2000 dan  pulih segera dari kesan krisis 1998,
l  Malaysia tidak berhutang dengan IMF. (ini kehebatan Tun Mahathir yang tidak dapat dinafikan)
l  Indonesia dan Thailand turut berhutang dengan IMF dalam menguruskan negara mereka pasca krisis 1998, namun mereka mengambil masa yang lebih lama untuk pulih. Maknanya hutang dengan agensi/negara/pelabur luar bahaya.

Bermakna hutang perkara 1 adalah tidak berbahaya kerana ia juga suatu yang perlu.
l  Jadi bila setiap tahun kerajaan bayar interest daripada bon tersebut, duit tu pergi ke  KWSP, Bank, syarikat insurans dll dan jadi untung kepada pihak ini semua.
l  Untung KWSP pergi ke dividen KWSP kita.
l  Untung untuk bank ke interest savings account kita, sebahagian pergi ke shareholder bank, yang mana banyaknya juga dipegang kerajaan melalui Khazanah dan rakyat melalui pelaburan KWSP, ASB, Tabung Haji, unit amanah dan Saham.
l  Untung untuk syarikat insurans pergi untuk pelan insurans kita, sebahagiannya pula pergi ke shareholder, yang sama juga seperti bank.
l  Untung KWAP untuk bayar pencen pesara kerajaan.
l  Jadi bila kerajaan bayar hutang / bayar interest / profit rate untuk bayaran hutang, kerajaan bayar kepada rakyat Malaysia sendiri sebenarnya.



IMG_256]

Fahami Perkara 2 Hutang jaminan
l  Jaminan kerajaan itu diberikan kepada empat badan berkanun dan 26 anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
l  Bertujuan melaksanakan projek strategik negara yang berimpak tinggi dan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.
l  Ia terbahagi kepada sektor pendidikan, perkhidmatan, infrastruktur, kewangan, pegangan pelaburan dan utiliti,
Fahami Perkara 3 Hutang bayar sewa
l  Hutang Perkara ketiga adalah bayaran sewa (lease) kepada syarikat-syarikat tertentu pemegang konsesi di bawah projek Public Private Partnership (PPP).
l  Kerajaan ada membelanjakan sejumlah wang setiap tahun untuk projek pembangunan di luar daripada bajet tahunan sama seperti pembangunan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang dibina oleh Putrajaya Holdings Berhad (PJH) misalnya  kerajaan membayar sewa lebih RM1 bilion setahun kepada PJH sehingga sekarang di bawah perjanjian sewa selama 25 tahun.
l  Jika Perkara 3 iaitu pembayaran sewa ini dikira sebagai hutang negara, sebahagian daripada yang menyumbang kepada kenaikan hutang negara adalah Tun M yang merupakan "arkitek" kepada pembangunan projek mega luar daripada bajet kerajaan seperti Putrajaya. (PAS pernah menentang banyak projek mega membazir kerajaan Mahathir dulu)[4]

Kenapa PM umum 1 Trillion?
l  Perdana Menteri dan Menteri Kewangan campur Perkara 1 + Perkara 2 dan Perkara 3 sekaligus menampilkan betapa teruknya negara[5].
Perkara 1 : Hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM686.8 bilion (50.8% KDNK);
Perkara 2 :  Hutang Jaminan Kerajaan berjumlah RM199.1 bilion (14.6% KDNK); dan
Perkara 3 : Hutang pajakan dan caj berkaitan projek Kerjasama Awam Swasta berjumlah RM201.4 bilion (14.9% KDNK)[6].
l  Adakah kerana sengaja gambarkan Malaysia bangkrap? Perang persepsi?
l  Akhirnya Kementerian Kewangan  mengesahkan hutang kerajaan dalam bentuk sekuriti iaitu bon berjumlah RM686.8 bilion (setakat 31 Disember 2017) yang merupakan jumlah hutang rasmi mengikut standard laporan hutang kerajaan yang diamalkan di seluruh dunia. ( melegakan pelabur dan rakyat)
l  Tidak ada negara lain dalam dunia yang mengira hutang yang dijamin (Perkara 2) sebagai hutang negara. (adakah Menteri Kewangan jahil asas ekonomi)
l  Hutang kerajaan  diterbitkan setiap tahun untuk tatapan umum melalui Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan  yang diterbitkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM malah rating agencies seperti Moody's, S&P dan Fitch juga tahu butiran dan jumlah hutang yang dijamin kerajaan ini. (adakah Menteri PH kangkung hingga tidak mampu akses maklumat ini)
Beza hutang dengan Defisit
l  Defisit itu bukan hutang.
l  Defisit adalah kekurangan dana atau terlebih belanja didalam belanjawan tahunan.
l  Defisit ini yang menyebabkan kerajaan terpaksa berhutang untuk menampung perbelanjaan yang lebih daripada hasil yang dikutip kerajaan.
l  Hutang negara dikira dalam jumlah berapa Ringgit Malaysia dan juga dikira berbanding jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP). [KDNK secara ringkasnya bermaksud saiz ekonomi negara]. 

Kaedah pengiraan hutang sejak 2014
l  Turut merangkumi butiran termasuk hutang swasta, hutang syarikat awam serta hutang individu.
l  Malaysia tidak berhutang kepada pihak seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
l  Hutang 2014 melonjak 700 bilion kerana yang disenaraikan ini termasuk hutang swasta, hutang syarikat awam, hutang individu bahkan hutang orang luar yang membeli bon di negara kita turut dimasukkan sekali.
l  Singapura misalnya, hutangnya apabila dikira menerusi kaedah baharu ini adalah sebanyak RM3 trilion.



Rujukan

Penyusun fakta : Muhammad Nuruddin Bashah (Jabatan Strategik DPPN Kedah)




[1]Penyusun fakta : Muhammad Nuruddin Bashah (Jabatan Strategik DPPN Kedah)
[2]Pendapatan itulah yang akan diagih kepada rakyat (pencarum KWSP, pesara, penyimpan di bank) melalui dividen. Sebagai pelabur, sudah tentu badan berkanun dan bank tadi mahukan 'stream of income' dari kerajaan ini berterusan wujud. Ini kerana disebut boan kerajaan adalah 'risk-free investment' disebabkan kerajaan tidak akan sama sekali bankrap dan gagal membayar interest.
[3]Pada 1997 sebelum krisis, kadar ini berada pada 34%. Selepas krisis, ketika kerajaan kembali mengalami bajet defisit, keberhutangan kerajaan hanya dalam jajaran purata 40% sahaja dari 1998-2008. Hanya selepas DS Najib mengambilalih kerajaan, ia meningkat lebih 50% sehingga sekarang.
[4]Syahir Sulaiman memberi komentar berkenaan hutang pajakan (Perkara 3 ) ini. Menurutnya Putrajaya dibina menggunakan duit dari Petronas dan juga hutang yang mana sampai sekarang masih lagi ditanggung oleh kerajaan. Putrajaya dibina oleh Putrajaya Holdings Berhad sebuah syarikat yang dimiliki KLCC Holdings Berhad (anak syarikat milik penuh Petronas), Kumpulan Wang Amanah Negara (sebuah dana yang disumbangkan oleh Petronas melalui hasil petroleum) dan juga Khazanah Nasional Berhad. Petronas menyuntik dana berjumlah RM2 billion semasa Putrajaya Holdings ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai modal awalan kemudiannya Putrajaya Holdings menerbitkan bon atau meminjam untuk menampung kos pembinaan. Kerajaan kemudian menyewa daripada Putrajaya Holdings dan membayar jumlah sewa yang mencecah RM1.3 billion setahun untuk tempoh konsesi selama 25 tahun. Dari mana datangnya RM1.3 billion ini? Daripada duit kerajaan yang dikutip daripada cukai termasuk GST yang anda semua bayar. RM1.3 billion hasil sewa tersebut digunakan Putrajaya Holdings untuk membayar hutang ke atas bon yang diterbitkan untuk membina bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya. Menurut kerajaan, kos sebenar pembinaan Putrajaya mencecah RM11.8 billion dan jika mengambil kira inflasi kos sebenar menghampiri RM20 billion. Putrajaya dibina menggunakan duit rakyat iaitu duit Petronas dan juga duit cukai yang dikutip untuk membayar sewa tahunan. Putrajaya itu dibina menggunakan duit simpanan keluarga Dr. Mahathir bin Mohamad. Bina guna duit rakyat, maintain guna duit rakyat, sewa guna duit rakyat dan bayar hutang pun guna duit rakyat. Bina Putrajaya berbelas billion Ringgit bangga, bila kerajaan Najib nak bina MRT, ECRL, HSR untuk rakyat bising membazir?
[5]Sengaja dibangkitkan untuk dijadikan alasan tidak menunaikan janji-janji pilihanraya
[6]komitmen bayaran berkala seperti bayaran sewa, penyelenggaraaan untuk projek pembangunan sekolah, hospital, balai polis di bawah Public Private Partnership (PPP) berjumlah RM201.4 bilion.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)