Tuesday, September 25, 2018


KERTAS HUJAH MEMBUDAYA POLITIK MATANG
Muhammad Nuruddin Bashah
Jabatan Strategik DPPN Kedah 2017-2019

Sub topik dalam kertas ini adalah berdasarkan kreteria tulisan YB Ustaz Nasruddin Tantawi
POLITIK BERTAMADUN TINGGI
1.         PAS sedang giat memanifestasikan Politik Matang yang digagaskannya dan ia bukan omongan kosong lagi. Dalam Ucapan Dasar Datuk Seri Tuan Guru Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-62 telah membentangkan kepada khalayak muktamar dan dunia bagaimana PAS komited dalam menterjemahkan budaya politik matang dan sejahtera ke alam realiti. Datuk Seri Tuan Guru Presiden telah menggariskan secara tegas dan berhemah bagaimana Islam mampu menjadi tunjang kepada budaya politik baru ini. Antara elemen penting politik matang yang bertamadun ini adalah[1]:
a)         Politik matang dan sejahtera didasarkan kepada asas politik Islam yang berkait dengan penerimaan balasan di akhirat serta di dalamnya ada perkiraan dosa dan pahala.
b)         Politik Islam bukanlah kesempatan untuk mengaut peluang dan kekayaan.
c)         Sekularisme- Pemisahan politik dari Islam adalah punca wujudnya pemimpin dan rakyat tidak beramanah di posisi masing-masing sehingga menjadikan amanah barang mainan yang diabaikan. Negara Malaysia adalah sebuah negara umat Islam yang sembahyangnya berkiblat ke arah Baitullah tetapi anehnya dalam politik dan ekonomi reda berkiblatkan ke arah Rumah Putih.
d)         PAS menolak politik sekular yang menatijahkan negara rosak seperti Amerika Syarikat. Kita bangga berkiblatkan ke arah barat sedangkan tahap kemajuan tamadun barat sekarang sedang memusnahkan diri mereka sendiri kerana tamadun yang dibina tidak mencapai tahap fitrah manusia.
e)         Islam mensyaratkan politik dengan jati diri insan yang beriman dan berilmu. Keyakinan PAS dengan politik Islam adalah berpijak dengan dasar kesempurnaan Islam dari Allah.
f)          Islam yang dimulakan dari Bumi Mekah yang tandus dan kering kontang tanpa tamadun. Penduduknya yang dibina dan ditarbiyah dengan acuan fitrah dan rabbani akhirnya dapat mengalahkan musuh di sekeliling mereka sehingga akhirnya dapat mengalahkan kuasa besar Rom dan Parsi yang lebih bertamadun.
g)         PAS ingin membawa Islam yang menjadi rahmatan lil 'alamin. Islam yang tulen dan bukannya pak turut dalam negara Malaysia.
h)         PAS adalah kerajaan menunggu yang perlu tampil dengan pendekatan berbeza. Jauhi retorik kosong yang tak berpijak di bumi nyata. Laungan kasar tanpa fakta yang bertentangan dengan hati budi masyarakat hendaklah dihindari.
i)           Politik matang dan sejahtera yang ingin diterjemahkan PAS ialah politik yang berdasarkan fakta yang benar untuk melahirkan tindakan yang tepat. Politik yang benar bukannya persepsi.
j)           Bukan zamanya lagi untuk PAS berpolitik secara primitif. Politiking yang kasar dan melampau akan menyebabkan rakyat awam tersepit sehingga tidak lagi mempercayai janji politik dari kerajaan atau pembangkang.
k)         Penampilan kepimpinan dan pendekatan mereka tentunya perlu fleksibel dan anjal sesuai dengan suasana. PAS perlu tegas untuk menyatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah.

2.         Apabila akhlak diutamakan dalam berpolitik jelas musuh PAS sendiri menghormati dan menyegani kewibawaan pimpinan PAS dalam memacu politik. Misalnya dalam isu bantah Bajet 2017 yang lalu. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pembangkang selalu mendakwa mereka golongan terpelajar dan bertamadun tetapi tingkah laku yang ditunjukkan adalah sebaliknya. Kata beliau PAS lebih bertamadun berbanding pembangkang lain yang lebih cenderung membuat bising sejak mula Perdana Menteri membentangkan bajet dan berkata pembangkang lain  perlu belajar daripada PAS cara menjadi orang yang bertamadun yang mana jika ingin membantah, mempertikai, berhujah mereka i akan menggunakan peluang yang diberi kelak untuk membahaskan isu yang berbangkit dalam Dewan Rakyat[2].

3.         Menghormati arahan pihak berkuasa dalam hal maslahah umum adalah perlambangan sebuah politik yang matang dan sejahtera. Misalnya dalam Perhimpunan RUU355 Februari lalu, PAS digambarkan sebagai lebih bertamadun dari pembangkang lain. PAS akur dengan arahan untuk mengadakan perhimpunan RUU 355 di Padang Merbok. Berbeza dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP, mereka bertindak biadap, kurang ajar dan tidak bertamadun dengan melanggar arahan pihak berkuasa. Pakatan Harapan dengan angkuh dan sombong mengadakan perhimpunan  Bersih di tempat yang dilarang tanpa mempedulikan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh majoriti rakyat Malaysia atas tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut[3].

MEMBINA PERPADUAN DAN KEKUATAN UMMAH
4.         PAS kini mengorak langkah untuk mengutamakan perpaduan dan teras utama pembentukan negara. Lantaran itu memperkasakan agama, bumiputera dan budaya Malaysia adalah teras kepada kekuataan negara. Ramai ahli politik pada hari ini gagal memahami akan asas pembentukan negara sendiri. Kegagalan ini menyebabkan wujud­nya beberapa propaganda yang berbentuk menghancurkan asas yang dibina sejak 60 tahun lalu. Asas ini jugalah yang menjadi kunci kepada kehidupan harmoni dan ­penyatuan dalam diam. Konsep “quotequ pro” ataupun kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini kelihatan dipandang sinis oleh generasi selepas merdeka. Jangan ada antara kita yang lupa akan perkara ini dan dengan mudah merobohkan tunjang ini. Punahnya asas ini, punah jugalah negara. Jangan lupa pada sejarah, dan lihat apa yang sudah terjadi di Iraq, Syria, Yemen dan juga Libya apabila ingin merubah asas pembinaan negara sendiri yang membawa kepada kehancuran[4].

BENTENG NEGARA DARI PORAK PERANDA DAN PERMUSUHAN AGAMA DAN BANGSA
5.         Revolusi senyap lebih berkesan daripada himpunaan pulihan ribu rakyat untuk menjatuhkan atau menukar kerajaan secara selamat aman dan berkesan. Hal ini diakui oleh Aktivis pembangkang Kee Thuan Bhye “After drumming up such frenzy with these rallies, Pakatan doesn’t have anything to prove. Are these rallies just Anwar’s way of trying to drum up a show of strength to boost his cause? Ultimately he must know rallying the people and riling them up will not be enough…by now many people including Pakatan supporters had begun wondering where all this rallying would lead up to because so far, it had not seemed to ruffle the BN -led goverment. Some people have also become tired of protesting. It looked like the enthusiasm for the rallies would eventully fizzle out (The election bullshit SIRD Petaling Jaya 2013 hlaman 202)[5]
6.         Tokoh Sains politik Erica Chenoweth berkata sekurangnya 3.5% penduduk sesebuah negara perlu keluar demostrasi jika ingin melakukan perubahan kerajaan. Jika di Malayia perlukan sekitar sejuta orang dalam satu himpunan[6]. Adakah itu satu satunya framework sebuah parti Islam dalam mengislahkan negaranya.
7.         PAS juga memacu kearah menggalakkan pernyatuan ummah dalam isu ummah dan maslahah rakyat. Jika di negara Timur Tengah punca perpecahan biasanya disebabkan perbezaan pegangan aliran kepercayaan misalnya Sunni dan Syiah. Tetapi di negara kita sejak merdeka, kerenggangan antara sesama Islam lebih disebabkan oleh perbezaan pegangan politik kepartian. Perpaduan ummah amat ditekankan dalam Islam kerana dengan semangat ini, umat Islam akan lebih dihormati dan tidak mudah diperlekehkan kerana berselisih faham sesama sendiri. Allah SWT berfirman, ‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), maka Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya’ (Al-Imran: 103)[7]. Namun begitu bergerak ke arah penyatuan ummah tidak bermakna Melayu tidak boleh memiliki kelainan fikrah dan berlainan aliran politik kerana ia adalah bebas berdasarkan kecenderungan seteiap warganegara.
8.         Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menjelaskan umat Islam menjadi lemah sehingga tidak mampu mempertahankan maruah diri, bangsa, agama, tanah air dan harta benda akibat perpecahan dalaman.  "Umat Islam kini seperti buih, tetapi tidak mempunyai sebarang kekuatan, sehingga apabila ada negara Islam diganggu oleh musuh Islam, umat Islam yang lain hanya mengeluh tanpa berbuat apa-apa," katanya dalam bukunya Fi Fiqhil al-Awwaliiyat[8].


BERKATA BENAR TANPA MENGIRA PIHAK
9.         DAP hairan bagaimana PAS boleh bertaawun dengan UMNO dalam pelbagai isu melibat agama, bangsa dan masa depan negara sedangkan mereka sendiri tergamak menjulang Tun Mahathir yang amat dibenci sebelum ini aas alasan menumbang Najib sedangkan stand Mahathir jelas mempergunakan blok pembangkang. PAS sanggup berkata benar di hadapan UMNO walaupun bekerjsama dalam pelbagai isu melibat agama. Lim Guan Eng mengatakan  Pas kini dikatakan telah sesat hala tuju politiknya selepas menjadikan musuh politik mereka sebelum ini sebagai rakan dan menganggap DAP pula sebagai musuh. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, wujud kekeliruan dalam perjuangan Pas apabila mereka sebelum ini menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) namum tidak mahu memusuhi parti berkenaan[9]. "Perjuangan mereka tidak konsisten, walaupun mereka tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST tetapi mengapa mereka masih bersama Umno. Ayat bersama UMNO adalah bohong PH kepada PAS agar dijadikan doktrin kepada rakyat walaupun istilah bersama adalah istilah menyokong dan mendokong yang tidak pernah PAS lakukan terhadap BN-UMNO.
10.      Lihat sahaja dalam isu mempertahan Bahasa Melayu PAS komited dan konsisten dengan dasar anti PPSMI dan peka dengan keperluan memperkasa bahasa kebangsaan dan bahasa yang menjulang agama Islam di Malaysia iaitu Bahasa Melayu. Dalam hal ini PAS menkritik keras kerajaan BN yang pragmatik dalam isu mempertahan bahasa kebangsaan. Terkini keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melonggarkan syarat kelayakan Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41, PAS menggesa kerajaan supaya membatalkan keputusan berkenaan. PAS tidak sesekali nafikan wajar memastikan keseimbangan "demand-supply" serta para graduan tersebut perlu diberi tempat bagi menjalani latihan siswazah sebagai langkah awal profesion kedoktoran di negara ini. Namun, kelonggaran syarat kelayakan BM tidak seharusnya dijadikan "korban" oleh pihak kementerian[10]. Inilah bukti PAS tegas berkata benar dan tidak pragmatik membabi buta dalam berpolitik.
MEMIMPIN PERUBAHAN BUKAN MENGIKUT ARUS SECARA PRAGMATIK
11.      Pragmatiknya PAN apabila membisu tatkala Dr M kutuk Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam isu tuhan mencarut. Walaupun isu ini sudah dijelaskan oleh almarhum sewaktu beliau hidup. Persoalannya ke mana hulubalang PAN menyepi. Apakah tidak ada perasaan langsung untuk membantah Tun Mahathir mengutuk Almarhum di hadapan mereka? Apakah mereka sudah hilang deria rasa apabila Tun membelasah almarhum. Sedangkan mereka mendakwa, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz ikon perjuangan mereka. Inilah hipokrasi berpolitik yang ditentang PAS[11].
12.      DAP konsisten menyerang PAS dan cuba mengaitkan PAS dengan korupsi pula. Dalam masa yang sama menjulang tinggi Dr M yang dulunya serata negara tahu akan korupsinya. Inilah sikap pragmatik ang merugikan negara tetapi menjadi amalan para politikus sekular baik kerajaan mahupun pembangkang. Hari ini tindakan  Penasihat DAP, Lim Kit Siang memperjuangkan isu kleptokrasi perlu diinterpretasikan juga olehnya terhadap dakwaan rasuah sebanyak USD5 juta yang dilakukan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin kepada Clinton Foundation untuk campur tangan dalam isu 1MDB. Ia sebagaimana rahsia yang ‘dibocorkan’ Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Namun kerana ingin kuasa dan pengaruh DAP diamkan korupsi pemimpin UMNO terdahulu.
13.      PAS kini sudah tidak berminat menjadi gerabak belakang dalam pacuan perjuangan politik negara. PAS sebagai parti berprinsip memiliki khazanah falsafah, polisi dan ilmu yang sarat padat serta tepat berdasarkan kehendak pencipta bumi tidak seharusnya selamanya bermain agenda pragmatik dalam mengikuti rentak biasa politik pembangkang. Penulis berikan contoh misalan bagaimana PAS bertindak dalam menangani sesebuah isu terkini:
a)         Kongres Rakyat Terengganu 2016[12]
1. Menubuhkan pasukan petugas khas bagi setiap sektor isu rakyat untuk diambil langkah susulan.
2. Menghasilkan sebuah Memorandum Rakyat Terengganu untuk dipanjangkan kepada peringkat tertinggi pemerintahan dan kerajaan negeri serta kerajaan pusat dengan tujuan untuk melaksanakan semua usul yang dinyatakan dalam Kongres Rakyat Terengganu.
3. Mengadakan dialog dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan serta swasta yang berkaitan berdasarkan isu-isu rakyat bertujuan mewujudkan solusi bersama.
4. Menganjur perhimpunan rakyat berdasarkan isu utama yang dibangkit bagi memperteguhkan dukungan rakyat terhadap semua isu yang diperjuangkan.
5. Menubuhkan Sekretariat Tetap Kongres Rakyat Terengganu bagi mengambil langkah susulan dan menjadi pusat mobalisasi rakyat melalui jaringan-kebersamaan NGOs, jabatan dan agensi kerajaan serta swasta.


POLITIK PARA NABI NABI SEBELUM INI
14.      Politik Nabi terdahulu adalah membawa keadilan kepada yang berhak .Firman Allah: “Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata, dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan” (Al Hadid: 25).
15.      Rasulullah meninggalkan SOP penting bagis garis panduan berpolitik dan memerintah, misalnya dalam hadis ke-28 dari kitab 40 hadis Imam Nawawi. Ia berkenaan wasiat taqwa dan taat menghadapi zaman akhir sekarang[13]. Lafaznya berbunyi:
عن أبي نجيح العرباض بن سارية رضي الله تعالى عنه قال: وعظنا رسول الله صلى الله عليه وسلم موعظة وجلت منها القلوب وذرفت منها العيون. فقلنا يا رسول الله كأنها موعظة مودع فأوصنا، قال: { أوصيكم بتقوى الله عز وجل، والسمع والطاعة وإن تأمّر عليكم عبد، فإنه من يعش منكم فسيرى إختلافاً كثيراً، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين عضّوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة
“Dari Abi Nujaih Al-Irbadh bin Sariyah RA berkata: Rasullah telah menyampaikan suatu pesanan yang menggetar jiwa dan menggugurkan air mata. Lalu kami berkata, Wahai Rasulullah, pesananmu seolah-olah pesan terakhir seorang yang mahu mengucap selamat tinggal. Maka tinggalkanlah wasiat pada kami.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Aku wasiatkan pada kamu supaya bertaqwa kepada Allah, dan dengar taat kepada pemimpinmu sekalipun doa seorang hamba sahaya. Sesungguhnya barangsiapa yang sempat hidup (pada akhir zaman) pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajiblah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifahku yang diberi petunjuk selepasku. Peganglah ia dengan gerahammu. Dan hindarilah perkara-perkara baharu. Sesungguhnya setiap bidaah adalah sesat." [HR Abu Daud dan Tirmizi]

Hadis ini sangat padat dengan makna dan pengajaran. Ia umpama pesanan terakhir Nabi. Secara kasar kita boleh senaraikan kepada beberapa poin:
1. Taqwa pada Allah
Justeru Nabi berpesan, supaya terus teguh dengan jalan yang benar, dengan cara bertaqwa pada Allah yang pertama. Bina makrifah Allah pada hati dan akal. Kenal Allah sedalamnya. Takut Allah segerunnya. Cinta Allah sepenuhnya. Taat perintah-Nya dan hindar larangan-Nya. Bertawakallah hanya pada-Nya. Ini yang utama.

Mencari redha Allah sudah semestinya. Segala matlamat lain perlu dikesampingkan sekiranya bertembung dengan kehendak Ilahi. Yang dikejar semua adalah kemenangan akhirat, kemenangan dunia hanyalah bonus terpilih, bukan buat kepada semua pejuang.
2. Dengar dan taat pada Allah
Kedua, taat pada pemimpin dalam erti kata sebenar. Nabi menggambarkan taat yang tidak berbelah bahagi, sehingga dia menyebut walaupun pemimpin itu seorang hamba. Jangan berkhilaf tindakan dengan arahan pemimpin. Hendak berkhilaf pendapat pun bukan di tempat terbuka sebagaimana sirah. Mengangkat suara kepada pemimpin atau mendahului mereka pun tidak dibenarkan, sebagaimana permulaan surah al-Hujurat.

Mempertahankan kepimpinan adalah suatu kemestian dalam menghadapi kecelaruan saf Islam hari ini. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin diserang pihak luar. Renung bagaimana sahabat menadah tubuh mempertahankan jasad Nabi dari dijamah senjata musuh dalam peristiwa Uhud.

Punca perpecahan kita dapat kesan berlaku kerana tiada AsSam'u wal Taatu dalam diri anggota Islam. Dalam riwayat lain Nabi menambah sifat pemimpin selain hamba dengan habsyi dan rambut kerinting umpama pokok anggur. Ketiga sifat ini perlu dikaji teliti untuk diqiyaskan dengan fenomena dewasa ini.

3. Ikut sunnah Rasul dan khulafa'
Ketiga pula, mengikut sunnah Nabi dan khulafa'nya. Ini amat perlu dititik beratkan terutama dalam lapangan jemaah Islam. Setiap tindakan harus mencontohi sunnah supaya tidak tersasar lalu menyemarakkan lagi perpecahan tak berkesudahan. Hanya Al-Quran dan Sunnah jalan yang satu. FirmanNya:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِه

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan lain, kerana ia mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. [Al-Anaam:153]

Soal memilih kepimpinan, soal perlaksanaan syariah, soal fundamental pandangan Islam, dan berani berhadapan kuffar, haruslah menepati sunnah-sunnah manusia-manusia ulung yang baginda sebutkan. Apa yang mereka buat, itulah yang kita buat. Apa yang mereka tidak buat, jauhkanlah.
4. Hindari bidaah.
Keempat dan terakhir adalah tegahan keras terhadap pengamal bidaah. Ramai memahami bidaah dari sudut syariah, tetapi bidaah terbesar adalah dari sudut akidah. Berideologi songsang seperti liberalisme, pluralisme, sosialisme dan zionisme adalah bidaah yang berleluasa hari ini.

Dari sudut syariah pula, meninggalkan sunnah berpolitik Nabi SAW dan khulafa lalu meniru barat juga adalah bidaah. Menyebut negara-negara barat yang maju materialnya walaupun tidak menjalankan Islam sebagai contoh ikutan, dan menggambarkan keburukan negara umat Islam yang silap mengaplikasikan undang-undang tuhan, menjadi trend pemikiran hari ini. Sedang mereka tidak mengambil contoh negara-negara zaman kegemilangan Islam dahulu, disaat barat masih dibelenggu cengkaman gereja.

Ramai berhujah tidak salah mengambil kebaikan barat berdalilkan hadis kebijaksanaan barang tercicir milik orang Islam. Ya, tidak salah sekiranya tidak bertembung dengan Islam. Yang salah adalah meninggalkan ajaran sunnah semata-mata untuk mengikut barat. Inilah maksud BIDAAH!

Sebagai organanisasi Islam, hanya kembali kepada Islam jalan untuk menangani perpecahan.
Firman Allah SWT:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُول

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya. [An-Nisa:59]. -

SENDI POLITIK AQIDAH, KASIH SAYANG MENOLAK KEBATILAN DAN MENEGAK KEBENARAN
16.      Sebagai bukti PAS berpegang teguh kepada prinsip Islam dan tidak mahu ada pihak superior lain mendonimasi keputusan dan polisi Islam PAS maka PAS berpuluh kali mengulangi pendirian tidak bersama bergabung politik dengan UMNO. Naib presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS hanya akan bekerjasama dengan Umno BN dalam isu melibatkan kepentingan agama, negara dan masyarakat. Dalam  hal berkaitan kepentingan negara, Islam dan semua rakyat, memang akan bekerjasama tetapi ia hanya antara kerajaan, tiada kerjasama politik. Naib Presiden umumkan PAS akan lawan Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14[14].
17.      Imam Syafi’i memberi definisi bahwa politik adalah hal-hal yang bersesuaian dengan syara’. Pengertian ini dijelaskan oleh Ibnu Aqil bahwa politik adalah hal-hal praktis yang lebih mendekati kemaslahatan bagi manusia dan lebih menjauhkan dari kerusakan meskipun tidak digariskan oleh Rasulullah saw atau dibawa oleh wahyu Allah Ta’ala.

MENOLAK FITNAH DAN MANIPULASI ISU
18.      Pembangkang yang tidak sebulu dengan PAS kini menggunakan modus operandi pragmatik machievelli mereka terkini dengan menfitnah PAS terlibat dalam isu dana RM 90 juta. Menurut Dr Azman Ibrahim sekiranya PAS sebulu dan seia sekata dengan sekuar pasti PAS idak meneriman ancaman fitnah ini. Terkini Sarawak Report berjaya mengum[ul dana RM 160 000 dalam masa 3 hari sahaja untuk menangkis saman fitnah oleh Presiden PAS sendiri. Sejarah kemenangan kes saman fitnah Daily Mirror di London tidak memberi kesan menyesal bagi golongan sekular yang membujur lalu melintang patah ini. Yang pastinya Islam mesti hancur dan parti islam perlu lumpuh[15].
19.      Kelantan yang dulunya disanjung tinbggi kini dilanyak oleh bekas pimpinan negeri itu sendiri hanya kerana kerakusan politik dan pangkat. Setiap hari media sosial pemimpin pembangkang lain menyindir sekecil-kecil isu di Kelantan termasuk berhala besar di Kelantan yang sebelum ini tiada pun menjadi isu besar.


[2]Berita Harian 22 Oktober 2016 http://www.bharian.com.my/node/204895
[5]Berita Harian 20 Feb 2016
[6]Ibid
[12]Harakah Bil 2175 26-28 Ogos 2016
[15]Harakah bil 2260 3-6 Juai 2017

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)