Friday, June 05, 2020

Mengintai Ekonomi Malaysia Pasca PKP-PKPB



Mengintai Ekonomi Malaysia Pasca PKP-PKPB
Muhammad Nuruddin Bashah
Jabatan Strategik DPPNK

Status ekonomi sepanjang PKP-PKPB akibat  Covid-19[1]
Situasi ekonomi rakyat Malaysia sepanjang PKP memang terjejas. Bukan sahaja rakyat terjejas malah ekonomi  negara juga menerima impak yang teruk.  Pada 1 Mei, Tan Sri Muhyiddin umum  Malaysia kerugian kira-kira RM2.4 bilion sehari akibat  PKP dengan jumlah kerugian sekitar RM63 bilion[2]. Akibatnya PKPB diumumkan pula untuk memberi ruang sektor ekonomi penting berjalan agar negara tidak merudum teruk pertumbuhan ekonominya. Antara senario umum yang berlaku:
    1. Para pelancong membatalkan tempahan perlancongan, penginapan dan sebagainya.
    2. Majikan mengarahkan pekerja bercuti
    3. Eksport boleh dikatakan gencat.
    4. kerajaan menghadkan pergerakan.
    5. PKS tidak boleh berniaga jika bukan keperluan utama.
PKP mengakibatkan kerencatan aktiviti ekonomi (disruption) dalam aspek permintaan, pengeluaran, pelaburan dan pendapatan.
Kumpulan paling terkesan: Golongan rentan (vulnerables) dalam kalangan B40 dan M40 yang berdepan risiko kehilangan pendapatan, pemberhentian kerja, serta ketidakcukupan rawatan dan makanan, menjejaskan kehidupan seharian, seterusnya terdorong untuk terjebak dengan hutang.
Dari asek ekonomi negara, 5  kesan rantaian ekonomi yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia dan Malaysia amnya.
  1. Sektor pengilangan yang terjejas dengan penutupan operasi, menyumbang kepada pemberhentian pekerja dan penawaran barangan yang terhad di pasaran.
  2. Sektor pelancongan dan pengangkutan yang terjejas dengan pembatalan tempahan, menyumbang kepada kerencatan ekonomi dalam sektor perkhidmatan.
  3. Sektor komoditi yang berdepan dengan kejatuhan harga akibat kejatuhan permintaan di peringkat dunia, khususnya minyak mentah, sawit dan getah.
  4. Sektor pekerja dan pengguna yang diarahkan bercuti atau berdepan dengan sekatan pergerakan (movement control), menyumbang kepada kelemahan permintaan dan perbelanjaan.
  5. Pasaran kewangan dan matawang yang berdepan dengan ketidaktentuan global serta pemindahan modal daripada pasaran yang berisiko tinggi.
Ekonomi pasca wabak perlu kita bahagikan kepada dua iaitu ekonomi pasca PKPB (jangka pendek) dan pasca covid selesai (jangka panjang). Kita bertuah kerana seolah tidak dijangka kita bermenterikan menteri kewangan yang kompeten, berpengalaman serta mengutamakan isu ekonomi melebihi politik.
Pada 9 Mei 2020 telah berlangsung perbincangan  Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca Civid 19 (jangka pendek) kerajaan Malaysia.[3]  Kelihatan Menteri kewangan kita akan terus mengadakan  sesi libat urus bersama pihak berkepentingan bagi memastikan pelan yang bakal dihasilkan adalah menyeluruh dan membolehkan ekonomi berkembang semula demi kesejahteraan Rakyat dan negara. YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan perbincangan berkenaan Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 (Jangka Pendek) bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Kewangan Malaysia. Menariknya perkongsian berkenaan perkembangan terkini, cabaran yang di kenal pasti serta maklumbalas yang diperolehi daripada pihak berkepentingan (awam dan swasta) telah diadakan pada sesi tersebut. Pelan tersebut akan merentasi 6 tumpuan iaitu:
  1. pengoperasian untuk menjamin kesihatan
  2. meningkatkan kebolehan (kemahiran serta ilmu) dan menjana pekerjaan,
  3. menggalakkan perbelanjaan di kalangan pengguna
  4. sokongan pemulihan perniagaan PKS dan Mikro
  5. Membina ketahanan dan pembangunan syarikat-syarikat
  6. Meningkatkan keyakinan pelabur dan mengenal pasti peluang pembangunan jangka masa pendek.

  

Imbas KDNK negara



Bank Dunia meramalkan Malaysia berdepan kemelesetan ekonomi bagi tahun 2020, dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dianggarkan pada kadar negatif (-) 0.1 peratus[4].
Namun sebaliknya ekonomi Malaysia telah  mencatat pertumbuhan perlahan 0.7 peratus pada suku pertama 2020,  mengatasi jangkaan umum sebahagian besar penganalisis yang mengunjurkan penguncupan antara -0.2 peratus hingga -4.2 peratus atau -0.1 mengikut ramalan Bank Dunia.
Pertumbuhan perlahan adalah akibat  PKP yang dilaksana pada pertengahan Mac memperlihatkan sektor perkhidmatan dan perkilangan sederhana sementara sektor lain mencatatkan penguncupan. Permintaan luaran dan pelaburan merosot, sementara penggunaan swasta mencatatkan pertumbuhan sederhana[5].  Langkah kawalan pergerakan termasuk perjalanan luar negara dan domestik, had kerja dan tempoh operasi serta jarak sosial telah menjejaskan aktiviti ekonomi secara ketara. Namun ekonomi domestik rancak melalui suntikan ransangan ekonomi BPN dan akibat kuasa wang yang masih ada pada rakyat yang bergaji menjadikan pertumbuhan masih positif walaupun merosot.  Insya Allah berdasar banyak pandangana ahli akademik, suku ketiga 2020 ekonomi Malaysia akan rancak semula.
Malah menurut ramalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mereka mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada 9  peratus pada 2021[6].  Unjuran IMF 2021 untuk Malaysia lebih tinggi daripada jangkaan pertumbuhan oleh Fitch Ratings sebanyak 5.8 peratus.


Pengekalan pelaburan, penyediaan pekerjaan cabaran utama Malaysia - Bank Dunia[7]
Perlaburan adalah antara petunjuk ekonomi yang penting dalam negara dan ia adalah antara yang kerajaan PN sekarang sedang usahakan. Langkah meningkatkan keyakinan pelabur sedia ada untuk kekal, menyediakan peluang pekerjaan serta memantapkan semula rantaian bekalan adalah faktor utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan Malaysia dalam memulihkan ekonomi  kita. Menurut Ahli Ekonomi Kanan Ahli Ekonomi Kanan, Hab Penyelidikan dan Pengetahuan Globalnya di Malaysia, Smita Kuriakose beliau  berpendapat  agar negara kita membuka semula ekonominya dengan segera sebaik sahaja penularan virus berkenaan dapat dibendung, sekali gus merangsangkan semula pertumbuhan melalui perhatian khusus untuk  firma sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang terdedah kepada kejutan permintaan dan kekangan bekalan diberi sokongan. Hal ini adalah untuk pengekalan perlaburan dan mengelar pembuangan pekerja besar-besaran bagi sektor berkenaan.
Antara cadangan beliau yang wajar diambil perhatian kerajaan :
  1. Kerajaan boleh menstruktur semula sistem insentif pelaburan dan rangka kerja penggalakkan pelaburan.
  2. Senarai sektor yang layak untuk insentif boleh disemak semula supaya ia sejajar dengan aspirasi pelaburan kebangsaan.
  3. Insentif boleh dilakukan secara automatik bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan.
  4. Objektif dasar perlu beralih untuk membantu firma kembali semula kepada pengeluaran dan paras pekerjaan ketika pra-krisis secepat mungkin dengan menyediakan asas pertumbuhan yang dipacu produktiviti jangka panjang, kukuh dan berdaya saing.
  5. Reformasi struktur untuk membantu memendekkan waktu untuk pemulihan, meningkatkan kemampuan syarikat untuk mengguna pakai teknologi baharu dan berinovasi, meningkatkan kemahiran pekerja, memperdalamkan hubungan perdagangan dan meningkatkan iklim pelaburan.
Peluang yang wujud dalam bencana
Peningkatan jualan online dan sektor tertentu sepanjang PKP-PKPB
Semua memaklumi pihak yang  menerima faedah PKP/lockdown adalah portal pembelian dalam talian (e-dagang)  seperti  Lazada dan  Shopee. Akibat PKP dan penjarakan sosial mengakibatkan peluang besar kepada pihak penghantaran makanan seperti  Foodpanda, GrabFood, rangkaian makanan segera dan PKS yang turut mengiklan penghantaran makanan ke rumah-rumah.
Misalnya kini sepanjang PKP dan PKPB dan lockdown serata dunia, ada satu budaya escapism untuk keluarkan emosi dan mental dari tekanan akibat pengurungan diri iaitu melalui membaca dengan aktif.
Menurut laporan BBC di UK, penjualan fiksyen meningkat dan tajuk pendidikan anak-anak naik 234% ke tahap ketiga tertinggi yang dicatat pada minggu terakhir bulan Mac. Begitu juga di AS, terdapat peningkatan sebanyak 66% dalam penjualan buku bukan fiksyen kanak-kanak pada minggu yang berakhir pada 21 Mac, menurut Kumpulan NPD. (sumber weforum.org)
Lock Down dan pengasingan diri (uzlah moden akibat wabak) di seluruh dunia telah mengakibat kenaikan trend membaca dan pembelian buku digital mahupun cetak. ( astro awani)
Menurut kata Hugo Setzer, presiden Persatuan Penerbit Antarabangsa (IPA) peningkatan dalam membaca,dan pembelian buku adalah cara yang ideal untuk melarikan diri dari empat tembok kita,malah juga untuk memahami apa yang berlaku di sekitar kita, bagaimana mengatasinya dan bagaimana menjadikan kehidupan kita lebih baik di masa depan.
Akibat sekolah ditutup di banyak tempat di dunia, ibu bapa beralih ke sumber dalam talian dan buku teks tradisional. Data Kumpulan NPD menunjukkan peningkatan buku kanak-kanak di AS didorong oleh penjualan buku aktiviti umum, telah meningkat 128%, alat bantu belajar yang meningkat 235% (tablet, pc dan sebsagainya), dan tajuk sekolah dan pendidikan yang meningkat 143%.
Penulis sendiri membeli banyak buku yang dijual murah melalui shopee dan rakan-rakan jual online yang menawar harga bagus sepanjang PKP ini. Saya sasarkan dalam tempoh PKP untuk dalami balaghah, mantiq, nahu, buku ekonomi dunia, sejarah melayu dan info militari.
Poslaju misalnya telah mengiklan jawatan kosong ‘runner’  untuk memenuhi keperluan penghantaran pos yang berlipat kali ganda sepanjang PKP.

Norma Baru
Norma Baru dan budaya kerja –talian satu cabaran masa depa yang wajib diharungi.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, ‘norma’ adalah sukatan yg standard untuk  menentukan sesuatu; ukuran; kaedah. Ia juga bereerti  kriteria, gren, tingkat, garis panduan, model, keunggulan, pola, contoh, sampel, spesifikasi. Norma baharu yang disaran kerajaan adalah bermaksud model, pola dan kaedah hidup baharu berdasarkan kekangan keadaan akibat wabak pendamik.
Norma baharu kini membuktikan bahawa masyarakat dunia khususnya Malaysia mampu bekerja secara fleksi atau anjal[8]. Menurut Dr Rabeatul Husna Abdull Rahman, Pensyarah kanan di Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, UTM, sejak PKP berlangsung, bekerja di  rumah telah men jadi norma baharu dan ia boleh dikatakan buadaya kerja fleksi.
PKP menghasilkan majikan yang kreatif dan berinovasi  untuk memikirkan apakah tugasan pekerjaan yang boleh pekerja mereka  lakukan dari rumah. Pihak majikan yang rata-rata bukan sahaj memandang keuntungan syarikat sebaliknya turut rasa bertanggungjawab mengawal wabak covid kelihatan bersedia menjadikan pekerjaan dari rumah dan pelaksanaan bekerja secara fleksi sebagai salah satu norma baharu bagi sektor tertentu.
Antara inovasi budaya kerja yang perlu majikan fikirkan :
  1. Pengaturan kerja fleksi
  2. perkongsian kerja
  3. penggiliran kerja
  4. pemampatan minggu kerja
  5. kerja hujung minggu
  6. pertukaran syif kerja
  7. tugasan kerja berasaskan projek.
Kajian di Finland, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China menunjukkan pekerja di negara-negara tersebut menjadi lebih produktif apabila mereka dapat mengimbangi antara tuntutan kerja dengan keluarga dengan lebih berkesan, malah dilaporkan kurang mengambil cuti sakit.
Jika budaya ini kekal berlangsung iaitu budaya kerja fleksi (dari rumah atau penggiliran yang efisyen), kadar buruk wanita boleh meningkat. Hal ini kerana berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (2019), kadar penyertaan tenaga buruh wanita  hanya mewakili sebanyak 39.2% daripada penyertaan tenaga buruh keseluruhan. Hal ini merupakan satu angka yang agak rugi memandangkan Indeks Jurang Gender Malaysia (2019) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan golongan wanita mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi di semua peringkat pengajian, dan jangka hayat yang lebih lama berbanding lelaki.
Evolusi sosioekonomi Malaysia pasca COVID-19 telah  mengalami perubahan yang ketara.[9]
Antara evolusi sosioekonomi yang sedang dan akan  berlaku:
  1. Rakyat Malaysia cenderung melakukan aktiviti jual beli dalam talian. Peningkatan aktiviti e-dagang  atau perniagaan digital  dilihat berterusan biarpun selepas COVID-19 berakhir.
  2. Perkembangan jualan dalam  talian  juga sejajar keperluan pemerkasaan sektor logistik, pengangkutan dan penghantaran. Melihat keadaan semasa, aktiviti e-dagang mengambil masa agak lama sebelum sesuatu barang sampai ke tangan pembeli disebabkan penggunaan khidmat yang meningkat.
  3. Pembabitan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam jualan dalam talian yang kian bercambah. Produk kampung kini bukan mustahil dimiliki oleh orang bandar. Penulis sendiri pernah melihat penjual daun sireh dan bidara melalui kaedah talian dan shopee. Dijangka semakin banyak peniaga baharu muncul dengan memanfaatkan platform dalam talian sebagai medan jual beli.
  4. Kini kelihatan ketara peningkatan penggunaan pembayaran tanpa tunai. Malah,  pembayaran zakat fitrah turut dilaksanakan secara dalam talian.
  5. Akibat  COVID-19 juga dijangka meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia, terutama dalam pemilikan takaful berkaitan kesihatan. Masyarakat lebih cakna dan menghargai pentingnya skim ini dalam memberikan perlindungan kesihatan pada masa hadapan.
Norma baru dan peluang kerja pasca PKPB/covid
Seperti yang dibincang sebelum ini  peluang pekerjaan rakyat Malaysia pasca COVID-19  tetap akan wujud[10]. Menurut  Profesor Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed Pensyarah di Universiti Putra Malaysia, hanya dengan cara rakyat Malaysia memperolehi pekerjaan dan mempunyai pendapatan sahaja yang akan dapat membantu untuk mengangkat semula ekonomi negara pasca COVID-19.  Ini realiti ekonomi.
Data menunjukkan:
Berdasarkan data tenaga buruh di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sehingga Mei 2019 menunjukkan bahawa seramai 15.12 juta rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai bekerja iaitu peningkatan 1.8% jika dibandingkan dengan tahun 2018.
Manakala berdasarkan data bilangan pekerja asing yang bekerja secara sah di Malaysia juga menunjukkan peningkatan iaitu daripada 1.57 juta pekerja asing pada tahun 2011 meningkat kepada melebihi 2 juta pada tahun 2019 (sehingga Jun 2019).
Unjuran yang diperolehi daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada ketika ini  menunjukkan 2.4 juta rakyat Malaysia berkemungkinan kehilangan pekerjaan pasca COVID-19 disebabkan oleh penutupan atau pengurangan pengoperasian industri termasuk sebahagiannya daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pengucupan ekonomi Malaysia dan dunia.
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta lulusan SPM dan STPM yang ingin terus berkerja bilangannya boleh mencecah antara 3 ke 4 juta rakyat Malaysia yang perlu mencari pekerjaan pasca COVID-19.
Berlaku peningkatan dalam kadar pengangguran disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), yang meningkat kepada 3.5 peratus untuk suku pertama 2020 daripada 3.2 peratus suku sebelumnya.
Tetapi  jumlah bilangan keseluruhan buruh sebenarnya telah meningkat kepada 1.6 peratus atau 15.24 juta orang pada suku pertama 2020. Bermakna kata pekerja di negara ini kian bertambah.
Pakej tambahan bernilai RM10 bilion bagi membantu meringankan beban kewangan PKS termasuk Program Subsidi Upah, Geran Khas Prihatin, pembiayaan mikro tanpa faedah dan inisiatif lain yang memberikan impak yang positif untuk merancakkan perniagaan terutamanya pasca COVID-19 dan dijangka mampu untuk menjamin 2/3 daripada pekerja negara ini terus mendapat pekerjaan dan majikan juga wajib mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya selama 6 bulan melalui Program Subsidi Upah.
Tindakan serbuan kerajaa n di sarang sarang niaga haram pendatang tanpa izin dan warga asing adalah antaranya untuk menghapus dominasi dan monopoli kaum yang diluar bancian negara ini untuk mengisi ruang ekonomi negara. Misalnya tindakan kerajaan di pasar borong Kuala Lumpur dan kini dikatakan mulai diisi oleh anak-anak tempatan. Inilah kejayaan awal PN yang membuka mata rakyat sebenarnya dan ia perlu diteruskan hingga ekonomi domestik kita boleh dikawal dengan unjuran yang tepat berdasarkan bancian yang sedia ada.  DBKL memiliki senarai 23 jenis aktiviti perniagaan yang dilarang dikendalikan syarikat dan warga asing dalam usaha mengurangkan kesan kebanjiran tidak terkawal golongan itu dalam sektor peruncitan dan perdagangan sekitar ibu negara. Antara yang dilarang meliputi penjaja / peniaga kecil, pasar raya / pasar mini (kurang 3,000 meter persegi), kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak (dengan atau tanpa kedai runcit), pasar basah kekal, kedai kali lima kekal / kiosk, tekstil / pakaian / kasut (kecuali jenama antarabangsa atau eksklusif), perniagaan beg (kecuali jenama antarabangsa atau eksklusif)[11]. Peluang kekosongan ini perlu diisi oleh rakyat tempatan kerana pengguna kekal membeli dan mengguna serta permintaan masih kekal wujud.
Akibat wabak, imigresen bertindak sekaligus membuka ruang ekonomi rakyat tempatan.
Pasaran buruh kini lebih fleksibel. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi ruang 'eksperimen' kepada syarikat perniagaan untuk menilai keberkesanan kaedah bekerja dari rumah. Ini memungkinkan syarikat mengurangkan ruang perniagaan dan pastinya menjimatkan kos. Lebih ramai 'pekerja bebas' (freelancers) dijangka akan wujud. Ini juga satu ruang pekerjaan yang mulai wujud.

Perlunya anjakan kehidupan norma baharu[12]
Datuk Seri M Saravanan  Menteri Sumber Manusia menyifatkan pengamalan norma baharu sebagai alah bisa tegal biasa memandangkan fenomena dan ujian ini bukan hanya di Malaysia, bahkan seluruh dunia turut menghadapi kemelut sama.
Antara norma baharu yang perlu sama-sama kita jaga adalah:
  1. Penjarakan sosial
  2. Penjagaan kebersihan diri
  3. Penggunaan pembasmi kuman
  4. Tidak bersesak dalam sesuatu kompaun.
Antara norma yang tidak disenarai oleh kerajaan adalah: Jujur jika mengalami simptom wabak dan tidak menyembunyikan sebarang rahsia interaksi harian jika ingin membuat rawatan. Pendeknya ialah memupuk norma jujur.
Norma baharu ini bukan sahaja signifikan dengan isu kesihatan tetapi akan melibatkan inovasi  teknologi baharu, sosial kerja dan ekonomi pekerjaan.
Antara kesan psikologi rakyat akibat norma baharu dan ekonomi pasca PKPB adalah berkemungkinan ada yang mengalami :
  1. Depresi,
  2. Gelisah
  3. Stres
Hal ini  boleh memberi kesan langsung kepada proses berfikir, perasaan, tingkah laku dan boleh mengganggu kehidupan dan agenda ekonomi pasca PKPB. Hal ini perlu memerlukan peranan agamawan, NGO, institusi kekeluargaan untuk membantu jika ada simptom emosi pada yang terdekat dengan kita untuk mengelak kesan kerosakan sosial disebalik kesibukan kita merancakkan ekonomi.

Norma baru dan ekonomi mendatang negara
Dengan mengamal budaya atau norma baharu dan dengan strategi ekonomi yang baik, Malaysia InsyaAllah akan berubah landskap sosio-ekonominya dan peluang dan ruang baru tetap akan muncul betapa sukar dan sempitnya kita akibat wabak. Hal ini kerana konsep rezeki dalam Islam yang menjamin ruang ekonomi dan keupayaan hidup selagi makhluk itu hidup di muka bumi.
Namun pemulihan ekonomi pasca PKPB atau Covid-19 tetap memakan masa[13]. Jika berbincang hal makan dan minum rakyat, mungkin boleh dikatakan boleh diselesai dengan mudah tetapi jika berbahas tentang penjajaran ekonomi Malaysia kepada orbit asal sememangnya akan memerlukan masa yang panjang.
Menurut Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari  Pensyarah di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM),  pemulihan perniagaan sesebuah syarikat tidak sama dengan pemulihan ekonomi sebuah negara. Pemulihan ekonomi negara memakan masa tempoh yang lama bergantung kepada bentuk krisis. Sebagai  contoh, krisis kewangan 1997/98 telah mengambil masa sekitar dua hingga tiga tahun untuk dipulihkan.  Jadi  bencana ekonomi akibat Covid-19 dijangka memerlukan masa yang lebih lama untuk dipulihkan kerana ianya ‘memukul’ keseluruhan sektor-sektor ekonomi Malaysia dan juga keseluruhan ekonomi dunia. Sebelum ini SARS mengambil masa sekitar tujuh bulan untuk sektor pelancongan dipulihkan.
Matlamat dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 juga akan tersasar jika langkah-langkah pemulihan ekonomi tidak dibuat secara tepat kerana kesan ekonomi akibat covid 19 ini akan  mempengaruhi perancangan ekonomi dalam tempoh RMK-19  dan wujudnya perubahan landskap ekonomi global, perubahan struktur pasaran buruh serta gangguan sektor-sektor utama. Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) telah dirancang ketika pandemik Covid-19 belum melanda Malaysia sebenarnya.
Peningkatan penggunaan aplikasi digital bermakna peningkatan penggunaan tenaga elektrik.[14] Penghantaran barangan kepada pengguna akan meningkatkan penggunaan bahan api dan juga menyumbang kepada pencemaran karbon. Wujud kemungkinan juga orang ramai akan kurang bergantung kepada perkhidmatan awam. Ini juga akan menyumbang kepada peningkatan penggunaan bahan api. Justeru syarikat pembekalan tenaga elektrik dan bahan api perlu menyokong pertambahan permintaan ini.
Menurut Prof. Madya. Dr. Mohd Yusof Saari , perubahan hub pengeluaran dunia juga akan berlaku. Malaysia perlu melihat ini sebagai peluang bagi sektor tertentu.  Pada ketika ini terdapat tiga hub pengeluaran dunia iaitu China di rantau Asia, Jerman di rantau Eropah dan Amerika Syarikat di benua Amerika. COVID-19 yang melanda China telah menganggu pengeluaran di negara-negara lain kerana kekurangan bahan mentah yang dibekalkan oleh China. Untuk mengurangkan risiko rantaian nilai global, wujud kemungkinan negara-negara di dunia kembali mengamalkan konsep menjaga diri (self sustain) dan cenderung untuk berpusatkan tempatan (localization) atau industri untuk kegunaan domestik masing-masing.




Monday, June 01, 2020

SEKILAS PANDANG IKLIM EKONOMI NEGARA TEMPOH KAWALAN WABAK 2020



SEKILAS PANDANG IKLIM EKONOMI NEGARA  TEMPOH KAWALAN WABAK 2020
Jabatan Strategik DPPNK
Impak ekonomi Covid-19[1]
    1. pelancong membatalkan tempahan
    2. majikan mengarahkan pekerja bercuti
    3. Eksport boleh dikatakan gencat
    4. kerajaan menghadkan pergerakan.
    5. PKS tidak boleh berniaga jika bukan keperluan utama
Akibatkan:
Kerencatan aktiviti ekonomi (disruption) dalam aspek permintaan, pengeluaran, pelaburan dan pendapatan.
Kumpulan paling terkesan:
Golongan rentan (vulnerables) dalam kalangan B40 dan M40 yang berdepan risiko kehilangan pendapatan, pemberhentian kerja, serta ketidakcukupan rawatan dan makanan yang boleh menjejaskan kehidupan seharian, seterusnya terdorong untuk terjebak dengan hutang.
5  kesan rantaian ekonomi yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19 di seluruh duniadan Malaysia amnya.
  1. Sektor pengilangan yang terjejas dengan penutupan operasi, menyumbang kepada pemberhentian pekerja dan penawaran barangan yang terhad di pasaran.
  2. Sektor pelancongan dan pengangkutan yang terjejas dengan pembatalan tempahan, menyumbang kepada kerencatan ekonomi dalam sektor perkhidmatan.
  3. Sektor komoditi yang berdepan dengan kejatuhan harga akibat kejatuhan permintaan di peringkat dunia, khususnya minyak mentah, sawit dan getah.
  4. Sektor pekerja dan pengguna yang diarahkan bercuti atau berdepan dengan sekatan pergerakan (movement control), menyumbang kepada kelemahan permintaan dan perbelanjaan.
  5. Pasaran kewangan dan matawang yang berdepan dengan ketidaktentuan global serta pemindahan modal daripada pasaran yang berisiko tinggi.
Yang  terima faedah PKP/lockdown:
  1. Portal pembelian online (cth. Lazada, Shopee)
  2. dan penghantaran makanan (cth. Foodpanda, GrabFood), menunjukkan potensi yang amat besar terhadap masa depan ekonomi digital (gig-economy) di negara kita.
  3. Sektor penghantaran.
Aliran keluar dana asing lebih rendah[2]
  1. Jumlah aliran keluar bersih =  RM394.34 juta ketika  minggu ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
  2. Rendah berbanding dua minggu berturut-turut sebelum ini, pada 12 hingga 14 Mei dan 4 hingga 7 Mei, yang mana masing-masing merekodkan RM734.18 juta dan RM736.28 juta jualan asing bersih.

Kerugian akibat PKP[3]
  1. Pada 1 Mei, Tan Sri Muhyiddin umum  Malaysia kerugian kira-kira RM2.4 bilion sehari akibat  PKP dengan jumlah kerugian sekitar RM63 bilion. Akibatnya PKPB diumumkan pula.

Ekonomi Malaysia masih kekal positif[4]
  1. Ekonomi Malaysia yang tumbuh pada kadar 0.7 peratus untuk suku pertama 2020.
  2. Berlawanan dengan jangkaan para penganalisa yang terdahulu mengjangkakan ekonomi Malaysia akan mengalami penguncupan sebanyak 1 peratus.
  3. Jangkaan para penganalisa bahawa ekonomi akan pulih semula dan boleh berfungsi sepenuhnya dalam separuh kedua 2020.
  4. Situasi ini juga akan memberi ruang kepada sektor pembinaan, terutama projek-projek infrastruktur awam, untuk tumbuh dan berjalan sepenuhnya.
  5. Berlaku peningkatan dalam kadar pengangguran disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), yang meningkat kepada 3.5 peratus untuk suku pertama 2020 daripada 3.2 peratus suku sebelumnya.
  6. Tetapi  jumlah bilangan keseluruhan buruh meningkat kepada 1.6 peratus atau 15.24 juta orang pada suku pertama 2020.

Ekonomi Digital lebih berkembang pasca Covid-19[5]
  1. Mind set  sesuai kini, anggap  krisis ini bukan sebagai masalah sahaja , tapi fokus kepada apa langkah yang sepatutnya dilakukan.
  2. Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro Sdn Bhd Abd, Azharee Abdul Wahid berkata, di kala negara sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berniaga secara dalam talian di kawasan kejiranan merupakan kaedah yang paling sesuai.
  3. Ekonomi yang dibuat secara digital semakin berkembang dan membesar. Dan bila kita bercerita tentang digital sudah pasti ianya tiada sempadan.

Kajian impak PKP kepada ekonomi dan individu[6]
Kajian khas Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) berkenaan impak pelaksanaan PKP dan wabak COVID-19 terhadap ekonomi.







Secara umumnya, Jabatan Statistik  Malaysia mendapati:
1. Perbelanjaan isi rumah keseluruhan berkurang 55 peratus, manakala perbelajaan penggunaan berkurang 48 peratus[7].
2. Hanya 6 peratus responden menyatakan kurang terkesan dari segi kewangan menghadapi tempoh PKP, manakala 53 peratus responden sangat terkesan dalam tempoh ini.
3. Antara negeri yang sangat terkesan dalam menghadapi tempoh PKP adalah Sabah (67%), diikuti Kelantan (65%), Perlis (64%), Perak (62%), Terengganu (61%), dan Kedah (61%).
Laporan kajian khas Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) impak pelaksanaan PKP dan wabak COVID-19 terhadap ekonomi
4. Kumpulan T20 menunjukkan penurunan perbelanjaan ketara (59%), diikuti kumpulan M40 (48%) dan B40 (41%).
5. Majoriti pekerja sendiri mempunyai simpanan kewangan kurang satu bulan (71%), manakala 77 peratus majikan dan 82 peratus pekerja swasta mempunyai simpanan kewangan hampir dua bulan.
6. Sejumlah RM128 bilion daripada Pakej PRIHATIN berjumlah RM250 bilion disalurkan kepada sektor isirumah untuk merangsang ekonomi dalam tempoh terdekat.
7. Perbelanjaan swasta dijangka berkurang 8 – 10 peratus dalam tempoh Q1 2020, seterusnya memberikan kesan kepada pertumbuhan KDNK 2020 (unjuran BNM -2.0% hingga 0.5%).
Hanya 141 unit kenderaan dijual di Malaysia bulan April (dalam PKP) [8]
  1. Jumlah jualan kenderaan pada April merosot mendadak kepada 141 unit berbanding 49,935 unit tahun sebelumnya ( Persatuan Automotif Malaysia (MAA))
  2. Jumlah penjualan kenderaan negara ini merangkumi kenderaan penumpang dan komersial.
  3. Bank lebih ketat dalam memberikan pinjaman sewa beli serta mengurangkan jumlah pinjaman sewa beli.



Untung bersih PETRONAS susut 68 peratus kepada RM4.5 bilion[9]
  1. Keuntungan bersih sebanyak RM4.5 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2020, susut 68 peratus berbanding RM14.2 bilion pada suku sama 2019.
  2. Faktor, wabak dunia dan harga minyak turun., kesan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), PKP rakyat kurang guna kenderaan.
  3. Pendapatan syarikat minyak dan gas nasional itu juga berkurangan empat peratus kepada RM59.6 bilion berbanding RM62.0 bilion berikutan impak purata harga realisasi yang lebih rendah untuk gas asli cecair (LNG), produk petroleum dan minyak mentah serta kondensat.
  4. PETRONAS, akan terkesan jika situasi pasaran semasa berterusan dan harga minyak kekal rendah.
Petron Malaysia rugi bersih RM84 juta pada suku pertama[10]
  1. Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mencatatkan kerugian bersih RM84 juta bagi suku pertama 2020, berbanding keuntungan bersih RM58 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun 2019.
  2. Pendapatannya dalam suku dikaji susut kepada RM2.2 bilion, berbanding RM2.7 bilion tahun 2019, Sebab musabab sama seperti Petronas.
  3. Penurunan sebanyak 11 peratus dalam jumlah jualan syarikat pada suku pertama kepada 8.1 juta tong berbanding 9.1 juta tong pada tahun lalu.

Jika berpandu IP, ekonomi Malaysia diramal kelembapan ketara[11]
  1. Indeks Pelopor (IP) pada Mac 2020 merekodkan penurunan bulanan terbesar sejak November 1991 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu mulai 18 Mac .
  2. Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan bagi Mac 2020 IP terus menurun kepada negatif 4.9 peratus pada Mac 2020 daripada negatif 0.8 peratus pada bulan sebelumnya.
  3. Kemerosotan mendadak IP akibat  penutupan dalam aktiviti perniagaan bukan keperluan utama.
  4. IP adalah petunjuk hala tuju ekonomi dalam beberapa bulan ke hadapan.
  5. IP tahun ke tahun Malaysia mencatat penurunan kepada negatif 3.6 peratus pada Mac 2020 berikutan penurunan jangkaan Nilai Jualan, Pembuatan (-6.3 peratus), Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (-10.4 peratus, Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain (-17.8 peratus), Bilangan Syarikat Didaftar (-39.5 peratus), Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (-58.6 peratus), Penawaran Wang Besar M1 (8.1 peratus) dan Import Benar Semi Konduktor (12.1 peratus).
  6. Bagi IP bulan ke bulan, negara-negara seperti Malaysia, United Kingdom, Jerman, AS, Brazil, zon Eropah, Australia, Korea Selatan dan Sepanyol merekodkan penyusutan, kecuali China.

Ekonomi jelas ada kelembapan akibat PKP-PKPB tetapi masih positif kerana menaik melebihi ramalan ekonomi sebelum ini.


[7] Pelaksanaan PKP dan wabak COVID-19 telah menjejaskan ‘daya imuniti’ kewangan isirumah, peniaga dan majikan untuk terus bertahan dalam tempoh kritikal ini.

PEMANDU MABUK MEMBUNUH ; APA SOLUSINYA



PEMANDU MABUK  MEMBUNUH ; APA SOLUSINYA
Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Pendahuluan
Kisah pemandu mabuk langgar mati banyak mangsa sepanjang pentadbiran PH mungkin dianggap strategi media oleh pihak tertentu  untuk memburuk PH. Malah pasca peralihan kepada Perikatan Nasional, ramai netizen pro PH berbunyi ‘sunyi lah sekarang tiada pula yang mabuk langgar orang ye’ dengan nada sindiran bahawa anggapan mereka dahulu tepat iaitu media sengaja memburuk PH.
Namun kini sebenarnya media di zaman parti mana pun tetap mendedahkan tragedi kematian akibat dilanggar pemadu mabuk. Terkini yang meruntun hati sebahagian besar kepimpinan negara adalah kes Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31 dilanggar pemandu Toyota Hilux yang memandu dalam keadaan mabuk di sekatan jalan raya Op Covid-19 berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS[1]. Arwah ditimpa kenderaan Hilux berkenaan.
Tindakan terhadap beliau cukup pantas dan tersebar luas kerana ia isu yang turut menarik perhatian dan simpati Yang Dipertuan Agong kita. Rentetan kemalangan itu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail[2].
Antara tindakan yang telah dan sedang  dikenakan :
  1. Direman bawah  Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  2. Akan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  3. Disiasat juga di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
  4. Akan didakwa di bawah Peraturan 3(1) Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.
  5. Akan dituduh mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu di bawah pengaruh alkohol serta memandu tanpa lesen sah.
  6. Akan dituduh mengikut Seksyen 26(1) Akta Polis 1967 kerana tidak berhenti di sekatan jalan raya.
Kematian Sofwan dianggap menyemarak kembali sentimen sedih dan hiba rakyat terhadap pengorbanan pejawat awam dan pasukan keselamatan menjaga rakyat di mana mereka mati di tangan rakyat sendiri sepertimana kes Arwah Adib dahulu.
Isu haramnya arak bukan isu peluru politik sesiapa
Lebih dahulu, Islam sejak 1,400 tahun lampau telah pun mengharamkan arak atas pelbagai keburukan dan kerosakan berimplikasi dari pengambilannya. Isu menyelar budaya mabuk dan memandui dalam keadaan mabuk bukan peluru politik sesiapa. Ia mungkin buah bagi kaum munafik untuk melagakan umat Islam. Mengutuk perbuatan memandu dalam kadaan mabuk malah mengutuk arak itu sendiri adalah satu tindakan yang perlu konsisten bagi mana-mana pihak yang mendakwa memperjuangkan Islam kerana arak jelas haram dan besar mudharatnya.  Tidak boleh kita diam semasa kita berkuasa, langsung tiada tekanan kepada kerajaan apabila kita berkuasa tetapi apabila kita hilang kuasa kita menyindir atau mendesak pula pihak lain kononnya mereka tidak tegas dalam isu arak. Namun dalam situasi  politik tidak tahu malu sekarang pemimpin politik islam sebegitu cukup bercambah.
Reaksi rakyat dan parti politik dalam isu pemandu mabuk
  1. Janji tetapi pasif
Kita lihat janji dan ‘usaha’ kerajaan PH dahulu apabila rakyat mendesak mengambil tindakan tegas kepada pemandu mabuk. Setakat 22 bulan memerintah kelihatan Anthony sahaja berminat sebut perihal tinggikan hukuman kerana melibatkan kementeriannya. Menteri agama, undang-undang, PM dan seangkatan hanya membisu dan pasif. Itu yang menyebabkan netizen mengasak hari-hari isu  pemandu mabuk.
Berbeza kini Menteri Undang-Undang, Perdana Menteri, Menteri Agama, kesemua senada dan memberi komitmen akan mempercepat pindaan undang-undang. Terkini Perdana Menteri sendiri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah[3].
  1. Provok dan nada mengejek – tutup kilang
Provokasi atau mengejek ngejek agar kerajaan sekarang menutup kilang arak adalah tindakan segelintir politikus atau penyokong parti yang pernah kecewa dengan PAS. Mereka tidak lantang langsung isu arak malah hanya menunggu kenyataan Menteri Pengangkutan (DAP) sahaja yang mengeluar kenyataan sepanjang 22 bulan pentanbiran PH. Sedangkan yang beria ingin tutup kilang arak adalah bekas Menteri mereka yang beria ingin menutup kilang arak dalam janji politiknya.
  1. Optimis ingin Kelantan di jadikan model
Rata-rata ahli dan pemimpin PAS akan segera merujuk model pemerintahan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat di Kelantan berdekad lamanya apabila kawalan alkohol berjaya dilaksanakan.
Secara umum konsep kelantan adalah:
  1. Tidak mengharamkan arak bagi non muslim
  2. Kawal jualan arak
  3. Tidak memperomosi arak atau membenar sebarang syiar membesar-besarkan arak
Kerajaan PAS Kelantan hanya mengeluarkan lesen arak menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut keperluan selain mendapat sokongan daripada wakil rakyat yang berkaitan. Minuman ini dilarang dijual di hotel, pasar raya dan kedai runcit biasa. Namun, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pihak Berkuasa Tempatan tetap mengeluarkan permit kebenaran bagi premis tertentu menyediakan kepada pelanggan bukan Islam.

  1. Reaksi liberalis
Memang rasa marah apabila Siti Kasim spontan reaksi menggesa agar ditutup tahfiz tahfz jika beranai mengharamkan arak di Malaysia[4]. Kadangkala kita kasihan kerana status peguamnya kelihatan tidak layak dengan lafaz lafaz bodoh yang  kerap beliau keluarkan. Dalam ilmu mantik, lafaz makna  iltizamiyah adalah lafaz yang ada kaitan walaupun jauh. Misalnya kaitkan pemandu mabuk dengan pembatalan lesen kereta pemandu. Tetapi mengaitkan pemandu mabuk dengan maahad taafiz kelihatan ayat meroyan yang tiada kaitan iltizamiyyah sekalipun.
Lihat ayatnya menggunakan kaedah mantik qias kononnya tetapi menampilkan kejahilannya yang cukup ketara.
“Alcohol is not the problem. The irresponsible drinkers are the problem. Just like the Tahfiz schools are not the problem. It is the management that managed the schools are the problem. You want to ban alcohol just because it suits you? Then ban Tahfiz schools too for causing much damage to our innocent children.” (FB Siti Kasim)
Reaksi kedua kita lihat satu reaksi ‘bebai’ dan kebudak budakan dari  Ahli Parlimen DAP Kuching Dr. Kelvin Yii Lee Wuen apabila beliau menulis dalam laman Facebooknya menyaran agar dihentikan penjualan kereta kerana ianya boleh menyebabkan kemalangan. Sebenarnya komentarnya itu satu reaksi balas kepada cadangan ketua penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad yang menggesa penggantungan penjualan arak berikutan kenaikan kes kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk. Pada pandangannya PAS mungkin selalu salah mencari punca sesuatu masalah kerana beliau juga komen agar pemberhentian jualan gula juga dilaksanakan  kerana ia menyebabkan kencing manis. Ini contoh mantik dangkal liberalis yang meloncat berkomen dalam keadaan yang cukup pro kepada kebebasan arak hingga isu nyawa dianggap politik.
Statistik dan data kematian akibat  pemandu mabuk
  1. Rakyat Malaysia dilaporkan membelanja USD500 juta atau lebih kurang RM2 bilion untuk minuman keras setahun.
  2. Pada  2011 Malaysia dinobatkan sebagai 10 negara dunia yang rakyatnya mengambil alkohol dengan kadar tinggi.
  3. 919 individu ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk pada tahun 2019, meningkat seramai 57 orang berbanding pada tahun 2018[5].
  4. Bilangan pemandu dan penunggang di bawah pengaruh alkohol yang terlibat dalam kemalangan maut pada tahun 2016 adalah  237 orang[6]
  5. Bilangan pemandu dan penunggang di bawah pengaruh alkohol yang terlibat dalam kemalangan maut pada tahun 2017 adalah 58 orang
  6. Pada  tahun 2018 seramai  862 orang pemandu mabuk ditahan.
  7. Statistik polis sepanjang tahun 2019 sebanyak 23 kes kemalangan  membabitkan pemandu mabuk[7].
  8. Statistik polis sepanjang lima bulan pertama tahun 2020 sebanyak 21 kes kemalangan  membabitkan pemandu mabuk dicatatkan yang mana lapan mangsa meninggal dunia.

(soalan Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi (Tumpat) pada  13 November 2018 kepada Menteri Pengangkutan berkenaan  statistik kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk.)

Polisi negara lain  terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian
Thailand
Pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian pengguna jalan raya lain perlu diwajibkan membayar pampasan kepada keluarga mangsa bagi menjamin kesinambungan hidup selepas kehilangan insan tersayang. Bukan sahaja membayar denda, malah turut perlu membayar sagu hati wang tunai kepada setiap keluarga mangsa[8].
Taiwan
Pesalah dikenakan  hukuman paling berat yang menyebabkan kematian dengan melaksanakan hukuman gantung sampai mati. Kabinet negara itu meluluskan satu draf pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang akan menjadikan kesalahan menyebabkan kematian ketika memandu dalam keadaan mabuk sebagai kesalahan bunuh. Namun, hukuman tersebut mendapat tentangan hebat daripada kumpulan hak asasi menyebabkan ia belum dapat dilaksanakan.
 Singapura
Menetapkan pesalah kali pertama dikenakan denda RM20,500 (AS$5,000) atau penjara enam bulan. Bagi kesalahan kedua, denda dan tempoh penjara boleh meningkat 500 kali ganda.
Russia
Menggantung lesen mereka selama-lamanya.



Cadangan yang wajar dipertimbangkan
Bagi kes kematian Koperal Sofwan ini, pemandu mabuk berkenaan Bagi kesalahan ini, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 serta tidak lebih RM20,000 jika sabit kesalahan[9].
Hukuman diberatkan
Undang-undang untuk pemandu mabuk adalah undang-undang yang sekian lama tiada pindaan sejak 2005. Menteri Dalam Negeri kini telah memberi jaminan akan berbincang dengan  Kementerian Pengangkutan bagi menggubal undang-undang berkaitan pemandu mabuk[10].
Ketika ini, individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol akan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan berbahaya yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun sahaja serta denda tidak lebih RM20,000 sahaja.
Pindaan undang-undang
Pembelaan waris
YAB Perdana Menteri meminta agar pindaan hukuman ini kelak akan memberi pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk[11].
Menurut Dato’ Takiyuddin Hassan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-Undang[12],
a)      Cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan dibawa ke persidangan Parlimen terdekat. Pindaan yang dibuat bukan sahaja membabitkan peruntukan berkaitan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian, iaitu Seksyen 44 (Akta 333), malah juga yang  memandu bawah pengaruh alkohol atau apa apa bahan memabukkan mengikut Seksyen 45 akta sama, walaupun tidak terlibat dalam apa-apa kemalangan.
b)      Akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara supaya kes yang melibatkan kematian angkara turut disiasat dan dituduh mengikut Kanun Keseksaan, termasuk Seksyen 302, iaitu menyebabkan kematian dengan sengaja ataupun Seksyen 307, iaitu cubaan membunuh dengan niat dalam kes pemandu mabuk ini.
c)       Di samping itu, pihak polis akan disaran membantu keluarga mangsa kemalangan maut akibat pemandu mabuk membuat tuntutan sivil di mahkamah sebagai hak mereka di sisi undang-undang.
d)      Dengan meningkatkan kadar denda dan hukuman penjara selepas pindaan dibuat, Jabatan Peguam Negara boleh mendakwa pesalah di Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi.

Kawalan alkohol
Kawalan alkohol sebegaimana dilaksana di Kelantan boleh dilaksanakan. Misalnya pendahuluan kini dihapuskan jualan alkohol di kedai serbaneka dan kedai 24 jam kerana ia bukannya bahan ringan atau keperluan asas rakyat.  Ia boleh dilaksanakan dibeberapa negeri majoriti umat Islam sebagai pendahuluan dan tindakan awal memperomosi agenda ini.
Turun bacaan ambang BAC
PAS Sarawak ada mencadangkan agar pihak kerajaan menurunkan  ambang BAC kepada yang lebih rendah daripada tahap 0.08 peratus sedia ada untuk mengurangkan risiko pemanduan berbahaya dan membawa maut. Dengan menurunkan level BAC ini pihak yang ada sdikit pengaruh alkohol turut sangkut dan tidak dibenar membawa kenderaan. World Health Organization (WHO) sendiri  telah meletakkan piawaian ambang BAC pada tahap 0.05 peratus[13]. Piawaian itulah yang digunakan oleh kerajaan Belanda dan New Zealand. Kertas fakta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan tiada paras selamat bagi minuman alkohol dan setiap kali seseorang mengambilnya.





Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)