Sunday, June 07, 2015

Status Syanawe yang buat saya sedih

Saya amat mengenali mereka dan mereka pasangan yang dibentuk melalui acuan gerakan Islam. Mereka ditakdir bertemu dan dipisahkan sementar di dunia selepas pemergian Arwah Syazana tahun lalu semasa kemalangan maut sekembalinya beliau dari pengajian Dip jarak jauh UM. 

Si suami mengimbau kenangan berjuang melalui mata rantai PAS yang diharungi bersama. 

Mari sahabt hadiahkan sekalung doa untuk arwah di alam Baqa...

Muhammad Nuruddin Bashah
Kenalan Syanawe


Saturday, May 09, 2015

Kenyataan media - Skandal Tabung Haji: Menambah 'Busuk' Kepimpinan Umno Kedah


KENYATAAN MEDIA KHAS
9 Mei 2015

“Skandal Tabung Haji: Menambah 'Busuk' Kepimpinan Umno Kedah”


1. Skandal kewangan terbaru melibatkan penggunaan wang tabungan deposit Tabung Haji untuk 1MDB perlu dilihat sebagai ancaman kepada ketahanan dan kemampuan kewangan negara. Ia adalah langkah terdesak menyelamatkan kegagalan kewangan, ketirisan dana dan isu penyelewengan 1MDB.
2. Di mana, jika wang dari institusi milik umat Islam dan bertujuan untuk ibadah itu sewenangnya digunakan untuk menutup kerakusan kroni-kroni Umno-BN, tidak mustahil perkara sama digunakan terhadap segala sumber kewangan lain yang ada.
3. Setidak-tidaknya, ia menjadi bukti mengenai sikap dan haloba pemimpin Umno-BN yang menguruskan kerajaan dan hak rakyat mengikut kepentingan untuk memenuhi tembolok nafsu mereka. Tidak mustahil berlaku sebagaimana selalu disebut bahawa orang berhutang itu seperti “Korek Lubang, Tutup Lubang”.
4. Khususnya bagi negeri Kedah, rakyat negeri ini berhak merasa bimbang kerana antara dilihat terlibat dalam isu tersebut adalah pemimpin Umno-BN dari Kedah iaitu Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama.
5. Hal ini bukan perkara baru kerana rekod Kerajaan Negeri Kedah semasa di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid dahulu masih gagal menjelaskan sehingga ke hari ini penyelewengan dan salah urus tadbir kewangan melibatkan jumlah RM403 juta. Begitu juga sekarang di bawah Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang sedang berhadapan isu pemborosan dan kegagalan mengemukakan agenda pembangunan realiti untuk negeri Kedah.
6. Walhal selalu menjadi mangsa adalah hak dan kepentingan rakyat, sebaliknya untuk kroni dijamin dan diselamatkan dengan pelbagai cara. Perkara inilah selalu dipertegaskan PAS supaya ia ditadbir urus selaras dengan peringatan Allah sebagaimana petikan ayat 7 surah al-Hasyr yang bermaksud “....supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu...”.
7. Kerajaan seakan melakukan ‘bailout’ apabila Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB pada harga RM2,773 sekaki persegi, walaupun ia dibeli 1MDB pada harga RM64 sekaki persegi. Sedangkan hak rakyat contohnya tanah yang terlibat dalam pengambilan untuk jalan sambungan Lebuh Raya Utara – Selatan ke Pulau Bunting hanya ditawarkan harga terlalu rendah dari penilaian awam yang direkodkan iaitu cuma RM3.70 hingga RM5.50 sekaki persegi.
8. Demikian itu terbukti Umno-BN memiliki pemimpin yang tidak amanah, dan secara khususnya rakyat negeri Kedah perlu merasa khuatir terhadap masa depan negeri ini kerana antara pemimpin tersebut adalah dari negeri Kedah. Perubahan mesti dilakukan agar negeri ini tidak ‘tergadai’ atau muflis oleh sikap rakus dan haloba pemimpin Umno-BN kepada kuasa dan kebendaan.
USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Adun Sungai Limau

Monday, May 04, 2015

KEMPEN PERMATANG PAUH- UMNO UNGKIT DANA MASJID DIANGGAP KEBUDAK-BUDAKAN


 KEMPEN PERMATANG PAUH- UMNO UNGKIT DANA MASJID DIANGGAP KEBUDAK-BUDAKAN

Sikap keanak-anakan UMNO -BN yang mengungkit peruntukan kerajaan Pusat senilai RM 75.21 juta untuk pembinaan 14 masjid di seuruh Pulau Pinang sejak tahun 2007 terserlah.

Mereka mengungkit tatkala sibuk menarik perhatian pengundi Melayu di Permatang Pauh baru-baru ini.

Timbalan perdana Menteri berbangga dengan sejumlah besar peruntukan termasuk tambahan lebih RM 180 juta untuk aktiviti keagamaan.

Rakyat yang bijak tidak akan termakan mudah angka kasar sebegini. UMNO BN perlu spesifikkan bagaimana wang peruntukan itu dibelanjakan kerana track record kerajaan BN yang tiris dan korup dalam pelbagai isu tabung, dana dan bantuan.

Misalnya tabung khas untuk mangsa tsunami Kuala Muda Kedah. Di mana peruntukan itu disalurkan dan apa laporan auditnya? Hakikatnya kini hasih ada ratusan pendudukan di persisiran pantai Kuala Muda Kedah yang elum menerima tapak tanah yang digazetkan dan rumah baru yang dijanjikan. Hanya fasa pertama sahaja yang menerima rumah baru di Taman PermatangbKatong. Kemudian dikatakan dana disalurkan ke Kuala Muda Seberang Prai di mana rumah kurang risiko tsunami pula menerima rumah baru. Maklumlah ia kawasan Perdana Menteri ketika itu.

Contoh terbesar kedua adalah penyelewengan dana Rm 800 juta untuk bantuan banjir Pantai Timur. Seharusnya sebahagian peruntukan berjumlah diantara RM500 ke RM600 juta diserahkan kepada kerajaan Kelantan, namun dalam keadaan isu yang berlarutan semua faham bahawa angka berkrnaan ‘wayang’ sahaja. Ada yang makan atas angin di atas penderitaan saudara sendiri.

Kembali kepada isu bantuan masjid, fakta yang perlu diterima umum adalah di zaman Pakatan Rakyatlah masjid di Pulau Pinang bebas berkuliah, bebas bercakap isu hudud, mengkritik maksiat kerajaan Pusat dan ada penceramah yang juga bebas mengkritik jika ada kesilapan Pakatan Rakyat sendiri. Ada penceramah yang digam di negeri tertentu sebaliknya bebas berceramah di Pulau Pinang sejak Pakatan Rakyat ‘menjaga’ masjid di negeri tersebut. Inilah kebebasan yang sebenarnya diperlukan oleh para aktivis masjid dan surau iaitu kebebasan memancarkan dakwah di masjid dan surau bukannya dambakan kubah emas dan mimbar perak sebagai perlambangan pemurahnya sesebuah kerajaan.

Jika ingin dibandingkan dari aspek perangkaan kerajaan Pulau Pinang juga menjaga masjid dan pendidikan Islam melalui tambahan peruntukan. Sebanyak RM11.17 juta akan diperuntukkan pada tahun 2014 di bawah peruntukan pembangunan agar institusi masjid dan surau serta institusi pendidikan Islam seperti Sekolah Agama Rakyat di seluruh Negeri Pulau Pinang terus kekal membangun dan berdaya saingdan peningkatan peruntukan sebanyak 9.3% berbanding tahun 2013 iaitu RM10.22 juta.

Pendek kata usaha UMNO menarik hari pebgundi Islam dengan mengungkit bantuan adalah sangat tidak berkesan bagi rakyat Permatang Pauh yang telah lama celik dengan taktik rutin BN dalam semua PRK- iaitu tabur bantuan dan ungkit bantuan.

Muhammad Nuruddin Bashah

EXCO DPPN Kedah

Tuesday, April 28, 2015

KENYATAAN MEDIA- ISU TANGGUH AKTIVITI PENDIDIKAN ISLAM; KERAJAAN KEDAH LEMAH

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
27 April 2015
ISU TANGGUH AKTIVITI PENDIDIKAN ISLAM; KERAJAAN KEDAH LEMAH
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) sangat terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Exco Agama Kedah Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berhubung kenyataan beliau berkaitan penangguhan aktiviti melibatkan sekolah agama di Kedah. Justeru DPPNK ingin mendapat penjelasan lanjut beberapa perkara:-
  1. Adakah surat yang dikeluarkan itu dalam keadaan tergesa-gesa tanpa disemak intipatinya sehingga menimbulkan perasaan cemas, marah dan kecewa di kalangan tenaga pendidik sekolah agama di Kedah.
  2. Mengapa di dalam surat pekeliling hanya dinyatakan alasan atas sebab yang tidak dapat dielakkan, adakah kerajaan negeri menganggap penangguhan peruntukan untuk aktoviti sekolah agama suatu perkara kecil? Adakah dasar kerajaan BN Kedah adalah hanya memberi perhatian kepada perkara atau sektor yang membawa laba segera atau nama populairiti semata-mata memandanagkan kerja mengurus aktoviti pendidikan Islam tidak menguntung dari aspek material?
  3. Kerajaan BN Kedah boleh diangap lemah dan cuai kerana mewujudkan permasalahan sehingga dana untuk program pendidikan Islam terganggu dan pihak sekolah ada yang terpaks menagih dana ibu bapa untuk merealisasikan program yang berbulan lamanya dirancang.
  4. Jawapan beliau bahawa surat perkeling terpaksa dikeluarkan kerana ‘ ada kekeliruan dalam mengurus peruntukan’ adalah jawapan melepas tangan dan tidak konkrit. Malah syarat yang beliau nyatakan iaitu surat pekeliling dianggap terbatal jika masalah telah selesai adalah janji yang tidak disertakan ;dateline’ yang profesional. Ternyata pendidikan Islam di negeri tadbiran BN dianak tirikan.
Pihak kami tidak akan berhenti mendesak pihak berwajib bertanggungjawab dalam hal melibatkan perjalanan pendidikan Islam di negeri Kedah ini.
Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah
IMG-20150427-WA0020
IMG-20150427-WA0021
IMG-20150427-WA0022
20150425_170857

Monday, April 27, 2015

KEMBARA JEJAK SHUHADA MEMALI SUNTIK SEMANGAT CINTA ULAMA’

 KEMBARA JEJAK SHUHADA MEMALI SUNTIK SEMANGAT CINTA ULAMA’

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 26 April 2015

Pertubuhan Belia Sejahtera Sungai Petani atau nama ringkasnya BERANI sekali lagi menganjur program jejak ulama’ Melayu Utara. Kali ini BERANI berjaya mengumpul 40 orang anak muda untuk berkonvoi dari Sungai Petani ke Kg Memali Baling.

Programyang dicetuskan melalui kerjasama Jawatankuasa Anak Muda Batu Lintang dengan kerjasama Pertubuhan Belia Sejahtera Sg Petani (Berani) kali ini cuba mengimbau zaman kegemilangan tarbiah ulama’ bernama As Syahid Ibrahim Libya yang pernah mentarbiah sebeliangan besr anak muda di bumi Memali bermula pagi 25 April sehingga pagi 26 April.











Program bermula dengan sesi menziarah pusara para syuhada Memali, mendengar taklimat dan sejarah perjuangan Ustaz Ibrahim Libya daripada Pak Anjang Azmi. Majis diselingkan dengan aktiviti kuliah dan tazkirah, berkelah dan masak beramai-ramai di tepi sungai.

Antara jasa besar Allayarham Ustaz Ibrahim Libya adalah pernah membuat kertas kerja untuk penubuhan Pusat Islam yang kini dikenali sebagai JAKIM.

Program ini telah diketuai oleh saudara Izzwan Ismail dan juga saudara Ibrahim Hj ismail selaku pengerusi Belia Sejahtera. Menurut suadra Ibrahim, ada beberapa tempat tinggalan uama’ di utara tanahair akan dijejaki malah beliau berasa amat gembira apabila konvoi yang bersifat tarbawi atau berpendidikan mendapat sambutan ramai namun meeka terpaksa mengehadkan penyertaan untuk kelancaran pihak anak muda Kampung memli yang menyambut mereka.


“ Program ini adalah sebahagian misi utama BERANI untuk menjalankan riadah dan menjalinkan hubungan dengan anakmuda ulu legong dan pendalaman Kedah. BERANI juga ingin mencungkil bakat kpimpinan dan mempelajari jasa-jasa baik para pendakwah silam di bumi sendiri”, jelas Ibrahim selepas Konvoi bersiap untuk pulang ke Sungai Petani 26 April 2015. 

PENGELUARAN PADI DAN ISU BERKAITAN

KAJIAN HASIL PENGELUARAN PADI DAN ISU BERKAITAN (KES NEGERI KEDAH)
Susunan : Muhammad Nuruddin Bashah
Unit R&D Lajnah Penerangan DPPM


Hasil Padi Kedah Merosot

  1. Menurut Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pengeluaran padi Kedah telah merosot.
  2. Sebelum ini 70 % menyumbang bekalan permintaan negara kini hanya 30 % sahaja1.
  3. Kerajaan negeri terpaksa mengimport beras dari luar khususnya dari negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja.
  4. Kini tiga tan metrik per hektar, kerajaan Kedah (Datuk Seri Mukhriz) sasarkan 6 tan metrik perhektar2.
  5. Sekiranya produktiviti negara tidak ditingkatkan sehingga 2 kali ganda dari hasil hari ini, Malaysia tidak dapat mengekalkan pengeluaran padi sekitar 70% pada tahun 2040 dan ke atas -
  6. Menurut MADA:
    1. Jumlah keseluruhan tanah sawah Kedah di bawah MADA - 96 558 hektar. (76.54 % tanah MADA) (Sinar Harian)
    2. 2011 - pengeluaran 778031 tan metrik keluasan bertanam 155668 hektar.
    3. 2012 - kawasan yang sama catat 737 696 tan metrik keluasan bertanam 154 514 hektar.
    4. Penurunan dari sudut kawasan bertanam
    5. Penurunan dari sudut produktiviti.
    6. 2013 - Kawasan bertanam hanya 150,110 hektar tetapi produk meningkat ke 747 ,797 tan metrik.
  7. 2013 berbanding 2012 - tanah bertanam kurang 4,404 hektar tetapi produk meningkat 10,101 tan metrik.
  8. Secara umum - KAWASAN BERTANAM BERKURANGAN

Rumusan awal
  1. Faktor untuk menambah hasil produktiviti padi adalah dengan memastikan para petani dapat meningkatkan keefisyenan para petani kerana setiap penanam tidak sama produktivitinya.
  2. Tanah merosot bukan faktor utama memandangkan secara realistiknya tanah sawah tetap akan diambil secara terkawal untuk pembangunan tertentu misalnya sektor sekongan -bengkel kereta/perbesar pekan untuk kemudahan penduduk sekitar sawah juga.
  3. Secara umum pengambilan tanah adalah terkawal alaupun hakikatnya sawah tetap semakin berkurangan dimuka bumi Malaysia.
  4. Padi tempatan adalah industri keselamatan negara -misalnya perang tiada lagi beras import.
  5. Beras import mungkin rendah harganya - BERNAS lebih berminat beras import dan ia kelihatan menjadi sebab tiada tekanan kepada petani tempatan untuk meningkatkan produktiviti.
  6. Kerajaan peru selesaikan isu benih, isu penyakit dan limpahan air kerana ia juga mengganggu produktiviti petani.
  7. Bagi MADA jika ada tanah di bawah seliaan mereka diubah menjadi tanah lain- mereka akan gantikannya (fakta lihat dibawah)

Faktor 1 : Tanah bertanam semakin merosot.

  1. Tiada undang-undang khusus agar tanah penanaman padi tidak ditukar sewenang-wenangnya kepada kegunaan lain.
  2. Mac 2012 yang menunjukkan Semenanjung Malaysia kehilangan kira-kira 100,000 hektar tanah bagi tujuan pembangunan industri dan perumahan dalam tempoh 15 tahun, manakala masalah di Sabah dan Sarawak menyebabkan negara kehilangan 6000 hektar3.
  3. Menurut MADA - disebabkan untuk memberi ruang kepada pembangunan sektor lain untuk merancak ekonomi negeri.

  1. Misalnya : perumahan, industri perkilangan, infrastruktur awam.
  2. Perumahan yang mengambil tanah sawah rancak sejak 10 tahun sebelum ini - Tandop, Kuala Sungai, Alor Janggus, Kuala Kedah.

  1. Isu projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY)
    1. Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir, mengumumkan penerusan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang dimulakan oleh Dato’ Seri Mahdzir Khalid dahulu.
    2. Semasa Ustaz Azizan sebaik mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar pada 10 Mac 2008, Almarhum telah membatalkan projek ZIPY yang dirancang dalam kawasan sawah padi seluas 4,300 ekar di Yan.
    3. Kerajaan negeri sepatutnya tidak korbankan kawasan sawah padi. Maka diubahlah rancangan ZIPY menjadi SULIHH yang tapaknya adalah di dalam laut.
  1. Isu Projek Karpen Kubang Pasu - kerajaan negeri utamakan kapitalis
    1. Kedah 1990an dahulu pernah mengambil tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan4 dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.
    2. Ladang Udang di Kerpan ialah sebuah projek ternakan udang yang dijalankan di Kerpan, Air Hitam, daerah Kubang Pasu, Kedah. Ladang udang ini sekarang diuruskan oleh syarikat Blue Archipelago Berhad.
    3. Pada tahun 1993, kerajaan negeri Kedah telah memperolehi lot-lot tanah bersamaan dengan 1,000 ekar di Kerpan untuk membangunkan sebuah projek akuakultur udang bersama dengan Kumpulan Bin Laden dari Arab Saudi.
    4. Suntikan modal sebanyak RM65 juta.
    5. Syarikat yang membangunkan projek ladang tersebut ialah Samak Aquaculture Sdn Bhd. Pemegang saham Samak Aquaculture ialah Asmak Aquaculture Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Bin Laden, dengan 60% saham manakala kerajaan negeri Kedah mempunyai sebanyak 29% saham. Ia juga dilapurkan bahawa baki saham Samak Aquaculture sebanyak 11% ialah milik bekas pemilik lot tanah yang bersetuju untuk menyertai syarikat sebagai pemegang saham. Kerajaan negeri Kedah dilapurkan sebagai memantau saham bekas pemilik tanah untuk menjaga kepentingan mereka.
    6. Pendapatan yang dianggarkan oleh Samak Aquaculture adalah RM40,000 setiap kolam dengan dua kali tuaian setahun.
    7. Pada awalnya Samak dan kerajaan negeri cuba memikat pemilik tanah sawah untuk menjual, menyewa atau menyertai projek tersebut sebagai pemegang saham. Ada yang di antara pemilik tanah lot besar yang setuju tetapi, pemilik tanah lot kecil sejumlah 800 enggan.
    8. Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Haji Osman Bin Haji Aroff (1985-1996), kemudiannya menggunakan Akta Pengambilan Tanah bagi memperolehi tanah sawah padi tersebut.
    9. Kerajaan negeri Kedah telah menawarkan wang pampasan sebanyak RM18,000 dan RM24,000 untuk setiap ekar tetapi pemilik tanah enggan menerima bayaran yang dianggap tidak memandai.
    10. Pemilik tanah kemudiannya menunjuk perasaan apabila jentera berat memasuki tanah mereka pada musim menuai, mengakibatkan 33 penunjuk perasaan, terdiri dari 10 wanita dan 23 lelaki ditahan polis. Wanita dibebaskan selepas ditahan selama 3 hari sementara lelaki ditahan selama tujuh hari.
    11. Pada 10hb Julai 2000, Tun Daim Zainuddin selaku Menteri Kewangan mengumumkan bahawa pihak Asmak Aquaculture tidak berminat lagi untuk meneruskan lagi projek tersebut dan Kementerian Kewangan akan membeli dan mengambil-alih saham milik kumpulan Saudi itu.
    12. Kemudian, pada 8hb Ogos Parlimen Malaysia merakamkan bahawa kerajaan persekutuan telah membeli saham dari kumpulan Saudi itu sebanyak RM19.5juta dan memperuntukkan RM30juta untuk mengendalikan and memulihkan ladang udang Kerpan. Masalah dengan 736 bekas pemilik tanah juga dilapurkan selesai dengan tawaran kerajaan untuk membeli tanah mereka dengan nilai RM40,780 seekar.
    13. Kemudian diambil alih oleh Blue Archipelago Bhd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mulai 1 Jun 2009 dengan suntikan modal RM50 juta [14]. Kerpan menjadi menjadi zon pengeluar udang terbesar terutama di Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).

  1. Kerajaan guna akta untuk dapatkan tanah sawah/rezab
    1. Guna Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) bagi membolehkan pihak kerajaan mengambil mana-mana tanah untuk melaksanakan pembangunan.
    2. Namun perlepasan tanah sawah kepada kerajaan tidak mampu dipertikai keranapengambilan mana-mana tanah adalah dilindungi di bawah Artikel 13, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut peruntukan undang-undang dengan memastikan pembayaran pampasan yang mencukupi5.
    3. Akta dipinda lagi pindaan Akta A804 yang berkuat kuasa pada 13 September 1991 bagi membolehkan pihak kerajaan bertindak mengambil mana-mana tanah yang diperlukan oleh mana-mana orang perseorangan, perkumpulan atau perbadanan bagi maksud memajukan tanah berkenaan untuk maksud pembangunan ekonomi negara.
    4. Pada Nov 2010 Sidang DUN - Tanah Rezab melayu yang diambil jadi perumahan = 4845.22 Hektar. Pemaju gantikan 3564.72 Hektar sahaja. ( 1280.5 hektar belum ada maklumat)
    5. Jika pun kerajaan ganti- ganti dengan tanah setara maknanya sawah tidak juga diganti = TANAH SAWAH TIDAK AKAN BERTAMBAH SEBALIKNYA TERHAKIS SEHINGGA KIAMAT.
Tanah MADA yang diubah syarat jadi tanah lain (melibatkan kerajaan Negeri)6
Tahun
Hektar

1970-2004
3930

2005
270.4

2006
377.7

2007
275.8

2008
232.8

2009
228.8

2010
244

2011
400.4

2012
287.4

2013
139.7

Jumlah
6387





Bermakna sekitar 6.6 % tanah MADA telah ditukar syarat menajdi tanah bukan sawah.
Daripada 6387 hektar ini
5812.3 hektar = di Kedah
574.84 hektar = Perlis

Tindakan MADA adalah wartakan pula 4127 hektar tanah pinggir MADS sebagai tanah sawah seliaan MADA. (hakikatnya sawah tetap berkurangan kerana yang diwartakan adalah sawah bukan MADA yang diambil sebagai seliaan MADA)

2730 hektar = Kedah
1397 hektar = Perlis

Faktor 2 : Masalah pesawah
  1. Menurut CAP 7-
    1. Masalah yang dihadapi pesawah ialah
      1. sistem saliran tidak sempurna,
      2. ketiadaan sumber bekalan air yang mencukupi,
      3. serangan penyakit,
      4. ancaman makhluk perosak,
      5. padi angin,
      6. kemarau,
      7. banjir
      8. tanah jerlus.

    1. kira-kira 5,000 pesawah dalam kawasan Mada menghadapi masalah itu setiap musim dan semakin meruncing.
    2. Pendang adalah daerah yang paling kerap dan teruk
    3. Cadangan CAP :
      1. Kerajaan perlu kaji kesan sampingan kaedah tabur terus oleh pesawah
      2. Kaji juga kesan penggunaan baja kimia dan racun makhluk perosak yang berlebihan.
      3. Perlu kajian mengenai benih padi baru yang kurang daya tahan oleh serangan penyakit serta perosak tanaman.
  1. Masalah air melimpah bila hujan lebat berlaku di Hutan Kampung misalnya - mahu pihak berkuasa meluaskan parit di kampung itu supaya aliran air dari sawah dapat disalurkan ke sungai berdekatan. Petani yang sudah membeli semaian padi terpaksa menunggu lama hingga menyebabkan banyak semaian rosak kerana tidak dapat ditanam. Misalnya jika hujan sejam, air dalam sawah melimpah dan mereka terpaksa tunggu hampir seminggu untuk membolehkan semaian kerana air keluar ke sungai sangat perlahan. Parit itu turut dipenuhi dengan sampah hingga menjejaskan aliran air ke sungai. Hal teknikal sebegini kadangkala merugikan petani dan merendahkan produktiviti8.
  1. Penyakit reput tangkai9.
    1. Petani di Kampung Baru, Lubuk Labi, Mukim Padang Terap Kanan
    2. Bermula pada umur padi 75 hari dan tangkai padi yang diserang akan kering hingga menyebabkan pokok tidak berbuah dan terus reput.
    3. Tahun 2014, ia semakin serius.
    4. Mereka gunakan pelbagai jenis racun yang diambil PPK dan kedai pertanian tetapi masih gagal mengatasinya. Setiap racun yang dibeli itu berharga antara RM60 hingga RM100.
    5. Masalah penyakit itu - kerugian 60 peratus dari hasil sebelum ini dan secara tidak langsung akan menanggung beban hutang bagi kerja awal hingga akhir proses tanaman itu.
Faktor Ketiga : Lambakan beras import

  1. Apabila berlaku penurunan harga beras dunia harga beras import lebih murah selain dapat menambah jumlah bekalan beras negara10.

  1. Namun pemilik monopoli Lesen Import (AP), boleh manipulasi harga ( Syed Mokhtar) apabila mereka mampu mengimport melebihi keperluan pasaran tempatan, akhirnya penyebab kepada lambakan beras di pasaran.

  1. Kemudian mereka tak boleh beli padi daripada petani dengan harga lebih baik, kerana beras di pasaran terlalu banyak.

  1. Ia menyusahkan petani dan mampu menjatuhkan motivasi petani - akibatnya tanah mudah dirayu oleh para kapitalis untuk projek bukan pertanian.

Faktor Keempat : Iklim

  1. Beberapa kajian di Asia Tenggara pula menunjukkan bahawa perubahan iklim mampu menjejaskan pengeluaran beras di rantau tersebut.
  2. Di Malaysia, kajian yang lebih berbentuk bukan empirikal oleh Chamhuri et al. (2009) menjangkakan bahawa pengeluaran padi di Malaysia akan mengalami kemerosotan rentetan berlakunya perubahan iklim. Masalah ini timbul kerana perubahan iklim akan menyebabkan bekalan air dan sumber-sumber lain merosot, yang seterusnya akan menjejaskan tahap kesuburan tanah dan merebaknya serangan serangga perosak dan wabak penyakit.
  3. Kajian Chamhuri et al. (2009) juga turut membayangkan bahawa negeri-negeri yang mempunyai tahap kemiskinan yang tinggi seperti Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Perak adalah antara negeri yang paling terdedah untuk mengalami kesan buruk akibat perubahan iklim

Faktor Kelima : tanah Terbiar
  1. Tanah terbiar boleh terjadi apabila petani bermasalah untuk mengusahakan tanah sawah mereka dengan pelbagai faktor.
  2. Misalnya isu 200 relung atau 70 hektar sawah di sekitar Tualang, Pokok Sena yang menghadapi risiko bertukar menjadi tanah terbiar berikutan kemudahan jalan ban dan pengairan yang masih belum dinaiktarafkan. Sebenarnya timbul persoalan berkaitan perancangan untuk membina jalan ban dan kemudahan pengairan pada tahun 1971 oleh pihak berkaitan yang mana bayaran pengambilan tanah juga telah pun dibuat. Kesukaran kepada kira-kira 150 petani di Kampung Kepala Bukit dan sekitarnya11.
  3. Faktor kekurangan air dan kurang minat dikalangan pemilik sawah serta tawaran dari pihak pemaju perumahan dan sektor industri menyebaabkan banyak kawasan sawah jadi terbiar.

1 Sinar Harian 8 Julai 2014
4 Ladang Udang Kerpan mempunyai 226 kolam sepanjang tiga km , lebar 1.5 km .Ia menggunakan sistem pengambilan air sepanjang 2.8 km ke dan dari Selat Melaka. Air masin laut dipam ke dalam kolam. Pengeluaran optimum ialah 1,500 hingga 2,000 tan udang harimau setahun, manakala sebanyak 4,000 hingga 6,000 tan udang putih setahun. Setiap satu berkeluasan 0.8 hektar melibatkan kawasan keseluruhan kira-kira 400 hektar. 99 % dari 216 pekerja adalah dari penduduk setempat
6 Temubual bersama YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkaitan data-data MADA. (25 Feb 2015)
7 Sinar Harian 30 April 2014

Isu suara rakyat mangsa Tsunami Kuala Muda Kedah terus teringgir

 KAJIAN ISU TANAH/RUMAH

Isu suara rakyat mangsa Tsunami Kuala Muda Kedah terus teringgir

Masa tragedi : Zohor 26 Disember 2004
Lokasi : persisiran pantai Kuala Muda Kedah/Seberang Prai

Kerugian :
Rumah musnah /lenyap : 75 buah
Rumah rosak : 128 buah


Isu penempatan semula.
  1. Menteri Besar Kedah 2004 Dato’ Seri Syed Razak dan ADUN Pantai Merdeka Dr Shuib Saidin (Exco perumahan) gazetkan tanah 150 Hektar untuk buat penempatan baru rakyat yang musnah dan yang berpotensi terkena semula tsunami.
  2. Dato’ Seri Abdullah Badawi ketika itu isytihar untuk penempatan semula.
  3. Fasa 1 : 100 keluarga yang rumahnya musnah teruk/lenyap dipindahkan ke rumah sementara di Taman Permatang Keratong (kini rumah kekal/elok)
  4. Dijajikan juga untuk Fasa 2 : 200 keluarga yang tinggal di persisiran pantai walaupun rumah tidak lenyap tetapi rosak teruk serta BERPOTENSI kena tsunami semula.
  5. 6 kampung terlibat dalam Fasa 2 iaitu
    1. Kg Tepi Sungai
    2. Kg Kepala Jalan
    3. Kg Padang Salim
    4. Kg Hujung Matang
    5. Kg Paya
    6. Kg Sg Yu
  6. Fasa 2 adalah rumah yang hanya sekitar 50 meter daripada pantai.
  7. Tetapi kerajaan mungkir janji. Buat Fasa dua di Kuala Muda kepala Batas Seberang Perai (kawasan Perdana Menteri ketika itu).
  8. 450 keluarga yang berpotensi kena tsunami di Kuala Muda Kepala Batas berpindah ke perumahan baru (dinamakan Taman Desa Kuala Muda Kepala Batas) sedangkan hanya 11 rumah sahaja yang musnah di Kuala Muda Kepala Batas.
  9. Di mana janji terhadap penduduk persisiran pantai Kuala Muda Kedah yang berpotensi terkena tsunami kali kedua?
  10. Ada dokumen mengumpul tandangan tangan 200 penduduk yang inginkan hak pemindahan semula kawasan berpotensi tsunami Kuala Muda Kedah.
  11. Utusan 21 Mac 2008 isytihar kerajaan telah siap bina perumahan semula Kuala Muda tetapi itu Kuamala Muda Kepala Batas bukannya Kedah yang menjadi kawasan paling teruk dn paling dekat laut.
  12. UMNO cawangan Kg Tepi Sungai telah beberapa kali keluarkan usul agar UMNO bahagian menyuarakan pandangan rakyat dan kehendak mangsa.
  13. JPM beri suart jawapan kepada JKK pada 19 Julai 2010 bahawa permintaan rakyat dala perhatian dan pertimbangan tetapi hingga kini taiada tindakan.

Isu tabung Tsunami
  1. Selain penyelewengan FASA 2 pemindahan riumah berpotensi kena tsunami berlaku pada zaman Tun Abdullah, penyelwengan tabung dana Tsunami juga berlaku.
  2. Dipercayai kehilangan dana iniah yang membantutkan projek FASA 2 walaupun kerajaan negeri telah gazet tanah unuk pembinaan rumah untuk mangsa FASA 2.
  3. Pada 17 Januari 2005, semasa penggulungan Dewan rakyat, Datuk saberi Chik telah berkata setakat 14 Januari 2005 jumlah tabung kutipan media dan tempatan = RM 53.1 juta.
  4. Tidak termasuk dana luar negara.
  5. Jika pun kerajaan guna duit itu bina Fasa 1 di Taman Katong, Fasa dua ditipu bina di Kuala Muda Seberang Prai, namun wang berkenaan pasti ada sisa. Di mana sisanya?

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit R&D Lajnah Penerangan DPPM

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)