BOLA SEPAK PADANG MEDAN PEMUDA PAS BERSAMA BELIA
SUNGAI PETANI - 24 Julai 2016
Perlawanan bola sepak padang persahabatan telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Sungai Petani antara Kelab Sahabat Hijau Sungai Petani bersama Sungai Emas FC pada ahad lalu.
Perlawanan bermula jam 5 petang dan tamat pada jam 7 petang itu diadakan bersempena pendekatan baru Lajnah Sukan Pemuda PAS untuk mengadakan siri perlawanan bola sepak padang sebagai salah satu method mendekati pemuda.
Saudara Ismail Ibrahim selaku ketua Lajnah berkata domain pemain bola sepak padang tidak sama dengan futsal malah selama ini pemuda PAS kelihatan hanya aktif dalam permainan fusal sahaja.
Pertandingan ini diadakan di Padang Taman Rhu Tikam Batu dan berlangsung dalam suasana hujan renyai. Sungai Emas FC berjaya menewaskan Kelab Sahabat Hijau yang merupakan Kelab di bawah Lajnah Sukan Pemuda PAS Sungai Prtani dengan keputusan 5-3.
Tuesday, July 26, 2016
Sunday, July 24, 2016
PAS SUNGAI PETANI ANJUR SAMBUTAN 65 TAHUN PAS SERTA MENGALUKAN MASYARAKAT KE JAMUAN AIDILFITRI
Oleh : Muhannad Nuruddin Bashah
TIKAM BATU- 25 Julai 2016
PAS Sungai petani menjemput rakyat tempatan sekitar Sungai Petani untuk menghadiri dua program bersama rakyat iaitu Sambutan 65 Tahun PAS Peringkat Sungai Petani pada 29 Julai serta jamuan Aidilfitri pada 30 Julai terbuka untuk semua.
Program dijadualkan bertempat di Dataran Balai Islam Tikam Batu.
Menurut Ustaz Rosli Darus, selaku Pengara program serta merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Sungai Petani menyatakan dua program ini bertujuan merapatkan PAS bersama rakyat serta memberi penerangan berkenaan persejarahan PAS sejak ditubuhkan 65 tahun yang lalu.
“ PAS kekal relevan dan kekal misi memartabat kebajikan rakyat, berjuang mencelik rakyat berkenaan syariah Islam secara konsisten dan dua program ini bertujuan untuk itu sekaligus menjadikan agenda ukhuwah dan persaudaraan merentasi parti dan latar belakang sebagai semangat utama”, jelas Ustaz Rosli.
Pada 29 Julai sambutan 65 tahun PAS dimulakan pada jam 5 petang dengan persembahan pentas dan forum Sejarah PAS bersama Ustaz Hashim Jasin, Dato’ Yusof Husin @ Pak Chop mantan Senator, serta Ustaz Fadhil Nor Sahani selaku moderator. Pada malamnya pula Forum perdana bersama panel Ustaz Fawwaz Mat Jan, Ustaz Ahmad Husam Dato’ Badarudin serta Ustaz Shanmugam Shah.
Sambutan Jamuan Aidilfitri pula bermula pada jam 2 petang hingga 5 petangdebgan pelbagai juadah makanan tempatan.antaranya ayam goreng meletop resepi khas PAS Sungai Petani serta Ais Krim Kifayah iaitu ais krim buatan bumiputera Islam Sungai Petani.
Sunday, May 29, 2016
JABATAN AMAL SUNGAI PETANI KERAH TENAGA BAIKI RUMAH MANGSA RIBUT
JABATAN AMAL SUNGAI PETANI KERAH TENAGA BAIKI RUMAH MANGSA RIBUT
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI- 29 Mei 2016
Berikutan hujan lebat dan ribut yang melanda kawasan Sungai Petani minggu lalu, sekitar 6 rumah di Simpor mengalami kerosakan bumbung dan siling.
Kelmarin sebuah rumah milik En Fitri Ahmad (35 tahun) di Simpor berjaya dibaiki bumbungnya selepas projek bermula sejak jam 8 pagi sehingga 4 petang.
Jabatan Amal Sungai Petani yang diketuai oleh saudara Khairul Nizal Bin Othman telah mengerahkan ahli-ahli untuk menyumbang tenaga membaiki selain terus mencari dana untuk menyelesaikan beberapa rumah lagi. Selain Khairul, operasi mendapatkan dana diterajui oleh Muhammad Izwan Ismail.
“ Berdasarkan makluman yang kami terima sekitar 6 buah rumah terjejas dan kami baru memulakan projek membaiki bumbung untuk rumah pertama. Selain itu serentak dengan projek kelmarin beberapa ahli diminta untuk membersih jalan, memotong dahan pokok yang tumbang: jelas Izwan Ismail selaku penasihat Jabatan Amal Sungai Petani.
Menurut Izwan juga dimaklumlakn sekitar 130 kes ribut telah dibuat laporan polis di Balai Polis Kota Kuala Muda, namun 6 kes yang akan diberi penumpuan awal oleh Jabatan amal memandnagkan kekangan dana dan tenaga sukarela.
“ Jabatan Amal adalah badan sukarela amal dan kami akan sedaya upaya membantu masyarakat selain bantuan-bantuan NGO atau kerajaan yang lain demi meringankan beban rakyat”, jelas Khairul Nizal pula semasa ditemubual media kelmarin.
Sebarang dana untuk bantuan diminta hubungi Muhammad Izwan Ismail di talian :
017-5714916

Monday, May 02, 2016
PASTI SUNGAI PETANI KONTIJEN SUKAN PASTI TERBAIK KEDAH
PASTI SUNGAI PETANI KONTIJEN SUKAN PASTI TERBAIK KEDAH
SUNGAI PETANI- 2 MEI 16
Kontinjen PASTI Sungai Petani telah dinobat sebagai Kontinjen terbaik seluruh negeri Kedah dalam Temasya Sukan PASTI Negeri Kedah pada 30 April yang lalu.
Kedua dua pasukan utama Sungai Petani iaitu pasukan bolasepak dan bola jaring memasing-masing menajdi johan bagi peringkat negeri.
Ustaz Haikal Mutallib selaku Pegarah PAS Kewasan Sungai Petani mewakili tuan rumah mengucapkan terima masih kepada pihak Jabatan PASTI Kedah yang sudi memilih Sungai petani sebagai tuan rumah.
“Tuah penganjuran di tempat sendiri, mungkin ini rezeki Allah untuk anak-anak PASTI bawah seliaan PAS Sungai Petani”, ulas Haikal semasa diminta memberi komen rentetan kemenangan besar PASTI Sungai Petani.
Temasya Sukan PASTI Peringkat Kedah tahun ini dirasmikan oleh Cikgu Rosli Bin Suhaime Setiausaha PASTI Pusat.

Tuesday, April 19, 2016
PASTI TEKANKAN ASPEK JASMANI SELAIN P&P
PASTI
TEKANKAN ASPEK JASMANI SELAIN P&P
SUNGAI
PETANI- 16 APR 16
Oleh :
Muhammad Nuruddin Bashah
Sukan
Tahunan PASTI Sungai Petani telah diadakan pada Sabtu lalu yang
disertai oleh 30 buah pasukan daripada Pasti cawangan seluruh Sungai
Petani.
Antara
acara yang menjadi tumpuan kali ini adalah perlawanan bolaepak 7
sebelah serta pertandingan bola jaring.
Ustaz
Aminur Shafiq Muhammad Abduh Timbalan Pengarah PASTI Negeri Kedah
telah hadir merasmikan pembukaan temasya.
“ PASTI
adalah instiusi pendidikan awal kanak-kanak yang seimbang dunia
akhirat serta rohani dan jasmani. Konsep krsimbangan yang dinyatakan
oleh Imam Al Ghazali ini ditonjolkan oleh PASTI melalui temasya sukan
tahunan yang diadakan. PASTI juga berjaya menghasilkan anak muda yang
taat kepada ajaran syariat Islam walaupun bergelar uahawan,
profesional, doktor dan sebagainya”, kata Aminur Rasyid semasa
perasmian.
Beliau menambah isu baru-baru ini juara
perlumbaan motosikal di luar negara Khairul Idham Pawi, yang
dikejutkan dengan ketegasan beliau untuk mengelak daripada upacara
semburan arak di badannya juga merupaan bekas pelajar PASTI
Batu Gajah Perak. Inilah jati diri beragama yang
PASTI lahirkan. Islam tidak menghalang kemajuan, kejayaan bersukan
dan sebagainya
Pada tahun
ini PASTI Nurul Zihab
Sungai Emas telah membolot johan bagi
pertandingan bola sepak
serta bola jaring.
Hadiah
disampaikan oleh yang Dipertua PAS Sungai Petani Ustaz Ahmad Fazli
Hashim.
Monday, April 11, 2016
34 ANAK MUDA SERAH BORANG SERTAI PAS DI PEKULA
34 ANAK MUDA SERAH BORANG SERTAI PAS DI PEKULA
SUNGAI PETANI - 11 April
PAS Sungai Petani kini terus melaksanakan aktiviti menarik anak muda agar bersama PAS melalui program santai dan kemasyarakatan yang sesuai dengan jiwa anak muda.
Terbaharu semalam diadakan Program Tayangan Perlwanan Bolapsepak antara Kedah menentang Pulau Pinang di Padang Taman Rhu 1. Program yang bermula dengan solat maghrib berjemaah disusuli dengan aktiviti BBQ.
Ustaz Shahrir Long selaku Ketua Cawangan PAS Pekula memberi sedikit ucapan mengingatkan anak muda agar meninggalkan tabiat buruk jika ada serta kembali memilih cara hidup Islam berasaskan ilmu Islam.
Sebelum acara kemuncak tayangan bola sepak bermula, seramai 34 anak muda sekitar Pekula telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS Sungai Petani Ustaz Ahmad Fazli Hashim. Ustaz Fazli sebagai penutup bicara mengajak para anak muda agar mengenali PAS secara dekat dengan menghadiri program anjuran PAS dan bukan sekadar mengenali melalui media yang sarat dengan maklumat yang mungkin tidak tepat.

Saturday, April 09, 2016
TITI UZUR PANTAI PRAI BAKAL UNDANG MAUT
TITI UZUR PANTAI PRAI BAKAL UNDANG MAUT
Oleh: Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI - 9 April 2016
Kelmarin Skuad Tinjau Dewan Pemuda PAS Sungai Petani hadir ke Kampung Pantai Prai untuk meninjau serta menghebahkan permasalah titi usur di kampung berkenaan.
Ahmad Safirol Ismail sebagai wakil anak muda Kampung Pantai Prai memaklumkan kepada pihak Pemuda PAS Sungai Petani bahawa titi sepanjang 100 meter itu menghubung Kampung Pantai Prai dan Kampung Terat Batu.
“Titi ini berusia 25 tahun dibina di atas salur paip air bersih ke Kulim hi Tech serta digunakan oleh lebih 200 motosikal setiap hari. Hal ini kerana ia menjadi laluan pelajar sekolah Pantai Prai dan Terat Batu serta laluan utama para pekerja antara Kulim/Padang Serai ke Sungai Petani. Jika mahu guna jalan biasa terpaksa jalan sejauh 18-20 km” jelas beliau sambil memaklumkan bahawa titi itu mrentasi sungai sedalam 10-35 kaki.
Berdasarkan tinjauan kami keadaan kondisi kayu telah reput hampir 70 %. Manakala kayu hanya dipsang skru tanpa nut di bawahnya, serta ada skru yang tertanggal. Terkini terdapat juga penghadang tepi yang patah dan hilang.
“Penduduk kampung yang perihatin mengambil inisiatif menggantikan kayu di beberapa bahagian, dan diganti kayu secara tidak terurus.
Wakil Pemuda PAS Sungai Petani adalah En Izwan Ismail dan Muhammad Nuruddin Bashah yang akan membuat e-aduan kepada pihak MPSPk dan kerajaan negeri serta ADUN yang terbabit.

PAS TEGAS BERPERINSIP, ANJAL BERSTRATEGI- IR KHAIRIL NIZAM
PAS TEGAS
BERPERINSIP, ANJAL BERSTRATEGI- IR KHAIRIL NIZAM
Oleh :
Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI
PETANI - 4 APRIL
“ PAS
bersifat fundementalisme dalam mempertahankan perkara usul Parti
tetapi dalam masa yang sama juga bersifat anjal dalam perkara
strategi siasah yang kini dicemburui lawan dan kawan’, demikian
ualasan penting Ir Haji Khairil Nizam Khairudin semasa merasmikan
Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani 2 April
baru-baru ini.
Semasa
menjawab soalan paling ‘hot’ di kalangan aktivis PAS iaitu masa
depan PAS bersama Ikatan serta bagaimana mendepani situasi lawan 3
atau empat penjuru kelak, beliau secara tenang dan berhemah
menjelaskan betapa kepimpinan yang ada telah memerah minda dan
berijtihd sehabis baik berasaskan situasi organisasi dalam dan luar
semasa.
“
Pimpinan mungkin tidak mampu meramal masa hadapan namun mampu
menjadikan khazanah pengalaman sebagai faktor utama merencana
strategi politik yang Insya Allah merupakan sebahagaian episod
rangkaian perencanaan Allah. Bukankah ini salah satu episod
perencanaan Allah? Kita tidak boleh lari dari episod ini. Siapa yang
berani jamin situasi PAS bersama Ikatan adalah situasi tetap (quo)
sedangkan ia masih dalam ruang strategi politik. Mungkin suatu hari
menjelang pilihanraya ramai lagi pihak akan kembali bersama PAS
kerana melihat sendiri PAS melaksanakan kerja, janji dan berkhidmat
untuk rakyat”, jelas beliau sebelum menutup ucapan perasmian dengan
menekankan kefahaman konsep tahaluf dan taawun dengan baik.
Mesuarat
Agung Pemuda Sungai Petani kali-32 bermula sejak 9 pagi sehingga 2
petang tiada pemilihan sebaliknya membahas aktiviti lajnah-lajnah
secara terperinci.
Ketua
Pemuda PAS Sungai Petani dalam amanatnya kepada para pemuda
mengingatkan pemuda agar meneliti daftar pemilih dan setiap cawangan
perlu merralisasikan harapan PAS mengecapi 5000 pemilih yang baru
sambil menegaskan kefahaman ayat surah Muhammad ayat 7 berkaitan
keperluan membantu agama dan dakwah Islam. 5000 undi target itu
adalah untuk menawan DUN Pantai Merdeka dalam pilihanraya yang akan
datang.
Mesyuarat
juga diwarnai dengan pesanan padat daripada tokoh pendakwah Ustaz
Sahrir Long Ketua Penerangan PAS Sungai Petani dengan penekanan
betapa benarnya janji Alah dan Rasul bahawa gerakan dakwah akan kekal
relevan dan mandiri sehingga kiamat.
Ustaz
Aizat Zakaria yang mewakili Pemuda PAS Kedah pula memberi 10 pesanan
Imam Hassan Al Banna sebagai buah tangan berharga untuk dihadam dan
ditekuni di peringkat cawangan. Antara ciri penting yang ditekankan
adalah konsep aqidah yang sahih, ibadat yang tekun dan berasaskan
ilmu serta konsep amal ijtima’e dalam menyediakan khidmat kepada
masyarakat.
Mesyuarat
ditamatkan awal untuk meberi laluan kepada hadiri menyertai Himpunan
Derita Penoreh di Sik pada waktu petangnya.
Sunday, March 27, 2016
400 ANAK MUDA MERIAHKAN KEJOHANAN FUTSAL PEMUDA PAS SUNGAI PETANI
400 ANAK MUDA MERIAHKAN KEJOHANAN FUTSAL PEMUDA PAS SUNGAI PETANI
SUNGAI PETANI- 27 MAC
Pemuda PAS Sungai Petani terus mendekati dan bersama kegiatan anak muda melalui aktiviti futsal dan ini ditunjukkan dengan penerusan Kejohanan Futsal Tertutup Piala Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani kelmarin 26 Mac 2016.
Kejohanan yang dihadiri hampir 400 orang peserta dan penyokong berlangsung bermula jam 9 pg hingga 4 ptg bertempat di gelanggang futsal Northen Futsal Sungai Petani.
Saudara Ibrahim Saad selaku pengarah program mewakili Lajnah Sukan dan Kebudayaan Dewan Pemuda PAS Sungai Petani menyatakan rasa terkejut dan bersyukur atas sokongan dan penyertaan diluar jangkaan di kalangan anak muda cawangan PAS.
“ Walaupun hadiah bagi johan piala ini mungkin kurang bernilai di mata masyarakat iaitu hanya RM 250 untuk tempat pertama selain voucer makan, piala pusiangan dan medal, namun penyertaan dari 26 pasukan dari cawangan-cawangan PAS menunjukkan belia dan anak muda masih ingin bersama PAS dan percaya PAS komited bersama mereka dalam hal rekreasi, kesihatan dan budaya positif”, jelas Ibrahim kelmarin.
Tempat pertama dimenangani oleh pasukan dari Lubuk Saga, diikuti pasukan Pantai Prai dan tempat ketiga pasukan Teluk Wang.
Kejohanan ini yang sepatutnya dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Sungai Petani Ustaz Ahmad Fazli Hashim telah diwakili oleh saudara Izwan Ismail selaku Ketua Pemuda PAS Sungai Petani.
Kelihatan turut hadir adalah YB Siti Aisyah Abd Ghani yang menyaksikaan anak beliau beraksi bagi pihak pasukan Lubuk Saga dan juga Pengarah Majlis Tindakan DUN PAS Sidam Haji Mohd Isa.
Pasukan yang menang bakal mewakili Sungai Petani ke kejohanan Futsal Pemuda PAS peringkat negeri Kedah akan datang.

Saturday, March 19, 2016
KRONOLOGI ISU RM 2.6 billion (USD 700 juta) PM Susunan semula-Lajnah Strategik DPPN Kedah
KRONOLOGI ISU RM 2.6 billion (USD 700 juta) PM
Susunan semula-Lajnah Strategik DPPN Kedah
Objektif:
- Sebagai bank kebobrokan dan kebejatan korupsi kerajaan BN
- Sebagai bahan tambahan dan maklumat berserta rujukan tarikh, sumber untuk kegunaan media para pimpinan, pendakwah, aktivis parti.
Kronologi Derma 2.6 Billion
Rentetan siasatan terhadap aliran wang keuntungan
dan modal 1MDB pada 2 Julai 2016 Wall Street Journal telah mengeluar
kenyataan berkaitan kewujudan wang RM 2.6 billion dalam akaun PM1.
WSJ mengaku memiliki bukti dokumen
dan transaksi bahawa USD 700 juta atau RM2.94 bilion di masukkan ke
dalam 2 akaun peribadi Najib Abdul Razak di AmBank Islami2c.
Respon kepimpinan Malaysia:
- Diam (sekitar 2 hari tiada jawapan daripada pemimpin negara)
- Akaun itu tidak wujud3.
- 14 Julai 2015, Husni Hanadzlah : Tuduhan tidak berasas dan tidak betul4
- 30 Julai 2015, Ahmad Maslan : Tiada wang masuk akaun Najib5
- menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin
- “Tidak betul. Tidak ada pengaliran wang dan Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi.
- Ejaan nama Najib Razak oleh Sarawak Report adalah silap6.
- PM kata - Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi7.
- Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah 5 Julai 2015, Zahid Hamidi : Najib Razak perlu saman Wall Street Journal WSJ kerana ia babit maruah kepimpinan negara8
- Yahudi sedang menyerang Malaysia10.
- 1 Ogos 2015, Rahman Dahlan : Mula bercakap mengenai derma kepada parti yang mana dan presiden parti mempunyai akaun amanah bagi pihak parti12.
- Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah dan telah berjumpa dengan mereka14. ( NST 7 Disember 2015)
- 1 Ogos 2015, Azalina Othman : Mana-mana ahli politik bebas terima dana dari luar16
- Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kata Pembangkang perlu isytihar Penderma dan keengganan pembangkang telah dijangka17 ( Sinar Harian 9 Ogos 2015)
- Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu19. (banyak blogger UMNO/pemimpin keluar ayat ini cuma disertakan link satu sahaja)
- Ahli MT UMNO, Sharkar Shamsuddin pula berkata, Najib dan UMNO menjadi sasaran konspirasi asing adalah bertujuan melemahkan kedudukan Melayu dan Islam di negara in memandangkan parti itu memiliki 89 kerusi Parlimen berbanding Pas yang hanya mempunyai 21 kerusi saja.
-
- Terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri.
- Duit itu guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan
-
- Pertama pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan ISIS yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.
- Kedua Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar.
- Ketiga derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum
- Aziz Kaprawi jelas - duit itu guna untuk melawan DAP yang dikatakan dapat dana Yahudi22. (Astro Awani, Malaysiakini 23 Ogos 2015)
- Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang
- Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii kata - jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun sudah berlalu24
- Zahid Hamidi pada Julai 2015 berkata Saya sudah berjumpa dengan keluarga penderma25, Ketua Pegawai Pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang menyumbang RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri. ( Raja Abdullah yang sudah mangkat pada 23 Januari 2015?)
- Bank Negara tahu, saya tidak melakukan apa apa kesalahan
- ada plurals penderma, bukan seorang penderma
- Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6B untuk kegunaan umno.
- Mahyudin jelaskan Najib memberitahunya, beliau tidak mahu Umno terjejas sekiranya isu ini menyebabkan parti diheret ke mahkamah kerana sedar saluran wang mungkin salah di sisi undang-undang. PM kata duit itu bukan untuk 1MDB tapi untuk parti26. (Sinar Harian 8 Disember 2015)
- Kata Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail Ketua Penerangan UMNO Selangor, Aishah RA juga di fitnah. Tapi sudi memafkan penfitnah28.
- SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang29. (Malaysiakini 10 Dis 2015)
- Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak30. (Malaysiakini 27 Januari 2016)
- Menteri Saudi tak fikir RM2.6b tu sumbangan31 (Malaysiakini 6 Feb 2016)
- Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir dilaporkan berkata wang itu adalah daripada "pelaburan" yang tidak dinyatakan.
- Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti33. (Astro awani 26 Januari 2016)
- Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam (LHDDN), Tan Sri Mohd Shukor Mahfar kata PM terima derma tidak perlu cukai-tidak tertakluk untuk membayar cukai pendapatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dari seorang putera Saudi34. (Malaysiakini 16 Feb 2016)
Fakta tambahan
- Mengapa dan kenapa Datuk Seri Najib Razak begitu sukar untuk menjelaskan daripada hari pertama duit sejumlah RM2.6 bilion adalah derma yang masuk ke akaun bank miliknya sendiri? Mengapa baru sekarang Selepas sebulan lebih berlalu?
- Di mana duit derma RM2.6 bilion pergi sekarang?
- Pembangkang Malaysia sudah bersedia untuk mendedahkan penderma mereka, jadi rakyat Malaysia mahu tahu siapa penderma umno yg baik hati itu?
- Jikalau duit itu legit, adakah jumlah tersebut sudah diisytihar ke LHDN?
- Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara? Adakah BNM ada siasat punca dan tujuan kemasukan duit RM2.6 bilion tersebut?
- Duit derma RM2.6 bilion masuk ke akaun Najib Razak, sudah “declare” kepada SPRM atau tidak? Bila tarikhnya?
- Mengapa akaun bank Ambank Najib Razak tiba-tiba ditutup?
- Jikalau betul betul derma, Najib tidak perlu konar sana sini, arah siasat situ sini, tangkap/pecat/naikkan pangkat orang itu orang ini.
2
2 Julai lalu, Sarawak Report dan akhbar kewangan
antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan siasatan
Pasukan Petugas Khas mendapati Tanore Finance Corporation melakukan
dua pemindahan wang ke dalam akaun peribadi Najib di AmPrivate Bank
berjumlah AS$681 juta pada 21 dan 25 Mac 2013.
HIMPUNAN FAKTA ISU DOMESTIK-ANTARABANGSA FEBRUARI
Bulan : Januari - Februari 2016
Jabatan Strategik DPPN Kedah
Susunan: Muhammad Nuruddin Bashah
Objektif :
- Menyusun fakta am berangka bagi 4 skop utama iaitu ekonomi, jenayah-sosial, agama-syariah, marhain.
- Mengelak himpunan fakta politik sensasi yang mudah diakses oleh pembaca am.
- Untuk kegunaan media statement, hujah untuk para aktivis, pimpinan, YB.
Ekonomi-korupsi
- Ekonomi Malaysia -pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2015 sebanyak 5.0 peratus1. (Berita Harian 18 Feb 2016)
-
- Malaysia telah dinamakan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.
- ‘Anugerah’ itu diberikan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company - dalam laporannya dua hari lalu.
- Laporan itu, antara lain menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpalit dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalilakn industri bola sepak dunia.
- Bagi skandal rasuah, Malaysia berada di tangga ketiga, di belakang Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Nigeria.
-
- Kata GST bantua negara dalam suasana gawat ekonomi.
- Najib yang juga Menteri Kewangan kata pihak kastam berjaya mengutip hasil lebih RM51 bilion sejak pelaksanaan GST, berbanding kutipan RM37.2 bilion pada 2014 tanpa GST.
- GST bukanlah untuk menyusahkan rakyat, GST (adalah) penyelamat rakyat.
- Minyak jatuh kepada sekitar US$30 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam
(komen: negara apa yang
maju hanya dengan talian hayat cukai dalaman?)
-
- Malaysia bukannya berada dalam kegawatan ekonomi atau pun kemelesetan teknikal.
- Bukan Malaysia sahaja yang mengalami cabaran ekonomi, tetapi beberapa negara lain juga.
- Ekonomi global dijangka lebih mencabar pada 2016 di mana data IMF menunjukkan pertumbuhan ekonomi global akan lebih perlahan, iaitu daripada 3.6 peratus kepada 3.4 peratus.
(Komen : dalam kenyataan lain kata GST bantau
ekonomi gawat, dalam kenyataan lain mengaku negara tidak gawat)
-
- Industri pelancongan Malaysia adalah tarikan utama pelancong terutamanya dari Eropah, Jepun, Korea dan China.
- Tanpa visa yang diberikan kepada warga China yang mengunjungi Malaysia juga dijangka menarik 8 juta pengunjung dan pendapatan kira-kira RM22 bilion setahun dengan purata seorang pengunjung membelanjakan RM3,500.
(Komen : special treatment selain layanan Panda, untuk China,
rentetan MH370)
- Ahli Jawatankuasa Kaukus TPP, Datuk Irmohizam Ibrahim mengaku persaingan hebat anak muda akibat TPPA7. (Sinar Hraian 14 Feb 2016)
- persiapan generasi muda untuk menghadapi TPP
- memerlukan anjakan pemikiran.
- penguasaan bahasa Inggeris.
- tahap keyakinan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan.
(Komen: Persoalan: Adakah kerajaan sediakan
semua ii kepada rakyat sebelum menghadapi bala TPPA?)
- Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu, Ahmad Izani Ab Ghani1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh dibimbangi akan memberi kesan kepada ekonomi negara8. (Sinar Harian 15 Feb 2016)
- pengaliran wang keluar.
- Mungkin perlu had penghantaran wang pulang ke negara masing-masing.
(komen: tetapi mustahil)
- Kerajaan gembira apabila sejak penstrukturan semula Bajet 2016, Fitch rating memberi komen Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) A- untuk mata wang tempatan dan A untuk matawang asing9. ( Berita Harian 25 Feb 2016)
- Anuar Musa berkata - ekonomi negara tidak gawat.
( Komen: satu aspek
melabel baik pada ekonomi tidak menggambarkan suasana iklim sebenar
ekonomi sesebuah negara, Golongan
marhaen,orang kampung tidak
tahu dan ambil peduli
tentang penarafan "Fitch" .
Ini bukan kejayaan yang boleh menandakan kejayaan Najib kerana rakyat
melihat prestasi kemampuan ekonomi realiti rakyat)
Jenayah-sosial
- Pensyarah Kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Rosila Bee Mohd Hussain berkata 1.5 juta pekerja Bangladesh berkemungkinan memberi kesan besar daripada aspek budaya10. (Sinar Harian 14 Feb 2016)
- Kita bawa masuk pekerja asing, budaya luar masuk. Budaya sedia ada pun, ada mengambil masa bertahun-tahun yang perlu kita tangani,
- soal keselamatan, jenayah.
- Pengarah Pencegahan AADK, Abdul Rahman Hamid kata Peningkatan jumlah wanita yang terbabit dalam penagihan dadah11 ( Berita Harian 17 Feb 2016)
- Meningkat 1-4 %
- 2 tahun mutakhir ini.
- Persatuan Anti Dadah dan Aids Malaysia (PADM) kesan kanak-kanak terbabit dalam kes penyalahgunaan dan pengedaran dadah12 (Berita Harian 16 Feb 2016)
- Sekitar umur 10 tahun
- Jumlah dikesan sekitar 10 orang kanak-kanak satu Malaysia
Agama-syariah
- Dewan Ulamak PAS menganggap isu pakaian menyerupai dewa melibatkan ADUN Paya Jaras Khairuddin Othman sebagai satu salah faham13. (Malaysiakini 9 Feb 2016)
- Dewan Ulamak PAS pusat merasakan ia berlaku bukanlah dengan tujuan melanggar batasan agama jauh sekali memperkecil serta mempersenda syariat Islam. Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain," katanya pada kenyataan media hari ini.
- Restoren dengan tanda no pork mengelirukan umat Islam dan JAKIM tiada kuasa 14(Berita Harian 18 Feb 2016)
- KPDNKK yang layak mengambil tindakan lesen premis yang mengeliru umat Islam.
- Satu bentuk baru pengeliruan produk halal.
Marhain
- Setiausaha Agung, N Gopal Kishnam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kesal nasib pekerja tempatan isu 1.5 juta Bangladesh15. (Sinar Harian 15 Feb 2016)
- Wajar sekiranya pekerja tempatan sendiri diberikan latihan secukupnya di samping gaji yang diterima setimpal untuk diserapkan dalam sektor kerja separa mahir.
- Sektor gagal mengambil hati pekerja tempatan kerana gaji rendah dan masa bekerja yang panjang.
- Ramai warganegara Malaysia merantau ke Singapura setiap hari untuk menyara hidup.
- Rakyat Malaysia yang banyak buat kerja-kerja separa mahir di Singapura. Mereka yang bekerja di Singapura ini bukan sahaja profesional, malah terdiri daripada golongan yang terkandas dalam pelajaran dan pekerjaan am.
-
- Thailand, negara dihimpit masalah politik berupaya meletakkan paras harga getah yang selesa untuk rakyatnya.
- Harga getah jenis getah skrap (Cup Lump) untuk sekilogram di Thailand dilaporkan mencecah melebihi RM4 untuk mata wang negara ini.
- Harga lebih RM4 di Thailand tersebut adalah bagi kandungan getah kering (DRC) yang mengandungi 100 peratus manakala di Malaysia harga RM2.20 adalah bagi DRC untuk 50 peratus.
-
- 100 ahli Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah (Pergetah) berkumpul di Pekan Weng.
- Harga ikan temenung jenis biasa sahaja hari ini sudah cecah RM9 hingga RM10 sedangkan harga getah masih RM1.60. Bagi penoreh yang ambil upah, mereka hanya dapat 80 sen sebagai pendapatan bersih kerana keuntungan perlu dibahagi dua.
- Kata RAPAT gaji adalah punca pekerja tepatan tidak berminat kerja di pelbagai sektor yang bergaji rendah18. ( malaysiakini 17 Februari 2016)
- Jurucakap Pertubuhan RAPAT Malaysia (RAPAT) S Bharathidasan - kerajaan perlu menilai semula gaji yang diberikan kepada warga tempatan supaya mencukupi bagi menampung kos sara hidup di negara ini.
- Jangan gelar anak tempatan malas.
2
PM mengaku katanya ekonomi Malaysia
mempunyai asas kukuh walaupun dalam suasana global yang tidak
menentu,Katanya kerajaan
- meneruskan dasar fiskal berhemat,
- mengekalkan nisbah hutang negara di bawah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),
- berjimat dalam perbelanjaan
- dan mengekalkan lebihan akaun semasa
Selanjutnya
di : http://www.bharian.com.my/node/125597
9
Berita
Harian 25 Feb 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kursus Intensif Percussion-alat ketuk