Sunday, March 09, 2008

Sekilas Pandang mood Pengundi N-38 ( Bayan Lepas)

Sekilas Pandang mood Pengundi N-38 ( Bayan Lepas)


Secara umumnya situasi pilihanraya di DUN Bayan Lepas juga menerima spectrum perubaha yang selaras dengan perubahan mood pengundi nasional. Perubahan yang selaras dengan kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai “ politik Malaysia tidak akan selamanya sama”, melihat undi protes dan perubahan sokongan rakyat daripada memilih calon tradisi iaitu BN kepada memilih PAS sebagai calon alternatif mereka.

Menurut saudara Rashdan mohd Nor, wakil calon kepada Cikgu Asnah yang bertanding di N-38, mood pengundi di beberapa UPU ( unit peti undi) atau lokaliti pengundian telah membuat ‘undi swing’ sebagai tanda protes mereka. Menurut beliau sifir lama percaturan Cina juga masih berlaku dimana masyarakat Cina lebih suka memberi undi DUN kepada kerajaan, manakala undi Parlimen kepada pembangkang terutamanya DAP. Lantaran itu kita melihat laluan agak selesa kepada saudara Yusmadi (P-53) untuk memenangi kerusi parlimen Balik Pulau. Kebangkitan masyarakat Cina dan India untuk membuat perubahan juga merupakan faktor penentu lantaran komposisi kaum ddi negeri ini yang agak rencam. Masyarakat India amat terkesan dengan isu Hindraf dan bosan dengan janji –janji pemimpin MIC tempatan. Penindasan dan kemunculan isu-isu ras yang dilaga-lagakan oleh BN menyebabkan masyarakat Cina yang yakin dnegan kepimpinan Anwar Ibrahim sanggup memberi sokongan undi ‘swing’ mereka.

Bayan Lepas masih menerima masalah yang besar dikalangan pengundi kampung Seronok dan Binjai kerana pengikut setia Syed Amiruddin N-38 masih ‘kental’ dengan tradisi UMNO mereka. Namun begitu, kebanjiran bendera PAS dan PKR di kampung ini, pemasangan bendera dengan menggunakan Bas Kilang di sepajang Bilik Gerakan BN, operasi gempur kempen oleh Muslimat PAS telah memberi petanda bahawa masyarakat di situ mula membuka pintu untuk ‘warna lain’. Peningkatan undi daripada mereka juga memberi isyarat bahawa Kg Seronok dan Kampung Binjai mulai menerima dakwah PAS dan boleh memahami bahawa Islam boleh memerintah.

Menurut salah seorang koordinator Media Majlis Tindakan DUN Bayan Lepas, beliau optimis bahawa media maklumat penerangan dan kempen yang dilakukan sepanjang proses pilihanraya bagi DUN Bayan Lepas dan Balik Pulau umumnya adalah punca peningkatan sokongan. Maklumat yang sahih, pantas, menyyeluruh dan efektif amat memainkan peranan untuk menimbulkan kesedaran rakyat tempatan. Antara kaedah yang digunapakai ialah pengedaran CD pengakuan Tun Dr Mahathir, CD Ceramah Manifesto Anwar Ibrahim, bahan-bahan isu tempatan dan nasional, SMS isu tempatan, SMS pengenalan calon, serta media elektronik yang lain. Kami para jentera PRU juga berasa amat puas hati dengan sebaran maklumat yang didapati walaupun masih gagal menawan 3 kerusi DUN.

Menurut Saudara Rashdan juga, Peti Undi Sungai Ara mempunyai masadepan yang cerah memandangkan undi swing banyak bermula daripada kawasan Cina di Bayan Baru dan merebak hingga ke Sg ara yang berada di bawah DUN Bayan Lepas. Beliau berpendapat masyarakat Cina juga terkejut kerana sifir awal mereka iaitu DUN untuk BN dan Parlimen untuk Pembangkang ternyata berlawanan. Saudara Rashdan bertekad untuk terus beriltizam untuk memahamkan masyarakat Cina dan India tentang apa itu Islam melalui mengenali apa itu PAS. Hanya bermula dengan isu Hindraf, maasyarakat India mula menerima simpati para penyokong PAS dan akhirnya mereka sanggup mempamer simbol dan tulisan slogan PAS walaupun tidak memahami tulisan jawi. Saudara Rashdan juga tidak menolak bahawa melalui Kelab Penyokong PAS lah masyarakat non-muslim boleh dijalinkan untuk membantu ceramah kelompok di seluruh DUN Bayan Lepas.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)