Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

Wednesday, December 10, 2008

Masih ada yang sanggup Menyokong ISA?

Artikel disiarkan oleh Harakah Isnin 15-18-Disember 2008
Saya rasa terpanggil untuk menulis dan menyelar sekerasnya tindakan beberapa individu dan pertubuhan yang secara terang-terangan menyokong ISA. Sebagai rakyat biasa saya hanya fikirkan menteri, kerajaan dan polis sahaja yang akan mempertahankan ISA, malah kini PEWARIS secara terbuka pula dengan lantangnya berusaha mengiklankan slogan ‘Kekalkan ISA’ dan ‘Yes To ISA’.

ISA adalah suatu akta kejam dan zalim menurut kacamata manusia yang berakal. Hujah Dato Ma’mor Osman iaitu jurucakap kepada PEWARIS ( Permuafakatan Melayu) bahawa ISA adalah suatu akta yang menjaga keselamatan adalah hujah tanpa bukti yang praktikal. Malah beliau mengatakan bahawa dalam tempoh 60 hari tahanan tanpa bicara (soal-siasat) mangsa masih boleh memberi alibi bahawa pertuduhan terhadap mereka tidak benar. Hujah saya pula, adakah semua mangsa tahanan ISA memiliki pengetahuan undang-undang seperti Raja Petra yang berjaya membuktikan Herbes Corpusnya? Adakah semua mampu membayar wang yuran guaman? Malah melalui majority maklumbalas mangsa, mereka menyatakan dalam tempoh 60 hari, mereka langsung tidak mengetahui pertuduhan tepat terhadap mereka. Bagaimana mereka mampu menyatakan alibi yang sahih? Hujah dangkal dato ma’mor lagi adalah, mereka yang takutkan ISA hanyalah si pesalah. Hujah saya lagi, barang sesiapa yang takutkan hudud dan undang-undang Islam, mereka juga si pesalah. Adakah beliau sanggup menerima undang-undang Islam?

PEWARIS mewakili entity dan etnik melayu yang menyokong ISA. Dengan songkok yang dipakaikan kepada belia dan remaja untuk berdemostrasi di hadapan dewan BAR Council 1 disember lalu, mereka telah menampilkan bahawa masih ada anak melayu yang jahil tentang akta zalim ini. Akta ini tidak menangkap mat rempit, perogol bersiri atau pengedar dadah, tetapi akta ini menjadi ancaman kepada yang menegakkan kebenaran. Sedarkah PEWARIS bahawa anak bangsa mereka sendiri iaitu melayu yang paling ramai ditahan di dalam akta ISA ini sejak merdeka. Sungguh simplistik apabila Dato’ Ma’mor berterus terang mengapikan peperangan antara kaum yang bakal dimenangai kaum cina hanya disebabkan PAS telah lama bersama DAP dan PKR menentang ISA. PEWARIS perlu sedar tanpa DAP juga, PAS telah lama menentang ISA. ISA ditentang bukan atas dasar bangsa, tetapi kerana ia mencarik nilai kemanusiaan.

Alangkah malang apabila Dato’ Ma’mor yang juga Setiausaha agong Persatuan Pengguna Islam (PPIM) menyokong ISA atas dasar keselamatan. Seluruh pejuang ‘pengguna’ sedunia menentang apa sahaja akta yang menjadi alat mengekang kebebasan asasi dan fitrah kemanusiaan. Isu ISA adalah isu kepenggunaan! Apatahlagi Kepenggunaan cara Islam seperti mana yang PPIM bawakan. Telah ramai rakyat malaysia sedar tentang produk halal haram melalui kempen PPIM. Kini suara PPIM pula yang mencederakan kepercayaan pengguna Islam negara ini.

Jika benar ada perwakilan PEKIDA dalam Dewan Bar Council yang turut bersama PEWARIS cuba memboikot perjuangan anti ISA, ia amat menyedihkan lagi. PEKIDA yang sinonim dengan ajakan amar ma’ruf nahi mungkar kini bersama menyokong ISA yang jelas besar mungkarnya di bumi Malaysia ini.

Saya amat tertarik dengan kata-kata semangat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkenaan usaha variasi menentang ISA. Kata beliau” jangan senyap dalam menentang hal bercanggah dengan syarak. Buatlah apa sahaja. Hantar surat ke, tulis lagu ke, sajak, kartun dan sebagainya. Yang penting kita kena lawan benda (Akta ISA) yang salah”. Ya, GMI pulau Pinang saban minggu melakukan pelbagai aktiviti menonjolkan simbol anti ISA. Malah seluruh pejuang Islam juga tanpa mengira apa NGO dan Parti politik yang berkesedaran.

Muhammad Nuruddin Bashah
jihadin82@yahoo.com

Monday, October 20, 2008

Baca PUISI di Prangin Mall (Mansuhkan ISA)

Ahad- 19 Oktober 2008- Prangin Mall, Komtar , Penang.

Hidup hari ini agak pantas. Dengan berteman Motorsikal Suzuki RC (modified), saya bergegas dari USM meninggalkan sebentar program Ihtifal Pasti (Pertandingan Nasyid Pasti) untuk ke program Pameran dan Persembahan Operasi Lalang ISA. Program ini anjuran GMI Pulau Pinang dengan kerjasama SUARAM, JIM dan sebagainya.
Dalam perjalanan saya bersolat Zohor di Masjid Jelutong. Pada masa yang sama, saya mengambil kesempatan untuk mengedar Risalah SPAQ edisi Oktober (tajuknya menyanggah golongan anti hadis). Kemudian terus ke Pusat Bandar.

Di sana saya lihat semua peralatan dan pameran giat dijalankan. Pengunjung Komtar dan peminat setia Starbuck kelmarin berpeluang menyaksikan sendiri pameran dan laungan anti ISA yang kali ini dilakukan di tengah medan membeli belah dan pusat pentadbiran Pulau Pinang.
Pada awalnya polis ingin mengambil tindakan mungkin, tetapi mujur Haji Rashid (Pengerusi FORUM NGO-NGO Islam merangkap Pengerusi Sekolah Al Itqan) ada di sana dan beliau menjelaskan bahawa program ini tiada ketegangan malah lebih kepada 'open entertainment show' sahaja.

Sedang saya sibuk mengambil gambar, Haji Rashid meminta pula saya menyanyi lagu menentang ISA. Saya mana reka lagi!! Jadi, saya kata saya nak baca sajak….kebetulan saya terjumpa KECIK, iaitu member seperjuangan di KL dulu. Dia ni antara aktivis Food Not Bomb (FNB) di Briekfield. Rupanya dia di Penang sekejap sahaja. Dia juga meminta saya buat sajak 'on the spot'. kali ini berbeza dengan puisi di KL, kerana kali ini ada band back up saya dengan instrumental music.

Haji Rashid telah bercakap di khalayak ramai, mengungkap ayat suci Al-Quran surah Al-Imran 104... tentang amar maaruf nahi mungkar... juga mengajak jemaah yang bersolat Zohor di Masjid/Surau Perangin Mall ke kempen GMI di situ. Malaysia Kini dan Berita Keadilan ada menemubual beliau selepas ucapannya.

Kriss Khaira (aktivis GMI) meminta Band yang membuat persembahan lagu-lagu rakyat di situ untuk memainkan lagu 'instrumental slow' untuk mengiringi puisi yang akan saya bawakan. Dalam masa 5 minit siaplah puisi. 8 minit kemudian saya siap mendeklamasikan puisi itu dengan penuh emosi. Dari Prangin Mall, saya terus ke jamuan rumah terbuka anak murid saya di Jalan Gertak Sanggul (rumah Syuhada dan Izzati- adik beradik).

Selepas mandi, saya bergegas pula ke Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (IPPPP) di Gelugor untuk memberi ceramah berkaitan Isu "Nabi Melayu".

Pendita Bitara
Guru SMI Al Itqan P.P

Saturday, October 18, 2008

Malam Terakhir Candle Light Vigil Pulau Pinang

Candle Light Vigil terakhir semalam ( 17 Oktober 2008) berjalan dengan lancar. Ramai yang berucap dan kali ini kelihatan sedikit keseimbangan komposisi kaum di kalangan hadirin. Walaupun hujan, kelihatan ramai yang tidak mahu berganjak malah membuka payung untuk melindungi rakan-rakan lain yang lupa membawa payung.

Lagu-lagu anti ISA yang berkumandang juga menarik perhatian semua. Mungkin SB-SB juga terbuai apabila mendengarnya.

Saya juga diminta berucap mewakili kaum Melayu, umat Islam serta JIM Pulau Pinang. Saya masih menegaskan betapa perlunya gemblengan tenaga semua kaum untuk bersatu secara progresif dan konsisten demi mendesak kerajaan memansuhkan ISA.

Pendita Bitara

Monday, September 15, 2008

Malam Anti-ISA di Pulau Pinang

Pada malam 14 September yang lepas, penulis bersama 2 orang penggerak SPAQ, saudari Wardah bt Abdul Rahman dan saudari Fazlul Huda bt Mokhtar telah menghadiri perhimpunan anti-ISA yang diadakan di hadapan perkarangan dewan Sri Pinang. Kami hadir bagi menunjukkan sokongan membantah penahanan di bawah Akta ISA yang telah dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini. Perhimpunan yang dianjurkan oleh SUARAM ini berjaya mengumpulkan ramai orang, rata-ratanya berbangsa Cina.


Kami tiba agak lewat malam semalam dan terlepas ucapan ataupun taklimat awal berkaitan Akta ISA serta penahanan terkini Akta ini. Walau bagaimanapun, keadaan di sana masih hangat dengan laungan anti-ISA serta sepanduk-sepanduk yang terus dibentang di kiri jalan, menggamit bunyi hon kereta tanda sokongan pemandunya!







Di celah sepanduk anti-ISA dan kebebasan media, desakan mansuh AUKU juga boleh dilihat!


Terdapat juga sekelompok peserta perhimpunan ini membentuk bulatan dan menyanyikan lagu mansuhkan ISA.

Lilin-lilin juga dinyalakan, simbol kepada keamanan dan harapan yang sentiasa diulang-ulang dan dilaung-laungkan, MANSUHKAN ISA!

Besarlah harapan penulis agar rakyat sama-sama peka dan sedar tentang kezaliman yang dibawa oleh Akta ISA. Antara tanda sokongan yang mampu dilakukan ialah menghadiri perhimpunan anti-ISA seperti ini. Kezaliman perlu ditentang hingga ke akhirnya, usah takut atau gentar jika kita di pihak yang benar!
Pendita Bitara

Amerika kritik ISA di Malaysia?

Amerika Syarikat telah memanggil Duta Malaysia untuk membantah penggunaan ISA di Malaysia? Amerika perlu cermin diri dahulu dan menasihati anak angkatnya, Israel terlebih dahulu. Mossad di Israel telah menangkap rakyat Israel serta Palestin yang hanya disyaki sahaja, selama bertahun-tahun. Mengapa US membutakan mata dan membisukan diri? Bagaimana sikap mereka terhadap negara nuklear lain selain sekutunya, begitu juga sikapnya kepada negara zalim lain. Negara kita memang semakin zalim, senjata tok aji UMNO dan BN adalah menggunakan ISA sebagai pilihan terakhir. Tetapi Amerika juga perlu melihat dan memikirkan sama tindakan polis, tentera dan penjajahnya di Iraq yang berleluasa serta menggunakan tindakan yang lebih dahsyat daripada ISA.

Wednesday, June 25, 2008

Teruskan perjuangan menentang ISA


"Sekurang-kurangnya dia masih hidup"
Norlaila Othman Tue Jun 17, 08 10:06:57 am MYT
Tak tahu macam mana nak mulakan bicara, setiap kali jari mula mengetuk 'keyboard', mata mula berkaca. -->
'Let's put it this way'..."tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa beriman kepada Allah,niscaya dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."(maksud AtTaghaabun: 11).
Sebaik saja berita lanjutan 2 tahun itu keluar dalam Harakahdaily petang tadi, saya rasa seolah-olah ramai sangat yang turut "berkabung' dan menangisi keputusan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Tak daya saya nak melayan SMS dan panggilan telefon dari mereka yang ingin menyatakan kesedihan, di samping meminta saya terus tabah menghadapi keputusan yang zalim itu.
Sekadar mengimbas kembali, 10 dan 11 Jun, "hari-hari terakhir 6 tahun" saya rasakan hidup bagai di atas bara api. Setiap kali tengok kalendar, fikiran jadi amat tertekan. Kepala jadi sakit yang amat sangat dan ubat paling baik ialah ... tidor. Tapi tak boleh dilayan sangat.
Saya pergi GIANT membeli jus Peel Fresh Orange dan snack kegemaran saya - Vochele roasted almond .... tapi bila tiba dirumah, tak ada mood pula untuk menjamahnya.
Saya sibukkan diri dengan kerja-kerja kempen dan kebajikan keluarga tahanan yang masih bertimbun. Fikiran difokuskan terhadap program terdekat. Malu rasanya untuk menghadiri sidang media, dengan mata yang bengkak kesan tangisan yang berpanjangan.
Lega sedikit, ada cermin mata untuk menutup kekurangan itu.
Saya amat bersyukur pada Allah SWT, Tuhan yang memberi nyawa, yang masih mengizinkan nadi saya berdenyut, yang membolehkan saya menghirup udara pagi ketika terjaga dari tidur.
Di sebalik tekanan perasaan yang tinggi, saya berjaya mengharungi saat-saat sukar, sebelum menerima berita/keputusan yang amat berat itu... Alhamdulillah.
"Sekurang-kurangnya dia masih hidup dan boleh dilihat walaupun di sebalik kaca ...."
Ya .... itulah realitinya.
Saya reda dengan semua ketentuan-Nya. Sekurang-kurangnya, saya telah cuba melakukan yang terbaik untuk melihat dia bebas.
Bila-bila masa, sekiranya saya dipanggil Ilahi, saya tidak akan merasa terkilan/bersalah, kerana saya telah berusaha dengan pelbagai tindakan yang sewajarnya, untuk membantu mengembalikan nama baik dan hak peribadinya yang sedang dicabuli oleh mereka yang amat ego dan "sedang diberi kuasa oleh Allah" ketika ini.
Kemungkaran ISA terlalu besar dan terlalu zalim untuk dibiarkan begitu saja. Saya tidak kesal dengan keputusan ini (menangis tu biasalah bagi orang perempuan).. malahan semangat juang tetap membara di sanubari saya ....
Semoga Allah permudahkan semua perkara dan memang Allahlah penentu segalanya. - detikdaily.net _
Kepada Kak Laila, kami Pulau Pinang tetap merasai penderitaan dan keperitan anggota keluarga mangsa akta jahanam ISA. Saya dan rakan-rakan yang masih mentah ini akan terus berkempen dan bercakap akan kecelakaan akta ini. Teruskan usaha kak dan minta suami kak bersabar dan ingatkan kepadanya...di dalam tahanan setiap saat baginya adalah pahala berbanding kita. Kita terpaksa banyak beribadat dan berjuang/berdakwah untuk setara pahala yang diperolehi oleh beliau. Beliau dipilih Allah untuk membeli syurga abadi dengan ditarik kebebasan asasi. Kita? Belum tentu mencium syurga jika tidak berjuang! Hapuskan ISA
Pendita Bitara
Penang

Wednesday, June 18, 2008

Polis dan ISA; benarlah ramalan Rasulullah



Polis digunakan secara semberono dan berleluasa oleh pemerintah yang zalim sejak zaman berzaman. Walaupun atas istilah yang berbeza seperti Biduanda, Pengawal Istana, Hulubalang, Masketeer dan sebagainya, mereka adalah polis yang menurut arahan pemerintah. Jika zalim si raja, maka zalimlah polis yang menjadi perkakas mereka.

Asasnya polis bertugas menjaga keamanan dan kesejahteraan awam sedari askar menjaga keamanan di sempadan negara.

Akhir zaman menyaksikan bagaimana polis diguna juga sebagai alat melindungi kezaliman dan penyelewengan pemerintah.
Bersabda Nabi SAW;
“Bersegeralah kamu untuk melakukan amal soleh sebelum datang enam perkara; pemerintahan orang-orang jahil, bertambahnya jumlah polis….”
( Hadis Riwayat Imam Ahmad dan turut dimasukkan oleh Albani dalam kitabnya as Sahihah)

Kata ‘as Syurt’ dalam matan hadis di atas bermaksud polis. Syurtah pada asal makna adalah tanda atau isyarat. Di sebabkan polis memakai tanda (pakaian seragam) maka digelar as Syurtah.

Pemerintah yang ‘menggigit’ ini juga telah lama diramalkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadis yang lain. Antaranya adalah;
“ Ada dua jenis ahli neraka yang belum aku jumpai iaitu satu kaum yang membawa cemati seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan wanita-wanita yang memakai pakaian akan tetapi sebenarnya tidak berpakaian…”.
( Sahih Muslim)

Imam Nawawi yang mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa yang memegang cemati itu adalah polis-polis yang mana pada zaman Nabi, Nabi sendiri tidak menyaksikan kelompok polis yang zalim itu.

Malaysia tidak ketinggalan dalam memperguna polis sebagai alat kezaliman pemerintah. Akta ISA adalah antara cara mudah untuk mengekalkan kuasa agar rakyat membisu.

Sekitar tahun 1948 semasa Ordinan Darurat diwar-warkan, British menggunakan ordinan ini untuk menangkap tali barut komunis yang dikatakan mengganas. Undang-undang ini berlarutan sehingga 12 tahun iaitu tamat pada tahun 1960. Semasa Tunku Abdul Rahman mengambil alih memerintah negara ini pada 1957, beliau mula berpuas hati dengan prestasi tentera Malaya menentang komunis dan ingin menamatkan Ordinan itu. Akan tetapi malang telah berlaku Tunku mencadangkan agar diadakan Rang undang-undang ISA yang membenarkan penangkapan tanpa bicara.

Polis mula bermaharajalela menggunakan akta rakus ini untuk menakutkan rakyat. Tangkapan ala desperado, subversif dan senyap menyebabkan kadangkala keluarga magsa tidak mengetahui kemana perginya jasad mangsa. Tangkapan yang tidak akan dibicarakan dan tidak tahu tarikh pembebasannya.

Prof Zulkiflee Mohammad berkata, PAS hanya boleh menerima rang undang-undang ini (terpaksa menerima kerana masih perlu memerangi golongan subversif komunis yang mengganas) sekiranya digunakan hanya untuk komunis dan bukannya untuk tujuan politik. Ironinya, hanya beberapa tahun kemudian, Tunku menggunakannya untuk menangkap Dr Burhanudin al Helmi dan beberapa pemimpin pembangkang. Tertekan dengan Singapura dan Indonesia, Malaysia mengangkap rakyat sendiri untuk melepas geram. Sama seperti hari ini apabila Malaysia tertekan dengan White House, rakyat yang tidak bersalah diperosok dalam tahanan dan digelar pengganas!!

Lantaran itu apabila Tun Mahathir menggunakan ISA untuk menangkap Orang UMNO yang tidak nmeyertai UMNO baru, Tunku memberi amaran bahawa akta itu dibuat untuk menyekat Komunis sahaja. Siapa yang ingin melayani kata-kata Tunku itu. Sudahlah hujahnya itu ketika dahulu hanya dalam bentuk Hansard Parlimen, dan tiada mana-mana ayat dalam akta ISA yang menyatakan akta itu hanya untuk komunis, beliau juga adalah antara insan yang menggunakan ISA untuk tujuan politik!

Lihat kini pemimpin yang pernah KEBAL akibat ISA. Tun Mahathir; kecewa dengan UMNO dan terpulau oleh rakyat UMNOnya sendiri. Tunku; meninggal dunia bukan sebagai ahli UMNO. Pak Lah mula hilang populariti sebagai Amirul Mukminin yang adil apabila mula rakus menggunakan ISA dan polis secara berleluasa.

Benarlah ramalan Rasulullah SAW. Golongan yang mencengkam ini pasti muncul dan tidak akan mengecapi erti ‘bahagia’ selama-lamanya.

Pendita Bitara
Jun 2008

Monday, June 16, 2008

Rakyat Malaysia perlu cakna isu ISA

Yang Zalim WAJIB di hapuskan. Inilah prinsip kemanusiaan yang tersinar dalam setiap lubuk hati. Tidak mengira agama dan bangsa serta keturunan. Kelmarin Markaz Tarbiyyah PAS Pulau Pinang merakam sebuah program Kempen Bebaskab Tahanan 6 tahun dan semua Tahanan ISA anjuran GARAP (gabungan Rakyat Perihatin). GARAP adalah suatu ad hoc yang bekerjasama dengan Dewan Muslimat Kepala Batas, GMI, SUARAM dan sebagainya. Turut hadir ialah Syed Ibrahim (Pengerusi GMI), Puan Norlaila Othman (AJK GMI), wakil Bar Council, Suaram ( Tetapi saudari Shu Shui tidak dapat hadir kerana ada program di pulau), saudara Jamaludin (YDP JIM P.P), T.S Thanetheran (Koordinator Hindraf Pusat). Turut hadir meraikan perjuangan mulia ini ialah Al Fadhil Utaz Shuib ( Ketua Dewan Ulama’ PAS Pulau Pinang).

BN semakin terhimpin. Hegemoni kuasanya diperkukiuh melalui ISA. Benar seperti ucapan Ustazah Rahmah menyatakan bahawa manifesto BN SELAMAT, AMAN MAKMUR adalah hanya melalui ISA. BN Selamat kerana adanya ISA. Negara Aman kerana ada tangkapan-tangkapan tanpa bicara yang menyebabkan Amerika Syarikat bersangka baik dengan Malaysia. BN Makmur kerana mengaut untung melalui Petronas (belanjawan Petronas masih tidak dibentang kepada rakyat).

Amat tertarik dengan ucapan R.S Thanetheran, beliau mengaku PAS adalah parti yang memperjuang agama tidak akan berlaku zalim terhadap rakyat. Beliau berkata kaum India ramai menyertai Kelab Penyokong PAS dan menyokong PAS menjatuhkan BN. Hindraf hanya menuntut hak India bukan ingin menghapus Islam. Pertelagahan antara kaum direncanakan oleh BN. BN telah lama menghasut India agar takut dengan petugas PAS. Inilah yang didedahkan oleh Koordinator HINDRAF pusat ini.

R.S Thanetheran berkata, beberapa pemimpin HINDRAF ditangkap semasa dalam perjalanan ingin berjumpa dengan Yang Dipertuan Agong di Istana Negara. Sedangkan secara sinis kita melihat bahawa pelawat asing dapat hadir mengungjungi Agong kita sedangkan rakyat dipancut dengan gas pemedih mata.

Kepada Puan Norlaila Othman….kami penggerak Islam hanya mampu membuat sekadar yang mampu. Puan harus sabar dalam menentang kezaliman BN. Selepas BN menggunakan ISA secara wewenang kini, ramai pihak mula bekerjasama dengan parti politik yang telah lama memperjuang kezaliman ini. JIM, Hindraf, Suaram dan sebagainya kini sebaris dengan PAS. Mungkin ramai muslimat yang sebak tatkala Puan Norlaila menceritakan bagaimana hari suaminya akan dibebaskan pada 11 Jun minggu lepas, mereka menerima pula arahan baru daripada Hamid Albar (KDN) agar menyambung tempoh tahanan kepada 2 tahun lagi. Menjadikan tempoh hingga 8 tahun tahanan!!

Pada saya semua wakil rakyat Pakatan rakyat baik diperingkat kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat perlu membawa perjuangan ISA dalam Dewan mahupun di khayalak ramai. Soalan berkaitan SA perlu ditanya dalam Dewan setiap kali persidangan agar menjadi tekanan kepada kerajaan. Berita baik mungkin bagi penyokong GMI. Pihak Human Right Switzeland telah membalas petition daripada Malaysia (6000 tandatangan) dengan memberi soalan berkenaan pancabulan hak asasi ini kepada kerajaan Malaysia. PM wajib menjawab dalam tempoh 90 hari…

Rakyat yang membaca tulisan ini….buatlah sesuatu…..yang muslim….iman anda tersinar hanya melalui anda ada sikap memusuhi akta zalim ini..ISA. Bertindaklah sesuatu.

Pendita Bitara
Jun 2008

Tuesday, June 10, 2008

Ketahui hak anda terhadap Polis

Saya cadangkan anda semua pergi dulu Program ini. Lepas gali semua pengetahuan berkaitan hak kita apabila berhadapan dengan polis, pergi pula ke Markaz PAS Pongsu seribu untuk bersama meraikan perjuangan mansuhkan ISA dan membebaskan saki baki tahanan tanpa bicara. Jadikan 15 Jun 2008 ini sebagai hari juang anda !! Kosongkan hari Ahad ini !! (Pendita Bitara)


Police Power Training

Date: 15 June (Sunday)Venue: 85B - 1 - 18, University Heights, Jalan Sungai 2, 11700 Pulau Pinang

Time: 9am - 1pm
Panel: S. Arul
Language: BM/BI
any inquiry please call Shu Shi 012-8756179

FREE!!!!!!!!!

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM )Penang Branch63B-01-07, University Heights,Jalan Sungai Dua,11700 Penang.Tel / Fax: 04-6582285E-mail: suarampg@hotmail.comhttp://suarampg.blogspot.com/

Wednesday, May 21, 2008

Baca fakta ini dengan teliti (hancurkan ISA)

Gerakan Mansuhkan ISA
KENYATAAN MEDIA: Selasa, 20 Mei 2008

Siasat Seksaan Tahanan di bawah ISA



1. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 83 buah organisasi terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik, kesatuan sekerja, badan hak asasi manusia, badan wanita, mahasiswa dan golongan muda, hari ini berasa amat kesal dengan penyeksaan yang didakwa berlaku ke atas tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sekiranya benar, GMI mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan berkenaan serta menuntut siasatan segera dilaksanakan.



2. Tahanan yang dimaksudkan tersebut ialah Sanjeev Kumar A/L Krishnan yang telah ditahan di bawah ISA pada 28 Julai 2007 atas tuduhan sebagai 'agen perisik asing'. Beliau mendakwa telah diseksa secara fizikal dan mental oleh pihak polis cawangan khas ketika 60 hari pertama ditahan iaitu antara 28 Julai 2007 hingga 21 September 2007.



3. Antara penyeksaan yang didakwa dilakukan terhadap tahanan ialah soal siasat berjam-jam dengan ugutan dan tanpa rehat. Diseksa, ditendang dan dibelasah dengan teruk oleh SB di bahagian badan dan kepala samada dengan kaki, objek keras atau botol berisi air. Dipaksa meminum air kencing sendiri selain kemaluan dipukul dan dubur dijolok dengan objek yang keras.



4. GMI dimaklumkan amalan penyeksaan tersebut telah membawa kesan bertambah buruk kepada tahanan setelah perintah tahanan dilanjutkan untuk dua tahun di bawah Seksyen 8, ISA. Beliau telah dihantar ke Kem Tahanan Kamunting (Kemta) pada 22 September 2007, selepas 55 hari ditahan.5. Beliau mendakwa tidak mendapat rawatan yang sempurna untuk beberapa bulan lamanya hingga mengakibatkan beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk kehidupan hariannya oleh kerana kaki dan tangan sebelah kiri tidak lagi berfungsi dan lumpuh.



6. Berikutan itu, laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga tahanan pada bulan April 2008. Hari ini, laporan kedua dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi. GMI membuat laporan polis di atas isu yang sama terhadap Menteri Keselamatan Dalam Negeri, PDRM dan Kemta.



7. GMI jelas bahawa insiden penyeksaan ini bukanlah amalan baru oleh pihak polis malah tindakan sistematik untuk memaksa pengakuan palsu daripada tahanan sudah berlaku sejak bertahun-tahun lamanya seperti mana yang didedahkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan dirakamkan dalam catatan mahkamah. Namun oleh kerana ini kes terbaru yang diketahui, GMI bertanggungjawab untuk mendedahkannya dan menuntut pembelaan.



8. GMI menuntut supaya siasatan dijalankan dengan segera dan ketiga-tiga pihak tersebut mestilah bertanggungjawab di atas apa yang berlaku termasuk membayar ganti rugi, jika didapati sahih oleh mahkamah, terhadap penderitaan fizikal, mental dan trauma yang dilalui oleh tahanan dan ahli keluarga.



9. GMI juga menuntut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk menyiasat aduan berkenaan dan mengesyorkan langkah tegas supaya perkara yang sama tidak berulang.



10. Tindakan menahan seseorang tanpa bicara adalah suatu tindakan yang tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Ditahan di bawah ISA sudah merupakan satu kezaliman, apatah lagi diseksa dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tanpa proses mahkamah dan pembuktian yang sebenar di bawah ISA, tidak seperti yang didakwa oleh Ketua Polis Negara baru-baru ini (beliau kata ISA ada proses mahkamah), ruang untuk salahguna kuasa terbuka luas.



Menteri, Kerajaan dan Polis tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini.



Mansuhkan ISA!Bebaskan Semua Tahanan!Tutup Kem Tahanan Kamunting!



Syed Ibrahim Syed NohPengerusi

Thursday, April 10, 2008

Perlaksanaan Kempen Mansuh ISA

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
433A, Jalan 5/46,
Gasing indah,
46000 Petaling Jaya

Tarikh: 28 March 2008

Kepada

_____________________

Assalamu’alaikum wrt wbt/Salam sejahtera,

Letter Signing Campaign sempena Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun-ISA.

Pada bulan April 2008, Gerakan Mansuhkan ISA akan melancarkan ”Letter Signing Campaign” bertujuan membebaskan tahanan ISA yang telah ditahan hampir 6 tahun bersama-sama seratus Tahanan ISA lain dari pelbagai bangsa dan ugama yang masih menghuni Kem Kamunting.

Setiap rakyat Malaysia yang menyertai kempen ini di andaikan telah memberikan suara mereka menyokong supaya semua tahanan ISA , segera dibebaskan.

Bagaimana perlaksanaan ”Letter Signing ” ini?

Kempen ” Letter signing” ini adalah unjuran dari kempen pek Islamic Human Rights Commission (IHRC) berpengkalan di London. Kempen ini disusun berdasarkan profail tahanan ISA Mat Sah Bin Mohd Satray yang telah ditahan hampir 6 tahun.

Caranya mudah saja. GMI telah menyediakan dua keping surat , satu di alamatkan kepada Menteri dalam Negeri dan yang lain di alamatkan kepada sebuah pertubuhan Hak Asasi di peringkat antarabangsa, berpengkalan di Switzerland.

Anda perlu ikuti langkah di bawah:
1) Cetak dua keping surat yang di lampirkan di emel itu.
2) Buat salinan.
3) Cari orang untuk menandatangani surat itu.
4) Poskan surat tersebut mengikut nama dan alamat yang ada di kedua-dua surat itu,secara berasingan.

Di akhir bulan April, GMI mensasarkan sebanyak 300,000 surat telah diposkan oleh rakyat Malaysia pada dua institusi tersebut sebagai satu mesej utama pada Menteri Dalam Negeri dan Pertubuhan Hak Asasi di Switzerland bahawa penahanan tanpa bicara, samada yang baru ditahan atau yang hampir 6 tahun, semuanya adalah merupakan pencabulan hak asasi manusia yang amat serius dan perlukan perhatian segera.

GMI berharap, semua badan bukan kerajaan dan Parti Politik di Malaysia akan bersedia mengambil peranan memastikan kempen ini dapat disampaikan kepada semua lapisan rakyat di negara ini.


Bebaskan Tahanan ISA, Mansuhkan ISA,Tutup Kem Kamunting.

Yang benar,


Norlaila Othman,
Pusat Sokongan Keluarga (PSK)
GMI

Surat kepada Menteri dalam Negeri

1 April 2008.
Kepada,

Datuk Seri Syed Hamid Albar,
Blok D 2, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya.

Tel: 03-88863000.
Fax 03-88891613.

Perkara: Rayuan untuk pembebasan segera tahanan ISA Mat Sah Bin Mohamed Satray dan 70 tahanan ISA yang lain.

Tujuan saya menulis surat ini adalah ingin mendesak supaya Mat Sah Bin Mohamed Satray yang ditahan semenjak 17 April 2002 dibebaskan segera. Beliau kini ditempatkan di Pusat Tahanan Kamunting di negeri Perak. Beliau dan beberapa tahanan lain dituduh menjadi ahli Jemaah Islamiyyah (JI) dan terlibat dalam aktiviti subversive menentang kerajaan.Walaubagaimanapun, tiada bukti kukuh telah dikemukakan untuk menyokong pertuduhan tersebut.

Mat Sah dan semua tahanan ISA yang lain sepatutnya diberi perbicaraan yang adil mengikut piawaian antarabangsa dan hak untuk diwakili oleh peguam dan bertemu dengan ahli keluarga.Sekiranya tiada bukti dapat disabitkan, tahanan sepatutnya dibebaskan dengan segera.Menahan mereka tanpa satu had masa berdasarkan sangkaan semata-mata adalah jelas mencabul hak asasi.

Saya juga amat perihatin bahawa tahanan ISA dilaporkan telah didera secara fizikal dan ditakut-takutkan serta dipaksa tinggal di dalam sel penjara yang sempitdan dikenakan peraturan yang ketat.Saya meminta agar pihak tuan dapat memastikan Mat sah dan tahanan yang lain dilayan mengikut piawai hak asasi manusia antarabangsa.Organisasi hak asasi manusia dan NGO sepatutnya diberi kebenaran dengan kadar segera akses kepada Pusat tahanan Kamunting.

Perkara yang lebih penting ialah, saya ingin mendesak supaya ISA di mansuhkan kerana ramai yang tidak berdosa telah menjadi mangsa kejahatan akta zalim ini.. Dan kini masih ramai lagi mereka yang ditahan tanpa pendakwaan atau diberi hak untuk diwakili oleh peguam.Penahanan itu dilanjutkan pada dua tahun berikutnya, semuanya hanya berdasarkan tuduhan yang berupa sangkaan semata-mata.

Jawapan segera dari pihak tuan amatlah dialu-alukan.



Yang ikhlas,


Tandatangan:_________________________

Nama :_________________________

Alamat :_________________________

__________________________


Diterbitkan oleh Islamic Human Rights Commission- Malaysia’s Internal Security Act(ISA)
Detention without trial Campaign, July 2007.web:www.ihrc.org -- email:info@ihrc.org
(KBT6T-ISA) & Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) - Email: suaram@suaram.net

surat kepada Human Rights UNOG-OHCHR

30 March, 2008.

Ms Louise Arbour
Office of the United Nations
High Commissioner for Human Rights UNOG-OHCHR
1211 Geneva 10,
SWITZERLAND.

Dear Ms Louise Arbour,

Re: Appeal for the immediate release of ISA detainee Mat Sah Bin Mohammed Satray .

I am writing to strongly urge you to lobby for the immediate release of Mat Sah Bin Mohammed Satray,who has been detained under the Internal Security Act (ISA) since 17 April 2002.He is currently being held at the Kamunting Detention Centre in the state of Perak, Malaysia.He and 100 other ISA detainees have been accused of being members of Jemaah Islamiyyah(JI) and of participating in subversive activities against the government.However, no evidence has been produced to substantiate these allegations.

Mat Sah and hundred other ISA detainees must be given recourse to a fair trial in conformity with international standards of due process and access to full legal repsentation and family members. We are against any act of terrorism,whether perpetuated by Muslim or Non Muslim. But if no evidence is found against a detainee, he/ she should be released without delay, as holding them indefinitely merely on the basis of suspicion is a blatan violation of due process.

I am also quite concerned about the fact that the ISA detainees have been physically abused and harassed in the past and being forced to live in small cells and under strict regimes.I ask that you ensure that Mat Sah and the rest of the ISA detainees are treated according to the international human rights standards. Human rights organizations and NGOs should be given immediate and full access to the Kamunting Detention Centre.

Most importantly, I strongly urge you to lobby the Malaysian government to abolish the ISA under which many such innocent people have been held in the past and are still being currently detained without charge, or legal representation, merely on the basis of suspicion.

I look forward to hearing from you on this matter.

Yours sincerely,


Signature :___________________

Name :___________________

Address :___________________

:___________________

Published by Islamic Human Rights Commission – Malaysia’s Internal Security Act (ISA)
Detention without trial Campaign, July 2007. web:www.ihrc.org-- email: info@ihrc.org.
(KBT6T-ISA) & Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)- Email: suaram@suaram.net

Kempen Bebaskan tahanan ISA

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
433A, Jalan 5/46,
Gasing indah,
46000 Petaling Jaya

Tarikh: 28 March 2008

Kepada

_____________________

Assalamu’alaikum wrt wbt/Salam sejahtera,

Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA: ’.cukuplah 6 tahun ISA zalimi mereka.”

Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) sedang mengadakan kempen diatas untuk membebaskan 20 Tahanan ISA yang yang didakwa sebagai ahli Jemaah Islamiyyah (JI). Mereka adalah baki dari 70 Tahanan ISA yang ditahan sejak tahun 2002, dimana yang lain telah dibebaskan secara berperingkat dan terpilih, kesan dari kempen GMI .Kesemua mereka tidak pernah dibicarakan di mana-mana mahkamah di Negara ini.

Walaupun kempen ini memfokuskan pada tahanan yang akan cukup tempoh 6 tahun mereka, namun ianya juga diadakan dengan tujuan untuk membebaskan semua, seratus tahanan ISA yang terdiri dari berbagai bangsa dan ugama, yang masih lagi ditahan di Kem Kamunting.

Kempen ini telah bermula sejak awal tahun 2008 ini, dimana fasa pertama bermula dari January dan akan berakhir pada bulan June.Berikut adalah program yang dirancang sepanjang 6 bulan ini yang mana ianya sangat memerlukan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia.


Aktiviti:
1) Surat terbuka dari isteri Tahanan ISA
2)Letter Signing Marathon
3)Kempen Poskad / Petisyen-on-line
4)Vigil in Kamunting/ Mogok Lapar

Semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan bencikan kezaliman, sudah pun membuktikan ”kuasa rakyat” mereka dalam PRU 12 baru-baru ini dan tidak mustahil, tangan yang sama, dapat membantu membebaskan mereka-mereka yang ditahan tanpa bicara, yang sedang merengkok di Kem Kamunting sana.

Semua rakyat Malaysia yang menyertai kempen ini diandaikan telah menyuarakan sokongan mereka supaya semua tahanan ISA di bebaskan dan pencabulan hak asasi ini di hentikan dengan segera.

GMI berharap, semua badan-badan bukan kerajaan dan juga parti politik, terutamanya wakil Barisan Rakyat, akan mengambil peranan menguar-uar dan memastikan kempen ini dapat di sampaikan kepada semua lapisan rakyat di Malaysia ini.

Maklumat lengkap dari segi perlaksanaan kempen, akan menyusul sebelum program tersebut dimulakan.

Bebaskan Tahanan ISA, Mansuhkan ISA, Tutup Kem Kamunting.


Yang Benar,

Syed Ibrahim Syed Noh Alhabshi
Pengerusi GMI.




.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)