Thursday, December 26, 2013

Piala Bola Sepak YB Radzi Zainon- team DHPP turut sertai


25 Disember 2013- Ipoh

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Di saat penganut Kristian menyambut perayaan Krismas mereka, Dewan Pemuda PAS dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sungai Rapat telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Radzi Zainon untuk peringkat DUN Sungai Rapat dan sekitarnya.

"Kejohanan ini merupakan rutin tahunan dan tahun ini menyaksikan penyertaan yang lebih meluas merangkumi pihak PKR, belia setempat, kelab persendirian, serta lebih menarik penyertaan DHPP kawasan Gopeng yang terdiri di kalangan kaum bukan Islam", jelas Saudara Hazimin selaku pengarah Program meranhkap Pengerusi lajnah Sukan DPPK Gopeng.

Pengerusi Penduduk Taman Lapangan Jaya juga kelihatan bertungkus lumus mengangkat keperluan perlawanan sepanjang persediaan perlawanan ini.

Turut hadir pada pagi ini adalah Ustaz Khalil Abd Hadi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat serta Ustaz hafez Sabri Ketua Pemuda PAS Tambun.

Kejohanan tamat dengan keputusan kemenangan tempat pertama oleh pasukan DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) Gopeng, Nib Joha MPP Sungai Rokam manakal tempat ketiga adalah pasukan Kelab Bolasepak  Kampung Sengat.

Rata-rata penonton kagum dengan semangat partisipasi DHPP yang menunjuk sikap konsisten untuk bersama PAS walaupun melalui permainan bolasepak.




PKR VS Lapangan Jaya B






Lapangan Jaya FC VS Pekan Razaki






Palma FC VS Sungai Rokam


Kampung Sengat FC



Pengkalan Gate VS PKR


DHPP Gopeng VS Lapangan Jaya A
















Thursday, December 19, 2013

ADUN Sungai Rapat sumbang jaring bola sepak remaja


18 Disember 2013- Gopeng

Aktiviti riadah adalah antara fokus penting yang diberi perhatian oleh ADUN Sungai Rapat. Sebelum bergelar ADUN lagi, Piala Bola Sepak Radzi Zainon telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat PAS Sungai Rapat dengan kerjasama Lajnah Sukan DPPK Gopeng yang diterajui oleh Saudara Hazimin Basah.

Pada 18 Disember YB Radzi Zainon bersama-sama YB Chan Lih Kang bergambar kenangan bersama-sama pemain bolasepak remaja Bandar Pulai Jaya, Simpang Pulai setelah kedua-dua wakil rakyat tersebut bermurah hati menyumbang jaring bolasepak kepada pasukan ini petang semalam.

Turut hadir, Cikgu Abdul Halim yang bertindak sebagai penyelaras padang bolasepak ini yang telah memulakan inisiatif menyediakan padang bolasepak baru beserta tiang gol hasil sumbangan orang ramai terutama menerusi sumbangan ahli-ahli surau BPJ.     YB Radzi dan YB Lih Kang turut sama bergotong royong memasang jaring tersebut di kedua-dua tiang gol bermula jam 6 petang dan berakhir 45 minit kemudian.

Semua pemain remaja pasukan BPJ ini tersenyum gembira kerana wakil rakyat mereka amat perihatin dengan keperluan mereka dan sanggup turun padang bersama-sama. Kebetulan pula YB Radzi memang tinggal di Taman BPJ ini dan selalu bersama remaja ini bermain bolasepak di waktu petang jika masanya terluang.    









Tuesday, December 17, 2013

Edaran Kalender 2014 Pusat Khidmat PAS di sekitar DUN Sungai Rapat

15 Disember 2013 - Sungai Rapat

Setiap hujung minggu,Yb Radzi Zainon akan mengambil kesempatan ini mendekati penduduk-penduduk Dun Sungai Rapat. Begitulah rutin harian beliau sejak dilantik menjadi wakil rakyat.      

 Aktiviti ini dijalankan bersama-sama Pusat Khidmat yang diketuai Pegawai Khas Pusat Khidmat iaitu Mejar(B)Yaakob.Pada hari ini,15-12-2013 seperti biasa aktiviti ziarah dijalankan di Pasar tani Medan Gopeng.Di kesempatan ini Yb Radzi Zainon juga telah mengedarkan kalendar 2014 kepada pengunjung-pengunjung dan peniaga-peniaga di Pasar Tani tersebut.

Cikgu Shahrul Fuadi selaku ketua Penerangan PAS Gopeng juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai Yb Radzi Zainon mendekati pengunjung dan peniaga sambil mengendarkan kalendar.      








Setiap peniaga dan pengunjung di Pasr Tani tersebut memberikan reaksi yang positif.   Malahan para peniaga di Pasar Tani tersebut meluahkan rasa gembira mereka kerana kekerapan Yb Radzi Zainon menziarahi mereka pada setiap minggu. Hal ini memudahkan mereka ini meluahkan segala permasalahan mereka kepada beliau.       lebih menggembirakan mereka Yb Radzi Zainon sentiasa memberi peluang  dan ruang kepada mereka untuk mendergar Yb Radzi Zainon layanan mesra daripada Yb Radzi Zainon membuatkan mereka berasa selesa untuk mendekati beliau. 








      

Pada sebelah petang pula, YB Radzi  meneruskan aktiviti ziarah di pasar malam Desa Aman.Dalam program tersebut beliau disertai oleh UPU Pangkalan Pegoh, PAS Cawangan Desa Aman dan Pusat khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat.       YB Radzi Zainon mengambil kesempatan untuk mengedarkan kalendar 2014 beliau kepada pengunjung dan peniaga di Pasar Malam tersebut.Pasar malam tersebut juga merupakan pasar malam yang sering dikunjungi oleh beliau. Rata-rata pengunjung dan peniaga disitu kelihatan senang dengan kehadiran beliau.   

YB Radzi di Kem Ibadah Rakan Masjid

15 Disember 2013- Sungai Rapat

YB Radzi Zainon tlah dijemput untuk menyampaikan ucapan sempena majlis penutup Kem Ibadah Rakan Muda Masjid Kampung melayu 15 Disember lalu. 

YB Radzi Zainon, ADUN Sg Rapat berucap dalam majlis penutup sekitar jam 9.00 pagi tadi bertempat di Masjid Kg Melayu Sg. Rapat. Seramai 135 peserta telah menyertai  kem yang berlangsung sepanjang 2 hari 1 malam ini.  

Antara lain pesanan YB Radzi adalah perlunya generasi tunas muda seumpama para peserta ini didekatkan dengan progra masjid serta disesuaikan dengan agenda masjid yang lebih mesra remaja dan anak muda.

Berucap berkenaan isu 'tarbiatul aulad' atau asas pendidikan anak -anak bukan perkara asing bagi beliau. malah YB radzi sebelum ini juga merupakan salah seorang penceramah motivasi di Radio Perak sebelum beliau aktif dalam Pusat Khidmat Masyarakat Sungai Rapat.





Thursday, December 12, 2013

Jalanraya uzur di Kampung Teluk Pedang; YB Radzi turun padang


9 Disember 2013- Batu Gajah

oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
(Redaksi Warta Sungai Rapat)
Perjuangan ADUN PAS Sungai Rapat YB Radzi cukup signifikan dengan pembelaan nasib rakyat di Kampung Teluk Pedang Batu Gajah. Malah pada tahun 2012 ADUN BN ketika itu Dato' Hamidah Osman terpaksa menynsing tangan turun menemui rakyat untuk operasi 'counter back' yang menerima kunjungan Radzi. 

Kg Teluk Pedang adalah sebuah kampung kecil dalam pentadbiran Ketua Kg Seri Jaya, dalam daerah Batu Gajah. Januari  2012 Ust Radzi telah "mempromosikan" kampung ini sebagai kampung yang masih ramai setinggan setelah wakil rakyat sebelum ini, Dato Hamidah Osman telah melaung retorik bahawa  DUN Sg. Rapat telah tiada setinggan.     Ini memaksa bekas wakil rakyat itu turun padang ke kampung ini setelah kenyataannya tentang setinggan sifar dapat disangkal oleh Skuad Basmi Setinggan yang diketuai Ust Radzi.   

Kini, YB Radzi Zainon yang telah dipilih oleh majoriti rakyat di DUN Sungai Rapat terus istiqamah melaksanakan tugas berkhidmat untuk rakyat termasuk turun ke kampung-kampung meninjau masalah yang dihadapi oleh rakyat dikampung.       

Jalan yang rosak ini bukan sekadar berlaku di satu tempat, tetapi hampir 15 lubang atau kerosakan di sepanjang jalan menuju Kg Teluk Pedang, dan jalan menuju ke Tanah Perkuburan Kg Seri Jaya sehingga Ladang Kinta Kellas.      YB  Radzi berharap Pejabat Daerah Batu Gajah melalui peruntukan Pembangunan Luar Bandar, (PLB) dapat membantu menyelesaikan masalah ini setelah dikemukakan aduan ini kepada mereka.








Thursday, December 05, 2013

Tamat Bahas Bajet, ADUN Sg Rapat kembali menyapa rakyat



Batu Gajah- 5 Disember 2013

Dalam kehangatan sidang DUN berkenaan isu bajet yang belum reda, YB radzi Zainon meneruskan agenda santuni rakyat pagi ini di Kampung Sungai Terap Batu Gajah.

Beliau menjengah rumah PUan Hajjah Monik yang berusia sekitar 90an tinggal bersama anak-anaknya yang juga berusia emas iaitu Cik  Rohani berusia 66 tahun yang mengalami penyakit Parkinson dan anaknya Puan Ramlah 65 tahun seorang ibu tunggal.

Puan Hajjah Monik sebenarnya memiliki 9 orang anak lain yang tidak tinggal bersama beliau. 

"Mengunjungi rakyat yang dhaif dan memerlukan bantuan adalah kerja pemimpin yang baik sepanjang zaman. Untuk menjadi pemimpin yang baik saya perlu istiqamah melaksanakan agenda kepimpinan yang baik", jelas Radzi berkenaan tugasan beliau yang kini semakin berlipat kali ganda sejak menyandang kerusi ADUN Sungai Rapat.

Antara aktiviti lain YB Radzi sebelum ini adalah majlis penyampaian bantuan peralatan ke sekolah yang disampaikan oleh Pusat Khidmat Masyarakat beliau kepada masyarakat sekitar  Taman Desa Perlancongan, Taman Desa Pinji dan Taman Pinji Mewah.




Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)