Wednesday, February 11, 2009

UMNO pernah derhaka Sultan Perak enggan letak jawatan

Subject: Fw: : Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini
هتاكربو ﷲاةمحرو مكيلع مﻼسلا http://msomelayu.blogspot.com/2009/02/mengenang-sejarah.html Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum IniDALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk. Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974.
Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;Cuplikan itu seperti mana berikut:DEWAN SANATESetelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.ARAB BERSATUKes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.MENJADI PERUNDINGMereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.MENGANGKAT SUMPAH Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.PARTI POLITIK“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.MENYIMPAN JANGGUTSetelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977.
Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.BURUK SANGKASelama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]

والسلام عليكم ورحمة الله Regards, Mimi Suryana Abdul Rahim Legal & Compliance Dept ( : 603 - 2166 0111 7 : 603 -2166 5653 "O Allah, increase my knowledge and do not let my heart deviate (from the truth) after you have guided me and grant me mercy from You. Truly, you are the bestower." [3:8]
______________________________________________________________________This e-mail has been scanned by MCI Managed Email Content Service, using Skeptic(tm) technology powered by MessageLabs. To report SPAM or other related email issues please send an email to Postmaster@amphenol-tcs.com ______________________________________________________________________

Monday, February 09, 2009

Kerajaan pelbagai kaum, tinggal kenangan

Jika benar kerajaan BN naik semula, bermakna musnah sudah harapan rakyat Perak untuk memiliki kerajaan pelbagai kaum. BN bukan lagi barisan pelbagai ras, sebaliknya ia menjadi UMNO. UMNO secara mutlak. MCA dan MIC hanya tinggal nama.
UMNO kembali bermain perkauman. Mereka mula menjadi hero membela Raja sedangkan terlalu banyak kes penghinaan istana yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.
UMNO berdemo serata negeri, menuntut agar Karpal disiasat, Nizar di ISAkan dan Anwar didakwa. Mereka berdemo secara 'tersenyum-senyum' sambil bertakbir walaupun kalimah Allahuakhbar bagi merteka hanya dalam solat sahaja.
Seorang Supervisor yang bekerja di bawah saya ada berkata, kemarahan rakyat kini semakin memuncak. Beliau berbangsa India dahulunya kuat menyokong MIC kini menjadi pengikut setia PKR malah ingin menyertai Kelab Penyokong PAS. Katanya orang India dan Cina bukan marahkan melayu dan sultan tetapi melayu di dalam UMNO dan Cina di dalam DAP yang korup. Bukan isu perkauman. Ini isu rampasan kuasa.
Terkejut saya apabila beliau katakan suatau hari selepas diajak ke sebuah masjid, beliau mendengar ceramah PAS dan mula tertarik dengan Kelab penyokong PAS. Beliau sedar PAS bhukan parti bangsa dan PAS tidaka kan memaksa India memeluk Islam apatahlagi mengganggu hak asasi mereka. Saya hanya tersenyum.
Zambry beria ingin menjadi pemimpin semua kaum, tetapi hakikatnya BN bukan wakil pelbagai kaum, BN adalah UMNO.

Friday, February 06, 2009

Gantung banner bantah rampasan Kuasa

Assalamualaikum,

Di sini disertakan MEMO RAKYAT untuk ditandatangani oleh seluruh rakyat Perak. Sila sebarkan dan kutip semula untuk tindakan JAMAIY. Pihak tuan juga diminta untuk membuat dan menggantung banner di kawasan masing-masing untuk menunjukkan suara rasa rakyat Perak. Banner ini contohnya seperti di bawah :

KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH RAKYAT

BUBARKAN DUN NEGERI PERAK

ADAKAN PILIHANRAYA SEMULA


Semoga usaha ini diberkati Allah swt dan negeri serta rakyatnya diampunkan dan dimenangkan olehNYA atas puak elitis yang merampas kuasa.

Yang Menyampaikan Amanah,
Akhie Nazri
Penolong Setiausaha Agung
JAMAIY Negeri Perak
0194747141

Thursday, February 05, 2009

Ngo Islam mohon pembubaran DUN

Kenyataan media ini disiarkan dalam Harakah 13-15 Februari 2009
Mesyuarat Jamaiy (Himpunan NGO-NGO Islam Perak) sebulat suara bersetuju untuk berusaha berkempen agar dikembalikan kuasa rakyat melalui pilihanraya seluruh negeri. Jamaiy sebagai sebuah badan dakwah yang menjalankan kerja amal Islami melalui mobilasi masyarakat dan platform-platform agama yang lain merasakan betapa perlunya kestabilan politik dan ruang terhadap agama Islam diberikan. Konflik dan fenomena rampasan kuasa terancang yang terjadi di Perak hari ini menjadikan NGO-NGO Islam berada di dalam suasana dilema dan tekanan.

NGO Islam bukan parti politik. Mereka tidak berjuang untuk nama parti. Tetapi NGO Islam optimis dengan siasah dan politik Islam kerana ia adalah khazanah jumhur ulama’ Islam muktabar. Islam tertegak dengan kuasa, pengaruh dan pengurusan yang cekap. Islam bukan anarki atau teoretikal indah di buku kitab semata-mata.

Walaupun tomahan luar menyelar Menteri Besar sebagai boneka DAP atau hamba cina, sebaliknya ruang akibat Pakatan Rakyat memerintah tidak disedari oleh mana-mana insan yang hanya bercakap soal teori atau isu perkauman semata-mata. Dewan-dewan, masjid serta stadium bebas digunakan oleh sesiapa sahaja termasuk untuk berdakwah dan mengadakan program agama. Ruang untuk kelulusan program agama juga menjadi lebar. Usia 11 bulan memerintah untuk dijadikan alasan oleh sesetengah pihak sebagai pemerintahan anti melayu atau menggadai hak melayu adalah silap untuk ditelaah. Apa guna jika ramai melayu memerintah jika agenda bangsa sempit yang diperjuang hingga ruang dakwah menjadi kecil.

Semua NGO Islam Perak akan bekerjasama mengumpul tandatangan untuk membantah perlantikan MB baru bukan atas dasar ingin menderhaka keputusan Raja. Tetapi ingin menjadikan kes penggulingan kuasa ini sebagai rujukan kes kelak. Bayangkan jika dengan hanya 3 orang calon melompat parti menjadi bebas secara spontan tanpa panjang bicara terus dilantik MB baru. Jika minggu hadapan 5 orang YB BN lompat ke dalam PAS atau PKR adakah ingin dilantik MB baru sekali lagi? Di mana kredibiliti pentadbiran di Perak. Ia akan menjadi isu berpanjangan malah kontroversi laporan isteri Nasiruddin bahawa suaminya diculik tanpa berita kononnya diminta mengadap raja Muda juga belum diselesaikan malah didiamkan. Rakyat mula protes di Perak. Siri kempen melalui banner, risalah, ceramah, blogger, kenyataan media, serta permohonan mengadap Tuanku akan diadakan kelak.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Jamaiy Perak

Bagaimana pertukaran kerajaan negeri boleh berlaku?

Menurut peruntukan undang-undang, pertukaran kerajaan negeri boleh berlaku melalui tiga cara:-

1. Kerajaan yang sedia ada tidak ada upaya dan menarik diri dengan meminta perkenan Sultan.

2. Melalui ‘undi tidak percaya’ oleh dua per tiga ADUN dalam satu-satu sidang DUN.
Jika cara ini akan digunakan umno Barisan Nasional, ini bermakna mereka perlu menunggu sidang
DUN PERAK yang dijadual paling awal berlangsung bulan April.

3. Melalui pembubaran Kerajaan Negeri oleh seseorang Ketua Kerjaaan Negeri (Menteri Besar) dengan
mendapat perkenan Sultan; Jika cara ini akan digunakan Umno Barisan Nasional, ini bermakna mereka
perlu melalui proses pilihanraya setelah DUN dibubarkan.

Rakyat Perak bersedia untuk PR semula.

3 Adun Perak lompat. Belum tau apa sebabnya. Kalau diikutkan teori azali UMNO sejak 1959 lagi, UMNO diajar ole penjajah bagaimana membeli calon lawannya. Duit, aset dan kuasa keselamatan menyebabakan merekn mampu memiliki calon melalui semangat by hook or by crook. Tidak hairan jika 2 adun dikatakan hilang tiba-tiba. 2 Adun berlainan kawasan boleh berpakat untuk hilang? Jika dahulu beberapa kalu adun Terengganu dan Kelantan 'hilang' kemudian secara tiba-tiba megaku keluar parti, tidak hairan jika hari ini juga sama kaedahnya.

SPR dengan pantas menyalahgunakan kuasa mengisytihar tiada pilihanraya. Menteri Besar Perak hari ini membuktikan pula bahawa beliau ada kuasa besar untuk menyelesaikan masalah ini. Kuasa beliau boleh membubarkan semua DUN. sekaligus semua calon dipilih semula agar dikalngan yang sihat dan kuat sahaja layak untuk bersaing dengan politik kotor ciptaan UMNO dan BN selama ini. Yang kurang kuat, silalah buat kerja di belakang tabir untuk membantu pembinaan kerajaan yang kukuh di Perak.

Saya macam biasa sekarang hanya mengamat dari jauh. Saya sekarang terpaksa bekerja malam. jadual hidup berubah dan sukar nak ikut perkembangan. Cuma hari ini akan bersama Jamaiy Perak membuat kenyataan akhbar berhubung isu ini dan posisi NGO-NGO Islam dalam isu besar ini. Pukul 5 mesyuarat Jamaiy pula di Masjid Tembok. Tadi sahabat-sahabat pemuda PAS Pulau Pinang bersms akan datang ke Ipoh untuk solat hajat. Pemuda PAS macam biasa....bersedia bila-bila masa untuk berjihad di bumi Perak. Jika ingin bermain api, lihat keputusan PR ini jika benar diadakan kelak.

Kesimpulan awal rakyat Perak ialah, jika di Pulau Pinang Permatang Pauh, undi di Parlimen itu meningkat lagi, malah PAS pula menang besar di Kuala Terengganu, ini menunjukkan rakyat berada dalam 1 arus besar iaitu arus menolak BN. Masakan 43 Adun itu tidak sedar atau mereka selama ini hanya beruzlah di Gua batu kapur Ipoh? Jika rakyat seluriuh negara mula menolak BN, mengapa tiba-tiba ada kes lompat parti. Malah Nasiruddin Adun Bota itu pun kelihatan depress dengan hanya membaca teks semasa diminta memberin komen mengapa menyertai UMNO semula? Rakyat menunggu PR. PR medan menghukum sesiapa yang 'ngelat'.

Pendita Bitara
Ipoh 2.37 p.m

Monday, January 19, 2009

Implikasi bermain-main dalam isu Gaza

Implikasi bermain-main dalam isu Gaza

Benarkah rakyat Malaysia masih tidak mengambil iktibar dalam isu Gaza di Palestin? Jika kita menyelar negara Asia barat sebagai pro Amerika apa kurangnya kita? Mereka pernah membantu Palestin sekitar tahun 1960an hingga 1970an atas semangat sekular, kebangsaan dan sekadar ingin mempertahankan tanah sahaja.

Saya melihat cara pendekatan kepimpinan negara dan universiti dalam memperjuang isu ini sebagai suatu influensi dan menatijahkan suatu impak yang negatif. Jika kita ingin menyemai jiwa cintakan baitul Maqdis di kalangan pelajar dan mahasiswa janganlah ianya sekadar berprogram dan melepas batuk di tangga. Semangat sekular dan pro kepada ideologi sekular kini telah menghasilkan mahasiswa yang pro sekular dalam kerja buat mereka. Mahasiswa adalah perlambangan sesuatu tamadun dan identiti negara. Mahasiswa yang keliru dengan isu palestin adalah menujukkan kekeliruan kefahaman masyarakat kita juga malah mereka yang akan mencorak dunia pada masa akan datang. Di sini saya nyatakan kekeliruan dalam isu ini yang turut sama mengheret mahasiswa kepada konsep dalam berinteraksi dengan isu jihad di Palestin.

Pertamanya, adakah benar kerajaan Malaysia benar-benar menyesali tindakan buruk Yahudi Zionis? Mufti Johor, Dato’ Noh Gadot, telah mengeluarkan fatwa bahawa haram menggunakan barangan USA dan Israel. Seruan ini adalah seruan yang amat bernilai. Bagaimana pula dengan FTA? Adakah ia akan diharamkan? FTA adalah pintu kepada lambakan produk-produk Amerika dan Yahudi sekaligus melambakkan juga budaya universal yang bakal mencarikkan lagi budaya tempatan. Tegasnya, sehingga sekarang FTA belum diperangi malah masih dalam tempoh pertimbangan.

Kedua, adakah dengan langkah membenarkan semua mahasiswa berdemostrasi membantah Zionis tatkala hampir saat pilihanraya kampus benar-benar menampilkan keikhlasan pengurusan kampus? Mungkin ia suatu agenda politik yang memanipulasikan sentimen perasaan mahasiswa massa di kampus-kampus.

Lihat dalam kes terbaru, dinding Akademi Pengajian Islam diconteng dan dituduh sebagai pro Israel. Jika Akademi Pengajian Islam itu Israel, jika Persatuan Mahasiswa Islam itu Israel, bermakna semua mahasiswa di Universiti Malaya adalah Yahudi, kerana benteng simbol agama di kampus itu juga dianggap Israel. Jelas ini adalah suatu distorsi isu ke arah membawa kepada suatu sentimen membentuk kelompok pro Islam dan Pro Mahasiswa di kampus perdana itu.

Untuk melengkapkan lagi kempen pilihanraya yang kotor ini, rumah-rumah mahasiswa Muslimah yang menjadi pendokong PMIUM digeledah hanya kerana ada siswi yang membuat laporan salah laku rasuah di kalangan pentadbir. Isu kepala babi yang ditemui dalam Surau Akademi Pengajian Islam UM juga digembar gemburkan sekaligus menjadikan mahasiswa pro mahasiswa dan pendokong Islam sebagai kambing hitam. Adakah mahasiswa lain tiada potensi meletak babi di surau berkenaan? Bagaimana dengan pengawal keselamatan? Bagaimana dengan regim pengetua-pengetua kolej kediaman serta angkatan pro aspirasi yang memiliki wang yang banyak untuk membeli babi?

Malaysia ingin menentang pengganas, tetapi turut melabel rakyat yang mendalami ilmu agama sebagai pengganas. Malaysia ingin menyelar Yahudi dalam kerja ganas mereka, tetapi telah lama bersama-sama menjayakan kempen memerangi pengganas mengikut cara Amerika. Lihat sahaja penahanan yang dilakukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ia adalah bukti yang paling nyata.

Malaysia simpati dengan keganasan di Iraq dan Palestin tetapi hanya mengadakan konsert Aman Malaysia sebagai penyambut kematian rakyat di negara luar. Kini isu Palestin dijadikan pula mainan di kampus-kampus. Isu ini dijauhkan dengan semangat jihad dan ukhuwah Islamiyyah(ukhuwah seaqidah) mahupun ukhuwah alamiyyah (persaudaraan sedunia). Malah kini istilah label-melabel Zionis antara mahasiswa pula berlaku dan menjadi tanda kepada kepincangan mentaliti dan kegeringan intelektualan yang amat buruk di kampus-kampus Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bashah
http://munawwarah.blogdrive.com/
http://landskapsiasah.blogspot.com/

Himpunan Ummah selamatkan GAZA

HIMPUNAN UMMAH SELAMATKAN GAZA
(HIMMAH)

1 FEB 2009 , AHAD,

7.00 – 11.00 MALAM

DEWAN MILENIUM KEPALA BATAS

PENGISIAN

SOLAT HAJAT

Bacaan Al-Qur'an oleh
SDR. FAKHRUL RADZI (JOHAN AKADEMI AL-QUR'AN TV9)

Persembahan Nasyid
NAZREY JOHANEY (EX-RAIHAN)

Ucapan Oleh
CIKGU AZMI (AKTIVIS KEMANUSIAN ANTARABANGSA)
UST MUTALIB MA’AROF
DR. MOHD ROSLAN HASHIM (AKTIVIS KEMANUSIAAN KE ACHEH (THUNAMI) & LUBNAN)

TAYANGAN MULTIMEDIA

LIVE TELECAST GAZA

KEMPEN KUTIPAN DANA UNTUK PALESTIN

Anjuran

JABATAN MUFTI PULAU PINANG
FORUM PENYELARASAN UMMAH PULAU PINANG
JIM PULAU PINANG
ABIM PULAU PINANG
PUM PULAU PINANG
HALUAN PULAU PINANG
TERAS
INSTITUT AL-QAYYIM
YMSC
ISMA PULAU PINANG

SEBARKAN.... ..
mohon print dan minta hebahkan di surau dan masjid sebelum dan selepas solat jumaat,
mohon ust2/ustzh2 utk umumkan setiap kali selepas solat

Wednesday, January 14, 2009

Mesyuarat Jamaie Perak

Semalam saya menghadiri majlis Makan Malam serta Post Mortem gerak kerja JAMAIE Perak di restoren Nasi Ayam kampung. Jamaie adalah himpunan kerja sama amal Islam majoriti NGO Islam di Perak serta Parti politik yang menggerakkan Islam. Unit Amal PAS Perak turut menyertai kebanyakkan kerja-kerja amal dan dakwah lapangan JAMAIE. Insya Allah saya akan menjalankan tugasan sebagai penulis dan pengelola blog JAMAIE untuk masa akan datang.

Kesatuan antara gerakan Islam dan Jamaah-jamaah amat terserlah dalam mesyuarat panjang semalam. Saya dapat rasakannya. Kerjasama erat antara JAMAIE dengan kerajaan negeri juga amat erat serta saling kuat menguatkan lantaran pendokong DUN kebanyakan dariada DAP yang bukan beragama Islam. JAMAIE membantu membawa dakwah dan penataran amal Islam di Perak untuk membantu PAS di sini.

Masalah ktiadaan kerjasama guru dan ustaz-ustaz jabatan agama adalah perkara biasa dibincangkan. Di sini juga masalah yang sama berlaku. Apa pun, kerja Islam perlu diteruskan….

Pendita Bitara
Ipoh 14 Januari 2009

p/s : petang ini jumpa abg Nazri dari PEMADAM, SU Jamaie, beliau nak bagi maklumat untuk saya jalankan blog Jamaie.

Sunday, January 11, 2009

Himpunan Lilin Untuk Palestin

Saya diminta oleh Haji Rashid (pengerusi Sekolah Al Itqan) bekas YDP JIM Pulau Pinang untuk berucap mewakili JIM Pulau Pinang dalam Himpunan Candle Light Vigil Untuk Palestin, semalam .


Terus saya ambil cuti sekerat hari kerana saya bekerja pada hari Sabtu minggu ini. Dalam perjalanan pulang, singgah di USM untuk memberi sedikit ceramah berkaitan isu Palestin dan bagaimana cara umat Islam boleh bertindak secara peribadi, kolektif mahupun badan-badan berautoriti. Majlis ini anjuran Skuad Penyelamat Aqidah. Terdapat wakil PMIUSM, Karisma dan beberapa mahasiswa lainnya.


Selepas Maghrib saya bersama 5 aktivis Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) dari USM terus ke Dewan Sri Pinang. Selain ramai yang telah hadir, aktivis dan AJK SPAQ daripada IPPP (Institut Perguruan Persekutuan P.Pinang) juga datang dengan menyewa 2 buah kenderaan. Alhamdulillah.


SPAQ mengambil kesempatan untuk mengedar doa qunut nazilah yang dicetak dan diedar kepada kaum muslim malam tadi. Alhamdulillah risalah habis diedar.


Giliran saya tiba selepas beberapa perwakilan berucap. Antara perihal yang disebut ialah bagaimana isu Palestin dilihat sebagai isu sejagat memandangkan ia juga adalah perjuangan kaum non muslim di Malaysia. Ramai kaum Cina, India dan Arab yang hadir.


Paderi Yahudi pernah mengisytiharkan bahawa gerakan Zionis adalah gerakan sesat dalam agama Yahudi serta tiada kenyataan dalam Old Testament (taurat) bahawa mereka wajib merampas tanah Palestin untuk pembinaan Kuil Solomon. Ramai non muslim menyokong kenyataan ini. Di akhir sesi ucapan saya, JIM telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin. Pelancaran tabung dan kutipan sumbangan berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Perjuangan menyelamatkan Gaza adalah perjuangan semua manusia terutama yang beraqidah Islam. Tanpa mengira siapa sahaja…mari sedarkan mereka di sekeliling kita berkaitan isu ini.


Di kilang saya ada berucap ringkas berkaitan perang nuklear, WMD (weapon mass destruction) serta peranan 'intercontinental ballastic missile' kepada juruteknik dan jurutera lain di kilang saya. Saya kaitkan krisis global dan bagaimana persenjataan menjadi pemangkin penerusan hagemoni Amerika Syarikat. Hakikatnya kita boleh menyebar kesedaran di mana sahaja kita berada. Bila ada pekerja kilang bertanya mengapa Hamas memulakan serangan roket….saya ceritakan mengenai kepungan sosial dan politik selama 18 bulan yang lalu telah menghimpit kehidupan rakyat Gaza. Ramai yang belum faham isu sebenar di bumi Palestin. Mari bersama mengungkit kembali isu ini. Tahniah kepada sesiapa yang berusaha kerana Allah.


Pendita Bitara
Balik Pulau
11 januari 2009



























Friday, January 09, 2009

Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin

Saya baru selesai mengikuti Himpunan Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin di dewan serba mewah iaitu Stadium Indera Mulia Ipoh Perak.

Majlis ini adalah anjuran bersama kerajaan Negeri Perak bersama Jamaie Perak, NGO-NGO serta mahasiswa di Perak. Saya sempat mendengar ceramah dan motivasi daripada Presiden Teras Pengupayaan Melayu. Tertarik dengan kata-kata Cikgu Azmi (Presiden Teras), bahawa kedatangannya adalah bukan untuk bercerita info terkini berkaitan Gaza walaupun beliau baru pulang daripada Gaza. Bukan juga sekadar ingin menakut-nakutkan hadirin dengan penderitaan umat di sana. Beliau hadir untuk menjadikan hadirin bekerja sesuatu untuk selamatkan Palestin dan maruah Islam di sana.

Beliau dengan lantangnya menunjukkan beberapa produk utama untuk diboikot secara berterusan dan sistematik iaitu Coca-Cola, Johnson & Johnson serta Colgate. Fokus boikot tidak perlu banyak. Kita harus memilih barangan utama untuk diboikot. Lihat sahaja rakyat Indonesia menyerang habis-habisan produk-produk US di pasaraya. Walaupun nampak radikal, tetapi inilah reaksi akibat luka lama umat Islam.

Seperti mana ucapan daripada wakil Hamas tadi (dengan terjemahan), beliau menyatakan luka rakyat Gaza yang diboikot, disekat makanan, pendidikan, hubungan luar serta ekonomi menyebabkan mereka terpaksa menunjuk perasaan melalui serangan roket. Tetapi balasan daripada Israel terlalu melampau. Satu ungkapan kata-kata pemimpin Israel yang terlibat dalam peperangan 6 hari ‘ Kami bukan datang untuk menghalau orang Arab apatah lagi membunuh mereka, sebenarnya mereka tidak wujud (disitu)”.

Saya sempat membeli 2 buah buku maklumat Palestin untuk tambahan koleksi bahan bacaan saya sekaligus akan terus menulis darihal dan perihal penderitaan umat ini.


Pendita Bitara
Ipoh 9/1/2009

Laman-laman web Isreal diceroboh!

Laman-laman web Israel telah diceroboh!

Heboh kini apabila ruang-ruang akhbar melaporkan pencerobohan penggodam web (hacker) ke dalam web-web kepunyaan Israel.

Akhbar Asharq al-Awsat yang terbit di London dalam laporannya menyebutkan, para hacker (penceroboh cyber) telah menceroboh laman-laman web kepunyaan syarikat atau rakyat Israel. Ia diduga beroperasi dari Lubnan, Maroko, Iran dan Turki. Sementara laporan radio Israel pula menyebutkan,fokus utama para hackers itu adalah laman web daripada perusahaan dan pemerintahan Israel termasuk web Jabatan Pertahanan Israel dan web Israel Discount Bank.

Malah mereka begitu berani mengisytiharkan diri mereka. Salah seorang hacker yang menyebut dirinya T@ke Sn!per mengatakan, kelompoknya berhasil menggodam dan menceroboh lebih dari 30 web Israel, diantaranya web-web pemerintah Israel termasuk web bank-bank dan web parti politik Israel.

Kini lebih kurang 10.000 web milik Israel yang berhasil dilumpuhkan oleh para hacker itu. Setiap hacker berjaya melumpuhkan sekitar 2.485 web Israel.

Laman web milik sejumlah surat khabar Israel, seperti Maariv dan Yediot Aharonot, juga tak luput dari serangan para hacker. Para hacker memasang foto-foto warga Palestin yang menjadi korban keganasan Israel dan foto-foto warga Iraq yang menjadi korban kekejaman penjara-penjara AS. (Hanin Mazaya/eramuslim daripada http://www.arrahmah.com/)

Apa yang kita semua ketahui, internet dan dunia IT adalah cetusan para inteligensia Yahudi sejak peperangan dunia ke-2 lagi. Kini senjata mereka telah memakan diri mereka pula. Sebagaimana sebegitu ramai tentera USSR yang mati akibat keracunan semasa meminum punca air beracun hasil tindakan khianat tentera mereka sendiri. Kita berharap agar semua umat Islam bersedia dengan segala kepakaran dan kemampuan untuk memerangi kuffar Zionis yang telah diramalkan oleh Rasulullah sebagai musuh utama kaum muslim.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ipoh 9/1/2009
http://munawwarah.blogdrive.com/
http://landskapsiasah.blogspot.com/

Thursday, January 08, 2009

Rapat Umum Selamatkan Gaza


Hadir dan tunjukkan sokongan anda terhadap rakyat Palestin yang dizalimi ketika ini!

Wednesday, January 07, 2009

Bengkel Pelancaran LANDAS-SPAQ

Berikan bantuan tanda jihad anda.

Kempen RM 10 kepada Palestin. Takkan tu pun kedekut!
Beri sumbangan ke tabung Palestin sebanyak yang mungkin.
Untuk pengetahuan semua, sumbangan boleh di buat kepada “Badan Kemanusiaan Palestin” - 5571 5780 2444 (Maybank). Yang di asaskan oleh JIM International. Ianya diiktiraf oleh Al Quds International Institution di Lubnan yg dipengerusikan oleh Shaykh Yusuf Al_Qardawi.
Dan sumbangan juga boleh dibuat di tabung Aman Palestin Berhad - 562263010787 (Maybank) dan 12029010047880 (Bank Islam) -
http://amanpalestin .org/

Friday, January 02, 2009

Demostrasi Anti Israel

Demostrasi anti Israel dilancarkan tadi di Masjid Kapitan Keling bertepatan selepas tamatnya ibadat solat Jumaat. Alhamdulillah, hari lahir saya hari ini (2 Januari) disambt dengan semangat anti zionist.

Sempat lagi saya berjumpa dengan Haji Rashid, Pengerusi Sekolah Al Itqan (rangkaian Musleh-JIM berhad), terutama memandangkan hari ini juga hari lahir beliau. (tahun lepas kami sambut bersama sambil bersihkan kabin kelas tingkatan 1).

Saya mengajak kawan serta sahabat saya untuk bersama menunjukkan sikap dan jati kita berhubung isu anti zionis yang bukan sekadar di mulut dan pada kertas kerja sahaja. Sepertimana saya kesal dengan sikap kerajaan Malaysia yang tida bersungguh dengan isu zionis, begitu juga kita perlu sedarkan sekeliling kita berkaitan isu maruah umat Islam ini. Saya beri SMS ayat An Nisa' 95 sebagai motivasi.

Sebelum itu saya solat Jumaat di Masjid USM. Bergetar dan bersemangat saya mendengar khutbah jumaat Dr Roslan ( School Physic).

Beliau berkhutbah dalam bahasa melayu dan inggeris mengingatkan umat ISlam akan cabaran Yahudi. Beliau menggesa pelajar arab yang hadir ke bumi USM ini agar tahu tujuan mereka untuk menjadi umat terpilih fda bukan sekadar bermain-main dan meneladani pemikiran barat semata-mata. Walaupun USM terdiri dariada cendiakawan sains aliran barat, USM juga memiliki pensyarah dan pengkaji
yang ditarbiah serta menjadi pentarbiah melalui jamaah-jamaah dan usrah-usrah di serata dunia. Bagi saya khutbah Dr Roslan tadi amat berkesan terurtama saranannya kepada mahasiswa untuk menggilap competetive advantages di kalangan umat demi berdaya saing dengan tamadun barat.

Saya berjumpa dengan sahabat saya Izzudin yang juga mengajar di sekolah Al Itqan. Beliau adalah ahli PAS Baling yang istiqamah. Moga beliau akan terus berada dalam orbit juang yang tidak kunjung malap ini.

Ramai juga aktivis sosial da agama yang saya jumpa antaranya Cikgu Azmi Teras, Abg Nizam, Abg Anuar dan Shamsul daripada SAM / Persatuan Ulama' PP, Ridwan daripada CAP dan ramai sahabat Unit Amal Balik Pulau. Mari bersama kita laungkan slogan anti Yahudi-Zionis.

Pendita Bitara
4.30 ptg 2 Januari 2008




Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)