Wednesday, June 17, 2020

DAP DAN SIKAP ANTI ISLAM BERPISAH TIADA



DAP DAN SIKAP ANTI ISLAM BERPISAH TIADA
Muhammad Nuruddin Bashah
Jabatan Strategik DPPN Kedah
Muqaddimah
DAP bukan seiring dengan PAS sejak mula ia ditubuhkan pada 1966 dahulu. Agendanya jauh berbeza dengan perjuangan PAS. Jika di kampus sekalipun jika kita mencula pengundi kita akan letak kategori PAS, BN dan DAP sebagai bebas iaitu terkeluar dari kedua dua kutub pertarungan politik.
Namun isu pemecatan DSAI kelihatan memyatukan semua parti politik pembangkang atas semangat pembangikang bukan atas semangat satu matlamat dan ideologi yang sama. Lahirnya tahaluf siasiy menyaksikan kewujudan pemimpin yang selesa dengan agenda satu pembangkang rentas ideologi dan matlamat parti dan mereka setia dengan agenda tahaluf siasi dan bukannya parti mereka. Peliknya kelompok ini hanya wujud dalam PAS, sebaliknya pemimpin DAP lebih senang pertahan agenda parti mereka dan menggunakan tahaluf untuk perkukuhkan agenda mereka. Sebaliknya kelompok PAS taasub tahaluf itu kemudiannya terkeluar dari parti PAS dan menubuhkan parti berasingan yang kini taat dan setia dengan DAP iaitu PAN.

Apakah agenda DAP dari dahulu hingga kini?
Parti Tindakan Demokratik atau DAP jika dibaca melalui wikipedia ialah sebuah parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum, sekular dan sosialisme demokratik. Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966. Kubu-kubu kuat parti DAP dari segi sokongan rakyat ialah Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. DAP memang terkenal dengan konsep "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia). Parti ini dikatakan komited kepada perjuangan:
  1. Malaysian Malaysia yang bebas,
  2. berunsur sosialisme demokratik,
  3. berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia,
  4. kesamarataan,
  5. keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen.
  6. Bentuk sosialisme yang menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis, dan berdasarkan atitud tidak memihak kepada mana-mana pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat ataupun blok Timur[1].
Namun rekod pemerintahan PH menyaksikan hal berbeza, komunis dijulang, tugu perang  ala komunis di Pulau Pinang, perhimpunan veteran PKM dan banyak seminar yang mengungkit sejarah kekejaman komunis yang ingin diputihkan.
Lihat intipati perlembagaan DAP[2].
Matlamat-matlamat
1. Menubuhkan konsep demokrasi yang berlandaskan nilai demokrasi sosial di Malaysia menerusi perjuangan sistem parlimen berperlembagaan;
2. Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia;
Jelas mensekularkan Malaysia adalah agenda utama sedangkan Malaysia yang beragama rasmi mustahil merupakan sebuah negara sekular. Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Namun, dalam Perlembagaan DAP pada Perkara 3 Matlamat-matlamat DAP hanya menyatakan “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”. Mudah kata, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan[3].

Mari kita intai intipati Deklarasi Setapak 1967
Dasar-dasar asas DAP telah ditekan dalam Deklarasi Setapak 1967, antaranya:
“Jika kami hendak memperbetulkan prinsip pembangunan negara di sebuah masyarakat berbilang kaum, maka perkara utama yang perlu dilakukan adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya hegemoni perkauman oleh mana-mana komuniti. Usaha yang sedemikian mesti ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali, atas dasar keinginan dan boleh dilakukan.”
(hegemoni kaum tertentu maksudnya hegemoni Islam, melayu dan Raja Melayu walaupun dalam ayat lain kononnya DAP pertahan Raja Berpelembagaan.)
Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai pernah berkata prinsip parti itu tidak akan berubah walaupun berjaya memerintah negara ini dengan bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Malah DAP akan tetap dengan dasar DAP[4]. Ertikata lain DAP akan bekerja agar semua parti yang berpakat dengannya menerima agendanya sahaja.

Menarik diri dari BA adalah bukti DAP ingin kekal sekular.
Dalam PRU 1999, DAP bekerjasama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif (BA) bagi menggugat hegemoni politik BN[5]. Tindakan  PAS menerbitkan dokumen Negara Islam menjadikan DAP paranoid sedangkan isi kandungannya hanya konseptual dan bukannya satu  blue print pemugaran sistem negara. DAP melihat dokumen tulisan Tauan Guru Abd Hadi Awang ini dirasakan tidak serasi dengan fitrah negara Malaysia yang majmuk dan dihargai DAP – telah memaksa DAP menarik diri daripada gabungan tersebut dua tahun kemudian. Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Januari 1995, Barisan Alternatif pada September 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS[6].

Apa yang Malaysia baru versi DAP tawarkan ?
Sebelum menag PRU-14, 99% janji PH dan DAP berorientasikan ekonomi. Jika ingin ditaip janji ekonomi mereka perlu disediakan kertas yang berasingan. Terlalu ramai cerdik pandai ekonomi yang ada dalam DAP dan PH. Tetapi peliknya selepas menang kenapa agenda  sosial pula yang dipugar besar-besaran?
Ini misteri yang mulai ditanyai majoriti netizen dan pengundi mereka  yang pada awalnya sanggup mengundi PH. Mengapa janji reform ekonomi yang ditabur tetapi sosial yang giat ingin dipugar, dirombak seolah berdendam dengan sistem sosial, budaya sedia ada dalam negara.
Contoh beberapa tindakan mendadak yang melibatkan pembawaan budaya alienasi yang terasing dan mencabar kestabilan sosial. Aktivis PH yang mulai lantang kempen menentang sistem Beraja yang sekian lama memayungi keamanan negara. Walaupun bukan atas tiket PH mereka sebenarnya berani sejak kemenangan PH dan tiada sebarang tindakan tegas kerajaan menutup mulut mereka.
DAP yang berulang kali mendesak supaya Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT) kembali diadakan menunjukkan kedegilan parti itu enggan akur dengan hakikat dan keterangan pernah dibahaskan.
Sikap angkuh di tahap melampau apabila turut menuntut milikan tanah 999 tahun di Perak.
Pensyarah Syiah dan pejuang LGBT  telah diberi ruang menulis secara rasmi dalam media cetak.
G25 mula meracau mengeluar kenyataan pelik tentang syariah seolah membuka nanah di badan yang bertahun disimpan. Kebencian kepada syariah dipamerkan.
Pengiktirafan golongan Seksualiti Merdeka, Islam Liberal dan LGBT oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan tindakan kerajaan yang mendiamkan diri terhadap NGO pro budaya songsang tanpa ada keseriusan menanganinya.
Qadiani menang sejurus selepas PH kuasai negara. Iktiraf Qadiani sebagai ajaran sesat yang bebas mengamal agama mereka yang menjadi fitnah dan kekeliruan di kalangan rakyat.
Mengiktiraf peperiksaan UEC menjadikan pendidikan negara bangsa seperti Malaysia memiliki dwi sistem pendidikan yang bakal merosakkan sosial dan integrasi sosial yang sekian lama dipupuk pasca 13 Mei.
Ghairah mengkaji JAKIM yang menjadi musuh utama liberalisme sebelum kemenangan PH. Alasan memperkukuh dan sebagainya hanya lesen awal mengganggu gugat kerja kerja JAKIM.
Ghairah liberalkan bahasa kebangsaan dengan memulakan tindakan kenyataan rasmi kementerian dalam tulisan Mandarin.
Hal ini adalah kerana tulang belakang PH adalah laras politik dan NGO yang telah lama berkempen menantang sistem sosial sedia ada dan mereka menunggang mood rakyat yang menentang korupsi BN dengan mengapikan isu ekonomi sedangkan niat tujuan mereka asasnya adalah sekularisasi sosial dan merabahkan Islam sebagai agama utama negara ini.
Lantas bahasa, institusi, organisasi, pendidikan dan apa sahaja yang menjadi core bagi Islam akan diperangi secara terbuka dan kesempatan 5 tahun ini penting bagi mereka untuk melestarikan hasrat asas kelompok ini.

Fixed deposit Pakatan Harapan
PH menang dan akan kekal menang jika mereka menjaga kelompok gejala social berikut:
  1. LGBT
  2. Liberalisme/Pluralisme
  3. Sekularis yang menentang institusi agama dan pendidikan Islam
  4. Golongan anti perlembagaan, anarkis, pro republic
  5. Syiah
Kesemua kelompok di atas merugikan majoriti umat Islam Malaysia. Kelompok ini boleh dianggap penyakit masyarakat kerana mereka terkeluar daripada norma masyarakat Malaysia yang sedia ada yang menjunjung Rukunegara, perlembagaan dan toleransi beragama sejak selepas Merdeka. Kelompok ini adalah kelompok ‘sub-culture’ atau sub-budaya yang terkeluar daripada nilai yang dipegang masyarakat umum rakyat Malaysia.
Nilai sosial adalah konsepsi mayarakat tentang baik buruk, positif dan negatif dan untung rugi yang dikongsi majority rakyat serta diiktiraf semua bangsa dan agama dan ia adalah suatu yang perlu dipertahan kerana menjamin keamanan Negara selama ini.
Parti-parti komponen BN, PAS  berjaya berakar umbi dalam masyarakat Malaysia adalah kerana satu nilai sepunya yang realistik. Common value utama dalam 4 parti tua (UMNO, MCA,MIC, PAS) dalam negara ini adalah nilai primordialisme yang menjadi amalan dan paradigma para pemimpin dan ahlinya sekian lama samada mereka sedari atau tidak.
Secara umum, primordialisme adalah sebuah pandangan atau faham yang memegang teguh hal-hal yang dibawa sejak kecil leluhur kita, baik mengenai tradisi, adat-istiadat, suku bangsa, ras, agama, kepercayaan, daerah asal kelahiran, serta segala sesuatu yang ada di dalam lingkungan pertamanya sesuatu masyarakat.
Primordialisme sebagai identiti  sebuah golongan atau kelompok sosial merupakan faktor yang penting dalam memperkuat ikatan golongan atau kelompok bersangkutan dalam menghadapi ancaman dari luar. Sebenarnya nilai primordialisme inilah yang disatukan dalam rukunegara negara kita. Primordialisme dibenci liberalisme sebagaimana mereka membenci aliran fikir romantisme.
Lihat isi kandungan Rukunegara.
  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-undang
  5. Kesopanan dan Kesusilaan
Perhatikan bagaimana unsur sepunya terbesar dalam masyarakat kita diterjemah iaitu percaya adanya tuhan dan tidak menganut fahaman atheis yang merosakkan sosial.  Nilai sepunya dalam Rukunegara ini jika dipegang erat maka baiklah kerukunan rakyatnya, terbinalah masyarakat yang tahu adab sopan, menghormati nilai bersama, memahami nilai sejarah susah payah membina negara dan tidak menjentik isu sensitiviti yang yang senagaja dicipta atas nama Malaysian Malaysia yang cuba melakukan aksi re-engineering sosial negara kita.
Rakyat kita majoriti tidak menerima liberal. Lihat sahaja budaya beragama kita menatijahkan masyarakat yang masih menolak budaya LGBT yang bernafsu buas. Namun, tidak bermakna juga rakyat kita ortodoks, lembab dan tidak berdaya saing.
Keyataan dan tindak tanduk DAP mencerminkan ideologi kekal mereka
1.       Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.
Malay Mail Online pada 27 Jun 2015.  Why do we even have JAKIM (Malaysia’s Federal Department of Islamic Development) when Islam is a state issue? That’s a fundamental question because the authority of JAKIM appears to go against the 9th schedule of the Federal Constitution.”
 Ini diikuti oleh satu kenyataan lain oleh Ahli G25, Tawfik Tun Dr Ismail, dalam portal berita The Malaysian Insider pada 9 November 2015 yang mencadangkan JAKIM dihapuskan dengan berkata: “I think JAKIM should be abolished. I don’t think JAKIM should exist.”  Dua kenyatan ini dikongsi  Lim Kit Siang, di dalam facebook dan blog beliau yang membawa maksud cadangan penghapusan JAKIM ini turut dipersetujui oleh beliau merangkap ia merupakan agenda DAP[7].
2.       Dalam isu murtad, Dato’ Ngeh Koo Ham telah mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam.
Kata beliau, umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian[8].
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini ingin saya nyatakan di sini bahawa dua, tiga tahun ini kita nampak ada dengan izin, increasing regulation ataupun penetapan tentang pengamalan agama. Ini akan menyebabkan dengan izin, increasing hostility ataupun penambahan perbalahan antara rakyat. Dalam satu kajian yang telah dibuat oleh Religious Freedom Project Berkley Centre for Religion, Peace and World Affair, Georgetown University dan juga dalam satu artikel oleh CEO Wan Saiful Wan Jan, CEO IDEAS atau Institute for Democracy and Economic Affairs yang mengatakan untuk kita mencapai perpaduan rakyat, religious freedom dengan izin, kebebasan beragama ini mestilah kita hormati dan benarkan. Kalau kita dengan izin, over regulate religious freedom, there will be increase hostility dan saya berharap di Malaysia yang sekarang ini yang dianggap setaraf dengan negara China, Rusia, Myanmar, Somalia dan Eritrea daripada segi kebebasan beragama dalam satu survey dalam tahun 2012, saya berharap kebebasan beragama ini dapat kita longgarkan ataupun dihormati oleh semua dan saya kalaulah boleh, ini bukan saya nak campur tangan dalam hal Islam. Saya pun rasa tidak selesa apabila orang Islam Sunni dan Syiah tidak sependapat dan kita menggunakan undang-undang terhadap orang Syiah ini, penganut Syiah ini hinggakan ia menimbulkan ketidakpuasan hati orang-orang yang beragama Islam Syiah ini. Ini menimbulkan dengan izin, hostility tapi kita tidak nampak orang-orang bukan Islam sungguhpun kepercayaan mereka jauh berbeza daripada Hindu, Kristian ataupun Buddha kerana tidak ada, dengan izin, regulating of religion. Sungguhpun kepercayaan jauh berbeza, tidak ada, dengan izin, hostility.
Tambahnya lagi :
Saya ingin menyatakan bahawa orang-orang bukan Islam mesti menerima hakikat ini bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka daripada menyebar agama mereka kepada orang Islam. Akan tetapi saya berharap juga orang-orang Islam juga boleh terima peruntukan 11(1) ini yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan dan kalau seseorang itu memang nak meninggalkan agama itu dan beliau lebih daripada 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang telah Tuhan berikan kepada seseorang itu dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kita ini.
3.       Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) dengan pelbagai alasan. Sedangkan tidnakan usul PAS  sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja[9].
4.       Sindiran Kasturi PAS Kelantan kononnya pemangsa kanak-kanak (seks budak).
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto menulis dalam media sosialnya “maka adakah kanak-kanak menjadi hiburan” apabila media menyiarkan kenyataan Tiada pusat hiburan di Kelantan[10].
Kasthuri Patto memburukkan Kelantan dengan memberi gambaran isu perkahwinan kanak-kanak serta pedofilia berlaku secara berleluasa tanpa kawalan di Kelantan  sedangkan statistik perkahwinan bawah umur di Kelantan pada tahun 2017 yang terbukti  jauh lebih rendah daripada negeri beliau sendiri, Pulau Pinang, jumlah kanak-kanak bawah umur bukan Islam yang berkahwin dengan pasangan dewasa di Pulau Pinang sebanyak 38 orang, manakala di Kelantan hanya empat orang.


5.       Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.
Dalam teks khutbah keluaran agensi kerajaan JAKIM dinyatakan ada tipudaya  oleh ‘musuh-musuh Islam’ iaitu Kristian dan Yahudi dengan berkembangnya aktivisme hak asasi manusia di Malaysia[11]. Hal ini benar kerana gerakan hak asasi di Malaysia cenderung menyebelahi bukan Islam dan memilih menyerang amalan dan syariat Islam.
6.       Dalam isu aurat, Nga Kor Ming telah menyindir purdah.
Beliau semberono mengaitkan cadangan UMNO agar amalan menutuup aurat di MAS dikatakan amalan ingin mempurdahkan pramugarami malah dicelanya lagi. Beliau juga membuat poster menghina budaya aurat serta menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai "pemimpin Melayu otak cacat"[12].
7.       Nga Kor Ming hina amalan sedekah duit raya[13].
Dua wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini meminta polis menyiasat Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri. Setiausaha Agung Kelab Warisan Malaysia (Keris) Azman Hassan berkata status Facebook milik Nga telah memuatkan satu gambar karikatur mengaitkan pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan tetamu ketika Hari Raya sebagai rasuah.
8.       Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014. Isu ini ada dibincang secara umum dalam Parlimen[14].

9.        Chong Eng pada 9 Februari 2015 pernah mengkritik kewajipan wanita Muslim menutup aurat. Beliau yang merupakan Ketua Wanita DAP, mengkritik isi khutbah Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung aurat wanita[15].
10.   Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam. Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong menyeru supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi tafsiran beberapa surah al-Quran mengenai lafaz azan. Gesaannya itu adalah bertujuan mempertikai syariat azan yang dianggap satu budaya yang direka-reka. Pada 28 September, 2005, The Star, bertajuk 'House astir over 'azan' proposal'. Ia memuatkan:"I (Dr Tan Seng Giaw) have received complaints from people in my constituency, which has a majority of non-Muslims, that the azan for subuh (dawn) prayers is too loud and wakes them up abruptly. I hope the Government will regulate this, " he said to objections and shouts from several MPs.
 Pada 25 Oktober, 2005, ketika membahaskan peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri seumpama RM225,905,000 untuk Jakim,beliau meminta jabatan itu menafsirkan lafaz azan yang lahir daripada mimpi dan wahyu[16].
11.   Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah. Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Melaka itu pada asalnya mahu menyindir Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan suaminya, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail menunaikan ibadah umrah ke Mekah. DAP kelihatan tiada had dalam menyindir atau memperlekeh sehingga ibadat yang diamal seluruh umat Islam juga diperlekehkan[17].
12.   Pemimpin DAP pernah menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’. DAP antara parti yang mengapi-apikan agar masyarakat Malaysia membenci Dr Zakir Naik yang tiada rekod jenayah dan keganasan. Kita bernasib baik PM sebelum ini adalah Tun Mahathir bukannya pihak PH yang lain, kerana Tun konsisten tidak mahu memulangkan Dr Zakir kerana dikuatiri akan dibunuh[18].
13.   DAP dan sekutunya  PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) membantah cadangan meminda akta yang dikemukakan PAS di Parlimen yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini sedangkan ia bukannya berkaitan kaum bukan Islam dan tidak menzalimi sesiapa. Bantahan DAP terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) membuktikan hipokrasi parti itu terhadap Islam dan Melayu. Kebiadapan Kit Siang yang bangun sebelum sempat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi izin kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menggambarkan bagaimana DAP akan bencikan sebarang proses ‘upgrading’ mahkamah Syariah[19].

Mengapa DAP Anti Islam
Kerana Islam adalah satu akar amalan dan budaya yang menggagalkan Malaysian Malaysia dan kesamarataan sosial yang mereka idamkan. Ini tidak dihairankan kerana sosialis dan komunisme (walaupun mereka tidak mengaku komunis) memusuhi agama yang tegar diamal kerana bercanggah dengan komuniti sosialisme yang mereka idamkan. Budaya dan pengamalan Islam akan mengukuhkan institusi agama, mufti, raja-raja melayu da ini bercanggah dengan matlamat mereka yang tidak mahu sebarang hegemoni kaum. Mereka tidak realistik kerana mahukan rakyat majoriti mengikuti budaya minoriti dan ia bercanggah dengan disiplin mana-mana sains sosial.
Tindak tanduk DAP pada agama Islam dan budaya Islam sepanjang pemerintahan PH 22 bulan.
DAP anti tulisan jawi
138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 ADUN-nya, membuat kenyataan bersama bagi mendesak ahli-ahli Kabinet dari DAP menentangnya maka ini bercanggah dengan sifat parti itu yang didakwa berbilang kaum serta merosak fabrik sosial Malaysia kononnya[20]. Jawi yang diajar untuk pelajaran Bahasa Melayu adalah sebanyak tiga halaman saja dan hanya bertujuan memberikan pengenalan kepada tulisan jawi yang terdapat pada lambang negara, setem dan mata wang kita yang sudah pun diguna pakai tidak kurang daripada 60 tahun. Bahkan Kementerian Pendidikan juga cukup berlembut dengan menyatakan pembelajaran tulisan jawi di sekolah Cina dan Tamil dilaksanakan secara pilihan. DAP tidak hairan dengan sebarang usaha membangun perlambangan bahasa melayu termasuk jawi kerana semasa mereka berkuasa pun surat kerajaan ada yang bertulisan Mandarin. Jelas mereka konon antikan hegemoni bangsa Melayu walaupun dalam perlembagaan parti ingin pertahan bahasa Melayu.
DAP Pro arak
Kecaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu terhadap pembekuan lesen penjualan arak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kefahaman bahawa jika DAP terus berkuasa, maka industri minuman keras akan terus subur dan dibela[21].Kata Ronnie dalam Fbnya PN “Tak Guna” PAS “Gila” UMNO “Lagi Gila”[22]. Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berpelembagaan dan mengganggu hak bukan Islam untuk minum arak.
Ramkarpal Singh, pula berkata kerajaan tidak menunjukkan apa-apa bukti bahawa pembekuan pemberian lesen minuman keras baharu akan mengatasi atau mengurangkan kejadian kemalangan maut yang berpunca daripada pemandu mabuk[23].
Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii dengan nada sindir mencadangkan supaya penjualan kereta dihentikan kerana ia boleh menyebabkan kemalangan. Beliau berkata demikian di laman facebooknya sebagai mengulas kenyataan ketua penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad  yang menggesa penggantungan penjualan arak  berikutan kes kemalangan maut akibat pemabuk[24].
Sebelum ini Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim memberi amaran PAS supaya tidak mencampuri urusan penganjuran pesta arak 'Better Beer Festival 2017' (BBF17) di negeri Selangor[25]. Beliau  menempelak PAS, beliau berkata, kadar AIDS dan isu sosial di Kelantan adalah lebih tinggi berbanding Selangor walaupun pesta arak tidak dianjurkan di negeri ditadbir PAS itu. Ini fallacy - Ad Hominem yang diamal DAP dan liberalis sebelum ini apabila mereka ditegur atau tidak dapat mempertahankan hujah mereka sedangkan isu AIDS boleh dibincang dalam perbincangan berasingan malah statistik juga tidak diberikan[26].

DAP perguna Islam (takiyah) untuk lunakkan melayu Islam

Antara modus operandi DAP melunak dan mengaburi mata umat Islam adalah dengan melakukan tindakan memberi bantuan dan ingin berucap dalam masjid, serta berebut ingin menyalurkan zakat kepada umat Islam sedangkan itu adalah ibadah dan duit umat Islam.
Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong telah  memasuki ruang solat utama di Masjid Tenang Stesen.  Tindakan beliau yang sebenarnya tidak perlu pun memasuki ruang solat masjid mengundang murka Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Dalam satu kenyataan menerusi laman rasmi www.royaljohor.com.my,  Sultan Ibrahim bertitah, dengan kedudukan sebagai ketua agama Islam di Johor, baginda tidak apologetik untuk mengambil pendirian bahawa semua aktiviti ahli politik di masjid dan surau di negeri itu perlu dihentikan[27].
Tindakan ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Ki yang kalut ingin menyerah sumbangan zakat kepada asnaf mengundang kritikan terhadap  Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang diminta agar lebih peka, sensitif dan dapat memberikan garis panduan tentang hal agihan zakat ini supaya tidak terus menjadi fitnah dalam masyarakat[28]. Seolah-olah sudah tiada pemimpin Islam dalam kerajaan PH.


Diikuti pula oleh Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patto  didapati mengulangi perlakuan tersebut dan hadir ke  “Program Pemberian Hamper Zakat dan Moreh” di Masjid Permatang Batu  yang dianjurkan ahli parlimen terbabit malam tadi. Pada FB Kasthuriraani Patto, 16 keping gambar sekitar program tersebut dinaikkan memaparkan ahli parlimen terbabit yang memakai baju merah, seluar panjang agak ketat dan selendang berwarna maroon tua, mengagihkan bantuan hamper berupa kotak dan kampit beras berlogokan Zakat Pulau Pinang[29].
Selepas menerima kritikan netizen dan ramai ahli politik, Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah mengeluar kenyataan menjelaskan proses pengagihan dan penyerahan kit bantuan yang dilakukan oleh beberapa wakil rakyat bukan beragama Islam di negeri ini di luar kawalan agensi berkenaan malah   akan memantau keadaan itu dari semasa ke semasa kerana tindakan beberapa wakil rakyat berkenaan boleh menimbulkan fitnah, selain sudah menegur pihak terbabit[30].
Pemimpin rakyat mengaku DAP dan PH buli Islam
Dr Asri Zainal Abidin  berkata dengan tegas bahawa Islam dibuli, tidak selamat di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan beliau secara jelas menyebut - DAP penyebab PH dilihat gagal menjaga kesucian agama Islam kerana DAP gagal menahan diri dari mengeluarkan kenyataan anti Melayu, anti Islam dari hati perut mereka. Realiti politik dalam negara sekarang seolah-olah membiarkan umat Islam dibuli. Mufti Perlis ini juga  mempersoalkan adakah wujudnya keadilan apabila suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan mereka yang memimpin pentadbiran hari ini[31].
Menurut beliau sepanjang PH memerintah (dengan dominasi DAP):
  1. Pelbagai kenyataan dibuat oleh individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina umat Islam, menghina Nabi Muhammad SAW dan mempersenda ajaran Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan.
  2. Ceramah dalam masjid untuk umat Islam sahaja di Kelantan oleh seseorang ( Muhammad Zamri Vinoth, seorang pendakwah bebas ) yang menceritakan pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam telah menyebabkan beliau ditangkap.
  3. Manakala kenyataan pemimpin-pemimpin yang telah menyebabkan peristiwa tragedi antara kuil dan pihak bomba tidak pula ditangkap.




[26] Ad Hominem  - maksudnya, menyerang peribadi seseorang apabila tidak mampu memberikan hujah. Ini juga kesalahan yang paling kerap diamal oleh ahli politik.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)