Tuesday, June 23, 2020

KEJAYAAN 100 HARI PN BERBANDING 22 BULAN PH



KEJAYAAN 100 HARI PN BERBANDING 22 BULAN PH
Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Jabatan Strategik DPPN Kedah
Muqaddimah
Tulisan ini digarap untuk membuat perbandingan secara kasar kejayaan PN memerintah dengan aman dan tenetarm berbanding pemerintahan 22 bulan PH yang penuh sandiwara, u-turn, berkelahi sesama sendiri dan hanya mementing matlamat politik bukannya rakyat. Kini PH Plus ingin merebut Putrajaya semula dengan gandingan tanpa cadangan konsensus siapa bakal  Perdana Menteri kerana masih berebut jawatan utama itu antara Anwar dan Tun Mahathir.
Kegagalan 22 bulan  PH
Antara 10 Janji 100 hari PH adalah berkenaan dengan menghapuskan GST, subsidi petrol bersasar, menghapuskan hutang peneroka Felda, KWSP untuk suri rumah, menyamaratakan gaji minimum, menangguhkan bayaran pinjaman PTPTN bagi yang bergaji bawah RM4000, mengembalikan status Sabah dan Sarawak, menyiasat skandal, skim peduli sihat dan mengkaji semula projek mega. Mari kita lihat apa yang PH buat sebelum ini.
  1. Menipu hutang negara
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan secara melulu menyatakan, hutang Kerajaan Persekutuan selepas kejatuhan BN telah melebihi angka RM1 trilion, jauh lebih tinggi daripada angka 51% berbanding KDNK. Berita ini meresahkan   rakyat, menimbulkan keraguan pelabur luar dan pelbagai reaksi negatif di kalangan rakyat. Keseluruhan hutang dan liabiliti kerajaan Persekutuan mencecah RM1.08 trilion atau 80.3% berbanding KDNK setakat 31 Disember 2017, melibatkan tiga komponen berikut:
Perkara 1 : Hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM686.8 bilion (50.8% KDNK);
Perkara 2 :  Hutang Jaminan Kerajaan berjumlah RM199.1 bilion (14.6% KDNK); dan
Perkara 3 : Hutang pajakan dan caj berkaitan projek Kerjasama Awam Swasta berjumlah RM201.4 bilion (14.9% KDNK).
Kos hutang negara dikatakan melepasi RM 1 trillion akibat keborosan kerajaan terdahulu. PH menjumlahkan 3 komponen ini dan dihebahkan hutang 1 trillion,sedangkan komponen perkara 1 sahaja merupakan jumlah hutang rasmi mengikut standard laporan hutang kerajaan yang diamalkan di seluruh dunia.
  1. Saham dan perlaburan merudum
Dalam tempoh 100 hari nilai ringgit Malaysia jatuh menjunam. Jumlah aliran keluar wang tunai dan pelaburan dalam negara semakin membimbangkan. Beberapa minggu sebelum pertukaran kerajaan PH kepada PN, saham di Bursa Malaysia dibuka lebih rendah dan sekali gus mengheret turun indeks. Pada 9.47 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 21.70 mata kepada 1,509.50 berbanding penutup Jumaat 1,531.20, selepas dibuka 29.73 mata lebih rendah pada 1,501.47 pagi 24 Februari 2020[1].
Tony Pua pernah  berkata pelaburan asing tinggi melalui  penjualan aset negara kepada orang asing. Kata beliau penjualan itu bukti satu  “pelaburan berkualiti” kerana ia menunjukkan keyakinan pelabur asing untuk membeli aset Malaysia. PH berpandangan pembelian saham-saham IHH Healthcare Bhd di Bursa Malaysia oleh Mitsui & Co Ltd daripada Khazanah Nasional Bhd adalah satu langkah signifikan kerana ia menunjukkan keyakinan dan kepercayaan yang diletakkan oleh pelabur-pelabur asing terhadap syarikat-syarikat dan ekonomi Malaysia[2].
Sebenarnya "pelaburan" asing RM8.4 bilion dari Jepun ini merupakan penjualan IHH Berhad kepada syarikat Mistui dari Jepun[3]. Umpama orang jual tanah kemudian ada duit ditayangnya kata dia berharta sedangkan ia sedang jual tanah pusaka.
  1. Dasar cukai yang tiada halatuju
Pengumuman beberapa dasar baru kerajaan juga dilihat terlalu pelik dan aneh. Pengumuman demi pengumuman dibuat bagi flip flop dengan dasar cukai sedangkan dasar cukailah dasar fiskal yang wajib dikaji oleh sesiapa yang bakal menerajui sesebuah negara. Awalnya  GST tidak dimansuhkan, hanya disifarkan. Kemudiannya ia digantikan dengan pengumuman SST sebanyak 10% dan 6%. Disebabkan sistem SST yang tidak menguntungka kerajaan, kedengaran sebelum PH jatuh mereka tidak menolak kemungkinan memperkenalkan beberapa lagi cukai baru bagi menambah pendapatan kerajaan[4].
  1. Dasar u turn –Projek Mega
Projek-projek seperti HSR, ECRL, MRT 3 melalui proses tergantung akibat ketidakbolehpercayaan kerajaan sekarang terhadap kerajaan terdahulu. Pendekatan baru yang dilihat oleh rakyat ialah apabila banyak u-turn kerajaan lakukan, contohnya ke atas projek HSR dan ECRL. Semua ini juga dilihat sebagai kelemahan dalam mentadbir pembangunan negara. Bandar Malaysia yang di katakan menggadai pertahanan negara kerana di dirikan di atas tanah asal Airport Sungai Besi akhirnya di teruskan kerajaan baru dan di akui sebagai projek yang akan menjana ekonomi dan menggerakkan pelaburan dari pelusuk dunia. Tun Razak Exchange yang di tuduh sebagai bukti Dato Seri Najib  menjarah negara akhirnya di iktiraf pula oleh Lim Guan Eng  sebagai antara aset terbaik.
  1. Tidak bakat dan tiada berkarisma, hanya tahu politik dan provokasi
Menurut satu undian atas talian yang telah dibuat sendiri oleh Malaysiakini n, telah memberi keputusan amat memalukan buat PH iaitu rakyat  memberi penilaian buruk buat Kerajaan PH apabila 90 peratus Menteri Kabinet mereka telah dinilai dengan markah gagal. Daripada 28 Menteri disenaraikan, hanya 10 peratus daripada mereka mendapat penerimaan markah 50 peratus[5].
wakil perdana menteri yang dihantar ke China dilihat gagal meyakinkan mereka sehingga Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terpaksa merangka lawatan sekali lagi ke China.
Mat Sabu mengeluar kenyataan beberapa kali yang memalukan negara. Antaranya terkenal semasa persidangan antarabangsa di Hotel Shangri La Singapura, kata beliau, “Elephant fight elephant, grass will suffer”.
Lim Guan Eng dilihat tidak berbakat  sejak penipuan pengumuman hutang negara. Ia juga terkenal dengan troll ‘salah titik perpuluhan’.
Khalid Samad yang giat berkempen ingin membeli semua tanah Kampung Baru Kuala Lumpur kelihatan tiada sumbangan kepada rakyat melainkan hanya mengulang-ulang hasrat  kerajaan PH mengambil tanah tanah Kampung Baru. Istilah broker disebut hingga dalam Parlimen[6].
  1. Gagal memancing hati belia-isu PTPTN
Antara janji yang paling menarik perhatian golongan muda ialah penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan. Setelah Pakatan Harapan mendapat kuasa, semua ini hanyalah sekadar janji kosong dan dalam masa yang sama Kerajaan PH memberikan peringatan tegas kepada peminjam PTPTN bahawa hutang perlu dijelaskan. Sementara itu tawaran 1 juta peluang pekerjaan turut dinantikan oleh graduan lepasan universiti namun kadar pengangguran jelas begitu tinggi dan masih ramai yang tercari-cari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan serta kelayakan mereka.
  1. Tiada penghapusan hutang peneroka
Menghapuskan hutang peneroka felda bukan sahaja janji kosong yang tidak tertunai, nasib peneroka dan pekebun kecil hari ini menjadi tertekan apabila harga komoditi sawit serta getah terus jatuh  tidak stabil semasa pemerintahan PH. Kenyataan seperti menoreh musim hujan, tanam nenas dan ganti sawit dengan buluh hanyalah sekadar pandangan yang tidak berasas dan ia diberi oleh mereka yang bergelar menteri bagi kerajaan PH.
  1. Kritik dasar apungan harga petrol tetapi tiada pembaharuan
Harapan rakyat semasa pemerintahan juga meleset jauh apabila harga minyak petrol tidak mampu diturunkan walaupun harga minyak dunia mengalami trend penurunan. Harga RON 95 dikekalkan, namun harga RON97 dan Diesel diapungkan mengikut pendekatan kerajaan terdahulu. Janji Pakatan Harapan untuk menurunkan harga petrol pada kadar RM 1.50 masih belum terlaksana malah sistem semakan harga secara mingguan oleh kerajaan terdahulu diguna pakai semula cuma hari pengumuman sahaja yang ditukar.
  1. Tiada siasatan suruhanjaya Diraja
Pakatan Harapan turut berjanji untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kononnya wujud skandal terhadap Felda, Mara, Tabung Haji dan 1MDB namun apa yang berlaku hari ini mereka gagal untuk mewujudkan suruhanjaya tersebut sebaliknya menggunakan pendekatan menghukum secara meragukan terutamanya dalam kes berkaitaan dengan Tabung Haji.
Pemuda UMNO juga mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) segera mengotakan janji menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan salah laku dan penyelewengan pengurusan Tabung Haji (TH) yang berlaku semasa pengurusan TH terdahulu[7]. Dalam isu 1MDB yang merupakan senjata ulung PH juga tidak diadakan Suruhajaya Siasatan Diraja juga. Kata Tun Mahathir ketika memerintah dulu, kerajaan perlu menetapkan pertuduhan yang kukuh terhadap mereka yang terbabit dalam kontroversi berkaitan dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)[8]. Jadi ceramah PH sebelum menang tentang 1 MDB adalah dusta jika tidak kukuh lagi pertuduhannya.
  1. Pendakwaan terpilih
Penarikan semula pendakwaan ke atas aktivis-aktivis pakatan Harapan di mahkamah amat membingungkan pengamal dan pencinta keadilan. mereka yang mesra kerajaan baru digugurkan kes mahkamah mereka. Apakah ini bentuk amalan keadilan dan penegakkan konsep ‘The Rule of Law’ yang dicanangkan selama ini?
Bebaskan Anwar: perlukah seorang yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah dibebaskan?
Bebaskan Wan Ji : perlukan seorang pesalah yang dijatuh hukum sepetri Wan Ji dibebaskan walaupun telah masuh penjara beberapa hari.
Mendiam diri isu Adib adalah sikap PH dan tiada pendakwaan dibuat semasa mereka memerintah.
  1. Terbukti tuduhan gadai negara itu fitnah
Sementara itu, pasti ramai yang terfikir sewaktu kerajaan terdahulu menjalinkan kerjasama dengan China yang melibatkan jumlah pelaburan yang begitu besar maka pimpinan Pakatan Harapan telah membuat tuduhan kononnya kita telah menjual negara kepada China. Walaubagaimanapun tatkala PH  mengambil alih kerajaan maka segala tuduhan tersebut telah bertukar dan usahasama Malaysia dengan kerajaan serta syarikat China dikatakan satu pelaburan yang sangat strategik. Projek Bandar Malaysia, ECRL dan Taman Perindustrian Berkembar Kuantan-Qinzhou (MCKIP & CMQIP) diteruskan malah pemilikan Proton Geely telah kembali menjadi kereta nasional dan kebanggaan negara hanya apabila Pakatan Harapan yang memerintah negara ini.
  1. Tidak mengutamakan bahasa kebangsaan
Penggunaan Bahasa Melayu yang diperlekehkan, sijil UEC yang mahu diangkat dan diiktiraf sebagai syarat kemasukan ke IPTA, penghinaan keterlaluan sesetengah pihak kepada kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu hanyalah akan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Dr Maszlee Malik sendiri terpaksa menegur  para menteri agar  mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi masing-masing bagi memartabatkan kembali kedudukan bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan[9].
Malaysia yang perlembagaannya dengan jelas menyatakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah diperlekehkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan sewenang-wenangnya menukar nama “Hari Sukan Negara” kepada “Malaysia Sports Challenge 2019 (MySC’19)”. Kononnya, penukaran nama kepada indentiti barat itu lebih berprestij berbanding mengekalkan nama asal.
Profesor di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican pernah menegur agar jangan disiarucapan  pemimpin yang bercakap dalam bahasa lain, selain bahasa Melayu untuk stesen-stesen televisyen, penerbit di stesen televisyen sewajarnya tidak mengeluarkan kenyataan itu, sebaliknya menggunakan suara latar belakang (voice over) atau menggunakan sarikata sahaja[10].
  1. Mengutamakan golongan liberal dan LGBT
Golongan LGBT makin berani menuntut hak dan mencabuli peraturan Islam, manakala tuntutan komponennya agar UiTM dibuka kepada bukan Melayu dibiarkan menjadi kemelut keresahan orang Melayu. Walaupun PH berulang kali menegaskan kerajaan mereka menolak PGBT tetapi zaman 22 bulan PH penuh dengan kenyataan berani LGBT dan golongan ini dibenar bermedia massa secara terbuka di Malaysia. Misalnya 2  potret aktivis Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang dipamerkan di festival pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ sempena Festival Georgetown, Pulau Pinang diturunkan kerana melanggar peraturan ditetapkan[11].
Jika tiada penularan liberal sepanjang PH mmerintah masakan Sultan sendiri terpaksa menegurnya? Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap tuntutan golongan liberal, yang turut mendapat sokongan daripada segelintir pemimpin beragama Islamdan menitah agar  Selangor tidak  menjadi pusat penyebaran ideologi dan fahaman-fahaman sesat sebegini[12].
  1. PH cari pasal dengan anggota keselamatan.
Kes rusuhan yang dianggap PH  berpunca kelemahan polis pasti menimbulkan ketidakpuashatian pasuka polis yang senantiada ke hadapan menangani sebarang rusahan dan himpunan. Misalnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya, susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya beberapa bulan yang lalu. Menurut beliau polis daerah Subang Jaya mengeluarkan kenyataan salah apabila mendakwa rusuhan berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil. Sebagai menteri seharusnya kenyataan di saat api perkauman meningkat adalah kenyataan menyelesai bukannya point fingger. Waytha sebelum ini terkenal dengan kenyataan rasisnya di luar negara sehingga memburuk nama baik negara kita.
Insiden orang awam (petugas pilihanraya PH) yang mengeledah kenderaan  MPV milik PDRM adalah kemuncak kebiadaban dan kebodohan PH mengawal tingkah laku ahli mereka. Mereka tidak diadabkan lantaran kelihatan pergaduhan kerap berlaku semasa pemilihan parti serta kes bertumbuk sesama mereka  pasca pilihanraya Rantau yang lalu.  Dalam kes geledah MPV Polis mereka memaksa untuk memeriksa kereta peronda polis (MPV), pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau  di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, dan mendakwa anggotaplis  membawa lebihan kertas undi. Apa hak mereka untuk memeriksa MPV polis kerana mereka orang awam dan apabila bonet kereta dibuka, hanya peti ubat dan peralatan[13]. Mereka tak ubah kaduk naik junjung.
Terkini tindakan PH membubarkan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) mengecewakan para veteran PDRM. Task Force ini kesemuanya memiliki pengalaman hebat dan terlatih khas menangani jenayah terancang, kongsi gelab dan sebagainya. Atas alasan pertindihan tugas, ia bukan alasan baik untuk membubar terus sesuatu organisasi yang berwibawa seperti ini. Tindakan PH hanya memberi untuk kepada penjenayah terancang tidakkah mereka sedar kesannya?
  1. Anti patriotik Julang Komunis
Usaha cuba memartabatkan tokoh komunis sebagai wira negara adalah suatu tindakan biadab dan langsung buta sejarah yang teruk. Adakah anggota keselamatan yang kehilangan keluarga, anggota badan dan cacat seumur hidup selama ini menentang komunis wira negara? Ini tindakan paling tidak bijak oleh pendokong kerajaan terutama sekularis muda yang sibuk berwacana dalam bilik hawa dingin tanpa tahu realiti sejarah[14]. Apabila ada desakan untuk menulis semula sejarah kemerdekaan negara kononnya Parti Komunis Malaya (PKM) yang pernah mengganas satu negara dahulu merupakan sebahagian dari pejuang kemerdekaan, maka tiada bantahan dalam parti kerajaan PH ketika itu kerana ia  kemahuan DAP.


Bintang jalur gemilang 5 bucu.
Bendera Jalur Gemilang dengan bintang lima bucu terpampang ketika majlis perasmian kejohanan bola keranjang, Piala Lum Mun Chak Maba/Milo kali ke-28 pada 2019. Imej bendera tersebut disiarkan menerusi tayangan klip video pada skrin gergasi ketika nyanyian lagu NegaraKu di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba) dan menimbulkan kemarahan rakyat dan para intelektual[15].
Himpunan Komunis di Kajang.
Pada 1 Dis 2019 , sebuah portal berita melaporkan kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas anggota PKM di Kajang. Siasatan terhadap penganjur adalah berdasarkan ratusan laporan polis yang telah dibuat dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Antara 4 individu yang memberi ucapan dalam majlis berkenaan, adalah  Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil Parti Komunis Malaya (PKM) dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak. Zaman PH anggota keselamatan tidak dijulang malah saham simpanan dipotong diveden, dikatakan malas tiada kerja sebaliknya komunis musuh negara pembunuh wira negara pula dijulang mereka[16].
Pengikut DAP julang pengganas LTTE.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan yang ditahan bersama lima suspek disahkan cuba menghidupkan semula kumpulan pemberontak Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di negara ini. Tangkapan pertama Adun Negeri Sembilan, pada 18 November telah hadir pada program Hari Perwira LTTE di Melaka dan menyampaikan ucapan sokongan terhadap LTTE. Beliau dikesan mengedar risalah item-item berkaitan LTTE[17]. Manalala Adun Melaka yang ditahan, penglibatan hampir sama dimana pada 28 November suspek telah hadir hari perwira LTTE di Melaka. Tetapi semua 12 tahanan dibebaskan oleh Peguam Negara Tommy Thomas. Semua pertuduhan terhadap dua Anggota Dewan Undangan Negeri dan 10 yang lain yang berdepan dengan pertuduhan menyokong kumpulan pemberontak Sri Lanka - Harimau Pembebasan Tamil Eelam [LTTE]. Menurut Tommy tidak ada prospek yang realistik bahawa mana-mana tertuduh akan disabitkan  berkata, 12 lelaki itu, menghadapi 34 tuduhan selepas polis menemui beberapa gambar Velupillai Prabhakaran, pengasas LTTE yang terbunuh dalam telefon bimbit dan akaun Facebook mereka[18].
Tukar nama jalan kepada bahasa Cina.
Sebelum ini, papan tanda nama jalan di Shah Alam menggunakan tulisan Bahasa Melayu dan Jawi kemudiannya di tukar kepada tulisan bahasa Cina dan mengekalkan Bahasa MelayuSultan Selangor menetapkan bahawa semua papan tanda yang mempunyai dwi bahasa di Shah Alam mesti di keluarkan dan di gantikan dengan bahasa yang hanya menampilkan bahasa kebangsaan. 90% penduduk di Shah Alam ialah Melayu dan tidak ada keperluan menggunakan bahasa Cina pada papan tanda nama jalan. Inilah bentuk besar kepada DAP yang hari ini kita dapat saksikan[19].

  1. DAP yang besar kepala menekan sesama komponen.
Mari kita lihat besarnya kepala DAP dalam isu tanglung. Isu hiasan tanglung yang keterlaluan di sebuah sekolah Menengah di Puchong, walau pihak PIBG dan pentadbiran sekolah menurunkan tanglung itu, tetapi kerana kuasa di tangan DAP, sebahagian Menteri dan EXCO dikerahkan turun padang menaikkan kembali hiasan yang diturunkan kerana akur pada desakan DAP[20]. DAP juga kelihatan kerap memberi amaran kepada Tun Mahathir, mendesak dan mengasak Dr Maszlee Malik serta menjadikan PAN budak suruhan yang cukup efektif.
Dap menunjukkan sikap ‘abang besar’ di dalam kerajaan apabila mendesak PDRM menghentikan siasatan terhadap komik komunis  mereka.
Pembelaan luar biasa dari Dap mempertahankan tindakan beberapa pemimpin dah ahli mereka yang telah terbukti terlibat mempromosikan dan menyokong kumpulan pengganas LTTE sedangkan yang menangkap itu Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyidin Yasin.
  1. Kejayaan PH adalah menyuntik keresahan dalam sosial
DAP cukup ghairah ingin melaksanakan perlembagaan partinya iaitu mencorak sosial kepada Malaysian Malaysia yang kelihatan indah tetapi sebenarnya membawa keresahan antara kaum, menolak nilai patriotik dan ‘re-engineering’ sosial secara melulu atas nama menolak hegemoni kaum (merujuk budaya dan nilai Islam melayu yang tunjang dalam negara ini) Rakyat tidak pernah lupa apa yang DAP pernah buat sejurus mendapat kuasa pada Mei 2018.
Lim Guan Eng mendakwa kerjasama UMNO-PAS umpama pengisytiharan perang terhadap golongan bukan Melayu. Orang Melayu tidak mahu bermusuh dengan orang bukan Melayu, jauh sekali untuk 'berperang'. Guan Eng perlu tahu yang ditentang bukannya orang bukan Melayu, tetapi DAP[21].
Timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu Nga Kor Ming telah mendakwa kerjasama UMNO - PAS akan memecah-belahkan rakyat. Kor Ming turut berkata ia akan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan[22].
Telah tersebar klip video berdurasi 22 saat yang menunjukkan Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi bercakap dalam bahasa Cina menjelaskan tulisan jawi tidak terhad kepada penulisan agama Islam tetapi ia turut digunakan dalam pelbagai bahan bacaan termasuk buku lucah[23].
Tersebarnya komik propaganda “One Belt One Road" atau 'Inisiatif Jalur dan Jalan- Meraih Manfaat Bersama (BRI)' hasil ciptaan Superman DAP, Hew Kuan Yau yang mengagung-agungkan komunis sehingga menghina orang Islam dan memperlekehkan nilai patriotik negara. Paling mengejutkan, komik ini telah diserahkan kepada pihak sekolah untuk dijadikan bahan bacaan para pelajar[24]!
Ironinya DAP pula menuduh MCA menjadi 'abang long' setelah PN mentadbir negara?  Orang normal pasti tidak memahami konsep bagaimana MCA jadi 'abang long' hanya dengan dua kerusi Ahli Parlimen? Sedangkan semasa PH memerintah DAP ada 42 termasuk 1 Timbalan Speaker Dewan Rakyat[25]?

60 peratus berjaya?
Lim Guan Eng mengaku bahawa 60 peratus daripada janji-janji manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah ditunaikan[26].
Namun sekiranya dilihat kepada 10 janji 100 hari yang merupakan antara 10 janji terpenting PH, angka 60 peratus ini jauh daripada terlaksana. 
  1. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun janji ditunaikan, namun banyak ketirisan berlaku dalam sistem cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dianggap sebagai langkah ke belakang.
  2. Isu untuk menstabilkan harga petrol walaupun harga dilihat tertunai tetapi pada 1 Januari 2020 ia akan diapungkan kembali.
  3. Penghapusan hutang peneroka Felda juga gagal. Gaji minimum yang dilaungkan juga gagal. Manifesto PH untuk meningkatkan janji minima kepada RM1,500 sebulan dimulakan, namun tidak terlaksana.
  4. Kempen melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga gagal. Tiada penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000.
  5. PH hanya selesai buat  tiga perkara sahaja  iaitu menghapuskan GST, menstabilkan harga minyak dan KWSP untuk pasangan.
  6. Dari 195 muka surat buku Harapan yang mengandungi manifesto PRU14, sebanyak 60 janji dicanang kepada rakyat, namun ia bukan kitab suci kata tun Mahathir.
  7.  Anak muda terus ditipu dengan janji 1 juta peluang pekerjaan dengan gaji minimum RM 2,500.
  8. Anak muda Sabah dan Sarawak terus ditipu dengan janji 250,000 peluang pekerjaan dan terus ditipu dengan janji menyiarkan perlawanan bola sepak EPL percuma.
PH hanya berjaya menjadi broker penjual aset.
Banyak sungguh khazanah negara, aset bernilai yang dijual oleh PH melalui Kementerian Kewangannya. Hal ini tidak termasuk lagi aset-aset yang dijual oleh GLC lain seperti Tabung Haji, PNB, Sime Darby dan FGV. Semasa PH jatuh jumlah hutang negara telah naik RM124 bilion (termasuk Bon Samurai pertama) dari RM686b pada akhir 2017 semasa BN jatuh  kepada  RM810 bilion.  Tun Mahathir juga akhirnya  mengaku banyak aset negara telah dijual.  Alasan PH menjual aset ini perlu untuk membayar hutang negara. Tapi realiti ialah hutang terus negara telah naik RM124 bilion (termasuk Bon Samurai pertama) dari RM686b pada akhir 2017 masa BN ke RM810 bilion sekarang. Defisit kerajaan juga meningkat berbanding masa BN. Nisbah hutang kerajaan meningkat dari 48.7% pada suku pertama 2018 kepada 52.7% sekarang.
Di bawah adalah pendedahan oleh Dato Seri Najib Razak yang mana sumber rujukan boleh diakses melalui media elektronik hari ini:
1. Khazanah jual IHH berhad kepada Jepun - RM8.41 bilion (Nov 2018)
2. Khazanah jual saham CIMB - RM364 juta (Dis 2018)
3. Axiata jual M1 Singapura kepada Singapura - RM1.65 bilion (Feb 2019)[27]
4. Khazanah jual saham Bank Filipina BDO Unibank kepada Filipina - RM415 juta (Feb 2019)
5. Boustead jual Hotel Royale Chulan kepada Singapura - RM197 juta (Feb 2019)
6. Khazanah jual saham Tenaga Nasional - RM1.05 bilion (April 2019)
7. Axiata jual aset digital kepada Singapura - RM580 juta (April 2019)
8. Menteri Kewangan jual sebahagian dari projek Bandar Malaysia kepada syarikat Malaysia-China- RM7.41 bilion (Apr 2019)
9. Khazanah jual hartanah DUO kepada Singapura - RM4.73 bilion (Julai 2019)
10. Khazanah jual kepentingan saham dalam syarikat elektrik Arab Saudi kepada Malakoff - RM289 juta (Julai 2019)
11. Khazanah jual saham CIMB dengan cara pajakan- RM2 bilion (Julai 2019)
12. Khazanah jual Pusat Perubatan Prince Court kepada IHH yang kini milik Jepun- RM1.02 bilion (Sep 2019)
13. Khazanah jual lebuhraya tol Jakarta kepada syarikat Kanada- RM2.1 bilion (Sept 2019).
14. Khazanah jual Hotel Andaz Singapura dengan kepada syarikat Singapura - RM1.44 bilion (Okt 2019)



PN yang kian dikasihi rakyat
Kejayaan PN dalam memperkenal pakej ransangan mungkin telah dikupas dalam banyak makalah lain dan ia terlalu besar untuk dmuatkan di sini. Jadi penulis berhasrat hanya menampilkan aspek kejayaan dari segi penerimaan rakyat, imej dan kolaboratif yang ada pada pasukan kerajaan PN.
Tan Sri Muhyiddin dengan tegas dan jelas menyatakan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat. Gelaran Abah meniti dibbir rakyat dan netizen khasnya menujukkan beliau dekat di hati rakyat. 'Abah Muhyiddin'. Gelaran sedemikian sebenarnya sudah cukup menunjukkan penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya.
Analogi 'Makcik Kiah' yang diketengahkan dalam ucapannya sebelum ini bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19, terus lekat di bibir rakyat sehingga hari ini. Gaya beliau seolah rakan-rakan, beliau tahu apa yang sedang tular di media sosial, beliau bercakap seolah-olah jiran rakyat dan selalu mendoakan negara.
Menurut Md Shukri Shuib Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, santai Perdana Menteri  tidak 'kosong', bukan kebudak-budakan kerana setiap langkah diambilnya bukan sahaja memerlukan arahan segera, berani dan tegas tetapi juga kebijaksanaan dalam mengatur strategi.  Jika dilihat dari segi pengurusan kerajaan dalam menangani penularan COVID-19 dan kaedah menangani kesan impak ekonomi ke atas rakyat menunjukkan kewibawaan dan keprihatinan beliau sebagai ketua kerajaan[28].
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian pula berpandangan Tan Sri  Muhyiddin sebagai seorang pemimpin pragmatik (anjal)  yang meleraikan masalah rakyat secara praktikal, sesuai dengan keadaan semasa atau realiti ekosistem negara. Beliau hadir disaat negara tenat ekonomi, kesihatan dan krisis politik yang membosankan rakyat.
Manakala Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mashitah Mohd Udin pula memberi komentar:
  1. Perdana Menteri kita ini  mampu meneruskan pentadbiran kerajaan dengan baik meskipun sering diasak dan diserang daripada pelbagai sudut oleh musuh politiknya.
  2. Berjaya mengekalkan keamanan dalam Malaysia yang berbilang kaum ini.
  3. Tidak ada rusuhan kaum dan pertumpahan darah, keamanan dalam masyarakat dan kestabilan politik negara dapat dikekalkan. Tiada ugkapan yang mencederakan hati mana-mana kaum di Malaysia.
  4. Seorang  'man of actions', beliau berkata pemimpin negara itu mempamerkan personaliti yang bijak dan lebih banyak bekerja daripada bercakap kosong menyebabkan beliau disenangi rakyat.
  5. Keluarga beliau dilihat tidak mendominasi atau mencampuri tugas beliau sebagai pemimpin negara menyebabkan beliau dilihat sebagai pemimpin yang sangat berwibawa.
Imej mengutamakan rakyat berbanding menjawab isu politik adalah imej competetive advantage yang tinggi pada Tan Sri Muhyidin Yasin. PN kelihatan tiada pertelingkahan di antara komponen yang terbentuk, sebaliknya kerjasama yang ditunjukkan dalam memerangi pandemik Covid-19.
Pemerintahan 100 hari Perikatan Nasional (PN) tiada sebarang isu besar melibatkan perkauman atau isu sensitif melibatkan mana-mana pihak di Malaysia. Kenyataan media MCA, MIC juga kelihatan cukup patriotik, mengutamakan budaya bangsa Malaysia bukannya disengagement dengan tradisi dan budaya tempatan seperti DAP dan sekutunya.
Kerajaan sekarang bergerak kehadapan tanpa menoleh kebelakang seperti PH yang sentiasa menyalahkan pentadbiran terdahulu. Menteri kabinet lebih fokus kepada portfolio masing-masing dan tidak banyak mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kontroversi. PN membentuk kabinet dengan gabungan tokoh teknokrat berwibawa seperti YM Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan dan Datuk Seri Mustapha Mohamed sebagai Menteri Ekonomi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Richard Record sendiri memuji iklim ekonomi Malaysia dan tidakan bijak kerajaan mengurus fiskal[29].
Fitch Ratings mengesahkan penarafan kemungkiran penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada A- dan mengunjur ekonomi negara berkembang pada kadar 5.8 poeratus tahun hadapan. Hal ini kerana kebijaksanaan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bersama pasukannya  bertindak balas kepada krisis kesihatan global dan diselaraskan dengan kejutan ekonomi dunia tepat pada masa, tegas dan komprehensif dengan pakej ransangan yang menyeluruh[30].
Menurut kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hasil kajian dalam talian yang dilakukan di seluruh negara oleh Prof Datuk Seri Syed Arabi Idid di Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM,Majoriti bersetuju (95%) bahawa kerajaan prihatin dengan kesulitan yang dihadapi rakyat ekoran wabak itu tanpa mengira bangsa dan agama selain Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diperkenalkan dapat membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan sepanjang tempoh PKP/B[31].
Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Yale University, Prof. Dr Rick Altice juga memuji  pencegahan yang dilaksanakan Malaysia dibuat pada masa yang tepat dan sangat pantas. Malaysia kini menjadi antara negara tumpuan dunia berikutan usaha menentang COVID-19 yang dianggap berjaya dan  pengiktirafan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang bertungkus lumus serta merencana strategi yang pantas dan sesuai dengan keadaan semasa[32].
Kini Malaysia telah  diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam mengawal pandemik koronavirus (Covid-19) demikian diumum oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam kedudukan antara lima negara terbaik dunia dengan ‘public approval’ atau penerimaan rakyat yang tertinggi[33].  Ini adalah hasil kajian yang dilakukan sebuah agensi penyelidikan yang berpangkalan di Singapura.
Kunci kejayaan Tan Sri Muhyidin dan pasukannya hingga menjadi terbaik dalam mengekang wabak adalah:
  1. Disiplin
  2. Ucapan persuasiv (memujuk)  yang selalu menyentuh kehidupan rakyat Marhaen.
  3. Tiada unsur ugutan, mengejek rakyat, memperlekeh sesiapa atau kekasaran dilakukan kepada rakyat seperti negara luar.
  4. Setiap arahan yang diberikan beliau sangat jelas dan mudah difahami rakyat diikuti dengan iklan info grafik di media elektronik dan media cetak.
  5. Tidak melayan langsung lambungan isu politik yang mengeji beliau.
  6. Ucapan harian beliau responsif kepada rungutan rakyat yang diperlohi secara aktif melalui media sosial.
19 Jun 2020, 12 tengahari BPJ SP




Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)