Wednesday, July 25, 2012

MAPIM MOHON KETUA BUDDHA HANTAR MESEJ KEPADA KERAJAAN MYANMAR


MAPIM MOHON KETUA BUDDHA HANTAR MESEJ KEPADA KERAJAAN MYANMAR



Setiausha Agong MAPIM , Mohd Azmi Abdul Hamid hari ini telah berjumpa dengan salah seorang Ketua Sami Buddha Malaysia iaitu Ketua Wad Nikhotaram En Ai Lap a/l Tim di Wad Buddha  di Alor Setar , Kedah dalam rangka memohon pemimpin agama itu mengadakan perbincangan bersama ketua-ketuanya yang lain mengenai isu penghapusan etnik Rohingya Muslim di Myanmar.


Azmi yang diringi oleh beberapa wakil Ngo Islam lain iatu Abim , Teras dan Persatuan Ulama Kedah telah diterima dengan baik di wad tersebut. Beliau telah menyerah sepucuk surat khas kepada Ketua Pemimpin Buddha itu untuk di bincang dengan Ketua Buddhab Malaysia yang berada  di wad  Padang Sera  di Kedah.





Dalam perbicangan itu Azmi telah menjelaskan kepada ketua sami tersebut bahawa pemimpin- pemimpin Buddha  di negara ini perlu bersuara diatas keganasan yang dilakukan oleh penganut agama Buddha yang esktrimis di Arakan , Myanmar.



Beliau menyatakan bahawa jika penganut Buddha di negara ini dapat hidup aman bersama dengan pelbagai penganut agama yang lain , kenapa kerajaan Buddha Myanmar memileh untuk melihat umat Islam Rohingya sebagai musuh untuk ditindas dan dizalimi.



Ai Lap bersetuju untuk mengangkat isu pembunuhan umat Islam di Myanmar dalam mesyuaratnya dengan ketua-ketua penganut Buddha di Malaysia . Beliau akan memohon agar dipertimbangkan mesej dari Malaysia dihantar kepada Ketua Buddha di Myanmar agar pembunuhan dan penindasan segera dihentikan.



Azmi juga menyatakan bahawa suatu pertemuan khas antara agama akan diadakan bagi menyatakan sikap mereka terhadap kezaliman kerajaan Myanmar keatas Rohingya Muslim .



Dalam pertemuan itu Ai Lap juga bersetuju supaya isu ini perlu diambil berat kerana agama Buddha tidak mengajar untuk menzalimi dan menindas orang lain.




Attachment: 318k (image/jpeg) image.jpeg

Sunday, July 15, 2012

Bengkel isu antarabangsa bersama UJN

Saya dan Wardah baru selesai menyertai bengkel UJN (Universal Justice Network) Pengemblengan NGO Islam Isu Umat Islam Antarabangsa yang diadakan di Dewan Persekutuan Seruan Islam Perak semalam 14 Julai 2012.
 Program ini adalah kerjasama MAPPIM bersama Persekutuan Seruan Islam Perak serta UJN Malaysia yang berpusat di Pulau Pinang.




Antara matlamat program ini adaah seperti yang dijelaskna oleh Cikgu Haji  Azmi Abd Hamid bertujuan untuk mengeratkan jalinan kerja antara NGO Islam berhubung dengan isu umat Islam Antarabangsa serta memperkukuh gerak kerja UJN di peringkat Malaysia.
UJN suatu wadah antarabangsa yang ditubuhkan  memiliki kerjasama dengan islamic Human right Commission yang berpusat di UK.



Semoga bengkel ini membantu saya dan isteri untuk terus meneruskan agenda cakna dan sedar akan isu umat antarabangsa sekaligus membuat 'sesuatu' untuk mereka yang masih dipandang sepi oleh rakyat Malaysia.

Saturday, July 07, 2012

Iklan Arak sempena ramadhan..mana NGO Jihad UMNO?

Mari kita tunggi PERKASA dan NGO2 Jihad UMNO attack isu ini http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11490-the-store-buat-promosi-carsberg-sempena-ramadhan

 The Star (under MCA) pernah siar iklan babi panggang sempena ramadhan, kemudian siar gambar artis penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dada...semua hanya diberi amaran oleh Kemneterian Dalam Negeri islam wasatiyyah...kalau harakah atau keadilan siar berita lain sikit terus rampas naskah....hebat KDN islam wasatiyyah...

The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan

Harakahdaily, 05 Jul 2012
PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi  telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.

Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.

The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.

Sunday, July 01, 2012

Hamidah Pembela Sekolah Agama Rakyat ?

PERTAMA KALI ANDA MENDENGAR UMNO BERDEMO MEMBELA SEKOLAH AGAMA RAKYAT? JANGAN PELIK KERANA USI UMNO SUDAH TIDAK LAMA...TIDAK BEBERAPA HARI LAGI MEREKA AKAN TERKUBUR TERUTAMA DI GOPENG....DATUK HAMIDAH TIADA JALAN LAIN MELAINKAN MENYERU SERUAN JIHAD SEBAGAIMANA SADDAM LAUNGKAN SEBELUM MENINGGAL DUNIA (SEDANGKAN SEMASA HAYATNYA ISTILAH JIHAD PUN TIDAK DIFAHAMI) MAKA DILAUNGKAN SLOGAN RASIS..DIPANGGIL JUAK-JUAK KEBANGSAAN BERDEMO, BERHIMPUN KONON LAWAN CINA....INILAH POLITIK TINGGALAN PENJAJAH YANG MASIH DIPERTAHAN OLEH SEGELINTIR KETUMBUKAN MELAYU YANG INSYA ALLAH AKAN PADAM...
Hamidah Pembela Sekolah Agama Rakyat ?
·         Dalil 1 : Melengah-lengahkan pemindahan pelajar sekolah agama rakyat Ar Rahmaniah Taman Pegoh Aman daripada Surau Desan ke Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman pada 2009. Sikap lepas tangan.
·         Dalil 2 : UMNO memanag tiada rekod pertahan sekolah agama rakyat, Hamidah hanya timbulkan isu pemindahan apabila UMNO terdesak untuk menggunakan Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman untuk persiapan pilihanraya UMNO/BN (Merujuk Sungai Rapat Online bertarikh 31 Mac 2012, arahan perpindahan ini dilakukan kerana Dewan Orang Ramai tersebut dalam persediaan untuk dijadikan bilik gerakan menghadapi pilihanraya.) Ini bukti UMNO sayang sekolah agama?
·         Dalil 3 : Bukti Hamidah ‘sayang’ pelajar Sekolah Agama Rakyat, membiarkan sahaja Ketua Cawangan UMNO Desa Aman menghalau pelajar berpindah ke dalam khemah (selama 2 minggu)  di perkarangan surau Desan Aman pada Mac 2012 seperti pelarian sedangkan kawasan tersebut pesat membangun.
·         Dalil 4 : Hamidah biarkan sahaja surat arahan mengosongkan Dewan Orang Ramai sebanyak  8 kali  dikeluarkan kepada pengurusan sekolah oleh Ketua UMNO Cawangan Taman Pegoh. Pihak sekolah terpaksa merayu agar mereka dibenarkan untuk ‘melukut di tepian gantang’ di dewan berkenaan. Jawapan Datuk Hamidah, pergi bincang dengan Ketua Cawangan (seolah-olah UMNO punya markaz)
·         Dalil 5 : Pihak sekolah TELAH  minta peruntukan RM 500 000  daripada Kementerian Palajaran Malaysia  tetapi GAGAL  malah usaha  memohon bantuan daripada  Hamidah selaku ADUN Sg Rapat untuk dana sekolah agama dijawab dengan jawapan TIADA PERUNTUKAN.
·         Dalil 6 : Pada Februari 2012 pihak jawatankuasa Sekolah telah memohon dana daripada  Datuk Hamidah tetapi ditolak  mentah-mentah atas alasan tiada peruntukan. Tetapi selepas menerima tekanan Pakatan Rakyat pada Mac 2012, Hamidah tergesa-gesa mengarahkan pelajar  yang berkhemah masuk semula ke Dewan Orang Ramai taman Pegoh Aman pada petang itu juga dan mengumumkan peruntukan serta merta  sebanyak RM 100 000. 
 Dalil 7 : Jika benar UMNO komited bangun sekolah agama, kenapa tidak tunaikan hasrat jawatankuasa membina sekolah yang lebih besar dengan 8 bilik dan berkantin? Kenapa perjumpaan jawatankuasa sekolah dengan Datuk hamidah dan MB Zambry hanya dipandang dingin? kenapa hanya bangunan 3 kelas sahaja dibina malah dibina tergesa-gesa tanpa peduli pandangan kaum cina yang merasakan mereka berhak terhadap padang itu? Jika serius, cari tanah yang lebih luas, luluskan sahaja RM 500 ribu!
Kesimpulan : Sebenarnya hamidah tergesa-gesa membina sekolah agama rakyat di padang tersebut adalah kerana keperluan terdesak UMNO cawangan berkenaan untuk menggunakan Dewan Orang Ramai taman Pegoh Aman sebagai bilik gerakan UMNO/BN ke arah menghadapi pilihanraya umum.
MEDIA SUNGAI RAPAT

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)