Tuesday, May 27, 2014

MENILAI POLITIK MAKI DAN CELA MENCELA MALAYSIA- reaksi pemuda UMNO diduga ramai


MENILAI POLITIK MAKI DAN CELA MENCELA MALAYSIA
Muhammad Nuruddin Bashah

Marah benar pemuda UMNO apabila parti mereka dikatakan celaka. Malah seperti biasa istilah celaan kepada parti mereka dihubungkait pula dengan bangsa Melayu untuk meraih simpati masyarakat Melayu kepada pertubuhan UMNO yang kian suram sokongan di kalangan Melayu cerdik.

Misalnya pada tahun 2011, isu celaan pemimpin DAP Perak terhadap susuk tubuh Menteri Besar dengan gelaran hitam metalik dan ungkapan sinis pemimpin DAP bahawa cara pentadbiran BN Perak seperti Perak Darul Kartun. Maka beraraklah Ayahanda-ayahanda yang konon mewakili Melayu bertempik membuat kacau di Pejabat DAP Perak dengan alasan DAP menghina Melayu dan kedaulatan negeri Perak.
Baru-baru ini pula ADUN DAP Seri Delima, R S N Rayer mencela UMNO dengan gelaran Celaka UMNO. Tidak perlu dikupas sebab musabab istilah ini diuangkap kerana kebiasaan makian dan celaan ada dalam mana-mana persidangan DUN dan Parlimen selagi mana akhlak dan etika bercakap tidak diasuh di kalangan rakyat dan pemimpin. Ini lumrah.

Sebelum dikupas lanjut, mari bersama kita menilai kewajaran mengeluar ungkapaan celaan antara parti lawan. Adakah ia benar-benar asing dalam budaya politik negara kita?

Mari kita senaraikan celaan-celaan yang ada untuk dinilai,

UMNO adalah parti yang tidak mampu mengawal akhlak ahlinya. Memang parti lain juga sukar mengawalnya, namun UMNO kelihatan lebih dahsyat kerana asas perkauman yang menjadi ‘berhala’ UMNO cukup menjadikan pejuang UMNO taksub dan meluap-luap apabila terbit sahaja isu perkauman.

Lihat sahaja bagaimana mereka bereaksi dengan isu ungkapan Celaka UMNO.
  1. Pemuda Umno di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak melakukan cubaan provokasi.
  2. Tindakan ganas Umno yang memulakan serangan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang merempuh pintu DUN.
  3. Mengganggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Teluk Intan dan mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP di ibu kota.
  4. Menyerang pejabat DAP Kuantan.
  5. 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bantahan di luar ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol".
  6. Hantar memorandum ke pejabat DAP Kuala Lumpur kemudian mengoyak memorandum di hadapan penerima dengan cara biadab.
  7. Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Dungun buat laporan Polis kononnya ungkapan Celaka UMNO adalah menghina melayu.

Bagaimana pula ungkapan UMNO kepada DAP, PAS dan PKR?

  1. Gabungan NGO Cina, Suqiu, pada 2001, pimpinan Dong Jiao Zong (DJZ) pernah dicap oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai "komunis dan al Maunah.
  2. Tuan Guru Nik Abd Aziz digelar Bapa Kafir oleh mantan Ketua Polis Negara
  3. Majlis UMNO mengatakan Tuan Guru Nik Abd Aziz kafir- Ustaz Mohd Zainal Abidin Pondok Pok Krau, Tumpat, 2011.
  4. PAS digelar Parti Ajaran Sesat diadakan seminar.
  5. Timbalan Presiden Umno melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat selepas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kenyataan solat ahli UMNO idak diterima jika tolak Islam.
  6. DS Najib- kata peneroka Felda yang menentang penyenaraian Felda.-HARAM JADAH
  7. 2012- Dato’ Hamidah Osman ancam ‘Anwar Ibrahim patut dibunuh’ dalam ceramah PRU-13.
  8. 2009- Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23, maki YB Rodziah - ‘Rodziah pelacur, Rodziah saya akan rogol you sekarang !
  9. Penyokong UMNO bawa baner Tian Chua Makan Babi, Haram Jadah - UMNO spin isu Tuan Chua ucap isu Lahad Datu sandiwara kerajaan. UMNO anggap ia hina Melayu.
  10. Ulama’ Muda UMNO menggelar muslimat PAS yang menyertai demo TURUN-GST sebagai pelacur kelas atasan.

Bagaimana pula celaan PAS kepada UMNO?
  1. Tahun 2009, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat pernah mengatakan Pergi Jahanamlah UMNO kerana UMNO memutar belit kenyataan beliau kononnya beliau ingin bekerjasama dengan UMNO sedangkan beliau hanya sebutkan kerjasama kerajaan pusat-kerajaan negeri.
  2. PAS tanpa ragu labelkan UMNO parti sekular.
  3. PAS gelar UMNO pengkhianat bangsa.

Berdasarkan senarai yang penulis sediakan sekadar contoh sahaja, jelas isu melabel, mencela dalam perjalanan poitik di Malaysia menjadi lumrah. Malah dalam banyak hal, mengutuk UMNO akan segera disensasikan sebagai mengutuk Melayu. Pihak yang mensensasikan itu adalah golongan NGO Melayu, Ayahanda-ayahanda, kekanda-kekanda, yang dilatih dengan silibus perkauman yang dahsyat.

Selepas mereka memutar isu tertentu sebagai mengutuk melayu misalnya;
  1. Isu Tian Chua gelar isu Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan sebagai menghina tentera dan tentera autu melayu jadi Tian Chua menghina melayu.
  2. Isu Teresa Kok membuat video sinikal mengkritik gaya mewah pemimpin dan isteri pemimpin negara. Kebetulan yang memimpin adalah majoritinya melayu, maka Teresa dianggap hina melayu.
  3. Isu CELAKA UMNO- Umno melayu maka menghina UMNO adalah menghina melayu.

Selepas isu diatas diputar, juak-juak NGO perkauman, ayahanda dan kekanda akan berarak juga ala-ala samseng Maxico, dengan melakukan tidakan dibawah:
  1. Memaki dengan makian lebih perkauman- Cina balik negara asal, Makan Babi, Anak Haram, Haram Jadah dan sebagainya. (Pejabat DAP 2011, Pejabat DAP, 2014, Pejabat PKR 2013)
  2. Melempar telur.
  3. Merosakkan papantanda parti lawan.

Bagaimana pula reaksi pembangkang bila dimaki atau dicela oleh UMNO dan sekutunya;
Muslimat PAS hanya membuat laporan polis mengutuk kenyataan biadab Setiausaha Ilmuan Malaysia-UMNO Muhd Radzi Othman bahawa muslimat PAS bertudung labuh sebagai pelacur kelas atasan hanya kerana turun berhimpun ada 1 Mei 2014.

Tiada ugutan, kekasaran, melempar telur dan sebagainya walaupun jelas UMNO menghina syariat menutup aurat tudung labuh.
Ayahanda dan kekanda UMNO hanya berani dengan kaum bukan Islam walaupun dalam hal perniagaan mereka menyembah taukeh-taukeh kapitalis berbangsa Cina juga. Dalam hal Kassim Ahmad menghina Nabi Muhammad, suara pondan Ayahanda UMNO tidak kedengaran langsung.








Thursday, May 01, 2014

Beras untuk Dapur Jalanan Pulau Pinang


Duit terhad, apa nak buat jika masih ingin beramal kepada gelandangan(homeless)? 

Saya memilih untuk bersama Dapur Jalanan Pulau Pinang, gerakan memberi makan kepada golongan bukan sahaja pengemis atau gelandangan, juga kepada kaum yang bekerja tetapi susah dan tidak berkemampuan tanpa mengira kaum. Aktivis juga pelbagai kaum.

Konsep diasaskan daripada idea Food Not Bomb di Briekfield KL. Saya tiba-tiba teringat 'Kecik' aktivis Food Not Bomb ini.


Kali ini saya dan wardah beri beras sahaja. Nak jadi sukarelawan setiap ahad sukar kerana saya ada kelas diploma di Ipoh. Jadi sumbang apa yang mampu sahaja. Minggu depan nak beri kuali besar untuk mereka.

Jika ahad tidak ke kelas, saya bercadang menjadi guru matematik untuk Baitul Rahmah (anak-anak rohingya) anjuran MAPIM dan peangnya membantu gang-gang ini pula mengedar makanan vegeterian untuk gelandangan.

Muhammad Nuruddin Bashah



Bersama Kin Yin dan Cha Ming

Inspirasi dari konsep Food Not Bombs.
Dengan kerjasama Dapur Jalanan Kuala Lumpur.
Aktiviti yang amat bermakna dan mulia ini kini dilaksanakan di Penang!
Description
Lokasi aktiviti Dapur Jalanan Pulau Pinang:
Depan Blok H, Flat Hamna, Lorong Helang 1, Sungai Dua, Pulau Pinang
(Kedudukan GPS: 5.348581, 100.299795)
(google maps: http://goo.gl/maps/c3nMe)


Mission:
1) 社区营造 Community Engagement
2) 食物回收 Recover Food
3) 社区充权 Empower the Community

Aktiviti komuniti ini merupakan aktiviti amal yang dijalankan oleh golongan anak muda yang berinisiatif untuk:
1) memupuk kesedaran tentang budaya pembaziran makanan
2) kitar semula makanan
3) merapatkan hubungan silaturahmi komuniti
4) membantu orang yg berkeperluan

Apa kami buat?
1) kami mengumpul dan memproses semula makanan atau bahan mentah yang bakal dibuang oleh peniaga di mana bahan-bahan makanan ini adalah masih dalam keadaan segar dan baik.
2) Seterusnya, kami agihkan makanan tersebut kepada orang awam terutamanya golongan yg terpinggir di kawasan komuniti di Pulau Pinang pada masa dan tempat yg tertentu.

Soalan lazim:
1)Adakah aktiviti ini kenakan bayaran?
- Tiada apa-apa bayaran akan dikenakan, semuanya adalah PERCUMA! Apabila kami kata percuma, ia betul betul percuma dan bukan macam free seat kapal terbang tetapi perlu lagi bayar airport tax.

2)Siapakah yang layak mendapat makanan?
- Semua orang boleh mendapat makanan dari kami secara percuma! Sesiapa sahaja yang ingin datang menyokong kami, tidak kira kaum, umur, jantina amat dialu-alukan. Anda juga boleh membawa kawan-kawan yang memerlukan makanan percuma agar dapat mengurangkan perbelanjaan mereka.

3)Apakah jenis makanan yang akan disediakan?
- Makanan yang bakal disediakan tidak akan mengandungi daging khinzir atau minyak khinzir (No Pork, No Lard) dan tidak mengandungi daging lembu.
- Kami akan berusaha ke arah membekalkan makanan vegetarian penuh pada masa depan.

4)Bagaimanakah kamu mendapat sumber makanan ini? Adakah ia bersih dan selamat dimakan?
- Kami mendapat sumber makanan dari dermaan oleh peniaga di pasar, kedai makan atau hotel, ataupun makanan dan bahan yang bakal dibuang tetapi masih dalam keadaan baik.

Ingin menyumbang kepada komuniti anda?
Anda boleh menyumbang dengan cara seperti berikut:

1)Menderma wang. Anda boleh menderma wang kepada Dapur Jalanan Pulau Pinang agar menjadi modal kami untuk membeli bahan makanan dan bahan masak.

Bank : Maybank
Akaun: Chin Lee Kee , Kew Si Cheng
No Akaun: 1074 2409 5930

Bagi mereka yang telah membuat dermaan melalui perbankan internet, sila isi borang tersebut untuk memudahkan jejakan transaksi bagi pihak kami. Kami akan mengemukakan jumlah pendapatan dan perbelanjaan kami sebulan sekali melalui Fan Page kami.

https://docs.google.com/forms/d/1dftERlkj5YWbvALm9e0KEb4EMvWY66OcAlGbjORy66o/viewform

2)Menderma makanan. Anda boleh menderma makanan atau bahan mentah kepada kami. Sesiapa yang berhasrat ingin menderma makanan, sila hubungi kami melalui facebook fan page.

3)Menjadi sukarelawan. Ya, anda boleh menjadi sebahagian daripada kami dalam aktiviti ini dengan menjadi volunteer kami. Kami memerlukan volunteer untuk membantu kami dari segi edaran makanan, memasak dan lain-lain lagi.
Bagi sesiapa yang berminat, sila isi borang penyertaan di link ini:
https://docs.google.com/forms/d/18V2roe2sUtTgNtN-uD4DNyUSXVEstjprbaulSCAF0AE/viewform

Add Dapur Jalanan Pulau Pinang sebagai rakan anda.Profile baru ini digunakan khas untuk pengurusan sumber manusia sukarelawan. Adalah digalakkan bahawa mereka yang telah daftar sebagai sukarelawan add profile ini agar ketua unit sukarelawan kami dapat berhubung dengan kalian dan berinteraksi secara terus.

Profil : https://www.facebook.com/dapurjalananpulaupinang

Di sini, Dapur Jalanan Pulau Pinang ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap bantuan, nasihat dan kerjasama yang dihulurkan oleh Dapur Jalanan Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut tentang kemeriahan aktiviti dan kejayaan mereka bolehlah layari facebook fanpage di:
https://www.facebook.com/dapurjalanankl

1 Mei di Butterworth- Pekerja perlu bersatu menolak GST !


1 Mei 2014- Butterworth

Himpunan Pekerja Bantah Kenaikan Harga Barang dan GST telah diadakan di Butterworth dengan jayanya walaupun kedengaran halangan pihak polis terhadap wakil-wakil union pekerja dan NGO untuk hadir.

Himpunan aman ini memang tidak seramai himpunan di Kuala Lumpur hari ini. Namun ada sedikit nilai mesej berlainan yang mungkin boleh dihebahkan kepada rakyat.

Wakil MTUC, pekerja, NGO yang membela hak rakyat dan kaum pekerja berucap betapa perlunya pekerja memahami hak mereka serta sedar peranan pekerja membawa kemakmuran di bumi Malaysia. 

Pekerja yang rata-rata masih berpendapatan isi rumah rendah walaupun kerajaan mengumumkan kenaikan pendapatan isi rumah saban tahun. 


Pekerja perlu faham apa itu GST dan mengapa ia dianggap bakal meranapkan ekonomi pekerja walaupun dalam aspek lain ia juga merupakan kaedah pencukaian yang efisyen. Dengan masalah rendah pendapatan, kos barangan dan kuasa membeli yang rendah, GST hanya menjadi barah kepada ekonomi negara.

Himpunan ini juga mendesak cola pekerja swasta sebanyak RM 300 serta kadar gaji minimum sebanyak RM 1500 sesuai dengan kadar harga barang hari ini.

Dalam hal cuti bersalin juga, kadar 60 hari untuk pekerja swasta adalah kadar sejak merdeka dan ia sudah ketinggalan zaman. Zaman berubah, manusia perlu meninggalkan menjadikan manusia bernama pekerja sebagai komoditi bertukar menganggap mereka sebagai insan yang memakmurkan negara.

Muhammad Nuruddin Bashah
















Jumpa Ong Jing Cheng, Kin Yin (aktivis Dapur Jalanan Pulau Pinang) dan kawannya di Himpunan Pekerja 1 Mei di Butterworth pagi tadi.... perlaksanaan GST tanpa menimbang keupayaan isi rumah dan kadar gaji pekerja swasta yang masih rendah hanya akan membawa pekerja bawahan ke lembah kesengsaraan.






Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)