Saturday, May 09, 2015

Kenyataan media - Skandal Tabung Haji: Menambah 'Busuk' Kepimpinan Umno Kedah


KENYATAAN MEDIA KHAS
9 Mei 2015

“Skandal Tabung Haji: Menambah 'Busuk' Kepimpinan Umno Kedah”


1. Skandal kewangan terbaru melibatkan penggunaan wang tabungan deposit Tabung Haji untuk 1MDB perlu dilihat sebagai ancaman kepada ketahanan dan kemampuan kewangan negara. Ia adalah langkah terdesak menyelamatkan kegagalan kewangan, ketirisan dana dan isu penyelewengan 1MDB.
2. Di mana, jika wang dari institusi milik umat Islam dan bertujuan untuk ibadah itu sewenangnya digunakan untuk menutup kerakusan kroni-kroni Umno-BN, tidak mustahil perkara sama digunakan terhadap segala sumber kewangan lain yang ada.
3. Setidak-tidaknya, ia menjadi bukti mengenai sikap dan haloba pemimpin Umno-BN yang menguruskan kerajaan dan hak rakyat mengikut kepentingan untuk memenuhi tembolok nafsu mereka. Tidak mustahil berlaku sebagaimana selalu disebut bahawa orang berhutang itu seperti “Korek Lubang, Tutup Lubang”.
4. Khususnya bagi negeri Kedah, rakyat negeri ini berhak merasa bimbang kerana antara dilihat terlibat dalam isu tersebut adalah pemimpin Umno-BN dari Kedah iaitu Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama.
5. Hal ini bukan perkara baru kerana rekod Kerajaan Negeri Kedah semasa di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid dahulu masih gagal menjelaskan sehingga ke hari ini penyelewengan dan salah urus tadbir kewangan melibatkan jumlah RM403 juta. Begitu juga sekarang di bawah Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang sedang berhadapan isu pemborosan dan kegagalan mengemukakan agenda pembangunan realiti untuk negeri Kedah.
6. Walhal selalu menjadi mangsa adalah hak dan kepentingan rakyat, sebaliknya untuk kroni dijamin dan diselamatkan dengan pelbagai cara. Perkara inilah selalu dipertegaskan PAS supaya ia ditadbir urus selaras dengan peringatan Allah sebagaimana petikan ayat 7 surah al-Hasyr yang bermaksud “....supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu...”.
7. Kerajaan seakan melakukan ‘bailout’ apabila Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB pada harga RM2,773 sekaki persegi, walaupun ia dibeli 1MDB pada harga RM64 sekaki persegi. Sedangkan hak rakyat contohnya tanah yang terlibat dalam pengambilan untuk jalan sambungan Lebuh Raya Utara – Selatan ke Pulau Bunting hanya ditawarkan harga terlalu rendah dari penilaian awam yang direkodkan iaitu cuma RM3.70 hingga RM5.50 sekaki persegi.
8. Demikian itu terbukti Umno-BN memiliki pemimpin yang tidak amanah, dan secara khususnya rakyat negeri Kedah perlu merasa khuatir terhadap masa depan negeri ini kerana antara pemimpin tersebut adalah dari negeri Kedah. Perubahan mesti dilakukan agar negeri ini tidak ‘tergadai’ atau muflis oleh sikap rakus dan haloba pemimpin Umno-BN kepada kuasa dan kebendaan.
USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Adun Sungai Limau

Monday, May 04, 2015

KEMPEN PERMATANG PAUH- UMNO UNGKIT DANA MASJID DIANGGAP KEBUDAK-BUDAKAN


 KEMPEN PERMATANG PAUH- UMNO UNGKIT DANA MASJID DIANGGAP KEBUDAK-BUDAKAN

Sikap keanak-anakan UMNO -BN yang mengungkit peruntukan kerajaan Pusat senilai RM 75.21 juta untuk pembinaan 14 masjid di seuruh Pulau Pinang sejak tahun 2007 terserlah.

Mereka mengungkit tatkala sibuk menarik perhatian pengundi Melayu di Permatang Pauh baru-baru ini.

Timbalan perdana Menteri berbangga dengan sejumlah besar peruntukan termasuk tambahan lebih RM 180 juta untuk aktiviti keagamaan.

Rakyat yang bijak tidak akan termakan mudah angka kasar sebegini. UMNO BN perlu spesifikkan bagaimana wang peruntukan itu dibelanjakan kerana track record kerajaan BN yang tiris dan korup dalam pelbagai isu tabung, dana dan bantuan.

Misalnya tabung khas untuk mangsa tsunami Kuala Muda Kedah. Di mana peruntukan itu disalurkan dan apa laporan auditnya? Hakikatnya kini hasih ada ratusan pendudukan di persisiran pantai Kuala Muda Kedah yang elum menerima tapak tanah yang digazetkan dan rumah baru yang dijanjikan. Hanya fasa pertama sahaja yang menerima rumah baru di Taman PermatangbKatong. Kemudian dikatakan dana disalurkan ke Kuala Muda Seberang Prai di mana rumah kurang risiko tsunami pula menerima rumah baru. Maklumlah ia kawasan Perdana Menteri ketika itu.

Contoh terbesar kedua adalah penyelewengan dana Rm 800 juta untuk bantuan banjir Pantai Timur. Seharusnya sebahagian peruntukan berjumlah diantara RM500 ke RM600 juta diserahkan kepada kerajaan Kelantan, namun dalam keadaan isu yang berlarutan semua faham bahawa angka berkrnaan ‘wayang’ sahaja. Ada yang makan atas angin di atas penderitaan saudara sendiri.

Kembali kepada isu bantuan masjid, fakta yang perlu diterima umum adalah di zaman Pakatan Rakyatlah masjid di Pulau Pinang bebas berkuliah, bebas bercakap isu hudud, mengkritik maksiat kerajaan Pusat dan ada penceramah yang juga bebas mengkritik jika ada kesilapan Pakatan Rakyat sendiri. Ada penceramah yang digam di negeri tertentu sebaliknya bebas berceramah di Pulau Pinang sejak Pakatan Rakyat ‘menjaga’ masjid di negeri tersebut. Inilah kebebasan yang sebenarnya diperlukan oleh para aktivis masjid dan surau iaitu kebebasan memancarkan dakwah di masjid dan surau bukannya dambakan kubah emas dan mimbar perak sebagai perlambangan pemurahnya sesebuah kerajaan.

Jika ingin dibandingkan dari aspek perangkaan kerajaan Pulau Pinang juga menjaga masjid dan pendidikan Islam melalui tambahan peruntukan. Sebanyak RM11.17 juta akan diperuntukkan pada tahun 2014 di bawah peruntukan pembangunan agar institusi masjid dan surau serta institusi pendidikan Islam seperti Sekolah Agama Rakyat di seluruh Negeri Pulau Pinang terus kekal membangun dan berdaya saingdan peningkatan peruntukan sebanyak 9.3% berbanding tahun 2013 iaitu RM10.22 juta.

Pendek kata usaha UMNO menarik hari pebgundi Islam dengan mengungkit bantuan adalah sangat tidak berkesan bagi rakyat Permatang Pauh yang telah lama celik dengan taktik rutin BN dalam semua PRK- iaitu tabur bantuan dan ungkit bantuan.

Muhammad Nuruddin Bashah

EXCO DPPN Kedah

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)