PASTI TAMAN JENERIS BERSUKAN DI PANTAI MERDEKA
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI -8 OGOS
PASTI Taman Jeneris Tikam Batu atau dikenali sebagai Pasti Al Hasanah telah menganjurkan majlis Hari Sukaneka PASTI AL Hasanah 6 Ogos yang lalu.
Program yang kali ini diadakan di Pantai Merdeka bukan sekadar mengujakan para ibu bapa dan murid PASTI malah menarik perhatian pengunjung pantai pada Sabtu lalu.
Menurut En Zakaria Bin Othman yang merupakan pengarah sukaneka tahun ini, penyertaan seramai 76 orang murid adalah suatu yang mengembirakan.
“Tujuan kami mengadakan di kawasan utama masyarakat ini adalah untuk memperomosi PASTI Negeri Kedah dan menunjukkan betapa elemen pendidikan PASTI menerapkan aspek jasmani secara menyeluruh.”, jelas beliau.
Program yang bermula pada jam : 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari itu telah dirasmikan oleh Ust Subki bin Sulaiman selaku Timbalan Pengarah jawatankuasa PASTI Negeri Kedah.