Kelmarin 21 Jun 2009, saya bersama ahli PAS Cawangan Pengkalan Gate Gopeng telah mengadakan program Gempur Pendaftaran Pemilih untuk pilihanraya akan datang. Alhamdulillah dalam masa sehari telah hampir 20 nama berjaya didaftarkan. Program ini akan diadakan secara bulanan demi mencapai target 100% pengundi daftar bagi yang cukup umur di kampung Pengkalan Gate ini.
Tengahari pula pergi Majlis Tahlil Arwah di kampung itu juga. Walaupun hanya sertai cawangan dan belum menjadi karyah kampung itu, saya ingin rapat dan mengenali hati budi masyarakat kampung itu secara dekat.
Mengenali kampung ini bermula dengan cara saya menghadiri setiap kuliah Maghrib yang 'best' di Surau merangkap Sek Agama Rakyat kampung. Kampung ini kira 'clear' sebab penceramah semua pro PAS.
Setiap kali kuliah mesti ada kenduri nasik. Mereka suka berkenduri walaupun rata-rata hnaya bekerja berpendapatan rendah. saya selalu diraikan disini. Mereka suka orang muda hadir ke Surau. Mereka ramah walaupun saya bukan asal dari negeri Perak atau kampung itu sendiri.
Monday, June 22, 2009
Wednesday, June 17, 2009
Bakti Nisa' kawasan Bayan Baru melalui 'Smart Class'
Nisa’ kawasan Bayan Baru telah menganjurkan ‘Smart Class’ sebagai aktiviti tetap mingguan. ‘Smart Class’ ini telah bermula kira-kira 3 bulan yang lalu bertempat di Dewan Ria Flat Baru Uban. Konsep yang dibawa oleh ‘Smart Class’ ini seakan-akan kelas tambahan dengan beberapa orang ahli Nisa’ menjadi fasi kepada anak-anak penghuni flat di kawasan Batu Uban ini. Cuma kelas ini sebenarnya memberi penekanan kepada kerja sekolah yang perlu disiapkan oleh peserta kelas. Dalam masa satu setengah jam, bermula jam 8 hingga 9.30 malam setiap hari Selasa dan Rabu, mereka akan diawasi dan dibantu untuk menyiapkan kerja sekolah tanpa mengira subjek.
Setiap sesi kelas dihadiri lebih daripada 15 orang pelajar yang kebanyakannya bersekolah di sekolah rendah. Nisa’ dengan kapasiti yang ada akan ‘turun padang’ bergilir-gilir bagi memastikan kelangsungan dan kelancaran kelas. Adik-adik ini akan menyiapkan kerja sekolah mereka di dalam kumpulan-kumpulan kecil dengan seorang ahli Nisa’ menjadi guru mereka.
Selain memberi ruang dan masa khas supaya adik-adik ini fokus menyiapkan tugasan mereka, Nisa’ juga mengambil peluang memberi dorongan dan semangat untuk mereka belajar. Doa belajar serta zikir munajat menjadi amalan setiap kali kelas bermula dan berakhir.
Saya berpeluang menghadiri ‘Smart Class’ ini semalam. Kelas ini baru disambung semula selepas 2 minggu bercuti sekolah. Pelbagai ragam boleh dilihat. Di pertengahan kelas, 2 orang ibu datang untuk mendaftarkan anak mereka. Masing-masing menyatakan rasa gembira dan penghargaan apabila mengetahui tentang ‘Smart Class’ yang dianjurkan Nisa’ untuk anak-anak penduduk di situ. Konsep kelas ini serta aktiviti yang dilakukan juga diterangkan dengan baik.
Secara peribadi, saya memandang baik usaha yang dilakukan oleh Nisa’ ini. Idea dan usaha ini perlu diteruskan memandangkan inilah salah satu wasilah atau cara untuk Nisa’ membantu dan mempelajari hidup bermasyarakat. Seperti mana slogan Nisa’, ‘Connecting Youth’, beginilah kesungguhan Nisa' dalam merealisasikan usaha menyatukan generasi muda melalui pendekatan yang berbeza.
Mungkin juga Nisa’ Bayan Baru akan menjadi pelopor kepada ‘Smart Class’ yang diadakan di kawasan-kawasan lain. Inilah bakti Nisa’ untuk agama dan anak bangsa khasnya.

* Sms dari K. Ain Akib (ketua Nisa’ kawasan Bayan Baru)-semoga urusan yang telah berlalu dan akan datang mendapat barakah daripadaNya..ameen.
Wardah bt Abdul Rahman
Unit Nisa’ News Network Bayan Baru
Pulau Pinang.
Wednesday, June 10, 2009
Memorandum Perjuangan Ulama’ dan Intelektual menentang PPSMI kepada Majlis Raja-raja Melayu
Memorandum Perjuangan Ulama’ dan Intelektual menentang PPSMI kepada Majlis Raja-raja Melayu
Hari ini 10 Jun 2009 berlangsung suatu agenda besar bagi rakyat Malaysia, apabila kelompok Ulama’ dan pendakwah agama turut bersama menderap langkah untuk menyerahkan Memorandum Ulama’ Menentang PPSMI kepada Penyimpan Mohor-mohor Besar Raja-Raja Melayu Tan Sri Datuk Seri Engku Ibrahim Engku Ngah . Memorandum bertajuk Muafakat Ulama’ Mansuhkan PPSMI ini diserah melalui rombongan ulama’ dan ahli akademik bahasa yang diketuai oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shansuddin Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA). Sebenarnya program bermakna ini adalah kesinambungan dan rentetan daripada program sebulan yang lalu iaitu Deklarasi Ulama’ Menentang PPSMI yang diadakan di Surau Taman Meru 2B (An Nuriah) pada 10 Mei 2009.
Penyerahan tersebut berjalan dengan lancar tepat pada pukul 11.15 pagi selepas penyerahan diterima oleh Tan Sri Datuk Seri Engku Ibrahim Engku Ngah di Pejabat Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Sebelumnya rombongan ini berkumpul di Koperasi Buku Dewan Bahasa Dan Pustaka pada pukul 10.30 pagi.
Pembentangan awal dilakukan oleh Pengerusi SHURA sendiri iaitu Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dengan kata awalnya adalah penegasan bahawa Ulama’ adalah antara kelompok yang turut memandang penting dan kritikal terhadap isu penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan hari ini. Malah penegasan beliau adalah bertepatan dengan aspirasi awal memorandum ini iaitu Bahasa Melayu mendokong entiti, identiti serta norma agama Islam itu sendiri. Haji Azmi Abdul Hamid turut berucap untuk menerangkan perjalanan perjuangan SHURA serta ulama’-ulama’ tanahair yang mengambil serius isu bahasa ini. Prof Abdullah Hassan selaku wakil Gabungan Mansuh PPSMI (GMP) pula menghuraikan signifikasi dan keterikatan budaya Islam yang terlarut erat di dalam Bahasa Melayu. Malah pada pandangan beliau gejala liberalisasi beragama, sekularisme yang menimpa umat Islam adalah majoriti daripada kelompok yang pro kepada pendidikan ala Inggeris dan pendidikan berteraskan bahasa berkenaan. Bahasa Melayu telah lama dipakejkan dengan nilai Islam sejajar juga dengan perkembangan tulisan jawi yang menggantikan tulisan Pallava Sanskrit.
Memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Majlis Raja-raja melayu yang akan bersidang pada 29-30 Julai nanti. Malah usul ini perlu diberi lebih awal iaitu pada proses ‘pre-council’ lagi. Pada pandangan Tan Sri, pihak SHURA wajar untuk menyerahkan juga memorandum berkenaan kepada setiap Raja secara berasingan untuk tindakan yang lebih efektif.
Memorandum ‘keramat’ ini dimulai dengan kesedaran bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa Eka yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan serta diakhiri dengan seruan agar semua warga pendidik, waris-waris pelajar serta rakyat bersatu untuk terus mendesak pemansuhan PPSMI ini. Adalah wajar apabila SHURA, TERAS dan Persatuan Ulama’ Malaysia tadi bersetuju untuk menjelajah ke setiap negeri mengadap Sultan dan Raja Melayu bagi memanjangkan lagi perjuangan menentang PPSMI yang merugikan jatidiri bangsa Melayu Islam, serta mencarik maruah sebuah negara bangsa yang beridentiti.
Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha TERAS Perak
http://munawwarah.blogdrive.com
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
017 6291368
Subscribe to:
Posts (Atom)