Saturday, February 13, 2010

Lajnah Perpaduan Nasional Perak: tawan hati orang asli Lenggong

Lajnah Perpaduan Nasional Perak: tawan hati orang asli Lenggong

Semasa saya mula menyertai Lajnah Perpaduan Nasional negeri Perak saya pernah di bawa oleh Saudara Saad Ismail atau dikenali sebagai Man Kasut mengunjungi Hari Terbuka Aidilfitri anjuran YDP PAS Lenggong Perak. Di sana saya melihat sendiri bagaimana harmoninya kehidupan kaum Cina dan melayu. Malah terdapat ramai penduduk tempatan yang mahir dielek ‘Cina hulu’ yang sememangnya menjadi resepi eratnya hubungan antarakaum di sini. Kami disambut meriah oleh kaum Cina di lenggong. Hubungan YDP Lenggong yang cukup matang dan mesra denga kaum bukan Islam menjadikan beliau benar-benar berperanan selaku Duta PAS di kawasan pendalaman itu.

Saudara Saad selaku Penyelaras Dewan Perhimpunan adalah antara individu yang cukup tegar dan konsisten membina kelab Penyokong PAS di serata Perak suatu ketika dahulu. Malah kini beliau berhasrat untuk menubuhkan pula Dewan Perhimpunan kaum Asli di Lenggong.

Operasi LPN untuk melebarkan sayap PAS ke kawasan orang asli kami namakan ia sebagai Operasi Tawan Hati Orang Asli yang semestinya bermula dari kawasan Lenggong. Kunjungan Saudara Saad ke Lenggong pada 28 januari 2010 sekadar untuk menghadiri majlis pemerkasaan Dewan Perhimpunan Cina di sana bertukar menjadi tuah apabila ditakdirkan bertemu dengan salah seorang Tok Batin orang asli Lenggong.

Wakil Tok batin yang bernama Anjang berbangsa orang Asli Lanoh bakal menjadi hab penting untuk LPN turun membawa misi islam dan kebajikan kepada kaum orang asli.

Menurut maklumat Harian Sinar 26 Januari 2010 mukasurat PK-18) domain orang asli di Hulu Perak adalah seperti berikut:

Hulu Perak : 60 kampung ( 8102 orang)

Gerik : 38 kampung ( 4606 orang)

Lenggong : 22 kampung ( 3496 orang)

Menurut Tok Batin Anjang, dalam Kawasan Kenering terdapat 4 buah kampung orang asli yang berpotensi iaitu Air Bah, Papan, Sg Dala dan Bukit Sapi.

Kawasan Temenggor pula terdapat 2 kampung, iaitu Sg Kejar, Sg Tiang dan ia memerlukan Pas lawatan khas kerana berdekatan dengan sempadan negara.

Kampung lain ialah Sg Banun, Chiong, Tekam, Sg Raba, Cabang Tiga, Pulau Tujuh, Lengat, Temin, Senawing dan Ulu Gerik.

Di kawasan Pos Kima sahaja terdapat 3000 buah rumah yang diketuai oleh 15 Tok Batin.

Sebenarnya anak-anak orang asli yang bekerja di luar banyak perkenalkan politik luar kepada ibu bapa mereka. Mereka cenderung untuk menghebahkan jasa UMNO BN kerana bantuan serta subsidi kerajaan yang menaja orang asli selama ini. Namun begitu menurut penduduk tempatan, para bekas anggota PGA orang asli yang banyak memperkenalkan parti selain BN kepada orang asli seperti PAS dan PKR.

Nyata ruang ini adalah dakwah PAS yang pelru diburu. YB Zainuddin (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak) senantiasa memberi galakan dan tumpuan kepada kegiatan sahabat-sahabat yang berjuang ke tempat orang asli. Saudara Saad juga berpeluang berjumpa dengan seorang berbangsa Cina yang pro Pakatan Rakyat yang berkahwin dengan 3 orang wanita suku Temiar. Malah beliau akan menjadi hub untuk bawa PAS ke pendalaman selain Tok Batin yang ada.

Insya Allah operasi jihad ini akan diteruskan di kawasan Tapah dan Sungai Siput.

Selain agenda kebajikan dan dakwah, domian orang asli adalah domian subur untuk ditanam dengan fahaman perjuangan sejati rakyat. Peningkatan tahap pendidikan dan perhubungan media yang luas kini banyak merombak serta memugar pemikiran lama orang asli bahawa hanya BN sahaja yang mampu menyelamatkan kaum asli.

Muhammad Nuruddin Bashah

SETIAUSAHA LAJNAH PERPADUAN NASIONAL NEGERI PERAK

Alamat: Lajnah Perpaduan Nasional

Pusat Khidmat ADUN Lubuk Merbau

N20, Batu 16, Kg Paya Panjang Hilir

33700, Pdg Rengas Perak Darul Ridzwan

017 6291368

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)