Saturday, April 02, 2011

Fitnah isu seks teknik epik lama Melayu amalan UMNO

Fitnah isu seks teknik epik lama Melayu amalan UMNO

Prof Abu Hassan cuba menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)