Saturday, April 19, 2014

IKHWANUL MUSLIMIN DISAYANGI DAN DIBENCI


IKHWANUL MUSLIMIN DISAYANGI DAN DIBENCI
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Kajian Imiah MAPIM Utara
Kertas ini cuba memberi ringkasan fakta berkaitan justifikasi penubuhan gerakan paling berpengaruh di dunia selain fakta-fakta berkaitan isu kontroversi yang melibatkan persepsi dan stigma terhadap gerakan islam ini.
  1. Latar belakang mengapa relevennya penubuhan Ikhwanul Muslimin :
    1. Umat Islam masih terkesima, terkejut dengan petaka kejatuhan Empayar Uthmaniyah yang dikaitkan dengan perwarisan kepimpinan Rasulullah 1909-1924.
    2. Mesir subur dengan suasana, taqlid mazhab, tuduh menuduh salafi-khalafi, aktiviti tariqat tanpa berjuang, sekularisme, jabariyah, ‘mandom’, westomania, ulama modernis liberalisme, anak penjajah.
    3. Perpecahan kerajaan kecil sisa Uthmaniyah-sukuisme, assobiyyah.
    4. Peninggalan Bahasa Arab Fushah - bahasa a’mmi dinobatkan.
    5. Tamadun Firaun diperbahas semula- Islam di desinonimkan daripada masyarakat Mesir yang sekian lama menjadi musta’rob (arabized)
    6. Sasterawan sekular (bekasnya seperti Syed Qutb, Zainab Al Ghazali).
    7. Al Azhar mandul - kajian lesu, tiada suara menegur pemerintah, kekang Kristianisasi, agenda Yahudi.
    8. Gerakan pembebasan kemerdekaan yang gagal sebelum itu
      1. Hizbul Watani - Mustafa Kamal (pupuk cinta negara, Islam) gagal bertahan.
      2. Golongan Atheis /Liberalisme -Hizbul Ummah (sanjung Lord Cromer, sayangi British) - Abad ke 19, tokoh seperti Muhd Abduh, Jamaluddin Al Afghani juga terpengaruh ideologi modernis sebegini.
    9. British sedang giat berkempen pemimpin tempatan menolak Turki Uthmaniyah ( misalnya Gerakan Khilafah Arab - Syarif Hussain di Mekah)
  1. Mengapa pejuang Islam mencintai Ikhwan?
  1. Tiada pertubuhan Islam yang munazzamah muncul pada awal abad ke 20.
  2. Penghujung abad ke-19 - taqlid, madrasah sufiyah, dakwah fardiyah, pembaikan individu, teori syariat semata-mata. Umpama ‘Zaman gelab’ dijajah.
  3. Ikhwan anjur konsep UKHUWAH-persaudaraan tanpa kira ras dan latarbelakang.
  4. Ikhwan anjur 10 Rukun Baiah (hasil kajian -pengalaman Al Banna sendiri)- indahnya konsep faham ditekankan, menimbulkan ikhlas, menampakkan amal, menatijahkan jihad.
  5. Ikhwan menyatukan pertelingkahan sufi, salafi, khalafi, mazhabi dengan konsep Usul Isyrin ( Al Usul Al I’syrun).
  6. Ikhwan membuat plan beramal yang baik, taarif, takwin, tanfizd. (Ucapan Muktamar ke V)
  7. Ikhwan menerima sesiapa sahaja sebagai peserta- mengulama’kan buruh, profesional, memaknakan konsep pendidikan serta menatijahkan hasil dakwah.
  8. Konsep usrah dan katibah Ikhwan menjadi amalan rutin majoriti gerakan Islam.
  9. Walaupun antara jamaah kecil yang mengikuti Ikhwan bertelingkah tetapi tetap merujuk induk Ikhwan.
  10. Ikhwan menyatukan konsep menuntut kemerdekaan (istiqlal) dengan konsep daulah Islamiyyah yang cocok dengan wasilah moden -demokrasi. Ia menarik minat pejuang Islam yang sederhana.
  11. Ikhwan mengambil berat hal jamaah-jamaah yang sefikrah dengannya di seluruh dunia.
3. Mengapa Ikhwan dibenci pemerintah beraja Raja Farouk, Perdana Menteri Mesir?
  1. Pertikaian antara kerajaan Uthmaniyyah dan British Mesir dimasuki British pada 1914. British melantik Husayn Kamil sebagai Sultan Mesir.
  2. British mengiytiharkan kemerdekaan Mesir pada 22 Februari 1922. Kerajaan baru ditubuhkan dan bersifat raja berperlembagaan. Kerana itu Raja Mesir berterima kasih kepada British dan memusuhi musuh British iaitu Ikhwan.
  3. Raja Farouk ingin jaga legacy British yang bantu pemerintahan beliau ( benarkan kem ketenteraan British, kemudahan awam yang dimiliki oleh penjajah dan tempat tinggal mewah milik pekerja syarikat Terusan Suez yang bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir)
  4. Ikhwan hantar banyak surat kepada Raja Farouk dan menasihati raja, Ikhwan dibenci Istana.
  5. Mahmoud Fahmi an-Nuqrashi Pasha Perdana Menteri (9 Disember 1946 - 28 Disember 1948) dari parti al-Sa'di haramkan Ikhwan Muslimin pada 1948 ( tahun gelab Islam - Hizbul Muslimin, penubuhan negara haram Israel,
  6. 12 Februari 1949 Imam Al Banna meninggal dunia setelah ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan arahan sulit kerajaan Mesir.
  7. Mustafa an-Nahhas Pasha Perdana Menteri (12 Januari 1950 - 27 Januari 1952) haramkan Ikhwan sekali lagi.
4. Mengapa Yahudi Israel membenci Ikhwan?
  1. Ikhwan guna media penerbitan sebagai mediaum dakwah - Risalah Mursyid Am, Ikhwan Al Muslimun, majalah An Nadzir, dll.
  2. Ikhwan guna pengaruh mahasiswa, ada bengkel diskusi, kajian, bedah buku dengan mahasiswa. (Buat Pemuda)
  3. Ikhwan tubuhkan pengakap, badan amal yang amat ditakuti Zionis. Pergerakan Kristian seperti Scouts dan sebagainya tercabar.
  4. Ikhwan tubuhkan gerakan Firqah Akhawat Muslimah (1932)-fokus isu pendidikan dan peranan muslimat. Ancaman kepada gerakan femenisme sekular tajaan Zionis sejak Revolusi Perancis 1789 M.
  5. Ikhwan bukan gerakan assobiyyah sepertimana asuhan British/Yahudi sebaliknya ada cawangan seluruh dunia Tunisia, Pakistan, tanah Melayu, Lubnan, Palestin, Iraq, Jordan dll. Ini menaikkan kemarahan Yahudi.
  6. Ikhwan ada tentera sendiri, hantar 10 000 tentera ke Palestin pada 1947 hingga 1948 hasil desakan Ikhwan negara arab termasuk Mesir hantar tentera.
  7. British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya supaya menarik pasukan tenteranya dan bertindak ke atas Ikhwan Muslimin yang kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa.
  8. Yahudi tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem.
  9. Ikhwan anjurkan Muktamar V (1939) yang membenarkan Ikhwan terlibat dalam politik dan ia menggerunkan Zionis sedunia.
  10. Ikhwan tekad benteras Kristianisasi dalam muktamarnya. (Muktamar ke-V)
  11. IKhwan ada empayar ekonomi yang cukup besar. (Ikhwan dan Isu Semasa)
  12. Ikhwan didik Baitul Muslim – didik keluarga dgn cara Islam & hormat fikrah Islam (Risalah Ta’lim)
  13. Ikhwan guna motto yang menggerunkan Yahudi sedunia , Allahu Ghayatuna, Ar-Rasul Qudwatuna, Al-Quran dusturuna, Al-jihadu sabiluna, Al-mautu fisabilillah asma’ amanina.
  14. Ikhwan anjurkan dakwah holistik, bukan partial. : Dakwah Salafiah, Tariqah Sunniah, Hakikah Sufiyah, Hai’ah Siyasiah, Jamaah Riyadiah, Rabitah Ilmiah Thaqafiyah, Syirkah Iqtisodiyah, Fikrah ijtimaiah
  15. Al Banna pernah menolak 10 000 pound daripada British (dana bantuan) dan mengakibatkan British marah.
  16. Ikhwan adalah gerakan yang bukan sahaja dibenci Israel malah juga dibenci oleh Yahudi di Mesir. Hal ini disebabkan Ikhwanlah yang awal bejuang menentang kehadiran pendatang Yahudi di Palestin
  17. Majlis Rendah di Parlimen Mesir dengan sebulat suara telah menyetujui sebuah teks deklarasi bersama yang menyatakan bahawa Israel adalah musuh nombor satu di Mesir.
  18. Deklarasi bersama Parlimen Mesir tersebut telah menyeru pengusiran Duta Besar Israel dan menghentikan serta merta eksport minyak ke Israel.
  19. Morsi menyatakan Revolusi Mesir hadir bukan untuk menjadi kaki tangan kepada Zionis, kerana Israel adalah musuh nombor satu Mesir dan bangsa Arab.
  20. Morsi buka pintu Rafah.
  1. Mengapa Salafi menolak Ikhwan?
    1. Fatwa umum Salafi Hijaz menerima Ikhwan. : Fatwa nombor 620, halaman 237 Pertanyaan: Di dunia Islam sekarang terdapat banyak kelompok dan tarikat-tarikat sufi, seperti Jama’ah Tabligh, Ikhwanul Muslimin, Assiniyyin, Syi’ah. Manakah jama’ah (kelompok) yang benar-benar menerapkan Kitabullah dan Sunnah Rasul? Jawapan: Jama’ah (kelompok) Islam yang paling dekat dengan kebenaran dan berusaha untuk mengaplikasikannya termasuk Ahlussunnah iaitu Ahlul Hadits, Ansharus Sunnah, Ikhwanul Muslimin. (Kumpulan Fatwa Jawatankuasa Tetap Ilmiyah dan Fatwa, Jilid 3: Akidah, terbitan Darul ‘Ashimah, Riyadh, Kerajaan Arab Saudi.)
    2. Ikhwan bukan wahabi. : Di dalam sejarah Wahabi di Arab Saudi, mereka memang pernah memiliki pasukan tempur yang bernama Al-Ikhwan, Robert Lacey dalam catatan kaki bukunya yang berjudul "Kerajaan Pertrodolar Saudi Arabia" di halaman 180 sudah jelaskan bahawa kelompok Al-Ikhwan dari Nejd ini tidak ada kaitannya dan tak boleh dicampuradukkan dengan Al-Ikhwan Al-Muslimun.
    3. Ikhwan pernah mengecam tindakan Saudi mengundang tentera asing yang diketuai AS untuk mengusir Saddam Hussien dari Kuwait dalam perang 1990.
    4. Morsi pernah menziarahi Tehran dan dianggap pro Syiah, walaupun Morsi sendiri kritik sikap Iran dalam isu Syria.
    5. Kerana golongan terpelajar Saudi semakin tertarik dengan pendekatan Ikhwan dan tertarik dengan gerakan masyarakat yang dijalankan melalui kerja-kerja amal dan kebajikan. Kebanyakan mereka kecewa dengan sekatan kerajaan Saudi yang mengharamkan penyertaan politik dan mematuhi peraturan yang ditetapkan secara mutlak tanpa perbincangan.
    6. Ulama’ salafi Hijaz kritik konsep ukhwah Ikhwan, ‘Bantu membantu atas perkara disepakati, bertoleransi atas kelainan’ dikatakan kelihatan pragmatik dan longgar dalam bersyariat.
    7. Ikhwan dikatakan terikut pemikiran Jamaludin Al Afghani, seorang penganut Syi'ah Babiyah.
    8. Ikhwan tiada aqidah dengan benar, kesyirikan dan kesesatan, serta tidak memiliki konsep aqidah yang jelas.
    9. Ikhwan sesat kerana Umar Tilmisani tidak pernah larang amalan doa di kubur dan dan menziarahi kubur.
    10. Hasan Al Banna juga mengambil aqidah dari thariqat Al Hashafiah.
    11. Sesat kerana Said Hawwa mengiktiraf aqidah Asyariah dan Maturidiyah.
    12. Sayyid Quthub pun memiliki aqidah wihdatul wujud (bersatunya hamba dengan Allah). Dia berkata dalam kitabnya Dzilalu Al Qur'an jilid 6 hal-4002 : "Hakekat yang ada adalah wujud yang satu. Maka di alam ini tidak ada yang hakekat kecuali hakekat Allah. Dan di sana tidak ada wujud yang hakiki kecuali wujud-Nya. Perwujudan selain Allah hanyalah sebagai perwujudan yang bersumber dari perwujudan yang hakiki itu.
    13. Mahmud Abdul Halim (Ahdats Shana'atha At Tarikh) pernah bersama-sama Hasan Al Banna menghadiri Maulid Nabi dan Al Banna pernah menyanyikan nasyid (nyanyian) Maulid Nabi dengan suara keras dan nyaring.
    14. Al Qaradhawi jahil ilmu agama- hanya sebut nama kitab bila mengungkap dalil Fiqhus Sunnah, Ar Rasail atau Tafsir fi Dzilalil Quran.
6. Mengapa Yahudi Amerika membenci Ikhwan?
    1. Amerika yang dikuasai yahudi begitu bersungguh-sungguh agar Hosni Mubarak meletak jawatan kerana mereka melihat kestabilan di negara tersebut tidak akan berlaku kecuali dengan perletakan jawatannya walaupun mereka amat memerlukan Hosni.
    2. Amerika amat membenci Ikhwan sejak pembunuhan Al Banna 1949 lagi kerana gerakan ini anti Israel. Amerika iktiraf Israel 10 minit selepas penubuhannya 1948.
    3. Barat mahukan Omar Sulaiman sebelum ini Naib Presiden Mesir. Beliau terkenal rapat dan banyak berjasa kepada Israel dalam menjayakan agenda mereka.
    4. Morsi isytihar ingin laksana syariat 100% dan ini menakutkan Amerika.
    5. Gerakan Tamarud ditaja Amerika, yahudi untuk tekan kepimpinan Morsi. 3 Julai 2013, Hakim Adly Mansour yang beragama Kristian dinobat sebagai Presiden sementara menantikan Pilihanraya diadakan. Pada 23 Mac 2014 Pemimpin Tentera Abdul Fatah As-Sisi mengumumkan mencalonkan dirinya sebagai Presiden.
    6. Abd Fattah al-Sisi Jeneral Tentera Mesir -agen Amerika.
    7. Akhbar Mesir Al Ahram 5 Julai 2013 -Israel berharap agar tentera Mesir menekan militan Islam di Sinai. Ahli parlimen Tzahi Hanegbi, yang rapat dengan Netanyahu, menyambut gembira penyingkiran Mursi, dan mengatakan bahawa Israel inginkan ‘Mesir tetap stabil, yang memihak Barat dan Amerika Syarikat, dan bahawa ia tidak membiarkan dirinya terbawa oleh gelombang ekstremisme agama’.
    8. Harian Israel, Yediot Aharonot mengatakan bahawa "kerjasama keselamatan" antara kedua-dua negara telah ditingkatkan dalam beberapa hari terakhir kejatuhan Morsi.
    9. Pentadbiran Ikhwan merugikan ekonomi Israel-menaikkan kemarahan Amerika. Semenanjung Sinai merupakan salah satu wilayah pergerakan kumpulan jihad Jama'ah Ansharu Baitil Maqdis malah kumpulan jihad ini telah melakukan 16 kali operasi pengeboman terhadap saluran paip gas dari Mesir ke Israel. Serangan-serangan inilah yang menggoyahkan ekonomi dan industri penjajah zionis Israel.
    10. Kerana Kemenangan Ikhwan Muslimin turut dilihat Israel sebagai halangan besar untuk mencaturkan geopolitik di Asia Barat .
    11. Salah seorang menteri Israel memberikan amaran, rejim zionis "bersedia berperang".
    12. Presiden Barrack Obama mengutuskan ucapan tahniah kemenangan Morsi dulu, tetapi tidak memberi banyak ulasan.
    13. Morsi menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi.
    14. Morsi mengarahkan duta Mesir ke Israel unuk balik selepas Israel menyerang Palestin.
    15. Kerana Morsi membuat kenyataan akan menyemak semula Perjanjian Kem David yang ditandatangani Jimmy Carter dan Anwar Sadat pada 1979. Akibat perjanjian itu, Sadat pada 1981 terbunuh manakala kumpulan Ikhwan Muslimin dituduh merancang pembunuhan tersebut dan hal ini menaikkan kemarahan Yahudi sedunia.

7. Keganasan yang dikaitkan dengan Ikhwan:
    1. 20 hari selepas Ikhwan diharamkan 1948, Perdana Menteri Mahmud Fahmi Nuqrasyi Pasha ditembak mati oleh mahasiswa Abdul Majid Hasan (Universiti Fuad Awwal Kaherah)- Al Banna berkata “mereka bukan Ikhwan malah bukan Muslim”
    2. Hassan Ismail Al Hudhaibi terpaksa pugar konsep sirr (tiada dakwah sirr) kerana ingin kekang pengaruh Nizam Al Khas yang terkeluar daripada Ikhwan.
    3. Belia Muhammad, Tentera Allah, Persatuan Islam - serpihan Ikhwan jihadist yang bertindak ganas, kebanyakan mangsa penyiksaan Gamal Abd Nasir.
    4. Jamaat Al Jihad (serpihan Belia Muhammad ) tembak Anwar Sadat tahun 1981- Ikhwan dikaitkan.
    5. Dr Salih Siriya (Belia Muhammad) dan Syukri Mustafa ( Gerakan Takfir Wal Hijrah) guna metod ganas, radikal. Pernah dipenjara zaman Gamal Abd Nasir 1960an, bekas Ikhwanul Muslimun, kagum dengan Al Banna tetapi anggap Ikhwan telah sesat.
    6. Menurut Yusuf Nada dalam bukunya Di Sebalik Ikhwanul Muslimun; Ikhwan akan pecat sesiapa sahaja ahlinya yang terlibat dengan gerakan ganas, misalnya Sheikh Ayman Az Zawahiri bekas Ikhwan.
    7. Ikhwan bersimpati dengan perjuangan golongan militan tetapi tetap berpegang dengan prinsip untuk mengelak kekerasan dan mengutamakan rundingan serta demokrasi Mesir - John L. Espesito ( Ancaman Islam: Mitos atau Realiti?)
    8. Bermula 1980an, Ikhwan Muslimin menggunakan istilah-istilah politik kontemporari seperti: hak asasi (huquq), kebebasan (hurriyya), perlembagaan (al-dustur), kedaulatan undang-undang (siyada al-qanun), demokrasi, kewajipan penjawat menteri (al-mas’uliyya al-wizara), pembangkang (al-mu‘arada), dan parti pemerintah (hizb al-hakim)
    9. Simonsen dan Spindlove (2000) dalam buku Terrorism Today menyenaraikan organisasi-organisasi berikut sebagai pertubuhan pengganas iaitu:
Palastine Liberation Organization (PLO),Abu Nidal , Popular Front for the Liberation of Palastine, Hamas, Palastine Liberation Front, Al-Fatah (Al-Asif), Palastinian Islamic Jihad (PIJ), Hizbollah, , Islamic Jihad (Lubnan) , Ikhwan al-Muslimoon
.....................................
Bertam, 13 April 2014 1.24 pagi
Rujukan:
Dr Ridwan Mohd Nor, Mesir sebelum dan Selepas Morsi, Jundi Resources, 2012
Dr. Uthman Abdul Mui’z Ruslan, Pendidikan Politik Ikhwanul Muslimin, Era intermedia, 2000.
Prof. Dr. Abdul Hamid Al Ghazali, Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah, Penerbitan Teras Bakti, 2004.
As Sunnah Edisi 06 Oktober 2010
John L. Espesito, Ancaman Islam: Mitos atau Realiti?
Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi, Aku dan Ikhwan Al Muslimun Mutiara Ilmu Selekta Sdn Bhd,2011
Muhammad Nuruddin Bashah, Hukuman Mati 529 pimpinan Ikhwan kemuncak kezaliman terhadap gerakan Islam Abad ini
Muhammad Nuruddin Bashah, Jejak Yahudi di Mesir
Muhammad Nuruddin Bin Bashah , Usaha Jahat Yahudi Jatuhkan Morsi

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)