TIKAM BATU - 11 Julai 2015
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
Seramai 70 orang insan memerlukan telah mendapat manfaat bantuan sumbangan
Ramadhan daripada pihak PASTI Sungai Petani pagi tadi.
Program yang berlangsung di Balai Islam Tikam Batu itu juga
sebenarnya merupakan rutin tahunan PASTI merai dan membantu golongan
mustadhafin, miskin dan ibu tunggal di sekitar Sungai Petani.
Malah program ini juga elah menyampaikan bantuan khas untuk para
gurur PASTI yang istiqamah membangun pendidikan pra sekolah Islam di
Sungai Petani sekaligus suatu apresiasi diatas tenaga dan keringat
mereka selama ini. Para guru diberi bantuan RM 140 seorang, seekor
ayam dan sekampit beras.
Majlis yang bermula seawal jam 8.0 pagi dimulakan dengan tahlil dan
zikir. Bantuan diberikan sendiri oleh Pengarah PASTI Sungai Petani
Ustaz Muhammad Haikal Bin Abdul Mutalib serta beberapa kepimpinan
PASTI yang hadir.
PASTI Sungai Petani juga mengalu-alukan sebarang
bantuan untuk siri bantuan PASTI Pasca Raya kelak. Pembaca boleh
menghubungi Pengerusi Pasti Kawasan Sg. Petani
#Ust Mohd Haikal B. Abd Mutalib. 019-5425501
atau Pengerusi MGP Pasti Kawasan Sg. Petani
#Cikgu Habibon Bt. Othman 019-4570675