JABATAN AMAL SUNGAI
PETANI EDAR TOPENG JEREBU PERCUMA
Oleh : Muhammad
Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI-4 Oktober
2015
Sejumlah 300 topeng
jerebu percuma diedar kepada penunggang motosikal dan pemandu
kenderaan di sekitar Taman Jubli Perak dan SP Plaza kelmarin.
Program yang bermula
pada jam 5 petang itu dianjur oleh Jabatan Amal Sungai Petani dengan
penyertaan anak muda dan Dewan Pemuda PAS Sungai Petani.
“ Ini adalah
permulaan untuk aktiviti kebajikan kami sempena musibah jerebu yang
melanda negara kita umumnya, Insya Allah, ada penyumbang yang akan
memberi sumbangan untuk kami mengedar lagi topeng jerebu ini untuk
rakyat Sungai Petani” jelas Saudara Izwan Ismail selaku pengarah
Program edaran topeng.
PAS yang membawa misi
Khairat iaitu kebajikan akan mensasarkan aktoviti sebegini sebagai
core business di peringkat pemuda PAS kawasan.