Sunday, August 18, 2019

KERTAS FAKTA DAN DATA TAJUK ISU :PENCEMARAN UDARA SUNGAI PETANI AKIBAT OPERASI KILANG HARAM



KERTAS FAKTA DAN DATA
TAJUK ISU :PENCEMARAN UDARA SUNGAI PETANI AKIBAT OPERASI KILANG HARAM
Muqaddimah
1.       Udara Sungai Petani berbau wayer kabel terbakar, busuk dan berjerubu.
2.       Selain udara, kualiti air sungai di daerah ini turut terjejas dengan airnya bertukar menjadi warna hitam, berbuih, berasid dan berbau busuk.
3.       Sungai yang terlibat adalah berhampiran Cinta Sayang Resort dan Hospital Sungai Petani di Jalan Badlishah.
4.       Kualiti udara di Sungai Petani menurut Aktivis alam sekitar, Dr Tneoh Shen Jen -  berdasarkan bacaan kualiti udara dari alat particle counter (kaunter zarah) PCE-MPC 10, operasi kilang terbabit memberi kesan buruk kepada penduduk terutama dalam radius dua kilometer (km) dari kilang berkenaan.
Isu berbangkit
1.       Seorang lelaki berusia 51 tahun telah dedah isu ini di media sosial dan akibat mendedahkan kegiatan operasi haram sebuah kilang kitar semula, seorang lelaki cedera dipukul tiga lelaki dipercayai dari kilang terbabit di Kawasan Perusahaan Sungai Petani pada 2 Julai 2019[1].
2.       Dalam kejadian jam 4.15 petang, mangsa berusia 51 tahun yang juga pengusaha kilang plastik dikatakan dipukul dengan besi paip dan rod besi di dalam pejabat kilang kitar semula itu yang terletak berhadapan kilangnya srta diugut mendiamkan diri
3.       Mangsa cedera di kepala serta beberapa anggota badan dan menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
4.       2 orang lelaki masing-masing berusia 43 dan 49 tahun direman bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.
Punca
1.       Pengimportan sisa plastik untuk dikitar semula oleh kilang-kilang haram di Sungai Petani.
2.       Utusan menyiarkan berita pada 29 Julai 2019 dipercayai kini sudah mencecah 100 buah buah kilang haram memproses sisa plastik dan industri wujud di Gurun, Bukit Selambau, Semeling dan Tikam Batu di daerah ini, sejak setahun lalu[2].
3.       Menurut Lydia Ong pengerusi Persatuan Tindakan Alam Sekitar Sungai Petani, pada 2018 jumlah kilang haram dianggarkan 30 buah dan meningkat 100 buah pada masa kini.
4.       Angka itu diperoleh berdasarkan pemantauan pelbagai pihak termasuk media antarabangsa dengan yang terbesar kira-kira 40 buah kilang haram hanya di Gurun sahaja.
Modus operandi
1.       Jika di Selangor, sisa plastik untuk dikitar semula dibawa masuk melalui Pelabuhan Klang tetapi di Sungai Petani, menerusi Pelabuhan Pulau Pinang.
2.       Kilang-kilang itu beroperasi pada waktu malam sehingga pukul 7 pagi bagi mengaburi mata penduduk dan pihak berkuasa[3].
Kesan kepada rakyat
3.       Lebih 30 peratus kes berkaitan pencemaran udara seperti sesak nafas, kegatalan kulit, sakit mata meningkat di klinik dan hospital swasta di daerah ini sejak Januari lalu sehingga kini.
4.       Dipercayai boleh membahayakan nyawa pesakit kencing manis dan darah tinggi kerana darah mereka menjadi lebih pekat.
Reaksi penduduk dan rakyat
1.       Pengerusi Persatuan Tindakan Alam Sekitar Sungai Petani, Lydia Ong Kok Fooi yang berkata, (sehingga 29 Julai) sebanyak 7,000 tanda tangan penduduk telah berjaya dikumpulkan untuk membantah kilang haram.
2.       Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan),Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, pada masa sama, pihaknya akan mengumpulkan 5,000 tandatangan penduduk di situ, untuk diserahkan kepada pihak istana nanti – satu memorandum sedang dirangka[4].
Tindakan Kerajaan negeri
3.       Diarah ditutup dan disita oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) awal bulan Julai , tetapi kilang-kilang berkenaan tetap beroperasi[5].
4.       Kilang kitar semula berkenaan sudah disita dalam operasi bersepadu yang dijalankan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 2 Mei lalu[6].
5.       Misalnya pada 23 April 2019  7 premis kilang kitar semula plastik import sekitar daerah ini disita pihak berkuasa tempatan (PBT) antara lokasi sitaan termasuk di Bukit Selambau, Taman Ria Jaya, Pinang Tunggal, Bedong dan Bakar Arang[7].
6.       Janji MB Kedah hanya akan ambil tindakan TEGAS…tetapi masih beroperasi kilang kilang ini[8].
7.       MB juga  berkata pihaknya sudah berbincang dengan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan operasi lebih 15 kilang (sedangkan anggaran sekitar 100 kilang haram, yang dipotng bekalan elektrik dan air hanya 15?)



 Muhammad Nuruddin Bashah



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)