Monday, June 01, 2020

SEKILAS PANDANG IKLIM EKONOMI NEGARA TEMPOH KAWALAN WABAK 2020



SEKILAS PANDANG IKLIM EKONOMI NEGARA  TEMPOH KAWALAN WABAK 2020
Jabatan Strategik DPPNK
Impak ekonomi Covid-19[1]
    1. pelancong membatalkan tempahan
    2. majikan mengarahkan pekerja bercuti
    3. Eksport boleh dikatakan gencat
    4. kerajaan menghadkan pergerakan.
    5. PKS tidak boleh berniaga jika bukan keperluan utama
Akibatkan:
Kerencatan aktiviti ekonomi (disruption) dalam aspek permintaan, pengeluaran, pelaburan dan pendapatan.
Kumpulan paling terkesan:
Golongan rentan (vulnerables) dalam kalangan B40 dan M40 yang berdepan risiko kehilangan pendapatan, pemberhentian kerja, serta ketidakcukupan rawatan dan makanan yang boleh menjejaskan kehidupan seharian, seterusnya terdorong untuk terjebak dengan hutang.
5  kesan rantaian ekonomi yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19 di seluruh duniadan Malaysia amnya.
  1. Sektor pengilangan yang terjejas dengan penutupan operasi, menyumbang kepada pemberhentian pekerja dan penawaran barangan yang terhad di pasaran.
  2. Sektor pelancongan dan pengangkutan yang terjejas dengan pembatalan tempahan, menyumbang kepada kerencatan ekonomi dalam sektor perkhidmatan.
  3. Sektor komoditi yang berdepan dengan kejatuhan harga akibat kejatuhan permintaan di peringkat dunia, khususnya minyak mentah, sawit dan getah.
  4. Sektor pekerja dan pengguna yang diarahkan bercuti atau berdepan dengan sekatan pergerakan (movement control), menyumbang kepada kelemahan permintaan dan perbelanjaan.
  5. Pasaran kewangan dan matawang yang berdepan dengan ketidaktentuan global serta pemindahan modal daripada pasaran yang berisiko tinggi.
Yang  terima faedah PKP/lockdown:
  1. Portal pembelian online (cth. Lazada, Shopee)
  2. dan penghantaran makanan (cth. Foodpanda, GrabFood), menunjukkan potensi yang amat besar terhadap masa depan ekonomi digital (gig-economy) di negara kita.
  3. Sektor penghantaran.
Aliran keluar dana asing lebih rendah[2]
  1. Jumlah aliran keluar bersih =  RM394.34 juta ketika  minggu ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
  2. Rendah berbanding dua minggu berturut-turut sebelum ini, pada 12 hingga 14 Mei dan 4 hingga 7 Mei, yang mana masing-masing merekodkan RM734.18 juta dan RM736.28 juta jualan asing bersih.

Kerugian akibat PKP[3]
  1. Pada 1 Mei, Tan Sri Muhyiddin umum  Malaysia kerugian kira-kira RM2.4 bilion sehari akibat  PKP dengan jumlah kerugian sekitar RM63 bilion. Akibatnya PKPB diumumkan pula.

Ekonomi Malaysia masih kekal positif[4]
  1. Ekonomi Malaysia yang tumbuh pada kadar 0.7 peratus untuk suku pertama 2020.
  2. Berlawanan dengan jangkaan para penganalisa yang terdahulu mengjangkakan ekonomi Malaysia akan mengalami penguncupan sebanyak 1 peratus.
  3. Jangkaan para penganalisa bahawa ekonomi akan pulih semula dan boleh berfungsi sepenuhnya dalam separuh kedua 2020.
  4. Situasi ini juga akan memberi ruang kepada sektor pembinaan, terutama projek-projek infrastruktur awam, untuk tumbuh dan berjalan sepenuhnya.
  5. Berlaku peningkatan dalam kadar pengangguran disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), yang meningkat kepada 3.5 peratus untuk suku pertama 2020 daripada 3.2 peratus suku sebelumnya.
  6. Tetapi  jumlah bilangan keseluruhan buruh meningkat kepada 1.6 peratus atau 15.24 juta orang pada suku pertama 2020.

Ekonomi Digital lebih berkembang pasca Covid-19[5]
  1. Mind set  sesuai kini, anggap  krisis ini bukan sebagai masalah sahaja , tapi fokus kepada apa langkah yang sepatutnya dilakukan.
  2. Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro Sdn Bhd Abd, Azharee Abdul Wahid berkata, di kala negara sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berniaga secara dalam talian di kawasan kejiranan merupakan kaedah yang paling sesuai.
  3. Ekonomi yang dibuat secara digital semakin berkembang dan membesar. Dan bila kita bercerita tentang digital sudah pasti ianya tiada sempadan.

Kajian impak PKP kepada ekonomi dan individu[6]
Kajian khas Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) berkenaan impak pelaksanaan PKP dan wabak COVID-19 terhadap ekonomi.







Secara umumnya, Jabatan Statistik  Malaysia mendapati:
1. Perbelanjaan isi rumah keseluruhan berkurang 55 peratus, manakala perbelajaan penggunaan berkurang 48 peratus[7].
2. Hanya 6 peratus responden menyatakan kurang terkesan dari segi kewangan menghadapi tempoh PKP, manakala 53 peratus responden sangat terkesan dalam tempoh ini.
3. Antara negeri yang sangat terkesan dalam menghadapi tempoh PKP adalah Sabah (67%), diikuti Kelantan (65%), Perlis (64%), Perak (62%), Terengganu (61%), dan Kedah (61%).
Laporan kajian khas Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) impak pelaksanaan PKP dan wabak COVID-19 terhadap ekonomi
4. Kumpulan T20 menunjukkan penurunan perbelanjaan ketara (59%), diikuti kumpulan M40 (48%) dan B40 (41%).
5. Majoriti pekerja sendiri mempunyai simpanan kewangan kurang satu bulan (71%), manakala 77 peratus majikan dan 82 peratus pekerja swasta mempunyai simpanan kewangan hampir dua bulan.
6. Sejumlah RM128 bilion daripada Pakej PRIHATIN berjumlah RM250 bilion disalurkan kepada sektor isirumah untuk merangsang ekonomi dalam tempoh terdekat.
7. Perbelanjaan swasta dijangka berkurang 8 – 10 peratus dalam tempoh Q1 2020, seterusnya memberikan kesan kepada pertumbuhan KDNK 2020 (unjuran BNM -2.0% hingga 0.5%).
Hanya 141 unit kenderaan dijual di Malaysia bulan April (dalam PKP) [8]
  1. Jumlah jualan kenderaan pada April merosot mendadak kepada 141 unit berbanding 49,935 unit tahun sebelumnya ( Persatuan Automotif Malaysia (MAA))
  2. Jumlah penjualan kenderaan negara ini merangkumi kenderaan penumpang dan komersial.
  3. Bank lebih ketat dalam memberikan pinjaman sewa beli serta mengurangkan jumlah pinjaman sewa beli.



Untung bersih PETRONAS susut 68 peratus kepada RM4.5 bilion[9]
  1. Keuntungan bersih sebanyak RM4.5 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2020, susut 68 peratus berbanding RM14.2 bilion pada suku sama 2019.
  2. Faktor, wabak dunia dan harga minyak turun., kesan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), PKP rakyat kurang guna kenderaan.
  3. Pendapatan syarikat minyak dan gas nasional itu juga berkurangan empat peratus kepada RM59.6 bilion berbanding RM62.0 bilion berikutan impak purata harga realisasi yang lebih rendah untuk gas asli cecair (LNG), produk petroleum dan minyak mentah serta kondensat.
  4. PETRONAS, akan terkesan jika situasi pasaran semasa berterusan dan harga minyak kekal rendah.
Petron Malaysia rugi bersih RM84 juta pada suku pertama[10]
  1. Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mencatatkan kerugian bersih RM84 juta bagi suku pertama 2020, berbanding keuntungan bersih RM58 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun 2019.
  2. Pendapatannya dalam suku dikaji susut kepada RM2.2 bilion, berbanding RM2.7 bilion tahun 2019, Sebab musabab sama seperti Petronas.
  3. Penurunan sebanyak 11 peratus dalam jumlah jualan syarikat pada suku pertama kepada 8.1 juta tong berbanding 9.1 juta tong pada tahun lalu.

Jika berpandu IP, ekonomi Malaysia diramal kelembapan ketara[11]
  1. Indeks Pelopor (IP) pada Mac 2020 merekodkan penurunan bulanan terbesar sejak November 1991 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu mulai 18 Mac .
  2. Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan bagi Mac 2020 IP terus menurun kepada negatif 4.9 peratus pada Mac 2020 daripada negatif 0.8 peratus pada bulan sebelumnya.
  3. Kemerosotan mendadak IP akibat  penutupan dalam aktiviti perniagaan bukan keperluan utama.
  4. IP adalah petunjuk hala tuju ekonomi dalam beberapa bulan ke hadapan.
  5. IP tahun ke tahun Malaysia mencatat penurunan kepada negatif 3.6 peratus pada Mac 2020 berikutan penurunan jangkaan Nilai Jualan, Pembuatan (-6.3 peratus), Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (-10.4 peratus, Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain (-17.8 peratus), Bilangan Syarikat Didaftar (-39.5 peratus), Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (-58.6 peratus), Penawaran Wang Besar M1 (8.1 peratus) dan Import Benar Semi Konduktor (12.1 peratus).
  6. Bagi IP bulan ke bulan, negara-negara seperti Malaysia, United Kingdom, Jerman, AS, Brazil, zon Eropah, Australia, Korea Selatan dan Sepanyol merekodkan penyusutan, kecuali China.

Ekonomi jelas ada kelembapan akibat PKP-PKPB tetapi masih positif kerana menaik melebihi ramalan ekonomi sebelum ini.


[7] Pelaksanaan PKP dan wabak COVID-19 telah menjejaskan ‘daya imuniti’ kewangan isirumah, peniaga dan majikan untuk terus bertahan dalam tempoh kritikal ini.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)