Thursday, July 17, 2008

Point penting kes tangkapan Anwar

Point penting kes Anwar:

1) Anwar ditahan bukan atas sebab tidak hadir ke IPK tepat jam 2 ptg kerana dia ditahan bukan selepas jam 2. Bermakna tangkapan adalah tanpa sebab di segi undang-undang di samping polis gagal menujukkan waran tangkap.

2) Anwar sebenarnya bukan tertuduh kerana beliau belum dihadapkan ke penghakiman dan tiada dakwaan lagi oleh mahkamah. Beliau hanya hadir membantu siasatan seperti yang diminta. Ini yang ramai salah faham negatakan beliau telah didakwa meliwat! Selagi belum ke mahkamah beliau belum didakwa oleh mana-mana pertuduhan.

3) Anwar tidak perlu beri sebarang DNA atau darahnya kepada polis kerana ian hanya dilakukan atas perintah hakim untuk perjalanan kehakiman. Polis hanya mengambil keterangan, selebihnya diserahkan kepada hakim. ramai yang menuduh Anwar penakut tidak memberi DNAnya diperiksa. Anwar bukan buta perut. DNA boleh dimanipulasi sebelum ada perlindungan mahkamah.

Jom baca artikel di bawah.


Kami dikepung, kata peguam
Jul 16, 08 6:12pm

"Saya berada di dalam kereta bersamanya ketika apabila beliau ditahan. Kami dikepung. Mereka (pasukan polis) berkata 'anda ditahan'"Peguam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - N Sankara Nair - memberitahu pemberita demikian ketika menceritakan apa yang berlaku ketika Anwar ditahan tengahari tadi.Katanya, anggota polis tidak menunjukkan sebarang waran tangkap ketika mereka menahan Anwar dekat rumahnya di Segambut Dalam.Bagaimanapun, katanya, Anwar tidak digari ketika dibawa masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda yang bercermin gelap.

Menurut Sankara, penahanan Anwar tiada kena mengena dengan keengganannya hadir di IPK KL Isnin lalu."Malah, beberapa minit sebelum beliau ditahan, pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira menelefon kita bertanyakan sama ada kami akan datang. Kami jawab, kami akan berada di sana tepat jam 2 petang," katanya."Jika Anwar tidak hadir pada jam 2 petang, maka saya faham mengapa beliau perlu ditahan. Pihak polis telah melanggar kepercayaan dan keyakinan kami sebelum ini terhadap mereka," katanya.

Pada 28 Jun lalu, bekas pembantu Anwar - Mohd Saiful Bukhari Azlan - telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah diliwat oleh ketua umum PKR itu.Manakala Anwar pula mendakwa, ia merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi ia dinafikan oleh pemimpin kerajaan.Sankara berkata, pihak polis mesti menjelaskan tujuan Anwar ditangkap secara begitu.Beliau juga menegaskan bahawa mengikut undang-undang, Anwar tidak perlu memberi contoh DNA kepada pihak polis.Polis mula merakam kenyataan Anwar pada kira-kira 2.50 petang mengenai dakwaan liwat terhadapnya.Adalah dipercayai Naib Presiden PKR, R Sivarasa - yang juga seorang peguam - hadir bersama Anwar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar mengesahkan bahawa Anwar telah ditahan, dan berkata mantan timbalan perdana menteri itu adalah suspek dalam kes liwat dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.Menurut AFP, beliau berkata, Anwar belum didakwa dengan apa-apa tuduhan lagi dan oleh itu, meminta supaya jangan dibuat sebarang kesimpulannya.

Beliau berkata, pihak polis perlu merakamkan kenyataan Anwar bagi menyiapkan siasatan.Menurut Ismail lagi , sebaiknya semua fakta dikumpulkan, maka pihak polis akan membuat keputusan mengenainya.Polis boleh menahan Anwar selama 24 jam dan selepas itu mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk tahanan reman sehingga 14 hari.Tidak dapat dipastikan mengapa Anwar ditahan walaupun beliau telah bersetuju untuk disoalsiasat oleh pihak polis.

Anwar sepatutnya hadir di IPK Kuala Lumpur pada hari Isnin untuk memberi kenyataan.Bagaimanapun, beliau enggan berbuat demikian, dengan mendakwa pihak polis bertindak secara tidak profesional dan mengugut kakitangan dan anggota keluarganya, ketika hendak menyerahkan perintah mengikut Seksyen 111, Kanun Prosedur Jenayah, Ahad lalu.

Semalam, pihak polis memberi kata dua kepada Anwar supaya hadir di IPK Kuala Lumpur pada jam 2 petang atau menghadapi kemungkinan ditahan.

Anwar ditangkap awal daripada tempoh amaran

Rakyat bertanya dimana perlaksanaan suruhanjaya Pembaikan polis yang meletakkan perlaksanaan berdasarkan undang-undang? Di mana pula impak reformasi undang-undang yang gah dipersembangkan oleh kerajaan jika tangkapan Anwar dilakukan dengan mengenepikan janji untuk menagkap sekiranya tidak hadir pada pukul 2 petang ke IPK.
Early arrest surprises Bar Council chairman

PETALING JAYA: The Bar Council said there was no reason to believe that Datuk Seri Anwar Ibrahim would not show up at the police headquarters to give his statement at the appointed time.

Its chairman Datuk Ambiga Sreenivasan said: “We are particularly surprised (about the early arrest) as he had been given until 2pm to show up at the police headquarters.”

“Furthermore, he had been at the ACA office in Putrajaya all morning.”

She said the council hoped there would be no repeat of 1998 when Anwar was tried on allegations of sodomy.

“Our criminal justice system is once again under public scrutiny and we hope that it can stand up to that scrutiny,” she said.

Thursday, July 10, 2008

Fatwa Dr Taha Jabir mengenai isu liwat


Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Soalan Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah. -->
Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?
Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:
Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:
4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;
Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:
"11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".
Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."
Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba?ath (Kebangsaan Arab).
Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.
Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.
Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.
Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.
Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha? melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu ?Qazaf?.
Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.
Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.
Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.
Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).
Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.
Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya. - mr_


About Dr Taha: Taha Jabir Alalwani, Ph.D., President of Cordoba University, occupies the Imam Al-Shafi'i Chair in Islamic Legal Theory at The Graduate School of Islamic and Social Sciences, as an internationally-known scholar in his field. Dr. Alalwani shares his mastery of the field of Islamic Legal Theory and considerations related to Muslims in the modern world with his students.
He was the Chairman of the Fiqh Council of North America, and the President of the International Institute of Islamic Thought in Herndon, Virginia. He taught Islamic legal theory for more than ten years at various universities in the Muslim world before emigrating to the United States. Particularly interested in the social implications of Islamic law, he is a major participant in the activities of Muslim social scientists, publishing works such as his Ethics of Disagreement and The Rights of the Accused in Islam and a participant in The Association of Muslim Social Scientist conferences and seminars.



Monday, July 07, 2008

Mari Bosan bersama terhadap BN !!

Pak Lah ingin memcuci imejnya melalui pertelagahan politik yang diciptanya. Di celahan kekabutan susana politik yang buruk, beliau kononnya menyeru rakyat agar kembali kepada Rukun negara yang menjadi punca penyatuan bangsa di Malaysia.

Soalan pertama rakyat: Paklah ikut kah Rukun Negara terutama dalam hal ketaatan kepada raja dan perlembagaan.

Soalan kedua: Adakah pak Lah ingin kami lupa akan kenaikan minyak dan taraf hidup kami yang makin menyesak. Adakah Pak lah ingin kami lupa dengan penyeksaan terhadap tahanan ISA yang belum terjawab serta penambahan masa tahanan kepada mereka baru-baru ini.

Rakyat sudah bosan. Inilah antara tajuk-tajuk tulsian akhbar. Baik kita selaraska kebosanan ini. Marilah kita bersama bosan dengan kepimpinan Paklah dan BN. BN sudah krisis dan gering dalam hal kepimpinan. Kepimpinan dalam parti malahan dalam kabinet. Bukan sahaja gagal mentadbir Malaysia, gagal di mata dunia, kini juga terserlah gagal dala mengemudi politik dalaman mereka. MCA mungkin kembali memilih menteri kesihatan BERSIH mereka menerajui pucuk tertinggi MCA. UMNO pula 2 kali 5? Pak Lah dengan wajah yakin berkata; Kerusi tu tak da sapa layak la ni..!!

Konspirasi terhadap DSAI direka-reka untuk menutup kes Altantuya? Allah sahaja yang tahu. Akhbar hanya memaparkan kes tarik tali dan sikap memperolok undang-undang melalui laporan polis dan kenyataan Bala yang kini menghilang diri. Zaid Ibrahim tepuk dahi kerana reformasi undang-undang yang diidamkannya hanya bagaikan menunggu babi bertelur. Rakyat ketawa jika masih ada suara menteri korup bersuara tentang REFORMASI UNDANG-UNDANG. Di amna jaminan sosial undang-undang jika Bala boleh menarik balik kenyataannya dan kini hilang? Bagaimana juga jaminan undang-undang yang telus sehingga DSAI terpaksa bertahan di kubu antarabangsa (Kedutaan Turki) baru-baru ini. Bukankah beliau yang bekas seorang Timbalan Perdana Menteri juga tidak akan kebal dengan puaka Kerajaan Malaysia yang berlagak tirani.

Kini lawak sarkis lama dimain semula dengan membawa kes liwat. Hishamuddin Panglima Keris Hitam Bersepuh najis mula bersuara akan mengelilingi Malaysia untuk menjelaskan isu Anwar. Jelaskan apa? Adakah anda yang ‘gagah’ itu ada hubungan dengan kes liwat dan ada pengalaman dalam hal yang sama? ADAKAH awak perasan yang awak adalah hakim? Hakim pun dilarang menjaja kes jika belum sabit kesalahan. Sayang sekali, kes anwar adalah kes undang-undang, tetapi yang menjadi jurubicara adalah Menteri Kabinet. Rakyat makin menyampah. Marilah kita bosan bersama. Bosan dengan semua statement daripada BN dan angkatannya dan bukannya bosan dengan politik Malaysia. Selamatkan politik Malaysia, inilah matlamat kita. Tunjukkan kebosanan anda. Tumbangkan Barisan Nasional !!

Pendita Bitara

Thursday, July 03, 2008

PENYEKSAAN BERTERUSAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) TIDAK BOLEH DIBIARKAN

MEMORANDUM KEPADA
KETUA PEMBANGKANG
YANG BERHORMAT DATIN SERI DR WAN AZIZAH BT WAN ISMAIL
26 JUN 2008

PENYEKSAAN BERTERUSAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) TIDAK BOLEH DIBIARKAN

1. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 83 buah organisasi terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik, kesatuan sekerja, badan hak asasi manusia, badan wanita, mahasiswa dan golongan muda, hari ini berasa amat kesal dengan penyeksaan yang didakwa berlaku ke atas tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). GMI mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan berterusan yang dibenarkan oleh ISA serta menuntut siasatan segera dilaksanakan.
2. Sempena dengan ”International Day in Support of Victims of Torture” hari ini, GMI dan rakan-rakan yang lain ingin membawa kepada pengetahuan Parlimen berkenaan dengan penyeksaan terkini yang berlaku ke atas salah seorang tahanan ISA yang bernama Sanjeev Kumar Krishnan. Penyeksaan ke atas Sanjeev Kumar Krishnan
3. Sanjeev telah ditahan di bawah ISA pada 28 Julai 2007 atas tuduhan sebagai ’agen perisik asing’. Beliau mendakwa telah diseksa secara fizikal dan mental oleh pihak polis cawangan khas ketika 60 hari pertama ditahan iaitu antara 28 Julai 2007 hingga 21 September 2007. Antara penyeksaan yang didakwa dilakukan ialah soal siasat berjam-jam dengan ugutan dan tanpa rehat. Diseksa, ditendang dan dibelasah dengan teruk oleh SB di bahagian badan dan kepala samada dengan kaki, objek keras atau botol berisi air. Dipaksa meminum air kencing sendiri selain kemaluan dipukul dan dubur dijolok dengan objek yang keras.
4. Beliau yang kini ditahan di bawah ISA di Kamunting telah menjadi lumpuh dan tidak sihat. Laporan polis berkaitan telah dibuat oleh isteri beliau, Sharimila A/P Uthiakumar dan GMI pada 20 Mei 2008. Aduan rasmi juga telah dibuat kepada Suhakam pada 4 Jun 2008. Selepas laporan polis dibuat dan kenyataan akhbar dikeluarkan, Sanjeev telah mendapat rawatan lanjutan di Hospital Taiping dan Pulau Pinang. Laporan perubatan rasmi masih belum diperolehi tetapi menurut isterinya, Sanjeev telah dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Mengapakah beliau di hantar ke Hospital Bahagia yang dikhaskan untuk pesakit mental? Adakah pihak pengurusan Kamunting cuba menutup sesuatu daripada kita semua? Insiden begini bukan kali pertama didengari. Sudah banyak tahanan ISA yang terpaksa melaluinya. Kes saman Abdul Malek Hussin merupakan bukti jelas. Namun ini merupakan insiden baru yang masih berlaku dalam tahun 2007.
5. GMI berpandangan semua ini berlaku akibat daripada ISA yang membenarkan penyeksaan mental dan fizikal ke atas tahanan sehingga ke tahap trauma dan tekanan yang amat kronik. Seorang yang sihat boleh benar-benar menjadi gila dan terseksa jiwa dan raga oleh ISA. Sudah terbukti sebelum ini bahawa anak-anak tahanan juga pernah mengalami sakit jiwa.Penyeksaan berterusan - Perintah tahanan dilanjutkan
6. GMI juga ingin membawa kepada pengetahuan Parlimen akan perlanjutan tempoh tahanan dua tahanan ISA yang telah sebelum ini ditahan cukup selama enam tahun pada 11 Jun 2008. Mat Sah Mohd Satray dan Shamsuddin Sulaiman kini telah dilanjutkan perintah tahanan mereka oleh Menteri Dalam Negeri selama dua tahun lagi iaitu dari 6 tahun kepada 8 tahun tanpa apa-apa alasan yang munasabah. Mereka telah ditahan sejak 2002, dituduh sebagai anggota Jemaah Islamiah (JI) dan didakwa mengancam keselamatan negara. Satu tuduhan yang berat ke atas mereka tetapi sehingga hari ini masih tiada sokongan bukti walaupun sudah lebih 6 tahun berlalu.
7. GMI mengecam penerusan pencabulan hak asasi ini kerana ia bermakna penyeksaan mental yang berpanjangan ke atas tahanan yang tidak pernah dibuktikan bersalah. Ahli keluarga juga terpaksa berterusan menanggung derita dan sengsara.
8. Kriteria penahanan lanjutan ini sudah acap kali dipersoalkan oleh GMI. Sifat ketidaktentuannya merupakan satu alat penyeksaan yang kejam. Apatah lagi Kerajaan yang diwakili Menteri Dalam Negeri tidak perlu bertanggungjawab menjelaskan apa-apa perkara berhubung penahanan. Beliau boleh berlindung di sebalik ISA. Tidak ada pertanggungjawaban kepada mahkamah, Parlimen atau Suhakam. Parlimen harus mempersoalkan
9. Maka pada hari ini sempena dengan Hari Sedunia Menyokong Mangsa/Tahanan Penyeksaan, GMI ingin menggesa Parlimen, khususnya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mempersoalkan penyeksaan yang dibenarkan berleluasa di bawah ISA tanpa sedikit pun rasa bertanggungjawab di pihak Kerajaan. Bentangkanlah sebagai usul tergempar dan tuntutlah supaya semua tahanan, khususnya yang telah ditahan selama lebih 6 tahun lamanya, untuk dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat atau dibicarakan di mahkamah. Tuntutlah juga supaya ISA dimansuhkan sebagaimana yang disyorkan oleh Suhakam untuk menutup ruang penyeksaan yang terlalu luas. Tuntutlah juga supaya mereka yang bertanggungjawab melakukan penyeksaan disiasat dan di bawa ke muka pengadilan.
10. Tindakan menahan seseorang tanpa bicara adalah suatu tindakan yang tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Ditahan di bawah ISA sudah merupakan satu kezaliman, apatah lagi diseksa dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tanpa proses mahkamah dan pembuktian yang sebenar di bawah ISA, ruang untuk salahguna kuasa terbuka luas. Menteri, Kerajaan dan Polis tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini.Rakyat dan Wakil Rakyat harus bangun membantah kezaliman
11. GMI dengan itu juga mengajak rakyat dan seluruh wakil rakyat yang cinta keadilan dan benci kezaliman untuk sama-sama menzahirkan rasa protes terhadap ISA dengan menyertai MALAM HIMPUNAN RAKYAT ANTI-ISA dan pengisytiharan HARI MERAH HITAM pada hari Sabtu, 28 Jun 2008 jam 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
12. Inilah masanya rakyat bangun dengan diiringi oleh Wakil Rakyat untuk menghantar satu isyarat jelas kepada Kerajaan BN bahawa rakyat Malaysia tidak boleh lagi dibelenggu dan dikongkong dengan iklim ketakutan atau ’climate of fear’ cetusan ISA. Penegakkan prinsip-prinsip asas demokrasi dan keluhuran undang-undang yang didokong negara ini tidak boleh dilaksanakan di atas kezaliman dan pencabulan hak asasi serta kemuliaan insan seperti yang diamalkan di bawah ISA.

Mansuhkan ISA!Bebaskan Semua Tahanan!Tutup Kem Tahanan Kamunting!

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)