Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Thursday, July 17, 2008

Point penting kes tangkapan Anwar

Point penting kes Anwar:

1) Anwar ditahan bukan atas sebab tidak hadir ke IPK tepat jam 2 ptg kerana dia ditahan bukan selepas jam 2. Bermakna tangkapan adalah tanpa sebab di segi undang-undang di samping polis gagal menujukkan waran tangkap.

2) Anwar sebenarnya bukan tertuduh kerana beliau belum dihadapkan ke penghakiman dan tiada dakwaan lagi oleh mahkamah. Beliau hanya hadir membantu siasatan seperti yang diminta. Ini yang ramai salah faham negatakan beliau telah didakwa meliwat! Selagi belum ke mahkamah beliau belum didakwa oleh mana-mana pertuduhan.

3) Anwar tidak perlu beri sebarang DNA atau darahnya kepada polis kerana ian hanya dilakukan atas perintah hakim untuk perjalanan kehakiman. Polis hanya mengambil keterangan, selebihnya diserahkan kepada hakim. ramai yang menuduh Anwar penakut tidak memberi DNAnya diperiksa. Anwar bukan buta perut. DNA boleh dimanipulasi sebelum ada perlindungan mahkamah.

Jom baca artikel di bawah.


Kami dikepung, kata peguam
Jul 16, 08 6:12pm

"Saya berada di dalam kereta bersamanya ketika apabila beliau ditahan. Kami dikepung. Mereka (pasukan polis) berkata 'anda ditahan'"Peguam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - N Sankara Nair - memberitahu pemberita demikian ketika menceritakan apa yang berlaku ketika Anwar ditahan tengahari tadi.Katanya, anggota polis tidak menunjukkan sebarang waran tangkap ketika mereka menahan Anwar dekat rumahnya di Segambut Dalam.Bagaimanapun, katanya, Anwar tidak digari ketika dibawa masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda yang bercermin gelap.

Menurut Sankara, penahanan Anwar tiada kena mengena dengan keengganannya hadir di IPK KL Isnin lalu."Malah, beberapa minit sebelum beliau ditahan, pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira menelefon kita bertanyakan sama ada kami akan datang. Kami jawab, kami akan berada di sana tepat jam 2 petang," katanya."Jika Anwar tidak hadir pada jam 2 petang, maka saya faham mengapa beliau perlu ditahan. Pihak polis telah melanggar kepercayaan dan keyakinan kami sebelum ini terhadap mereka," katanya.

Pada 28 Jun lalu, bekas pembantu Anwar - Mohd Saiful Bukhari Azlan - telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah diliwat oleh ketua umum PKR itu.Manakala Anwar pula mendakwa, ia merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi ia dinafikan oleh pemimpin kerajaan.Sankara berkata, pihak polis mesti menjelaskan tujuan Anwar ditangkap secara begitu.Beliau juga menegaskan bahawa mengikut undang-undang, Anwar tidak perlu memberi contoh DNA kepada pihak polis.Polis mula merakam kenyataan Anwar pada kira-kira 2.50 petang mengenai dakwaan liwat terhadapnya.Adalah dipercayai Naib Presiden PKR, R Sivarasa - yang juga seorang peguam - hadir bersama Anwar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar mengesahkan bahawa Anwar telah ditahan, dan berkata mantan timbalan perdana menteri itu adalah suspek dalam kes liwat dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.Menurut AFP, beliau berkata, Anwar belum didakwa dengan apa-apa tuduhan lagi dan oleh itu, meminta supaya jangan dibuat sebarang kesimpulannya.

Beliau berkata, pihak polis perlu merakamkan kenyataan Anwar bagi menyiapkan siasatan.Menurut Ismail lagi , sebaiknya semua fakta dikumpulkan, maka pihak polis akan membuat keputusan mengenainya.Polis boleh menahan Anwar selama 24 jam dan selepas itu mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk tahanan reman sehingga 14 hari.Tidak dapat dipastikan mengapa Anwar ditahan walaupun beliau telah bersetuju untuk disoalsiasat oleh pihak polis.

Anwar sepatutnya hadir di IPK Kuala Lumpur pada hari Isnin untuk memberi kenyataan.Bagaimanapun, beliau enggan berbuat demikian, dengan mendakwa pihak polis bertindak secara tidak profesional dan mengugut kakitangan dan anggota keluarganya, ketika hendak menyerahkan perintah mengikut Seksyen 111, Kanun Prosedur Jenayah, Ahad lalu.

Semalam, pihak polis memberi kata dua kepada Anwar supaya hadir di IPK Kuala Lumpur pada jam 2 petang atau menghadapi kemungkinan ditahan.

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)