Wednesday, September 08, 2010

Nilai semula di mana punca isu perkauman negara kita

Disiar Harakah Daily 8 sept 2010

Nilai semula di mana punca isu perkauman negara kita

Terlalu banyak hal berkaitan perkuaman berlaku tatkala umat Islam sedunia sedang berlatih menahan nafsu sepanjang Ramadhan tahun ini. Baik dari aspek perkauman melayu mahupun bangsa lain.

Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya baru sahaja selesai membuat laporan polis berkenaan laman Facabook yang menghina Islam dan Allah. Akaun tersebut kelihatannya dinamakan atas nama seorang berbangsa Cia iaitu Katy Lim Li Lian.

GPMS juga baru sahaja membuat laporan polis yang sama terhadap satu akuan faacebook yang menggunakan nama Melayu babi.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee pula telah membuat Klip video terbaru beliau atas nama seni yang belia bawa tetapi berunsur menghina suasana perpaduan keharmonain antara kaum di malaysia.

Masalah ini bukan masalah lama malah ia adalah amalan majoriti penduduk malaysia baik dari kalangan pemimpin, media, artis dan rakyat jelata.

Adakah dengan saranan PM agar SKMM mengambil tindaka tegas terhadap sebarang penghinaan melalui media baru seperti facebook dan youtube akan menyelesaikan ketegangan kaum di Malaysia? Adakah benar kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa institusi keluarga yang gagal telah melahirka para pemikir komunalisme, perkuaman dan sikap chauvinis yang menghina melayu dan islam.

Dari mana fahaman kebangsaan dan ‘tekanan dalaman’ (internal stress) yang berlaku di kalangan masyarakat bukan Melayu sehingga mereka juga berani membuat sesuatu tindakan yang kelihatan mencabar nama Islam dan toleransi kaum sejak merdeka?

Sebenarnya rangka asal kehidupan di Malaysia telah dirangkakan sebagai kehidupan yang penuh dengan nafas perkauman dan ini telah diteruskan denga jayanya oleh para pemerintah hari ini. Penghinaan terhadap dunia melayu dan tradisi melayu iaitu beragama islam bukan sahaja dihina oleh kaum bukan melayu malah juga dicarik dan dirosakkan oleh gerakan atau individu seperti Abdul Kahar yang mengaku sebagai nabi melayu. Kes Ayah Pin yang juga terang-terang membina institusi sesat terkenal di pantai Timur. Bukankah mereka juga disokong oleh segelintir elit melayu yang menganut fahaman sekularism, juga bercanggah dengan Islam? Lihat sahaja betapa sukarnya Mahkamah Syariah untuk mendakwa Abdul kahar sehingga beliau juga masih berjaya membuat blog khas ‘Nabi Melayu’ walaupun telah lama diburu oleh Mahkamah.

Ancaman Mahyuddin bahaawa si penghina agama dan Melayu tidak akan dilepas begitu sahaja, tidak membawa apa-apa remedi berkesan untuk merawat fitrah perkauman dan keresahan kaum di Malaysia.

Selagi mana gendang perkauman dimainkan di media massa, agenda perkauman masih lapuk dalam perlembagaan parti-parti politik Malaysia, selagi mana perpaduan kaum hanya dilampirkan dalam pakej 1 malaysia hanya sebagai kosmetik melalui tarian dan nyanyian beramai-ramai semata-mata, selagi itulah akan muncul beratus-ratus facebook dan klip video sepertimana yang kita lihat hari ini.

Silibus pendidikan AM, Tamadun Asia dan sebagainya yang diajar di kolej dan universiti masih kaku malah ia hanya membincangkan asal usul tanah melayu tanpa menggesa dan memandu anak-anak melayu, Cina dan India di negara ini untuk bertoleransi dan memahami antara agama yang lain. Kampus-kampus di malaysia juga masih menjadi kilang pengeluar produk mahasiswa perkauman yang kemudiannya menghiasi pasaran kerja yang jauh lebih dahsyat perkaumannya.

Naun begitu, dalam membawa agenda perpaduan, bukan sekadar kerajaan dan melayu yang merapatkan jurang sesama kaum, sebaliknya juga tindakan optimis dan progresif daripada bangsa lain untuk mengertikan hakikat perpaduan kaum. Agenda perpaduan kaum juga menjadi dingin memandangkan Malaysia masih terlapuk dengan politik komunalisme yang sempit dan menyesakkan agenda ini berlangsung. Kaum-kaum yang daulunya taat dan setia dengan negara asal mereka kini pula hanya taat kepada parti perkauman mereka. Mereka hanya dipujuk dan ditenteramkan melalui agenda negara serta kontrak sosial sahaja tanpa ada usaha oleh kerajaan untuk memecah tembok perkauman ini.

Kekabutan pemahaman perpaduan kaum adalah disebabkan sosio-politik negara ini. Lirik Namewee dan videonya serta beberapa laman facebook adalah manifestasi isihati segelintir rakyat yang jelak dengan kepura-puraan integrasi kaum. Ia petanda bahawa agenda 1 Malaysia masih teruk bermasalah dan belum merawat masalah lama.

Penyelesaian yang disarankan oleh Setiausaha gabungan Ihtisas dan usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) di dalam akhbar bahawa Namewee perlu diISA adalah langkah penyelesaian lapuk BN sejak dahulu dan ia bukan penyelesai penyakit ini.

Jika ingin meggunakan ISA, tentu parah malaysia ingin ISAkan semua rakyat Indonesia yang terlibat memijak bendera Malaysia yang juga mengandungi simbol Islam iaitu Bulan dan Bintang! Malaysia juga perlu ISAkan TV3 yang jelas menyiar iklan perpaduan kaum ala liberal yang menyamakan islam dengan agama lain. Adakah ini penyelesai masalah? Akta zalim yang buta undang-undang tamadun ini bukan ubat bagi penyakit sosial sebegini. Banyak aspek yang perlu dinilai semula oleh pihak kerajaan khususnya disamping kesedaran rakyat. Jika budaya artis yang berleluasa dibenarkan menghina syariah dan agama islam melalui kenyatan-kenyataan bodoh di media perdaanamereka dibiarkan sahaja, jangan harap kita berjaya menangani rakyat yang menggunakan ruang maya seperti internet.

Lebih malang apabila ada penganut fahaman perkuaman melayu menggesa melayu bersatu untuk menentang persekutuan kaum bukan melayu yang menggugat islam dan Melayu. Bermakna kata si pembela itu juga 2 kali 5 sahaja dengan penghina kaum bukan melayu itu.

Islam telah lama mengharamkan pemikiran chauvinis sempit. Malah tiada amalan dalam syariah yang cuba menerbitkan suasana tegang antara kaum jika diamalkan. Jika benar ingin memahamkan kaum bukan melayu tentang Islam, berilah penerangan yang sahih tentang apa itu islam dan nyatakan di mana perkara yang menjadi sensitiviti Islam dan bukannya telah memalu gendang perkuaman dalam akhbar-akhbar seperti yang berlaku hari ini.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)