Sunday, September 05, 2010

Pemuda Islam dan Jihad I'lamaiy

Pemuda Islam dan Jihad I'lamaiy

Alhamdulillah sepanjang ramadhan saya berjaya menyebar risalah terbitan Lajnah Penerangan Dwn Pemuda Kaw Gopeng beberapa murabithun pemuda di sini.

Antara kawasan yang telah selesai menjadi target kami adalah seperti Medan Gopeng, Taman Desa Aman, Megoplex, Pasar Batu Gajah dan beberapa surau di kawasan ini.

Menyebar risalah nampak rngkas dan remeh tetapi bukan semua insan mampu dan sanggup melakukannya. saya gemar dalam aktiviti menyebar risalah sejak zaman kampus. Di kampus saya pernah membuat risalah sendiri untuk tujuan menyebar ilmu dan isu ummah kepada masyarakat yang saya temui walaupun risalah itu bukan atas nama mana-mana pertubuhan. Pernah menyebar risalah di stesyen LRT, KLCC, Masjid-masjid termasuk masjid negara, Puduraya dan sebagainya.

Bila tamat belajar melalui NGO saya tubuhkan Skuad Penyelamat Aqidah saya sebar risalah juga di sekitar Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang.

Semasa saya membantu Ustaz Dr Mujahid (sekali saja saya bantu beliau) menjual buku-buku agama di masjid-masjid Pulau Pinang, beliau menasihati saya bahawa kerja itu adalah jihad i'lamiy. Jihad menyebar kesedaran dan pengetahuan kepada awam. Saya pegang nasihat itu hingga kini.

Ramai pemuda mampu memasang bendera kerana ia syiar. Syiar mudah sahaja diaplikasikan. Tetapi menyebar risalah adalah tugas dakwah. Syiar adalah adik kepada dakwah. Dakwah adalah tugasan berat kepada insan terpilih. Lantaran itu kerja ini bukan mudah untuk kita kekalkan (istiqamah).

Kepada sahabat-sahabat di Gopeng, teruskan agenda penerangan Islam.

Tarik sahabat mengenal perjuangan PAS melalui Islam dan pengetahuan Islam. Dalam masa yang sama kita juga mampu menarik insan kepada Islam melalui PAS.

Inilah antagonastik dakwah yang ada dalam seni berdakwah. Tiada unsur manipulasi, malah ia adalah seni yang membawa manfaat kepada manusia, haiwan dan tumbuhan di muka bumi ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)