Saturday, October 09, 2010

Program PAS For All; misi penerangan dan dakwah PAS

PAS Kawasan Gopeng berjaya melaksanakan siri program PAS FOR ALL di DUN Sungai Rapat untuk menjayakan misi penerangan dan semarak datar pemilih di kawasan yang ditandingi oleh PAS.

Program ini dijalankan selama seminggu bermula pada 4 Oktober melalui beberapa siri ceramah kelompok dan kuliah maghrib untuk menerangkan misi perjuangan PAS berlandaskan syariat Islam.

Kemuncak program ini adalah semasa Ceramah Perdana (9 Oktober) yang dimeriahkan oleh penceramah seperti Richard Wong (Timbalan Ketua DHPP), Ustaz Zakaria Ahmad, Ustaz radzi Zainon (Calon DUN Sg Rapat) dan Dr Raja Iskandar. Ceramah bertempat di Taman Desa Aman.

Pada 10 Oktober pula acara Sukaneka PAS For All dijalankan serentak dengan Sukaneka PAS Taman Pinji Mewah. Acara yang bersifat santai ini diisi juga dengan edaran risalah bertemakan Sukan Menurut Islam.

Unit Penerangan JPK DUN Sg Rapat berjaya menyediakan dan menghabiskan edaran risalah sebanyak hampir 1100 keping (4 jenis tajuk) sepanjang seminggu program berjalan. Alhamdulillah sokongan petugas PAS dan Dewan Pemuda serta Dewan Muslimat berjaya merealisasikan hasrat penerangan untuk menyebarkan tulisan bertemakan perjuangan PAS berlandaskan islam kepada masyarakat.

Risalah juga berjaya diedar kepada kaum bukan Islam semasa Jamuan Hari Raya Pengkalan Barat (9 Oktober).

Semoga program bermanfaat sebegini akan terus diadakan kerana ia bukan sahaja meagktifkan semula para petugas PAS malah memastikan masyarakat memahami hasrat dan hala tuju perjuangan PAS.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)