Tangani Islamofobia; ikut tarian Barat?
Jelas, Amerika Syarikat tidak memerlukan tazkirah atau penerangan berkenaan apa itu islam daripada Perdana Menteri Malaysia. Malah sejak berlakunya pertembungan peradaban di Andalus sehinggalah berlakunya reconquista (penaklukan semula) pada 1492M, orientalis barat cukup kenal apa itu islam serta hikmah di sebalik syariatnya.
Apa yang diidamkan oleh Washington dan Tel Aviv adalah pengekalan hegemoni yang mereka pusakai daripada Empayar Britain sejak 1945 lagi.
Untuk memupuk dialog peradaban budaya antara benua dan Negara yang sihat atau menuju kea rah convivencia sejagat kata Anwar Ibrahim, pemimpin islam tidak semestinya perlu menampilkan imej west-friendly (mesra barat) yang tunduk kepada kempen keganasan barat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyuarakan pandangan kepada Presiden Barack Obama pada mesyuarat kedua pemimpin ASEAN-AS, di Hotel Waldorf-Astoria, agar rakyat Amerika memahami umat islam dengan lebih mendalam.
Hari ini, gejala islamofobia berlaku akibat akurnya pemimpin umat islam untuk berkempen secara apologatik bahawa umat islam tidak perlu mengikuti jalan ekstrimis sebaliknya mengejar kesederhanaan. Kempen-kempen pemimpin umat islam cukup popular sering menyalahkan umat islam berbenading menegur keganasan da kerakusan kuasa yang dilakukan oleh AS dan isreal secara terbuka seumpama dilakukan oleh Iran dan Turki.
Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada rasa takut terhadap Islam dan penganutnya. Rasa takut atau benci ketidaksukaan terhadap Islam. Istilah ini muncul di awal tahun 1980-an, tetapi menjadi lebih popular pada tahun 2001, sejak tragedy WTC. Islamofobia menjadikan orang islam mengalami diskriminasi di berbagai bidang, seperti ekonomi, sosial, budaya dan politik.
Kerja menangani islamofobia tidak boleh bermula dengan hanya mengistihar kerjasama di peringkat global untuk membasminya. Fobia ini adalah satu psikologi yang terhasil akibat scenario ciptaan barat. Malah pemimpin umat islam yang ingin membasmi fobia ini perlu menunjukkan teladan baik dahulu untuk menanganinya di dalam Negara sendiri!
Adakah semua pemimpin Negara islam memahami syariat islam serta menobatkan Al Quran sebagai sandaran utama pemerintahan? Isu serangan terhadap kaum bukan islam yang ingin mendalami Al Quran, penghinaan hukum islam di kalangan pemimpin, gejala penghinaan hukum islam dan memepersendakan aurat di kalangan artis dan selebriti, isu tuduhan dan diskriminasi terhadap mahasiswa islam di kampus-kampus cukup mengambarkan betapa malaysia juga belum menyekesaikan hutang islamofobianya. Bagaimana pula Malaysia mampu membantu AS yang merupakan perancang islamofobia untuk memahami islam dan bertoleransi.
Peranan yang lebih bijak perlu dimainkan. Pemimpin OIC dan ASEAN perlu bercakap di perhimpunan besar seperti PBB dan sebagainya untuk mengupas akar umbi terjadinya keganasan dan islamofobia. Adakah si ketua perang yang ingin membasmi keganasan itu tidak mengganas? Jangan cepat menunding jari ke arah umat islam semata-mata ingin membina imej toleransi yang akhirnya akan menjadi imej ‘budak Amerika’ yang merugikan ummah.
Perdana Menteri Malaysia amat berharap jika rakyat Amerika yang majoritinya bukan beragama Islam untuk memahami Islam dan syariahnya. Ironinya, gejala ketidakfahaman islam paling dahsyat juga berlaku di kalangan melayu-Islam di Malaysia. Tambahan pula, sikap anti syariah islam, tidak menutup aurat dan menghina ulama’ juga berlaku di kalangan pemimpin melayu-islam. Inilah krisis terbesar islamofobia, fobia yang berpuncaa akibat kemelesetan pegangan islam kaum islam itu sendiri, bukannya disebabkan ketidakfahaman kaum bukan slam sahaja.
Kini Obama cukup pening dan sibuk ke hulu ke hilir menjelaskan bahawa beliau bukan beragama islam seperti yang disangka oleh 45% rakyatnya. Majalah Times (September 2010) memetik kata-kata beliau, ‘I can’t spend all my tme with my birth certificate plastered on my forehead. Daripada memahamkan rakyat AS tentang Islam, lebih baik beliau memahamkan rakyat AS bahawa beliau adalah Kristian asli dan bukannya muslim!
Menangani islamofobia memerlukan penampilan amalan dan keeratan syariah islam dengan kehidupan dan bukannya menampikan statistik ekonomi mahupun kenaikan KDNK semata-mata. Hari ini negara umat Islam yang mengalami pertumbuhan ekonomi hebat akan dianggap juara yang mampu menghakis prejudis barat.
Menurut laporan Buletin OIC bulanan, selepas satu soal selidik dilakukan di Scotland, 60% rakyatnya bersetuju bahawa syariat islam sesuai dengan rutin harian rakyat Scotland berbanding England walaupun masih ada keterbatasan untuk bergaul di pesta arak atau jamuan minum. Inilah syariah islam yang perlu difahamkan.
Laporan Tahunan ketiga OIC merangkumi tempoh dari Mei 2009 hingga April 2010 ada membuat kesimpulan berkenaan keadaan islamofobia terkini di Eropah Barat dan Utara Amerika. Hak asasi umat islam masih dilanggar dan kebebasan beragama masih terhad. Label umat Islam sebagai "pengganas, agama kekerasan , tragedi bias dalam liputan media dan sebagainya. Mengapa takrifan ekstrim masih dirujuk daripada penggunaan AS dan sekutunya?
Berdasarkan ucapan Perdana Menteri bersempena Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ulama’ dan Umara’ Pada 5 Feb 2010 (Jumaat), PICC Putrajaya, beliau cukup menekankan aspek wasatiyyah atau kesederhanaan sebagai lawan kepada sikap ekstrim. Kalimah ekstrim kebanyakkan difahami berdasarkan kamus korpus barat yang menuduh umat islam yang tegar mengamalkan syariah sebagai ekstrim secara melulu. Kalimah ini tidak dihurai secara saksama. Akibat terdorong dengan konotasi Barat, kalimah ekstrim diperangi oleh pemimpin umat Islam dengan membantai para alim ulama’ ,mendiskriminasi pelajar pengajian islam dan sekolah agama, menangkap dan menyeksa dengan ISA terhadap umat Islam tanpa soal selidik secara perundangan yang sah. Inilah layanan yang dilaksanakan di Guantanamo tajaan AS yang kini ingin didampingi oleh Perdana Menteri Malaysia. Adakah ini menyumbang ke arah pengurangan islamofobia?
Islamofobia datang dari sikap Barat. Ia juga disumbang akibat sikap umat Islam yang mengucupkan kerja dakwah sehingga islam tidak menyinar kepada kaum bukan islam. Ia juga diakibatkan konspirasi media atau politik antarabangsa untuk menampilkan keburukan Islam semata-mata. Lantaran itu, menghapuskan islamofobia perlu mendasar kepada puncanya dan bukan hanya menemplak umat islam yang mengamalkan syariah sebagai kaum yang ekstrim walaupun Islam tetap melarang perbuatan iabadah secara ghuluw (melampau).
Muhammad Nuruddin Bashah
Sekreteriat MUDA-TERAS
No comments:
Post a Comment