Friday, January 28, 2011

BN memperbodohkan rakyat dengan cabaran turunkan harga barang terhadap kerajaan PR

BN memperbodohkan rakyat dengan cabaran turunkan harga barang terhadap kerajaan PR

UMNO dan BN kini cukup kian tertekan, demikianlah yang boleh disimpulkan oleh Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng apabila meneliti pandangan dan kecaman pimpinan BN terhadap sikap optimistic dan agresif PR untuk membantu rakyat menurunkan harga minyak dan barangan am.

Berdasarkan kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Datuk Ahmad Bin Maslan yang mencabar Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat supaya mengawal dan menurunkan harga minyak seperti yang disiar dalam Sinar Harian 26 Januari 2011, rakyat perak semakin menragui kemampuan BN membela rakyat.

Beliau bercakap sebelum pertemuan dengan Pimpinan MCA Labis, “Yang pembangkang ni kata BN ni barang naik, barang naik ni, saya nak mencabar hari ini pada pembangkang turunkan harga minyak di negeri yang mereka perintah, turunkan harga gula, turunkan harga minyak masak, turunkan harga LPG, turunkan harga diesel ….”“… Kelantan cari duit, Pulau Pinang cari duit, Kedah cari duit sendiri, Selangor cari duit sendiri, bagi subsidi jangan tuduh (kerana) kita (BN) harga barang naik…”

Melalui ungkapan sebegini, jelas pemimpin UMNO-BN melatah dan cukup melenting apabila ada kelompok lain yang sudi mengambil tempat mereka ‘membela rakyat’.

Pemuda PAS Gopeng juga sedih melihat ramai rakyat DUN Tenang yang cuba dialih pandang berkenaan isu harga barang. Rata-rata media massa elektronik hanya menemubual rakyat (pro BN) dan rakyat kelihatannya ‘bersyukur’ kerana barang makanan masih mampu dibeli dan masih ada dalam pasaran. Adakah ini cara BN mendidik ekonomi kepada rakyat sehingga rakyat disorokan fakta petaka indeks harga barang yang bakal pada masa akan datang?

Mengapa Ahmad Maslan tidak dedahkan kenyataan Dato’ Seri Idris Jala bahawa kerajaan akan hapuskan subsidi barang terkawal sehingga tahun 2015 !

Malah FOMCA juga mengakui barangan makanan asas di Malaysia tiada stok penimbal menyebabakan krisis tidak cukup barang boleh berlaku. Malah lebih buruk FOMCA juga mendedahkan tiada amaran awal kerajaan terhadap kenaikan harga menyebabkan jika import harga naik, pembekal alternatif tidak dicari. Mengapa hal ini BN membisu malah menyarakankan rakyat menanam sayur untuk mengatasi keniakn harga bawang.

Isu harga barang bukan isu mainan seperti yang Ahmad Maslan fahami. Cabarannya kepada kerajaan PR jelas menampikjan kejahilannya terhadap sistem federalisasi dan ruang kuasa kerajaan negeri berbanding kerajaan pusat. Besar kemungkin beliau ingin menjahilkan rakyat melalui cabarang kebudak-budakan tersebut.

Jika benar ramalan Merdeka Center berdasarkan laporan pada sekitar Disember 2010 bahawa sokongan terhadap BN purata menurun dari angka bulan Mei 2010. Sokongan pada bulan Mei 2010 terhadap kerajaan BN adalah 72 persen telah jatuh dalam kajian Disember 2010 kepada 69 persen. Mengikut pandangan itu penurunan peratusan ini adalah disebabkan kenaikan harga, berpunca dari kenaikan harga bahan bakar dan gula.

UMNO tidak mampu menyelesaikan isu harga barang lantaran sejak 12 tahun hanya mendedahkan bajet defesit dalam Parlimen. Rakyat mahukan perubahan dan PRU-13 adalah medan paling baik untuk realisasikan hasrat rakyat.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)