Sunday, January 09, 2011

Di mana kewajaran isteri menteri ke luar negara sekarang?

Kenyataan Media

Di mana kewajaran isteri menteri ke luar negara sekarang?

Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

Dewan Pemuda PAS Gopeng berpendapat, adalah perlu dan wajar bagi pihak kerajaan meneliti semula kewajaran lawatan para isteri menteri yang diketuai oleh Datin Seri Rosmah ke Arab Saudi baru-baru ini.

Sehingga kini, rakyat bawahan terutamanya belum mendapat sebarang maklumbalas yang positif, memberangsangkan serta komprehensif berkenan hasil lawatan dan penghantaran deligasi isteri Perdana menetri ke luar negara.

Rosmah bersama delegasi seramai 20 orang termasuk anggota BAKTI serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri berlepas dengan pesawat khas untuk mengadakan rombongan ke Arab Saudi.

Beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri berlepas pada pukul 2.30 petang Sabtu (8 januari 2011) melalui Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). (Bernama)

Di Arab Saudi, beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Riyadh.

Rakyat Malaysia tentu sekali berpendapat bahawa ucaptama sebegitu hanya layak diberikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau Menteri Luar Negara yang diberi mandat oleh kerajaan untuk portfolio sebegitu.

Di dalam suasana negara yang diramalkan bakal bengkrap oleh para penganalisa ekonomi dan menteri kabinet, bajet yang cukup besar masih diluluskan kepada isteri para menteri ke luar negara walaupun kemungkinan tanpa membawa sebarang hasil yang cukup dampak kepada politik dan ekonomi negara.

Rakyat merasakan, cukup Projek Permata yang menelan jutaan ringgit dilepaskan ke tangan isteri Perdana Menteri walaupun program sedemikian rupa tidak membawa kesan besar kepada masyarakat marhain. Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor pernah dinyatakan oleh Presiden PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyatakan, fokus kerajaan telah tersasar melalui perlaburan wang sebegini besar memandangkan PERMATA juga masih di peringkat percubaan.

Jika benar isteri para Menteri ingin terlibat dalam isu-isu antarabangsa, kebajikan dan pendidikan, mereka boleh sahaja menjadi penaung NGO-NGO yang sekian lama ikhlas bekerja dalam isu-isu sosial tanpa perlu menelan jutaan ringgit untuk melaksanakan misi mereka. Kini Malaysia memiliki banyaak NGO yang konsisten malah non partisan dalam melaksanakan perjuangan mereka. Kehadiran aktivis sosial atas nama isteri Menteri tidak sama dengan kehadiran mereka atas tiket NGO yang lebih ikhlas berkhidmat atas misi sosial.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng

9 januari 2011

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)