akan diadakan pada 28, 29, 30 Oktober bertempat di Shah Alam.
Tujuan untuk pmantapan tarbiah, mendidik jiwa dan fikrah pemuda untuk bersedia untuk membela agama.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Apa terjadi dalam tempoh 60 hari tahanan ISA?
Tahanan akan berdepan dengan sebahagian atau kesemua perkara di bawah:
· Di bawa ke lokasi rahsia(mata ditutup berjam-jam)
· Dikurung dalam sel sunyi dan kotor
· Disoal berjam-jam tanpa henti (marathon)
· Dihalang tidur atau rehat
· Dilarang beribadat tambahan
· Dibogelkan
· Diarah berjalan itik, berenang atas lantai, lompat katak
· Dipukul (kemaluan, perut atau kaki)
· Dipaksa menandatangani dokumen palsu
· Ugutan rogol-ganguan seksual terhadap isteri
· Dua jenis SB, garang-merayu tetapi menipu
Perkara yang sepatutnya dipinda dalam ISA
1. Pindaan seksyen 73(1) yang menyatakan sesiapa sahaja boleh ditahan 60 hari berturut-turut.
Tahanan terlalu lama dan tidak munasabah kerana Negara maju lain ISA mereka hanya menahan selama 14 hari untuk soal siasat.
2. Seseorang yang ditahan sesama soal siasat wajib dibenarkan berjumpa peguam, keluarga sesuai dengan Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan. ISA telah melanggar Perlembagaan!
3. Pinda seksyen 8, dimana tahanan selepas 60 hari boleh sahaja diteruskan hingga 2 tahun. Menteri Dalam Negeri berhak tahan tanpa bicara sesiapa sahaja. Seksyen 8 juga menyebabkan tahanan lanjutan dari 2 tahun ke 4 tahun dan seterusnya (gandaan 2 tahun).
4. Ada peruntukan yang membenarkan mahkamah menyelidik kuasa menteri yang menahan tanpa sebab. Peruntukan ini telah dimansuhkan pada 1989! Jika ada pun mahkamah hanya boleh personal kesilapan teknikal tangkapan bukannya mempersoal sebab musabab sesuatu tangkapan. Zalim!
Fakta lagi tentang ISA
Dibentang oleh Tun Razak di Parlimen pada 1960 untuk terus memburu komunis katanya.
Dirangka oleh RH Hickling
Dipinda sebanyak lebih 20 kali kerana memang kontroversi
Asas ISA adalah dikatakan menepati Perkara 149 ( subversive) dan Perkara 150 ( Darurat)
0 comments:
Post a Comment