Saturday, September 03, 2011

KERAJAAN ‘LEMAH, TIDAK AMANAH, RASUAH’:BN PERAK PERLU SEDAR

Kenyataan Media (25 Ogos 2011)
KERAJAAN ‘LEMAH, TIDAK AMANAH, RASUAH’:BN PERAK PERLU SEDAR
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat yakin dengan keikhlasan pengakuan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria di dalam program Wacana Sinar Harian semalam, yang menyatakan bahawa kerajaan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai kerajaan yang ‘lemah, tidak amanah, rasuah’. Kenyataan tersebut sewajarnya perlu dijadikan intipati dan teras pertimbangan rakyat di dalam memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk memelihara amanah rakyat dalam ruang dan peluang yang ada semasa Pilihan Rraya Umum (PRU) ke - 13 nanti.
Peringatan itu juga jelas membawa mesej agar jika pemimpin yang lemah, tidak amanah dan rasuah ini masih dipilih untuk memerintah, maka ia akan hanya menjadikan Bangsa Melayu makin berpecah dan sentiasa mundur kebelakang. Kenyataan tersebut bertepatan dengan apa yang telah didedahkan oleh PAS Perak sejak dari dulu lagi. Antaranya apa yang dinyatakan oleh Dewan Pemuda PAS Perak Februari lalu berkaitan seorang EXCO Kerajaan Negeri Perak yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hal yang sama juga dapat diperhatikan dari pendedahan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak April lepas berkenaan satu dokumen membabitkan penyalahgunaan kuasa yang berunsur rasuah oleh seorang EXCO Kerajaan Negeri Perak.
Terakhir, isu projek mega berjumlah RM5.8 Bilion yang dianugerahkan kepada Syarikat Atigas Technology yang awalnya hanya mempunyai modal berbayar kurang daripada RM100, yang hebat dipertikaikan di Sidang DUN Perak pada awal Ogos yang lalu. Gambaran-gambaran ini jelas menunjukkan kesahihan kenyataan Tan Sri Harussani tentang 'kelemahan, pengkhianatan dan amalan rasuah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak mampu dibendung oleh ulama kerajaan dari terus berleluasa. PAS Perak yakin rakyat Perak sedar dan perihatin terhadap gejala ini demi memastikan ianya tidak berterusan dan dikembalikan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang telah terbukti di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang terbukti bersih daripada amalan rasuah.
Jesteru, gejala rasuah ini masih menular di dalam BN yang memerintah termasuk di Perak. Kami yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri sepertimana yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Harussani. Masyarakat Islam terutamanya yang yakin bahawa amalan rasuah tersebut adalah kotor perlu menolak siapa sahaja pemimpin yang tercalit dengan imej rasuah.
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)