Kajian : MENANG SAMAN BUKTI SIAPA BENAR SIAPA SALAH
Tujuan kajian ini dilakukan
- Mengumpul senarai kejayaan saman yang difailkan
oleh pemimpin Pakatan Rakyat terhadap kezaliman dan penipuan serta
aktiviti fitnah yang dilakukan oleh pemimpin dan media pro kerajaan BN.
- Membuktikan bahawa sistem mahkamah sivil (bukan
hukum Islam) juga membuktikan aktiviti pihak yang zalim dan berniat jahat.
- Rakyat perlu diberi penerangan isu-isu kejayaan
saman ini, isi kandungan kes dan komentar Hakim yang membuktikan UMNO-BN wajib
ditolak rakyat walauapun Hakim tidak membuat penghakiman atas wazan
politik.
A.
Saman ISA
1.
5 pemimpin Pakatan Rakyat dianugerahkan pampasan sebanyak RM 4 juta kerana
ditahan secara salah dibawah ISA pada 2001.
2.
Keputusan yang dibuat Hakim
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan itu juga, mengesahkan kenyataan
penulis beberapa hari lepas bahawa Hakim diperingkat Mahkamah Tinggi sudah
dibebaskan dari cengkaman kerajaan dan dengan itu lebih bebas dalam membuat
keputusan.
3.
2 Oktober 2012- saman yang difailkan oleh beliau bersama empat orang
tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 2001 terhadap bekas Ketua Polis
Negara, Tan Sri Norian Mai, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.
4.
Mahkamah telah memutuskan bahawa penahanan Saari, Tian Chua, Hishamuddin
Rais, Dr Badrul Amin dan Badaruddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada
tahun 2001 adalah tidak sah, bermotif politik dan mala fide (berniat jahat).
(Bukti
UMNO-BN jahat!)
5.
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam pengadilanya menganugerahkan kelima-lima
bekas tahanan ISA masing-masing sebanyak RM15,000 bagi setiap hari penahanan
mereka di bawah seksyen 73, ISA dan RM30,000 sebagai ganti rugi teruk serta
RM25,000 sebagai gantirugi saman fitnah.
B.
Saman Fitnah UTUSAN
1.
30 Ogos 2012 Mahkamah Tinggi
Sivil Kuala Lumpur perintah Utusan
Melayu (M) Bhd bayar gantirugi kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin isu
berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor. Fakta :
UTUSAN tiada peguam sejak awal kes menunjukkan sombong dan angkuh!
2.
8 Oktober 2012- Utusan
Malaysia mohon maaf kepada MP Sepputeh Teresa Kok kerana fitnah yang disiar
Mingguan Malaysia 12 Oktober 2008
3. 22 Jun 2012- Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang dapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah fitnah Ketua Menteri
Pulau Pinang dan diperintah bayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng. RM200,000
adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi
adalah kos mahkamah. Utusan Melaysia menulis pada 12 Mac 2008 bertajuk
"Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.
4. 14 Disember 2011- Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dapati akhbar
milik Umno, Utusan Malaysia bersalah fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang isu berita
yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember 2010.
Utusan beri pampasan RM200,000 dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.
Utusan menuduh Lim sebagai seorang
‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’.
5.
14 Oktober 2011- Mahkamah
Tinggi arah Utusan Malaysia bayar RM60,000 kepada Ahli Parlimen PAS Khalid
Samad artikel fitnah disiarkan 2009.
Artikel Utusan bertajuk Zulkifli bidas Pak Janggut”, disiarkan pada September
2009.
6.
12 Mei 2012 Utusan Malaysia mohon maaf kepada
senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam
artikel sebagai anti-Islam Permohonan
maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di Utusan dan laman web berhubung artikel yang
disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau
BERSIH 3.0'.
C.
Saman Tuduhan Pengganas
Presiden PAS
D.
Saman Fitnah terhadap DSAI
1.
19 Jun 2012 - DSAI menang kes
saman fitnah terhadap Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan menerima
wang sebanyak RM60 juta di Mahkamah Tinggi kuala Lumpur.
a.
Pada 26 Mac lalu, Anwar
Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga
Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar
Utusan Meloya.Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta
oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.
b.
Selain menamakan Nallakaruppan
sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd
sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul
Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.
c.
DSAI mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti
yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan
dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua
pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.
d.
Anwar menuntut ganti rugi am
sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain
yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
e.
Memohon satu injunksi bagi
menghalang semua defendan dan ejen.
f.
Nallakaruppan mendakwa pernah
melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat
memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan
yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi
Hafilda.
2.
18 Ogos 2005 - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan
tuntutan gantirugi sebanyak RM4.5 juta kepada bekas Timbalan Perdana Menteri,
Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnahnya terhadap penulis buku, Khalid
Jefri (50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi PM).
a.
Hakim- Dato' Hishamuddin Mohd Yunus.
b.
Penulis buku, Khalid Jafri
Bakar Shah, 65, dan isterinya Rozihan Abdul Ghani merupakan penerbit Media
Pulau Lagenda -buku tersebut mengandungi fitnah terhadap Anwar.
c.
Hishamudin berkata, bayaran
yang begini besar adalah luar biasa di Malaysia tetapi itulah nilai yang wajar
berdasarkan tuduhan yang dibuat terhadap Anwar dalam buku itu dalam
kedudukannya yang begitu tinggi ketika itu dan tidak adanya permohonan maaf dan penyesalan dari defendan.
d.
Kata Hakim, buku itu telah
disebarkan kepada kesemua perwakilan dalam perhimpunan agung Umno pada bulan
Mei 1998 dan Defendan dan lain-lain pihak yang berkonspirasi dengannya
telah berjaya mencapai matlamat mereka Dan Hakim anggap Karier
politik plaintif (Anwar)telah hancur hasil dari penerbitan buku ini
3.
Ternyata Khairi Jamaludin
membuat fitnah.
a.
16 Januari 2013- Ketua Umum
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju
kes saman RM100 juta terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar diselesai di luar
mahkamah.
b.
Khairi menarik semula kenyataan fitnah ke atas
beliau.
c.
di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.
d.
Kes saman fitnah RM100 juta
difailkan oleh Anwar terhadap Khairy pada 7 September 2007 kerana Khairi mengeluarkan
kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada
Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun
sama.
e.
Kenyataan ini antara lain
mendakwa Anwar adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan
Yahudi.
E.
Zunar menang saman
- 31 Julai 2012 - Zulkiflee
SM Anwar ( Zunar) menang kes saman
ke atas kerajaan dan empat yang lain kerana merampas 66 buku dan satu
lukisannya pada tahun 2010.
- Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.
- Pada 15 Jun 2011, Zunar
memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden kerana
merampas 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.
- Hakim Vazeer memutuskan
bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang
bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada
waktu itu.
- Saman Mustafa Ali menang
1.
7 September 2009 - Setiausaha Agung
PAS, Datuk Mustafa Ali menang samannya ke atas kerajaan dan polis.
- Kerajaan setuju bayar RM50,000 sebagai gantirugi kerana menahan
beliau di bangunan Parlimen 11 Julai tahun 2007.
- Diputuskan oleh Hakim Mahkamah
Tinggi, Hakim P.S. Nathan.
- Mustafa mengemukakan saman kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi,
Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
- Saman terhadap Pimpinan
PR ditolak Hakim
- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah) tolak saman
fitnah RM30 juta yang
difailkan oleh Pengerusi Umno P.Pinang , Datuk Zainal Abidin Osman
terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain.
- Karpal Singh kata Zainal Abidin tidak mempunyai locus standi
(kepentingan mencukupi) untuk memulakan saman terhadap defendan dan
perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau ahli,
didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar Pertubuhan
(ROS).
- Zainal Abidin fail saman pada 24 Oktober 2011, terhadap KM dan media
elektronik Keadilan Daily didakwa fitnah
cuba mengaitkan Umno dengan demonstrasi di Komtar dan pada Jambatan Pulau
Pinang, serta tuduhan cubaan
membakar ibu pejabat negeri DAP tahun 2010.
Muhammad Nuruddin Bashah
Lajnah Penerangan Dewan
Pemuda PAS Gopeng
No comments:
Post a Comment