Wednesday, January 15, 2014

Nota Mudah Faham - KENAPA BN TERDESAK BEBANKAN RAKYAT PASCA PRU 13?


Nota Mudah Faham - KENAPA BN TERDESAK BEBANKAN RAKYAT PASCA PRU 13?
Susunan : Muhammad Nuruddin Bashah
AJK DPPK Gopeng 2013

Dasar fiskal kerajaan kelihatan menekan rakyat.

  1. GST - berjanji laksanakan GST pada tahun 2015
    1. Mulai 1 April 2015 pada kadar 6% bagi ganti SST
    2. Diumum PM semasa bentang Bajet 2014
    3. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang - cukai dari segi Islam hanya dikenakan ke atas sesuatu yang mendatangkan keuntungan dan pulangan, bukan atas keperluan dan transaksi rakyat. (GST dilaksana BN kerana keperluan menutup hutang dan defisit bajet saban tahun)
    4. GST tidak wajar dilaksana dalam suasana ekonomi:
      1. FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini dibebani jumlah hutang yang begitu serius,
      2. Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna - > 30 peratus daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang
      3. Pendapatan isi rumah bulanan bumiputera RM4,457 sebulan manakala Cina dan India meningkat lapan peratus dan sembilan peratus, masing-masing kepada RM6,366 dan RM5,233.
      4. Jumlah hutang isi rumah sebanyak 75.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ( Julai 2012) .Setiausaha Penasihat Syariah, Bank Islam Mohd Nazri Bin Chik, sehingga Mac 2013, angka tersebut meningkat kepada 82.9 peratus dan merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.

  1. Subsidi dikurangkan begitu banyak.
    1. Bajet 2014 memotong RM7.29 bilion jumlah subsidi kepada rakyat.
    2. Sebelum Bajet 2014 kerajaan menarik balik subsidi gula untuk rakyat berjumlah RM551.25 juta
    3. Tarik subsidi minyak masak untuk rakyat bernilai RM505.4 juta
    4. Subsidi petrol dikurang 20 sen seliter
      1. September 2013 kenaikan RM 20 sen RON 95, jadi RM 2.10 seliter.
      2. Kerajaan jimat subsidi RM3.3 bilion = 13.36 % daripada jumlah tanggungan subsidi minyak negara - RM24.7 bilion.
      3. Tim Menteri Kewangan Dato’Ahmad Maslan - jimat subsidi minyak untuk beri BRIM untuk rakyat. BRIM tujuan politik sedangkan subsidi minyak untuk keseluruhan keperluan rakyat. Model pentadbiran BN - tolak orang dalam air kemudian berpura-pura beri pelampung untuk selamatkan untuk tonjol imej penyelamat,

  1. Kenaikan tarif elektrik.
    1. Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili umum kenaikan tarif elektrik = 14.98 % atau 4.99 sen berkuatkuasa Januari 2014.
    2. Harga semasa yang ketika ini 33.5 sen per kwj meningkat kepada 38.53 sen per kwj.
    3. Perhimpunan Agung Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata kenaikan tarif elektrik dapat menjana ekonomi negara.
    4. Menurut Dr Rosli Yakub Penolong gabenor Bank Negara- Kenaikan tarif elektrik yang terlalu tinggi pada kadar 15 % tidak mungkin boleh menjana ekonomi negara, kerana pengilang akan menjimatkan elektrik dan menjejas pengeluaran. Harga akan naik dan permintaan akan berkurangan. Permintaan kurang = pengeluaran kurang = pertumbuhan ekonomi malap.
    5. Ketua pegawai eksekutif suruhanjaya Tenaga , Datuk Ahmad Fauzi peningkatan tarif elektrik yang diumumkan untuk menampung kos penyelengaraan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia. Kos penyelenggaraan itu turut melibatkan kerosakan yang banyak berlaku di janakuasa dan juga ke atas masalah ketidaklancaran sistem. Masalah berkenaan dikesan banyak berlaku sejak tiga tahun lalu.
    6. Keuntungan TNB bersih selepas tukaran wang asing berjumlah = RM4.61 bilion bagi keseluruhan tahun kewangan berakhir pada 31 Ogos 2013 peningkatan sebanyak 4.6 % berbanding RM4.41 bilion pda 2012. (Jadi untung pergi ke mana?) - bahana wujudnya syarikat monopoli.

  1. Kenaikan kadar tol
    1. Walaupun hingga kini (Januari 2014) belum naik kadar tol, tetapi kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada 2014 antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya menakutkan rakyat.
    2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014. Kata beliau kenaikan itu tidak dapat dielakkan.
    3. Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman,berkata kenaikan yang dikatakan berpunca daripada perjanjian konsesi itu sebenarnya hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja
    4. FOMCA- patut menangguhkan kenaikan kadar tol yang dijangka bermula 2014

Cara kerajaan ingin bantu kurangkan beban rakyat

  1. Beri BRIM-
    1. Untuk tahun 2013, BR1M sebanyak RM2.9 bilion,
    2. tahun 2014 penambahan bayar BR1M ditambah RM1.9 bilion.
    3. Pemotongan subsidi RM7.29 bilion untuk ‘cover’ BRIM.
    4. Potong subsidi tolak bayar BRIM ada untung untuk negara RM 2.49 bilion.
  2. Bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar- adakah mencukupi dengan kos lain meningkat?
  3. Pemansuhan yuran persekolahan - sebelum ini juga wajar dimansuh yuran.
  4. Pemberian bantuan makanan dan pinjaman buku teks - sudah lama diberi, sememangnya wajar dikekalkan.
  5. Insurans bas sekolah - bukan keperluan
  6. Pemberian Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 setiap pelajar institut pengajian tinggi - berguna
  7. Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) serta jualan terus dari kilang bagi memastikan harga yang berpatutan untuk produk makanan dan keperluan asas, meneruskan subsidi- kualiti amat rendah, tanpa vitamin.
  8. Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 ke atas pendapatan tahun 2013.
  9. Amanah Ikhtiar Malaysia-
    1. Macam Couts Marmoth- bayar mingguan, jika tidak mampu bayar, rakan peminjam lain terpaksa tanggung hutang itu-bebankan rakyat. Pegawai (dipanggil cikgu) serang rumah peminjam bersama peminjam lain-malukan.
    2. Tidak benarkan full settelment walaupun peminjam mampu- tetap mahu interest asal. Misalnya pinjam RM 3000 tetap mahu interest RM 1500.
    3. Pegawai, penjawat AIM biadab- anggap peminjam peminta sedekah.
    4. Bayaran mingguan- lambat sehari ugut ambil barang rumah, interest naik, blacklist- gaya along.
  10. TEKUN
    1. Hanya ahli UMNO sahaja boleh pinjam. Bukan membantu rakyat.
    2. CEO Tekun Dato’ Abdulahim Hasan - TEKUN ditubuhkan untuk bantu ahli UMNO sahaja.
    3. Pinjamkan sebanyak RM 2.42 bilion sejak 1998, hanya RM 1.43 bilion dibayar balik oleh peminjam, sedangkan peminjam PTPTN diburu dan senarai hitam!
  11. Kerajaan umum 11 langkah jimat -rakyat perlu pantau sejauhmana kerajaan laksanakan.
    1. Komentar - Langkah-langkah penjimatan yang diumumkan beliau banyak melibatkan kakitangan awam di bawah, seolah-olah kakitangan kerajaan adalah punca utama pembaziran pentadbiran beliau.
    2. Tidak menyentuh kepada perkara-perkara besar yang menyebabkan bebanan kewangan kepada rakyat.
    3. Elaun bulanan keraian yang diterima perdana menteri ialah RM16,979. Apabila ia dipotong 10 peratus, perbelanjaan yang berjaya dijimatkan RM1,698 sebulan atau RM20,374 setahun. Tetapi RM6.8 bilion yang diperuntukkan kepada PM untuk projek-projek berbentuk kempen politik (melalui dana fasilitasi sebanyak RM4 bilion, penyusunan masyarakat sebanyak RM900 juta, program mesra rakyat sebanyak RM665 juta, program pembangunan RM1.1 bilion dan projek khas RM202 juta), satu sen pun tidak dipotong
    4. Apa yang dijanjikan itu adalah : -
      1. Pengurangan 10 % elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 % bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.
      2. Pengurangan lima % kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
      3. Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 % kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas).
      4. Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
      5. Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.
      6. Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.
      7. Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.
      8. Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
      9. Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
      10. Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.
      11. Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.

Hakikatnya kerajaan mengaku ada bebanan dalam ekonomi negara. Kenapa?
  1. Boros
    1. Tun Mahathir - Sinar Harian 5 September 2013 mengaku kerajaan BN boros.
    2. Anak Rosmah- beli Kondominium RM 110 juta di New York.
    3. Laporan Maybank Berhad bahawa hutang negara bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK.
    4. Tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 49 tahun dan hanya menikmati lebihan kewangan selama 5 tahun berturut-turut (tahun 1993-1998), iaitu ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

” Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara
  1. Korupsi
    1. Terlalu banyak - rujuk Laporan Ketua Audit Negara 2012
  2. Fitch rating1
    1. Fitch Rating menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada ‘stabil’ kepada “negatif” 2013.
    2. Hutang yang dijamin kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Najib melonjak hampir RM150 bilion pada 2012 daripada RM96.9 bilion pada 2010.
    3. Menurut Fitch Ratings, hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada 53.3 % daripada KDNK pada akhir 2012, meningkat daripada 51.6 % pada tahun sebelum dan 39.8 % pada akhir tahun 2008.
    4. Kenaikan 19 % dalam perbelanjaan gaji penjawat awam kerana pilihan raya umum telah juga menyumbang melebarkan defisit bajet
  3. Indeks Rasuah
    1. Rasuah punca wang lesap.
    2. Indeks Rasuah Malaysia 2013 naik dari tangga 54 ke 53.
    3. Peruntukan pengurusan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2013 adalah sebanyak RRM252 juta manakala Jabatan Audit Negara pula RM14 juta. Peruntukan tambahan berjumlah jutaan ringgit juga disalurkan ke makmal Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 selain iklan-iklan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
    4. Tahun 2014, peruntukan kepada SPRM ditingkatkan kepada RM298 juta dan Jabatan Audit Negara juga naik kepada RM169 juta, menjadikan jumlah keseluruhan RM467 juta untuk kedua-dua agensi tersebut.
    5. Bajet besar- kenaikan hanya 1 tangga.
  4. Aliran wang haram
    1. Global Financial Integrity (GIF),Malaysia - sebanyak AS$54.18 bilion (RM174 bilion) telah mengalir keluar dari sempadan negara ini secara haram pada tahun 2011.
    2. 80% daripada aliran wang haram ini berpunca daripada ‘trade misinvoicing’/mis pricing ( aliran kewangan yang tidak direkodkan atau terlebih catat.) bukan korupsi tetapi Malaysia gagal urus aliran wang- Bahaya!
    3. Tetapi - Mukasurat (xi) laporan GIF ( (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002 – 2011) menyatakan bahawa “..The panel data regressions also show that an increase in corruption increases trade misinvoicing..”- unsur rasuah/korupsi yang sebabkan terjadi mis-pricing.
    4. Defisit belanjawan setiap tahun -perbelanjaan yang melonjak naik misalnya perbelanjaan-perbelanjaan besar yang melibatkan bayaran ke seluruh dunia.

  1. Tujuan kekal kuasa-Tamak
    1. Menurut penganalisis pengguna Nielsen Media Research- Pejabat Perdana Menteri belanja RM67.8 juta iklan BN, tertinggi dikalangan pengiklan lain, melebihi RM43 juta yang dibelanjakan oleh classifieds dan RM25 juta masing-masing oleh Nestle dan Unilever Malaysia.
    2. Penganalisa politik Asean, Dr Bridget Welsh menganggarkan Dato Seri Najib telah membelanjakan secara purata RM 4,364 untuk seorang pengundi dalam menghadapi PRU yang lepas.

Bertam
11.54 malam 14 Januari 2014
Maulidur Rasul



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)