Sunday, August 24, 2014

PEMUDA PAS KEDAH SERU AHLI AKUR DAN TAAT DENGAN KEPUTUSAN MESYUARAT PAS PUSAT



KENYATAAN MEDIA 19 OGOS 2014
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

PEMUDA PAS KEDAH SERU AHLI AKUR DAN TAAT DENGAN KEPUTUSAN MESYUARAT PAS PUSAT

Dewan Pemuda PAS Kedah senada dengan sikap dan pendirian Pemuda Pusat untuk menyeru para ahli dan penyokong PAS agar akur dan menerima keputusan Mesyuarat khas PAS Pusat pada 17 Ogos yang lalu.

Detik lebih seminggu yang ditunggu bukan sahaja oleh ahli PAS dan penyokong malah pihak lawan politik juga menanti-nantikan keputusan PAS berkenaan isu Menteri Besar Selangor. Hal ini membuktikan kedudukan PAS yang merupakan salah satu suara besar dalam landskap politik tanahair.



Kami menganggap keputusan Presiden dalam mesyuarat berkenaan sebagai keputusan yang amat berhemah, bijak serta membawa kebaikan bukan sahaja kepada parti malah kepada Pakatan Rakyat yang didokongi bersama.

Keputusan ini juga boleh dianggap ‘knock out’ kepada pihak atau penyokong yang mungkin ragu-ragu dengan komitmen PAS dalam bertahaluf siasay bersama Pakatan Rakyat. Ini jelas bahawa PAS memegang janji dan bertekad untuk berpolitik atas pentas kebenaran, istiqamah, adil dan ihsan kepada rakyat.

Isu ‘U-Turn’ juga tidak wajar dibangkitkan memandangkan pihak Presiden dan Mursyidul Am teah menjelaskan sebab musabab keputusan itu dibuat dalam mengambil kira faktor semasa yang berlaku rancak sebelum keputusan 17 Ogos mampu dilakukan.

Pemuda PAS menyeru para ahli dan pendokong agar membawa keputusan besar ini ke akar ubi dan diwacanakan secara adil dan sahih. Jangan sesekali maklumat media sosial yang diperpanjangkan kerana penulisan media sosial tidak terikat dengan etika jurnalisme atau kewartawanan. Ambillah maklumat daripada sumber parti yang sah.

Semoga keputusan ini akan mengembalikan semarak semangat para petugas PAS untuk menjayakan agenda kebajikan kepada rakyat.

Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan DPPNK


Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)