Friday, November 28, 2014
Thursday, November 27, 2014
GERAKAN POLITIK ISLAMISME MASIH RELEVAN DAN KEKAL RELEVAN
Muhammad Nuruddin Bashah2
Tajuk
‘masih relevan’ mungkin ditelah sebagai tajuk defensif dan
meletak gerakan Islamisme itu dikandang tertuduh. Hakikatnya asakan
demi asakan hari ini menyaksikan gerakan yang masih tegar menggunakan
jenama Islam kian dianggap ketinggalan zaman, tidak mampu meraup undi
muda generasi Y serta konservatif dalam berinteraksi dengan isu-isu
mendatang.
Penulis
memang bermaksud untuk menyajikan kepada pembaca betapa gerakan Islam
yang membawa fungsi kerja Islamisme dan politik Islam3
sebenarnya amat relevan dan perlu menambah prestasi untuk kekal
relevan disamping beberapa anjakan dalam hal-hal mutaghayyirat
(pembolehubah
berubah) yang mampu dilaksana. Disamping itu gerakan Islam jangan
terlalu selesa berbekalkan keyakinan pertolongan Allah dan jaminan
masa depan Islam dalam tulisan-tulisan cendiakawan seperti Al
Qaradhawi dan Muhammad Al Ghazali semata-mata kerana disebalik
kejayaan perlukan kerja keras, kerajinan, istiqamah dan penelitian
kehendak madu’ (market) yang perlu diberi perhatian.
Sorotan
Islamisme
Istilah
Islamisme kian hangat dibincang mutakhir ini dalam negara kita
rentetan kejatuhan Dr Morsi di mesir, kekalahan tipis parti Ennahda
(An Nahdah) di Tunisia, serta beberapa persepsi negatif terhadap
polisi terkini PAS yang tegas dalam beberapa isu agama. Malah
beberapa kolumnis mulai giat menulis secara borong kegagalan politik
Islamisme sekaligus cuba membawa massa menekuni satu seni fikir baru
dalam dunia Islam iaitu pasca-Islamisme.
Contoh terbesar hari ini dua
negara yang berjaya menukar citra Islamisme
kepada pasca-Islamisme
adalah
Turki dan Tunisia.
Islamisme
adalah istilah
yang muncul pada era moden berkaitan gerakan tertentu yang berpolitik
dan bersosial dengan menjadikan pandangan Islam
sebagai dasar dan rujukan. Mereka dikenali antaranya dengan cita-cita
menjadikan penubuhan negara Islam
khasnya di negara yang majoriti Muslim berdasarkan visi dan misi
tertentu. Islamis
ialah pihak mendokong apa yang dicita-citakan gerakan itu
samada melalui jalan demokrasi mahupun ada yang mahu cara kekerasan
dan juga cara kempen tanpa politik4.
Tidak
cukup ‘lauk’ jika berbincang isu Islamisme tanpa mengupas istilah
sinonim yang dikaitkan iaitu istilah fundementalis atau golongan
usuliyyin walaupun Laporan “Rand
Corporation” meletak
fundementalis sebagai salah satu cabang muslim anti demokrasi dan
radikal.
Menurut
M. ‘Âbid al-Jâbirî, istilah ‘muslim fundamentalis’ awalnya
dicetuskan sebagai penanda
bagi gerakan salafi-modernisme
Jamaluddin Al-Afghânî. Istilah ini,
dicetuskan kerana bahasa
Eropah tak punya istilah padanan yang tepat untuk menterjemahkan
istilah Salafiyyah.
Hingga Anwar Abdul Malik pun memilih istilah itu sebagai
pengistilahan (representation)
dari istilah Salafiyyah Al-Afghânî, dalam bukunya Mukhtarât
min Al- Adab
Al-Arabi Al-Mu‘âshir dengan tujuan
memudahkan pemahaman
dunia tentangnya dengan istilah yang sudah cukup akrab:
fundamentalisme. Namun dalam
hal ijtihad politik dan perencanaan Al Afghani lebih akrab dengan
kaedah-kaedah modernisme.
Hassan
Hanafi tokoh aliran kiri
seorang Professor falsafah
Universiti Cairo
mengatakan
bahawa istilah (term) ‘muslim fundamentalis’ adalah istilah untuk
menunjuk gerakan kebangkitan Islam,
revivalisme Islam,
dan gerakan/kelompok Islam
kontemporer, yang sering digunakan
peneliti Barat lalu sering digunakan oleh banyak
pemikir.
Manakala
M. Said al-Asymawi cenderung
meneliti akar istilah
fundamentalis. Lantaran itu
dalam buku Al-Islam
Al-Siyasî (1987), al-Asymawi berkata bahawa istilah
fundamentalis asalnya
adalah
umat kristian yang berusaha kembali ke asas ajaran
Kristian yang asli.
Terma
itu kemudian berkembang dan
menjadiajaran yang keras ,
ghuluw dan kaku
dalam menganut dan menjalankan ajaran formal agama.
Hal ini melarat sehngga golongan
Islam
yang bersifat mengajak kepada
ajaran yang asli dicop disebut
fundamentalis. Hal ini biasa
kerana terlalu banyak istilah yang asalnya diwacana dalam sosiologi
agama lain merebak sehingga dalam Islam kerana pertembungan
kerancakan wacana ilmu inter-agama5.
Abad
ke 19 hingga menjelang milenium, golongan, firqah, jamaah, NGO yang
menyeru kepada Islamisme atau kembali kepada ajaran Islam yang asli
akan digelar fundementalis dan ia masih lagi disebut begitu.
Hakikatnya golongan usuliyyin atau fundementalis adalah golongan pro
syariah. Cuma kaedah, akhlak dan wasilah sahaja berlainan sehingga ia
dipalit secara borong dengan label negatif.
Kembali
kepada gerakan Jamaluddin Al- Afghani dan Muhammad Abduh, perlu
diingatkan disamping pemikiran salafi menjadi tunjang kepada
perjuangan Islah-Islamisme tokoh-tokoh ini yang menggalas kempen
Pan-Islamisme atau Pan-Turki Uthmaniyyah, pemikiran modernisme,
liberalisme dalam kebudayaan juga menjadi bunga-bunga dalam kempen
perjuangan mereka sehingga mempengaruhi tokoh islah Melayu Sheikh
Syed Al Hadi di Malaysia. Namun kita juga melihat kerencaman otak
manusia menghasilkan pula tokoh islah yang asli salafi seperti rashid
Redha walaupun beliau merupakan murid sekolah pemikiran Muhammad
Abduh.
Modernity,
pasca modedernis pasca Islamisme
Pasca-Islamisme
ialah satu istilah yang dibangunkan oleh para peneliti dunia
pemikiran bagi merujuk kepada suatu fenomena berfikir baru yang
sedang berkembang dalam kehidupan masyarakat Islam
hari ini. Pemikiran pasca-Islamisme
ini dijangka akan mewarnai corak berfikir masyarakat Islam
dalam beberapa tempoh mendatang.
Pasca
bermaksud selepas. Selepas kebangkitan Islam pastilah isinya masih
isi Islamisme yang tidak berubah jauh. Namun sebenarnya dalam
kebangkitan graf Islam dan sedikit kemerosotan itu berlaku pula
wacana-wacana ilmiah yang muncul dengan tujuan melihat Islam yang
ditonjolkan dalam pemerintah perlu dihidang dalam bentuk apa. Adakah
berbentuk substansi seperti hanya mempamer agenda keadilan,
permuafakatan, taawun sesama rakyat serta menentang kezaliman.
Ataupun menacapkan formatif melalui perlaksanaan undang-undang.
Walaupun
kedua segmen itu juga sebenarnya perlu diseiringkan, namun hakikatnya
perlaksanaan akan tetap berlaku dalam dua bentuk yang terpisah. Hal
ini antara penyebab berlakunya kritikan dan sumbangsaran yang serius
daripada pemikir Islam yang kritis dengan perubahan sosial, kehendak
masyarakat dan perubahan sosio-budaya yang terkait dengan agenda
globalisasi Barat.
Bagi
pendokong teori pasca-Islamisme, Islam
tidak mampu
berkembang dan membina ketamadunannya sendiri sekiranya tidak
mengambil jalan lebih Liberal dan Pragmatik
sesuai dengan majoriti acuan
Barat dan kehendak zaman. Inilah yang dikehendaki oleh teori
Pasca-Islamisme
hasil usaha sama umat Islam
dengan Barat.
Namun begitu bukanlah mereka penganut tulen ajaran pragmatisme dan
liberalisme kerana penganut tulen pasti menolak seluruhnya sistem
syariah malah ke tahap menafikan kewujudan hukum-hakam tertentu.
Bagi
mereka, perkumpulan-perkumpulan Islam
atau mana-mana gerakan Islam
sebelum ini sudah kurang
relevan dalam perjuangan mereka
kerana tidak berubah mengikut kehendak zaman.
Kegagalan negara yang ingin
melaksana hudud misalya akibat kegopohan, masalah teknikal dan
kemiskinan yang belum selesai menjadi indikator dan hujah kuat untuk
golongan pasca Islamisme menghebahkan premis pemikiran mereka.
Kekalahan-demi
kekalahan yang melanda parti Islam antarabangsa menyebabkan muncul
pemikiran baru seperti yang dianjur oleh Sheikh Rached Ghannauchi
Parti Nahdah Tunisia serta Erdogan dengan dasar lunak sekularisme
bersama AKP. Kita semua tahu dua tokoh ini berasal daripada
ketumbukan yang lahir dari rahim Ikhwanul Muslimin gerakan Islamisme
yang cukup berpengaruh dan tersusun. Meminjam tulisan fathi Yusof
dalam Harakah, tidak wajar dan tidak adil apabila dua tokoh dan parti
yang ditubuh mereka diragui kejujuran mereka terhadap Islam
memandangkan waqie negara mereka yang jauh berbeza dengan kita di
sini6.
Ya,
mereka adalah tokoh yang juga berjaya melunakkan senjata liberalis
dan sekularis. Walaupun tidak 100% berjaya menampilkan substansi
Islam, sekurangnya mereka menggencat agenda sekularis dan yahudi
setakat ini. Pada penulis apabila AKP
mengisytihar pada tahun
2002, seperti yang dilapor
dalam New York Times, bahawa
“secularism is
the protector of all beliefs and religions. We are the guarantors of
this secularism, and our management will clearly prove that."
kata-kata ini lebih kepada
berstrategi untuk bersaing dalam kelompok negara yang sarat dengan
sekularsiem yang tidak dapat diyanagkan dan difahami oleh kita yang
berada dalam negara separa sekular.
Walaubagaimana
pun penggerak Islam perlu berhati-hati mengawal ahlinya agar tidak
menggunakan ungkapan waqie AKP tersebut kerana ia jelas tidak sesuai
dengan negara kita.
Kita
juga tidak boleh pula menafikan betapa gerakan sekular Barat,
hegemoni maya yahudi antarabangsa, liberalis Barat tidak berhenti
mengintai jarum untuk mengubah landskap politik pasca Islamisme dua
tokoh ini malah mana-mana pemikir pasca-Islamisme sekalipun. Wacana
mereka dalam segala hal amat mirip dengan perjuangan liberalis Barat,
mirip dengan gagasan sekularis antarabangsa misalnya hal femenisme,
kebebasan beragama, kebebasan berkaitan isu arak dan judi, isu
demokratik tulen, polisi moral serta Islam autokrasi dan autoriti
Islam.
Atas
nama wacana dan kebebasan bersuara, mereka membenar forum di mana
sistem Islam dipertikai walaupun dengan hujah tetap menjadi saluran
kempen kepada serangan terhadap syariah dan aqidah Islam. Namun
penulis tidak menyokong langsung politik label melabel melainkan
penulis mengajak para penggerak Islam meletak indikator berhati-hati
yang tinggi untuk menilai gagasan golongan pasca Islamisme yang
sebahagian besar terdiri daripada sahabat kita sendiri dalam gerakan
Islam kerana gagasan itu mampu menyelit agenda halus barat merosak
ketulenan manhaj gerakan Islam.
Akar
Pasca Islamisme bukan sekadar bangun semasa kemuncak kebangkitan
Islam 1980an malah akarnya bermula sejak manusia tahu apa itu
moderniti dan sekularisme. Moderniti adalah falsafah sekular dan
liberal kerana asas idea penolakan gerakan Islam adalah idea barat
yang sekular. Konsep modeniti mendokong
prinsip-prinsip rasionalisme, sekularisme,
liberalisme dalam menjadikannya sebagai
suatu konsep yang bersifat universal7.
Oleh yang demikian ia tidak mengiktiraf
sifat-sifat yang bersangkutan dengan
dogmatisme yang dikatakan tidak universal.
Pengaruh besar modeniti dalam
bidang keilmuan jelas tersebar melalui
sains moden. Pendekatan sains moden
dianggap serasi bagi memenuhi tuntutan
konsep kemajuan moden kerana
berjaya meningkatkan kehendak nafsu
fizikal manusia pada tahap yang
optimum8.
Antara tokoh modeniti adalah Karl Marx, Adam Smith dan sebagainya.
Walaupun
pemikiran pasca Islamisme adalah pemikiran yang baru sejak Islam
mulai bangkit sekitar tahun 1980an di malaysia, namun ia melonjak
seiring dengan falsafah pemikiran yang agak retro seperti pemikiran
pasca modenisme9.
Pemikiran pasca moden ini mengkritik falsafah moderniti yang
mementingkan materialistik, sekular, meluput
perkaitan sosial antara manusia dan merendahkan institusi
keluarga-tradisi
kemudian
menggantikan dengan gaya individualistik yang menekankan kecekapan
dan keberkesanan.
Dalam
konteks pasca moden, idea Micheal
Foucault iaitu
Deconstruction,
idea ini adalah suatu pemikiran yang mengkritik, memugar semula
sesuatu idea, definisi atau sistem yang secara konvensional telah
difahami sekian-sekian maksud. Hari ini kita melihat bagaimana
pendokong pasca-Islamisme mendokong fahaman mempertikai sistem yang
ada melalui fahaman deconstruction
ini.
Pascamodenism
pada mulanya berdiri untuk menentang secara total pemikiran
(reasoning) yang berakarumbi pada zaman
Enlightenment di Eropah dan kemegahan
tamadun, budaya dan masyarakat Eropah yang
mengecilkan dan menjatuhkan taraf dan cara pemikiran dan budaya lain.
Masa kini pascamodenism menganggap
kebenaran adalah
relatif, dan semua aspek kehidupan merupakan
kontigensi.
Menurut Rorty, postmodernism menolak semua
bentuk kebenaran dan
tidak menerima apa-apa sebagai
mutlak. Tiada kebenaran yang mutlak, tiada kebatilan yang mutlak.
Yang batil mungkin boleh menjadi benar dan begitu sebaliknya. Akal
manusia yang menilai sesuatu kerana tiada panduan kebenaran mutlak
yang diterima.
Masa
depan Islamisme di Malaysia
Penulis
cukup terasa apabila beberapa kolumnis hari ini menilai kejayaan dan
kegagalan Islamisme dan politik Islam secara persepsi dan bukan
secara emperikal yang munasabah. Penulis bersetuju apabila Dr Maszele
Malik menyatakan bahawa parti politik
berasaskan Islam
tidak mempunyai masa depan sekiranya mereka terus mengasingkan diri
dalam gelembung serta tidak mengambil bahagian dalam masyarakat.
Ya, ia suatu teori yang terbukti apabila PAS sendiri memilih untuk
bertahaluf dalam menghadapi pilihanraya. Pergerakan parti Islam perlu
inklusif, seiring dengan kehendak pasaran (pengundi) yang kini lebih
bersifat undi apungan yang tidak cenderung kepada ideologi dan jenama
parti. Masyarakat bandar terutamanya lebih melihat prestasi dan
kerjabuat calon atau partinya walaupun ada kawasan tertentu masih
berasaskan ideologi, kedaerahan dan perkauman10.
Namun
penulis agak tidak bersetuju ketika beliau
mengulas ucaptama menteri luar Thailand Surin Pitsuwan di forum
Muslim Demokrat Dunia
mengatakan perencanaan sebuah gerakan atas nama politik Islam tidak
boleh diseiringkan dengan imej dan pembawaan gerakan dakwah dengan
mengambil misalan kekalahan
Parti
Ennahdah
di Tunisia
baru-baru ini11.
Kekalahan
sesebuah parti terlalu banyak faktornya misalnya undi akibat
kemarahan sesuatu isu. Kebangkitan Ikhwan di Mesir, sokongan rakyat
dengan undi
apungan yang
cenderung marah terhadap kezaliman Hosni, kemenangan besar
pembangkang 1999 di Malaysia akibat kemaran kaum Melayu terhadap
kezaliman Tun Mahathir, dan kejayaan Ennahdah kerana rakyat Tunisia
marahkan Ben Ali adalah suatu fenomena yang perlu ditekuni dengan
adil dan berjaga-jaga. Pihak yang menikmati kemenangan sebegini perlu
melihat sejauh mana konsisitennya undi dan mengapa undi kemenangan
diperolehi. Bukanlah kerana Ikhwan mengekalkan misi dakwah dan
Ennahdah mengekalkan imej dakwah mengakibatkan undi
swing berlaku
kerana sejak awal lagi parti berkenaan bukan parti konsensus di hati
pengundi apungan ini.
PAS
sebuah parti politik yang seawal kemunculan ideanya oleh Ulama’
UMNO pada tahun 1950 di Muar Johor adalah untuk membina ketumbukan
pendakwah yang tersusun dan bertanzim. Usul menerima ‘option’
menyertai pilihanraya muncul pada tahun
1954 semasa Muktamar Ketiga PAS 12-14 Ogos di Madrasah At tahzib Tti
Serong parit Buntar.
Satu
persepsi pernah dinyatakan secara jujur oleh .Saudara lim Hong Siang
penulis DAP
dalam Harakah bahawa
kaum cina yang rata-rata menjadi watch dog politik yang perihatin
sanggup mengundi PAS kerana yakin bahawa PAS tdak mampu menguasai
keseluruhan Parliman dan pasti tidak mampu melaksnakan Hudud yang
masih kabur di minda mereka. Kelihatan pandangan ini cuba menjelas
secara jujur persepsi bahawa imej dakwah PAS, sikap fundementalis PAS
untuk tegar dengan tekad melaksana hudud dan syariah secara 100%
adalah imej dan pembawaan yang masih menjadi trauma di kalangan
masyarakat bukan Islam Malaysia.
Memang
premis ini tidak boleh dinafikan. Namun tugas asasi sebuah parti
politik Islam bukan untuk bergelanggang dalam demokrasi sehingga
hanyut dalam rangka politik ini kerana matlamat parti Islam
bertahaluf dan mneyertai pilihanraya adalah kerana pilihanraya bukan
sekadar medan membolot kuasa, sebaliknya juga medan dialog,
pengalihan ilmu Islam serta dakwah tidak langsung yang cukup efektif.
Berapa ramai kaum bukan Islam memahami Islam melalui pembawaan PAS
melalui pilihanraya, melalui medan demokrasi.
Walaupun
demokrasi bukan matlamat utama PAS, ia tidak bermakna mudah menuduh
PAS sambil lewa dalam berdemokrasi atau tidak menghayati prinsip
demokrasi. Kekuatiran ini juga pernah dinyatakan oleh Dr Maszlee
malik agar parti Islam menghayati dan bukan sekadar menunggang
demokrasi.
Terlalu
banyak bukti yang mungkin tidak mampu dimuatkan dalam ruang ini
betapa luasnya keanjalan ijthad ulama’ PAS dalam meraikan dan
menghayati prinsip demokrasi yang kadangkala tidak mampu diterima
oleh sejumlah besar NGO atau jamaah non partisan lain di Malaysia.
Malah
sejarah mencatat sejumlah besar NGO atau jamaah non partisan hanya
mahu bercakap soal siasah, politik serta hanya mahu turun ke medan
jihad siasah selepas insiden besar politik seperti pemecatan DSAI
sedangkan sebelumnya terlalu banyak usul mereka menentang dakwah
melalui medan pilihanraya. Terbukti PAS istiqamah dalam Islamismenya,
istiqamah dalam agenda politik serta istiqamah mengekal imej
dakwahnya.
Faktor
kemandoman gerakan Islam
Gerakan
Islam yang mandom juga menjadi asbab pasca Islamisme menjadi pilihan
intelektual hari ini. Perhatikan hujah Malek Bin Nabi di bawah.
Konsep
The Three Ages meliputi (1)Masyarakat
pra-tamadun (2) Masyarakat bertamadun dan (3) Masyarakat pasca
tamadun (1994).
Masyarakat
pra-tamadun menurut Bennabi pada asasnya adalah masyarakat primitif
yang mempunyai pandangan yang tidak matang mengenai benda, orang dan
idea. Ini adalah nature masyarakat Jahiliyyah.
Masyarakat
bertamadun pula ialah masyarakat yang berinteraksi secara berkesan
dengan sejarah. Kemunculan Islam
telah membina alam peribadi yang lebih luas iaitu hubungan antara
pelbagai kabilah (seperti Aus dan Khazraj dan Ansar serta Muhajirin)
berdasarkan etika dan nilai-nilai yang baru (dalam bentuk
persaudaraan Islam).
Marhalah ini boleh dikatakan
zaman kemakmuran Islamisme.
Masyarakat
pasca tamadun pula ialah masyarakat yang mengalami kemerosotan hasil
daripada kebekuan idea. Menurut Bennabi, proses ini menerangkan
kemunduran masyarakat Islam
sejak zaman emasnya. Menurut Bennabi, pasca
tamadun golongan reformis ingin mengubah
manusia, tetapi malangnya mereka tidak kelihatan di tempat-tempat
seperti di kedai kopi, pasar dan tempat-tempat awam yang terdedah
kepada pelbagai kejahatan. Oleh itu, matlamat perubahan atau
reformasi yang ingin dibawa ke dalam masyarakat tidak mendapat tempat
dan menjadi terpinggir dari
arus perdana12.
Marhalah
ketiga inilah penyakit yang berlaku. Selain kegagalan beberapa
kerajaan Islam memanisfestasikan keadilan Islam, asalnya berjaya
menguasai kerajaan bertukar menjadi diktator, melaksana hudud tetapi
tidak mahu jaga kebajikan dan ekonomi rakyat (Sudan, Pakistan
misalnya), kegagalan juga dilihat kepada gerakan Islam yang gagal
menguasai kerajaan dan kerap kalah ini kemudiannya mulai mandom
menyajikan kerja buat yang segar untuk rakyat dan masyarakat malah
tidak ghairah menyampai Islam. Akhirnya mereka defensif dengan
serangan, tohmahan terhadap Islam sahaja.
Mengapa
Islamisme dikritik?
Mengapa
Islamisme terus dikritik? Selain matlamat ingin menghasilkan gerakan
atau pemerintahan yang mesra plural kaum dan budaya serta menjual
nilai melebihi jenama, golongan yang gigih dengan pemikiran pasca
Islamisme melihat unsur cakap
serupa bikin sebagai
unsur terpenting. Melaksana janji dan berusaha mengota janji adalah
kehendak rakyat tanpa mengira agama.
Misalnya
kritikan dalam wacana pasca-Islamisme adalah kerangka kerja yang
berunsur populisme
oleh gerakan
Islam tetapi tidak mampu dilaksanakan. Sebenarnya populisme
semata-mata tidak sepatutnya menjadi sandaran dan modal utama gerakan
Islam. Populisme
(populism) adalah falsafah
politik yang berusaha
berjuang atas nama kepentingan rakyat
terbanyak. Sebahagian
gerakan politik di seluruh dunia diketahui mempromosikan cita-cita
populis. Dari rakyat untuk
rakyat adalah antara ciri populisme.
Menurut
Ali Eteraz,
beliau meletakkan Pasca-Islamisme
sebagai masa depan pembaharuan Islam
dan beranggapan
telah wujud konsensus
universal yang meletakkan pemerintahan Islam
itu sebagai diktator, akar kejahatan, memusnahkan budaya politik,
penindasan dan menimbulkan keganasan.
Beliau
cuba menggambarkan bahawa era Islamisme
cenderung melahirkan pemerintah yang bersifat sama ada diktator atau
teokratik berdasarkan banyak
kes-kes samada kes yang sahih mahpun kes yang dipropagandakan oleh
Barat13.
Beliau
menyatakan
contoh Hizb ul-Wasat
yang ditubuhkan pada tahun 1996 di Mesir adalah sebagai parti
Pasca-Islamisme.
Katanya, berbanding Ikhwan ul-Muslimin, Wasat lebih terbuka menerima
orang Kristian dan orang sekular, selain membiarkan penganut agama
lain mengamalkan agama mereka secara bebas. Wasat juga dipuji kerana
memperjuangkan jaminan perasingan kuasa, menolak diskriminasi
keagamaan dan berasaskan jantina dan secara jelas meminta kemajmukan
dan persamaan antara lelaki dengan wanita. Malah, Ali Eteraz melihat
tindakan Wasat tidak meletakkan kuasa khas kepada ulama sepertimana
Ikhwanul Muslimin sebagai perkara paling penting dalam
perbahasannya14.
Sebenarnya
penilaian golongan pro pasca Islamisme lebih bersifat persepsi yang
gagal diurus oleh penggerak gerakan Islam atau parti Islam.
Kadangkala polisi, cara tadbir para ulama’ yang kurang mesra wacana
juga boleh memalitkan imej buruk yang sedia buruk di mata pro pasca
Islamisme. Di sini menjadi cabaran gerakan Islam untuk mengekalkan
keasliannya dengan cara berhemah, berakhlak, terbuka tetapi tegas
dalam prinsip. Prinsip diujar dengan cara yang cukup berhemah
sehingga mematikan hajat pragmatis untuk mengurangkan ‘volume’
Islam yang sedia diperjuang oleh Islamisme.
Politik
Parti Rajin
Kembali
kepada isu cakap tidak serupa bikin. Ucapan muktamar dan mesyuarat
agong yang beretorik, menjanji bintang dan langit serta tidak mampu
ditepati perlu diubah. Parti Islam perlu menjadi parti ‘rajin’
dan bukan sekadar beristiqamah dengan thawwabit/prinsip asli jamaah.
Golongan
penggerak Islamisme berasaskan politik parti rajin perlu:
- Rajin membaca, mengkaji, meneliti, elakkan wacana terlalu ringan, banyakkan berdiskusi dalam permasalahan konteporari yang kini hanya dipenuhi hajat oleh ulama’ diluar gerakan Parti Islam. Hal ini menyebabkan penggerak Islamisme terpinggir.
- Rajin turun padang, bergelumang dengan penggerak bawahan, masyarakat bawahan serta beragenda kebajikan tidak bermusim.
- Rajin berkomunikasi sama ada di media maya mahpun secara langsung.
- Rajin menyemak prestasi Biro, lajnah dan Jabatan yang diterajuinya.
- Rajin hadir mesyuarat gerakan, meneliti misnit mesyuarat dan mengelakkan agenda berulang berada dalam minit.
- Rajin menulis dan menyusun idea dalam bentuk termaktub.
- Rajin mendengar, masalah rakyat, mendengar pengisian pihak lain, mendengar kuliah orang lain sekaligus membuang imej ananiyah.
- Rajin berfikir dan elakkan status quo fikrah yang selesa dengan anugerah fikrah yang baik serta malas meneliti keberkesanan fikrah terhadap masyarakat.
Menurut
Bennabi, agama ialah permulaan bagi kemunculan mana-mana tamadun
dan begitu juga agama menjadi pemangkin asas kepada semua gerakan
dunia. Ia ialah pemangkin kepada elemen
manusia, masa dan tanah (bumi) dalam suatu kitaran tamadun. Baik
gerakan apa sekalipun walaupun kononnya bernam sekular ia tetap
beragama iaitu agama ideologi.
Agama
juga dapat mencetus nilai-nilai sosial dalam bentuk idea kolektif
yang lebih berkesan. Walau bagaimanapun, agama akan kehilangan
peranan sosialnya apabila penganutnya kehilangan
‘tension
of religion’
iaitu kehausan,kekeringan
untuk memahami dan kurang
kehendak untuk bertindak.
Bukti-bukti
agama menjadi tunjang gerakan politik dan kekal relevan
Sejak
Ikhwanul Muslimin menyertai medan siasah dunia menyaksikan satu demi
satu gerakan Islam terjun dalam dunia politik.
FIS pernah menang
di Algeria
walaupun diguling tentera. Refah pernah berkuasa di Turki dengan
penampakan imej dan manhaj Islam jelas namun juga dihumban oleh
sekularis Turki. Penjelmaan semula Refah, AKP walaupun berlandaskan
pemahaman moderat dan kelihatan mengunguli teori pasca-Islamisme,
namun sebenarnya banyak perubahan besar yang dilakukan oleh AKP yang
tidak disenangi Israel sendiri kerana berunsur Islam. Islam di Turki
kini menjalar bagaikan ipan di bawah tikar sebenarnya. Penjenamaan
semula ketumbukan Islam bukan suatu kerja baru. Menghijab isipati
agenda negara Islam dengan menaikkan kempen Negara Berkebajikan yang
sebenarnya bersubstensikan keadilan, homofili sesama rakyat dan
menentang korupsi dan kezaliman juga telah menjadi amalan PAS di
Malaysia. Menghidang ubat yang sama tetapi mengubah daripada kaedah
suapan sudu kepada kaedah menggaul ubat ke dalam makanan.
Gerakan-gerakan
yang berlandaskan agama mampu menggegarkan
atau mengubah senario politik sesebuah
negara. Tidak dapat dinafikan, tampuk
pemerintahan sesebuah negara akan tergugat
jika isu agama dijadikan misi perjuangan
sesebuah gerakan. Lantaran
itu nama Islam pernah disaran Tun mahathir agar dipadam daripada
parti politik. Para pemimpin yang
memegang kuat kepada menegakkan agama akan berjaya
membangkitkan semangat rakyat untuk
berjuang. Ini dapat kita lihat seperti apa yang
berlaku di Iran, Afghanistan,
negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain.
Ayatollah Khomeini telah berjaya
menumbangkan kerajaan sekular yang ketika itu di
bawah pemerintahan Shah Iran.
Begitu
juga di Afghanistan. Puak Taliban yang telah berjaya merampas pucuk
kepimpinan negara, telah menggunakan
hukum-hukum agama Islam
sebagai landas memimpin
negara. Walaupun suasana
kucar kacir pada mulanya, dunia melihat
Taliban dapat membawa kestabilan dalam
negara dan juga di negara-negara jirannya
walaupun media Barat kemudiannya melaksanakan propaganda menghancur
imej Taliban.
Di
China, Dalal Lama pula menggunakan agama Buddha sebagai faktor untuk
menarik sokongan
rakyat terhadap isu Tibet dan Negara Cina.
Malaysia
pula, kemenangan Parti Islam
SeMalaysia (PAS) memegang pucuk pimpinan
negeri Kelantan memberi senario politik
baru dalam negara kita. Sehingga sekarang,
Kelantan dapat ditadbirkan dengan baik
oleh parti tersebut. Walaupun pada awal-awal
dulu terdapat keraguan daripada Kerajaan
Pusat, tetapi rakyat Kelantan terus yakin
dengan PAS. Oleh itu, jelas sekali,
pemimpin pemimpin gerakan agama dapat mengubah
senario politik sesebuah negara.
Walaupun
ada ahli politik Islam yang kini lunak dengan idea pasca -Islamisme
dengan telahan mengunguli undi melalui pengutamaan nilai, substansi
berbanding imej atau formatif (perundangan) hakikatnya masyarakat
Islam Malaysia belum cukup moden dan terbuka untuk menerima
penjelmaan baru gerakan Islam. Ini bukan suatu ayat pasif atau
jengkel, tetapi ia realiti. Lihat sahaja Dato Mukhriz yang siang
malam naik masjid ke masjid, menyertai qiamualail dan menemui rakyat
terutama pengundi kampung semata-mata untuk memenuhi lompang besar
dalam UMNO selama ini iaitu mengabaikan Islamisme walaupun agenda
Islamisasi pernah dijalankan oleh Mahathir ayahnya secara kerangka
dan nama sahaja. Mungkin Mukhriz mulai sedar disamping menguasai wang
negeri dan kuasa menentu itu da ini, menghampiri rakyat yang masih
kuat berfahaman primordial
adalah
suatu tindakan bijak kerana mereka adalah pengundi yang kadangkala
diabai-bicara dek kerana asyik mengejar undi apung, mengejar persepsi
anak muda serta menarik undi kaum bukan Islam.
Politik
Malaysia walau sehebat mana pembacaan politik cendiakawan di
Malaysia, realiti masih berpusat kepada politik perkauman dan
keagamaan walaupun kawasan bandar mulai menilai prestasi calon dan
parti merentasi kaum dan agama. Agama
sebagai salah satu elemen primordial
Geertz (1963) menjadi penentu
kepada budaya politik kaum di Malaysia15.
Penulis berpendapat di
Malaysia secara real-politiknya agama
kekal akan menjadi subjek
besar dalam politik dan ia relevan dijadikan substansi politik Islam.
Huntington (1997)
sendiri menyatakan agama adalah asas
kepada budaya yang menjadi teras
kepada kewujudan sesebuah peradaban.
Menurut
Kikue Hamayotsu
dalam tulisannya The End of Political
Islam? A Comparative
Analysis
of Religious Parties in the Muslim
Democracy of Indonesia,
beliau memberi contoh AKP di Turki dan Hindu
Bharatiya Janata Party (BJP)
di India yang mengambil jalan lunak sekular telah mula menarik minat
pengkaji untukmenilai adakah dengan mengambil gaya berkenaan berjaya
mengekalkan ‘survival’ parti berkenaan. Malah menurut beliau
mengapa pula masih ada parti yang arusperdana dalam keadaan
mengekalkan intipati manhaj agama yang sama16?
Menurut
beliau “ Pertama, jika kita menganalisis
parti
agama (termasuk Parti Islam,
Islamisme dari perspektif
institusi dan pengawalan
organisasi, kita boleh memahami mengapa
semakin meningkat populariti
dan kewarakan tidak secara automatik
diterjemahkan dalam bentuk
kejayaan undi.
Adalah penting untuk diambil
perhatian bahawa kemerosotan banyak pihak agama sejak
dekad demokratik lalu
mempunyai lebih berkaitan dengan kegagalan
mereka untuk membina dan menginstitusikan
(mengurus) parti, bukannya kerana
kepelikan daripada dogmatik
ideologi agama”.
Penulis cukup yakin dengan masa depan Islam malah
penulis tanpa menaqalkan dalil sekalipun telah sedia mengasuh diri
untuk thiqah/percaya dengan kemenangan berasaskan Islamisme. Akan
tetapi keyakinan ini mesti dikongsi kepada masyarakat. Keyakinan ini
perlu diinklusifkan dengan kita sendiri berusaha menjadikan gerakan
berasas Islam kekal relevan di persada politik kebangsaan mahupun
global. Inilah tanggungjawab kita.
Bandar Puteri Jaya
23 Nov 2014
7.37 pagi
2
Penulis merupakan Timbalan
Ketua Penerangan DPPN Kedah, aktivis GESA (Gerakan Sokong Syariah,
MAPIM) serta penulis dan pendakwah bebas. Boleh dihubungi melalui :
017-6291368, jihadin82@yahoo.com
3
Graham Fuller mendefiniskannya sebagai -Islam
politik,diusung oleh orang-orang yang percaya bahawa
Islam memiliki tawaran bagaimana politik danmasyarakat harus
dikelola dalam dunia Muslim kontemporer dan ingin mewujudkannya
dalam berbagai cara.
5
Menggali Akar Fundamentalisme Islam:
Paradigma Kompleks Sebagai Pisau
AnalisisLajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun,
Terengganu.
6
Bekas
pimpinan Ikhwan al-Muslimin yang dibuang keahliannya iaitu Kamal
Helbawi telah bersama pemerintah Mesir bagi menghidupkan
pasca-Islamisme.
7
Hegel seorang yang dianggap salah seorang nabi
modeniti (the prophet of modernity) mengatakan bahawa pada zaman
moden agama yang akan bertahan adalah agama akal. Bahkan baginya
agama adalah “the power to act upon and to establish the rights
which reason has bestowed”.
8
Nasruddin
Yunos dan Siti
Nor
Baya
Mat Yacob, Modeniti
& hubungannya dengan idea kemajuan,
Jurnal Pengajian Umum Bil. 8,
UKM.
9
Pemikiran pasca moden bermula sekitar tahun
1930an dengan kemunculan seorang pengarang
Belanda yang bernama Federio De Onis
dalam bukunya “Antologia De La Poesia Espanola A
Hispanoamericana” pada tahun 1934
(Featherstone, 1988:202). Kemudian muncul pula beberapa
pemikir Barat seperti Jean Francois
Lyotard, Michel Foucault, Jacques Derida, Habermas dan Jean
Baudrillard. Pasca moden merupakan respon
atau reaksi terhadap pemikiran moden. Pasca
Islamisme berlaku lambat berbanding aliran pasca moden yang lebih
sekular.
11
Nida Tunis menang 85 daripada 217 kerusi
Parlimen, diikuti Ennahda memperoleh 69 kerusi.
Bagaimanapun, tiada satu pun daripada dua
parti berkenaan dijangka menang majoriti jelas, menyebabkan berlaku
tawar-menawar antara ahli politik menjelang pengumuman penuh
keputusan pilihan raya itu.
Ennahda adalah parti dominan dalam
politik Tunisia sejak revolusi 2011.
12
Wan Fariza Alyati Wan Zakaria,,
Malik Bennabi, Dinamisme Tamadun dan
Cabaran Globalisasi era Pasca Kolonial
Dari
buku Islam di Era Globalisasi, 2009,
suntingan Jaffary Awang, Muda@Ismail Ab.Rahman dan Jawiah Dakir dan
diterbitkan oleh Fakulti Pengajian Islam,
UKM Bangi.
15
Primordialisme adalah fahaman
masyarakat yang mempunyai kecenderungan untuk berkelompok sehingga
terbentuklah suku-suku bangsa. Pengelompokan itu tidak hanya
pembentukan suku bangsa sahaja,
tetapi juga berdasarkan
ideologi
agama dan kepercayaan.
16
Hamayotsu, Kikue (2011), The End of Political Islam? A Comparative
Analysis of Religious Parties in the
Muslim Democracy of Indonesia, in: Journal of Current
Southeast Asian Affairs, 30, 3, 133-159.
Wednesday, November 26, 2014
FAKTA PENTING - Kesan Penarikan Subsidi Petrol 1 Disember 2014
FAKTA PENTING - Kesan Penarikan Subsidi Petrol 1 Disember 2014
Susunan : Muhammad Nuruddin Bashah (Tim Ketua Penerangan DPPN
Kedah)
Latar belakang :
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek - 1 Disember, harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal1.
- Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet seperti pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.
- Tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.
- Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Apa itu
sistem apungan harga terkawal (managed float system)?
- Sebelum ini harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak 1983.
- Kerajaan tetap harga runcit pada satu paras tertentu - perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
- Misalnya - harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 Nov 2014 ialah RM2.27 seliter, berbanding harga di pam RM2.30.
- Jadi Managed Float System = harga RON95 dan diesel pada 1 Dis nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November.
Ada apa pada subsidi minyak?
- subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan2.
- Penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh kerajaan. Untuk distributif - kerajaan pula akan tentukan bentuk apa ‘sedekah’ yang wajar diberi.
Aspek Syariah
- Obligasi kerajaan memberi jaminan keamanan, kestabilan sosial.
- Mengurangkan subsidi untuk rakyat untuk menampung ketempangan ekonomi kerajaan yang boros melambangkan betapa usaha itu tidak menepati syariah.
- Peranan sebuah kerajaan walaupun bukan menerima obligasi untuk memberi subsidi dalam komoditi tempatan, ia berperanan sebenarnya menjamin kestabilan sosial, jenayah dan masalah sosial.
- Subsidi - konsep keadilan dan ihsan dalam Al Quran.
- Ihsan pada asasnya digariskan melalui fiqh klasik sebagai sedekah, faraid, hibah, derma dan sebagainya untuk meningkatkan kuasa membeli di kalangan rakyat.
- Konteks kontemporari, subsidi adalah suatu bentuk sedekah atau infaq kerajaan untuk rakyat semata-mata untuk melihat kestabilan ekonomi, sosial dan mencegah mudharat dan jenayah akibat himpitan ekonomi.
Konsep Keadilan Distributif
- Konsep keadilan distributif sering digunakan untuk melihat polisi pemerintah terhadap rakyat.
- Negara harus mengagih sumber alam yang dikuasai kepada rakyat secara adil.
- Subsidi adalah tergolong dalam ketagori ini.
- Aristotle - dalam aspek keadilan distributif kelihatan mendesak kerajaan untuk semata-mata berperanan mengalir kekayaan negara kepada rakyat.
Konsep Keadilan Konvensional
- Keadilan apabila seorang warga negara telah menaati segala peraturan perundang-undangan yang telah diwajibkan.
8 Kesan Subsidi minyak dihapus (ganti sistem apungan terkawal)
- Kerajaan mampu hapus hutang 1MDB sekurang-kurangnya sebanyak RM20 bilion selepas ini. Tahniah3!
- Terbukti BN berbohong dalam Bajet 2015 kerana para menteri berkata subsidi dikurangkan sebelum ini untuk salurkan kembali melalui BRIM dll.
- Perdana Menteri perlu membentang semula Belanjawan 2015 kerana nilai subsidi dan perolehan hasil minyak jauh berubah daripada anggaran asal4.
- Kenaikan harga barang terus kekal naik -Graf kekal ( jika minyak naik harga, harga barang naik, bila harga turun, barang kekal harga mahal)5
- Jika harga naik- Inflasi boleh berlaku kerana kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz - Pemansuhan subsidi sekarang tidak akan kesan inflasi kerana harga minyak mentah global sedang jatuh6?
- Dasar reaksionis-kerajaan yang gagal - Bernama umum Kerajaan mungkin perrtimbang perkenalkan subsidi bersasar berdasarkan pendapatan jika harga minyak kembali meningkat.
- Rakyat berdepan dengan risiko TURUN-NAIK harga petrol dan diesel di pasaran dunia.
- Rakyat kampung/petani lebih merasai jika harga global naik.
- Najib berkata Petani naik Kapchai rug beri subsidi yang untung orang kaya7. TETAPI :
- Impak kepada golongan kaya hanyalah 0.001% dari pendapatan mereka bagi setiap Liter
- Impak bagi golongan petani pula ialah 0.013% lebih kurang.
- BN meneruskan kaedah menjamin keuntungan syarikat-syarikat minyak. (gaya kapitalis)8 lihat formula bagaimana BN jaga syarikat minyak:
Harga MOPS dicampur
dengan
beberapa kos lain9:
– Kos operasi (9.58
sen/liter)
– Margin syarikat minyak (5
sen/liter)
– Margin dealer stesen
minyak (12.19 sen/liter)
– ‘Alpha’ yakni
perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)
MOPS + 9.58 sen + 5 sen +
12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia
MOPS = Mean
of Platts Singapore (MOPS).iaitu
harga minyak yang sudah diproses
Tekanan lain rakyat tahun 2015
- Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan - GST akan beri kesan minimum 1.08 % terhadap kenaikan Indeks Harga Pengguna (CPI) ekoran perubahan sistem percukaian10.
Bandar Puteri Jaya
25 Nov 2014
11.48 malam
Subscribe to:
Posts (Atom)