NEKAD 3.0 dan Lajnah Dakwah :
memaknakan semula ‘pillar’ dakwah dalam PAS
Selesai
sahaja Nadwah Pemerkasaan Dua’t kali ke-3 atau singkatannya NEKAD
3.0 di Madrasah Zubaidiyah petang tadi menandakan tamat sudah salah
satu program mega Lajnah Dakwah PAS Pusat yang bertujuan mendidik
para ahli PAS peri pentingnya menyediakan diri sebagai pendakwah
dalam menghadapi serangan pemikiran.
Bertemakan Daie:
mendepani Serangan Pemikiran kali ini
diadakan di zon Utara pula, Lajnah Dakwah yang meletakkan sasaran
agar siri program NEKAD akan memaknakan PAS sebagai sebuah Gerakan
Islam Syumul yang sejati.
Dakwah adalah salah satu daripada ‘pillar’ penting dalam sesebuah
gerakan Islam selain elemen tarbiah dan siasah (politik). Ia juga
dikenali sebagai elemen sawwabit yang tidak mungkin dipisahkan
daripada sebuah bahtera besar bernama Harakah Islamiyyah. Secara
konsepnya PAS bukan sekadar Jamaah Islamiyyah, sebaliknya ia
merupakan sebuah Harakah Islamiyyah yang munazzamah.
Walaupun seawal penubuhan PAS pada tahun 1951, ia boleh dianggap
seuatu tindakan reaksi ulama’ yang gagal membawa wadah Islam
melalui paltform politik UMNO, maka PAS ditubuhkan untuk memenuhi
tuntutan siasah politik melayu Islam. Namun begitu seiring dengan
perkembangan gerakan Islam sedunia dan dunia komunikasi yang kian
berkembang tambah-tambah sejak para graduan Asia Barat membawa pulang
bagasi pengalaman bersama gerakan Ikhwan dan Jamaat Islami, maka
sekitar tahun 1960an, PAS telah membawa 3 sawwabit secara tersusun,
memberi makna baru kepada PAS bahawa PAS bukan sekadar parti yang
didaftarkan atas nama parti politik sebaliknya ia adalah sebuah
jamaah yang bertugas membawa tarbiah (pendidikan), dakwah (seruan)
dan siasah (politik, kenegaraan) semata-mata mahu melihat Islam
terdaulat di bumi Malaysia.
Dua tahun sebelum ini adalah sesi terakhir elemen
dakwah ditumpangkan kepada Lajnah Penerangan yang dahulunya dikenali
sebagai lajnah “Penerangan Dan
Dakwah”. Jujurnya lajnah Penerangan
walaupun diletakkan skop untuk membawa dakwah ila Allah secara
umumnya, pengisian majoriti tetap berunsur siasah atau agenda
politik kepartian. Sesuai sebagai sebuah lajnah yang dharuri
dalam PAS, lajnah Penerangan membawa
dirinya dalam aktiviti rutin sebuah parti politik, reaksi dan
berdielektik dalam isu semasa, menghebah perinsip parti dan menjawab
sebarang salah faham terhadap parti kerana realitinya PAS bermain di
medan politik. Hal ini menjadikan nama hujung penerangan iaitu “
...dan Dakwah” agak tenggelam serta
tiada aktiviti khusus yang menjulang kembali elemen dakwah dalam PAS.
Kebijakan atau polisi terkini PAS Pusat sehingga menimbulkan Lajnah
Dakwah memungkinkan PAS mendakap semula aktiviti-aktivti menyanggah
ideologi ilhad (sesat) sebagai misalannya yang sebelum ini hanya giat
dilakukan oleh NGO-NGO Islam lainnya.
Tibalah masanya PAS menjuarai semula isu-isu dakwah dan kebajikan
minoriti, orang asli, dan sabah Sarawah yang mungkin hanya disalurkan
oleh PAS melalui Unit Amal dan beberapa NGO dakwah lain. Kini PAS
menjuarai dakwah berkenaan sehingga tidak cukup tangan hasil kerja
kuat anngota Lajnah Dawah yang diteraui oleh Dato’ Ustaz Tuan
Ibrahim Tuan Man dan Timbalannya YB Ustaz Nasrudin Hasan At Tantawi.
Sebelum wujudnya Lajnah Dakwah dan gagasan besarnya NEKAD, aktiviti
atau program PAS untuk menyanggah ideologi ilhad (sesat), isme-isme,
sekularisme dan ghuzwatul fikr mungkin banyak dipelopori oleh Lajnah
tarbiah dan Dewan Ulama’. Hal ini bukannya tidak berkesan namun ia
masih berada dalam skop yang agak terbatas. Misalnya lajnah tarbiah
tetap perlu menekankan aspek internal (dalaman) ahli dan selalunya
agenda menentang ilhad ini diselit dalam liqa fikri, tamrin dan
usrah-usrah.
Begitu juga anjuran Dewan Ulama’ sebegai suatu ketunbukan khas yang
berlingkar disekitar para ulama’ ustaz dan ilmuan Islam. Berbeza
dengan wujudnya Lajnah Dakwah, aktiviti menanggah ise-isme boleh
dilakukan secara terancang, istiqamah dan besar-besaran. Maka memang
wajar jika PAS Pusat yang berfikir untuk memunculkan Lajnah Hebat ini
diberi pujian.
Program NEKAD 3.0 yang dianggarkan kehadiran melebihi 1500 orang ini
dirasmikan sendiri oleh Presiden PAS YAB Dato’ Seri Tuan Guru Abd
Hadi Awang dengan muqaddimah kejap beliau bahawa serangan pemikiran
lebih menyakitkan, berbahaya malah besar petakanya berbanding
peperangan persenjataan konvensional.
Serangan yang cukup terancan ini khusus bertujuan
untuk melunturkan umat Islam daripada syariah Islam dan telah bermula
ejak zaman Rasulullah SAW lagi. Terlalu banyak ayat-ayat Al Quran
yang bermula dengan “yasalu naka
a’nil” bertjuan menjawab persoalan
yang kebanayakkan ditimbulkan atas dasar ‘psywar’ oleh para
musyrikin mekah, munafiqin dan golongan ahli kitab dan bukannya
sekadar ingin mengetahui Islam dengan lanjut.
Penulis bersetuju dengan ucapan awal Dato’
Mahfuz Omar bahawa persiapan para daie menghadapi serangan ghuzwatul
fikri jangan hanya bersifat reaksionis atau responsif semata-mata.
Sebaliknya para ahli PAS yang juga merupakan daie perlu menyediakan
model dakwah yang komprehensif jika benar mahukan serangan pemikiran
dihapuskan secara sisematik. Hal ini sejajar dengan kupasan Presiden
selepas itu bahawa “As sahwatul
Islamiyyah” atau Kebangkitan Islam
sebenarnya berlaku pada sekitar awal 1900an tanpa adanya sebuah model
negara Islam yang berdaulat. Hal inilah yang menatijahkan perjuangan
sebilangan besar Parti Islam sedunia untuk mentadbir negara dengan
kosep syariah yang tulen.
Musuh Islam sememangnya bekerja keras untuk
memusnahkan konsep Ummah Ittiba’ah
yang tegar menurut sunnah Rasulullah
dan berbiah solehah.
Konspirasi besar musuh Islam yang terbesar hari ini adalah rentetan
daripada dua puak yang cukup berbahaya iaitu yahudi Freemasonry dan
gerakan neo Cruscade yang kalah sebelum ini. Entiti-entiti ini
bergabung membina ketumbukan khas yang cukup tersusun bernama
orientalis.
Tidak hairanlah apabila Tuan Guru Ustaz Zulkifli
Ismail membentangkan bahawa pakej rujukan orientalis dipunggah masuk
ke dalam rujukan ilmiah kaum Islam sehinggakan kaum Islam tidak mampu
membezakan yang mana tulen dan yang mana daripada ghuzwatul
Fikr.
Pembentangan YB Ustaz Nasrudin Tantawi telah merungkai suatu
konspirasi memburai ikatan syariah dan Islam daripada perjuangan PAS.
Agenda besar bersifat global ini juga ditekankan oleh Dr Zuhdi
Marzuki dalam sesinya selepas itu betapa wujudnya aganda global untuk
menjatuhkan kepimpinan Tuan Guru Presiden yang kini merupakan salah
seorang watak penting menggerakkan gerakan Ulama’ sedunia.
Ahli Parlimen Temerloh itu juga menjelaskan usaha besar-besaran
merungkai Islam daripada umat Islam dan usaha golongan yang cuba
mengalih kiblat juang PAS daripada manhaj syariah malah dilakukan
bersungguh-sungguh, tanpa henti dan jemu sejajar dengan klausa”
inis tatou’ “ yang bermaksud seboleh-bolehnya mereka ingin
melihat Islam itu hancur. Lebih malang apabila ada juga mata rantai
musuh Islam dalam ketumbukan gerakan Islam yang menyambung
lidah-lidah musuh Islam untuk mengkritik dasar dan perjuangan Islam
atas alasan ia tidak relevan, tidak sesuai, gopoh atau tidak
rasional. Dalam Ucapan Dasar Muktamar yang lalu, Presiden telah
mejelaskan bahawa tiada masalah dengan Islam dan sistem Islam. Yang
bermasalah adalah maklumat yang tidak sahih, penyampaian maklumat
Islam yang tidak sampai ke akar umbi yang menjadikan nama Islam buruk
dan inilah yang kadangkala dilupakan oleh penggerak Islam sendiri
sehingga ada yang kini berucap bernada apologatik menurut kehendak
musuh syariah meminda pandangan dan dasar terhadap syariah jenayah
misalannya hudud sehingga ada yang kini mula mengaku ia tidak waqii
di Malaysia.
Rata-rata ahli PAS hanya tahu istilah sekularisme
walaupun sebenarnya pemahaman itu masih terlalu singkat. Dalam NEKAD
3.0 kali ini Dr Zuhdi Marzuki merungkai aspek pemikiran yang
sebenarnya lebih memperincikan agenda sekularisme itu sendiri. Moden
adalah fasa period dari tahun 1500an sehinggalah era 1900an. Segala
teori sains dan ekonomi hari ini adaah berasaskan penemuan dan kajian
sepanjang fasa moden tamadun dunia . Falsafah fikir Pasca Moden
adalah suatu pada era pasca-modenisme, fahaman dan ideologi
Barat dilapor tersebar luar secara pantas sejajar dengan perkembangan
teknologi maklumat dan proses globalisasi.
Fahaman itu, kata beliau meresap masuk ke
dalam pemikiran masyarakat Islam dan
penularannya berlaku secara halus sama ada secara disedari atau
tidak.
Pada hari ini umat Islam berhadapan dengan
pelbagai cabaran dan pemikiran, antaranya adalah fahaman pasca-
modenisme. Era pasca- modenisme menyaksikan perubahan nilai terhadap
keseluruhan aspek dalam kehidupan manusia. Ia merupakan edisi baru
kepada fahaman sekularisme Barat moden.
Fahaman ini disebarkan oleh proses globalisasi melalui kecanggihan
teknologi komunikasi dan maklumat. Fahaman pasca-modenisme
mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri tanpa perlu memikirkan
pendapat orang lain. Pasca- modenisme menjadi cabaran kerana ia telah
mempengaruhi dunia Islam.
Dengan berkembangnya pasca-modenisme pada era globalisasi, maka
gerakan kebebasan semakin berkembang. Globalisasi mencipta dunia yang
berasaskan kepada kepenggunaan, atau consumerism. Pertumbuhan budaya
kepenggunaan ini merupakan latar belakang fahaman pasca-modenisme.
Akibat sistem kapitalis, manusia menjadi rakus dan gelojoh yang tidak
terbatas, menyalahgunakan kebendaan dan kekayaan kurniaan Allah.
Sifat kepenggunaan dan kebendaan ini kemudian menggantikan
nilai-nilai moral dan akhlak manusia serta melupakan nilai-nilai
keagamaan dan kekeluargaan.
Penyerapan idea pasca- modenisme ini ke dalam jiwa dan pemikiran umat
Islam berlaku dalam keadaan yang halus dan
tersusun sama ada secara disedari atau tanpa disedari oleh umat
Islam. Masyarakat Malaysia tidak terlepas
daripada menerima kesan dan impak daripada idea pasca-modenisme yang
berlaku di seluruh dunia.
Fahaman pasca moden ini menimbulkan pula idea-idea
furu’ seperti skepticisme yang
berasaskan fahaman meragui sebarang idea. Tiada idea yang benar dan
tuntas benar. Tiada kebatilan yang sejati. Kebenaran boleh jadi benar
hari ini dan bolehjadi batil akan datang. Premis fikir skeptis ini
juga memupuk generasi X dan Y untuk curiga dengan gagasan ulama’
berkenaan janji kesejahteraan jika melaksana syariah Islam. Bagi
mereka syariah bukan paksi kebenaran yang tetap. Idea ini pastilah
menimbulkan gaya fikir pragmatisme yang anjal dengan isu-isu semasa.
Akibatnya dasar Islam dan syariah luntur sepanjang interaksi
maysrakat dengan isu-isu terkini.
Gagasan golongan yang beramal dengan faham
‘deconstruct’
juga tidak kurang bahayanya. Mereka gamak menggunakan kalimah dan
term Islamik untuk menghancurkan peracangan gerakan Islam. Mereka
merombak besar-besaran hukum moral, perlaksanaan syariah dan tergamak
juga mengkritik ibadah ritual umat Islam seperti solat umpamanya.
Kombinasi pemikiran skeptisme, pasca structrulisme, deconstruct ini
mewujudkan suatu ketubukan fikrah liberalime yang kian dahsyat dan
tidak disedari oleh si pembawa idea berkenaan sendiri.
Ciri-ciri mereka adalah :
- Mereka juga berkempen menolak sekularisme kerana asasnya mereka meletak termimologi sekuar sebagai menolak syariah 100%. Mereka katakan mereka tidak menolak 100%.
- Mereka ungkapkan hasrat untuk melaksana Islam juga sepertimana yang digagaskan oleh gerakan Islam.
- Mereka ingin Islam terapi kritik lantang khazanah fatwa ulama’ klasik tanpa sandaran hujah yang setara dengan mujtahid silam.
- Berhujah membela Islam dengan akal semata-mata.
- Mendokong amalan Islam kiri.
- Guna lisan Islam untuk menyerang islan seperti konsep syariah tidak waqie, tidak kena denan maslahah kini dan tidak cocok dengan uruf masyarakat serta pelbagai istilah indah yang disalh gunakan oleh mereka.
Fahaman ini akhirnya menatijahkan golongan muslim
progresif yang kononnya menampakkan produk kejayaan Islam, sebaliknya
menurunkan taraf (downgrade) syariah itu sendiri atas pelbagai alasan
yang tasahul
(bermudah-mudah).
Ia juga menghasilkan golongan apologatik seperti yang penulis
nyatakan di atas.
Penulis mengakhiri penulisan ini dengan ungapan tegas Tuan Guru
Zulkifli Ismail agar daie tidak meninggalkan Al Quran dalam bacaan
harian. Jika hanya membaca dan berwacana isu firah dan ideologi
semata-mata, gerakan akan lemah dan lumpuh kerana senjata utama untuk
menentang ilhad (kesesatan) adalah Al Quran itu sendiri.
Muhammad Nuruddin Bashah
Tim Ketua Penerangan DPPN Kedah
AJK lajnah Dakwah PAS Pusat