Cabaran Anak Muda
Hadapi Suasana Belenggu Ekonomi
Berdasarkan perangkaan 2013, golongan belia di Malaysia
kini hampir separuh daripada penduduk Malaysia, iaitu 49 peratus.
Jumlah belia di Malaysia kini adalah seramai 13.73 juta orang.
Daripada jumlah itu, 2.9 juta orang merupakan belia berumur antara 20
hingga 24 tahun. Kelompok ini merupakan paling ramai dalam golongan
belia.
Usia
belia atau bahasa lunaknya anak muda adalah lapis masyarakat
yang popular menerima
sebarang impak politik mahupun ekonomi. Hal ini adalah kerana dalam
usia ini jika yang berkeluarga mereka berada dalam para hidup
menstabilkan keluarga dariaspek ekonomi, pengurusan hidup dan
kerjaya. Rumah baru dibeli, anak masih kecil-kecil belaka, kerja
belum kukuh jawatan, pengalaman dan kedudukan.
Malah
anak muda adalah generasi paling sukar menyimpan
wang akibat bebanan kos sara hidup mutakhir ini.
Ketua Ekonomi Dr Yeah Kim Leng RAM Holdings mendedahkan
bilangan rakyat negara ini akan terus bankrup berikutan langkah
rasionalisasi subsidi kerajaan untuk menangani defisit bajet.
Pihak beliau
menjangkakan bilangan tunggakan meningkat, terutama di kalangan
pekerja muda dalam sektor swasta yang mempunyai akses kepada kredit
yang berlebihan melalui kad kredit dan pinjaman peribadi , tetapi
tidak mencukupibahawa ia akan menjadi setara dengan gaya hidup
mereka.
Suatu yang serius
untuk kita perhatikan apabila kini didapati 37 000 orang anak muda
(berumur antara 25 tahun – 35 tahun) diisytihar muflis, bangkrap
atau dalam kata yang mudah, telah gulung tikar dalam bisnes.
Dari segi bangsa,
statistik Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan kaum tertinggi
diisytihar muflis ialah Melayu (39.76%) diikuti Cina 33.36%, India
9.53% sementara lain-lain 17.34%. Jabatan Insolvensi Malaysia juga
merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan
72.74% atau 790 adalah lelaki yang merupakan teras bangsa.
Media juga
mendedahkan bahawa 41 orang anak muda menjadi muflis setiap hari di
negara ini akibat berbelanja secara tidak terkawal melalui penggunaan
kad kredit.
Dalam aspek budaya konsumerisme, anak muda yang bernafsu
ammarah akan mudah untuk berhutang demi mengejar budaya ranggi,
budaya popular dan trend masakini yang disumbat iklan dan kempennya
saban minit dalam media elektronik.
Walaupun ia merupakan isu anak muda itu sendiri yang
perlu mengawal kehendak dan membina gaya hidup sederhana, namun
lambakan kempen budaya ranggi dan hidup gaya mewah adalah didikan
siapa kalau bukan datangnya daripada kerajaan juga?
Lihat lagi akibat kesan budaya
ranggi. Penggunaan
kad kredit kelihatan semakin berkali lipat ganda. Misalnya pada 2003,
penduduk Malaysia melakukan transaksi kad kredit secara purata
sebanyak 5.8 kali, meningkat sekitar 8.7 kali pada 2007.
Nilai purata
transaksi jual beli menggunakan kad kredit penduduk Malaysia pada
2003 ialah RM1,159.60 dan jumlah itu meningkat kepada RM2355.32 pada
2007.
Pada
tahun 2003, keseluruhan isi rumah di Malaysia terhutang kepada
syarikat-syarikat kad kredit sebanyak RM275.176 bilion. Pada 2007,
nilai hutang meningkat menjadi RM427.912 bilion.
Boros
perlu dikikis
dan ini
suatu krisis! Apakah tiada suatu tindakan untuk menghentikan
pemborosan di kalangan rakyat
terutamanya anak muda?
Ramai kontraktor muda
Melayu
yang masih belum kukuh perniagaannya telah mula membeli Mercedes
Kompressor. Sanggup membayar hampir RM 3,000 sebulan untuk gaya dan
nama sedangkan berhutang untuk menutup kelemahan perniagaan. Ada yang
mengambil tender sedangkan modal tetap syarikat adalah negatif.
Sanggup berhutang untuk mendapatkan projek sedangkan projek yang
sedia ada dan yang dipohon belum tentu berjaya.
Gaya pemimpin, gaya artis gaya popular yang disaksikan oleh rakyat
yang meracuni minda mereka sebenarnya.
Menurut Pengarah
Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia
(FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, rakyat negara ini seharusnya
mengikis tabiat berhutang dan liat membayar hutang agar tidak terus
menjadi satu budaya.
Berhutang
bukan sekadar untuk membesarkan perniagaan tetapi ia kerap dilakukan
untuk memenuhi keperluan hidup ranggi di kalangan
anak muda.
Namun selain disebabkan nafsu ingin ranggi faktor apakah
yang menyebabkan rakyat berhutang kalau bukan disebabkan himpitan kos
yang semakin meningkat dan gaya hidup yang menggalakkan gaya hidup
mewah?
Merujuk kepada
statistik kes muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh
2005 hingga Mei 2010, terdapat seramai 80,348 orang disenarai muflis.
Sebab-sebab
kebankrapan yang disenarai adalah akibat hutang cukai pendapatan,
hutang kad kredit, hutang pinjaman perniagaan, sewa beli kenderaan,
pinjaman perumahan, penjamin korporat, penjamin sosial,
biasiswa/pinjaman pelajaran dan keberhutangan yang lain.
Statistik daripada
jabatan tersebut juga menunjukkan sebab kebankrapan utama adalah
- Kepelbagaian hutang (29.05%),
- sewa beli kenderaan (24.12 %),
- pinjaman perniagaan (10.93 %),
- pinjaman perumahan (7.49 %)
- kad kredit (5.50 %).
Perkara
yang meruntun hati kita adalah apabila statistik Jabatan Insolvensi
Malaysia bagi tempoh yang dikaji menunjukkan kaum yang paling ramai
muflis ialah Melayu 39.76%.
Jelas kaum Melayu itu pastilah di kalangan umat Islam!
Menurut
Utusan Malaysia pada 19 Januari 2012, kajian awal yang dilakukan oleh
FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan
30% daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak
setiap bulan. Malah
jika dikaji tahun ini mungkin peratusannya meningkat lagi.
Bukan
suatu kritikan membuta tuli, umum rakyat melihat sejak kepimpinan
Khairi Jamaludin, pemuda UMNO dikatakan telus, terbuka, muda dan
cakna dengan isu anak muda terutama dalam isu politik dan himpitan
ekonomi. Penulis melihat sebaliknya. Beberapa siri Pemuda UMNO
bersama anak muda kelihatan perihatin dengan permasalahan rakyat
namun dalam isu Bajet 2015 misalnya suara anak muda nampaknya
tenggelam kerana Pemuda UMNO juga terpaksa meraikan bajet one off
Perdana Menteri, bejet apalogetik terhadap rakyat selepas membaham
sekian banyak subsidi, bajet Ali Baba yang kaya diautamakan yang
marhain diretorikkan.
Pemuda UMNO juga tidak mampu membela anak muda.
Misalnya
adakah Pemuda UMNO yang kelihatan
‘muda remaja’ kini itu sedar bahawa kerajaan
telah
berusaha membina
Pejabat Pembangunan Usahawan Kebangsaan serta Pusat Inovasi Global
dan lreativiti Malaysia (MaGIC)
dengan bajet 2014 sebanyak
RM 50 juta.
Malah Perdana Menteri tahun lepas mewar-warkan akan menubuhkan
Usahawan 1Malaysia dengan menyasarkan sebanyak 5,000 usahawan belia.
Persoalannya dimana bukti kejayaannya? Kerajaan perlu nyatakan jumlah
usahawan yang berjaya diasuh di kalangan muda belia. Atau belia elit
sahaja yang dibantu dalam program ini? Adakah bajet itu juga tiris
sepertimana bajet-bajet lain?
Suka untuk penulis mengungkit beberapa aspek penting dalam Bajet 2014
tahun lalu yang kelihatan nampaknya cuba mendekati anak muda?
Pendekatan yang kerajaan BN lakukan adalah pendekatan menutup mulut
anak muda dengan program one off payment. Umpama samseng filem 70an
menutup mulut saksi pembunuhan dengan seguni dua beras. Formula yang
sama juga diasuh kepada generasi Y hari ini.
Sebenarnya
Bajet
untuk belia
2014 adalah
lebih kepada one off payment
untuk
menarik undi bukan memina jatidiri, dayasaing dan kemandirian belia.
Biar penulis senaraikan antaranya :
- Program Baucar Buku 1Malaysia - RM250 kepada pelajar universiti -Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6 2.
- Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) -Bantuan tunai RM500 - isirumah berpendapatan ≤ RM3,000 -Bantuan tunai RM250 - individu bujang berumur 21 tahun ke atas ≤ RM2,0003.
- Rebat RM200 kepada belia 21‐30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G - manfaat 1 .5 juta pengguna. Kerajaan telah belanja RM260 juta daripada peruntukan RM300 juta bagi menawarkan rebat bayaran sekali sahaja sebanyak RM200 di bawah pakej Komunikasi Belia untuk pembelian telefon pintar 3G.
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) - usahawan muda menceburi bidang ICT. Penubuhan Young Enterpreneur Fund - pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
Himpitan
ekonomi hari ini yang melanda kestabilan hidup anak muda dibantu
kerajaan dengan bantuan rebat telefon pintar? Adakah kerajaan tidak
faham bahasa, apa sebenarnya keperluan anak muda? Adakah disebabkan
mereka generasi Y, mereka bulurkan telefon pintar sehinggakan ia
dimasukkan dalam bajet negara?
Penubuhan
NEF juga misalnya masih boleh dipertikai keberkesanannya. Di mana
laporan penuh kejayaan NEF?
Untuk Bajet 2015 antara ‘habuan’ yang diharapkan memuaskan hati
anak muda antaranya;
- Perluasan program MyBrain,
- Skim Perumahan Beia (SPB)
- Pengurangan kadar cukai pendapatan dan juga
- Projek 1Malaysia Youth City
MyBrain antara program bernilai dan perlu diteruskan
kalau benar kerajaan inginkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan
inovasi. Namun penambahan bajet untuk MyBrain juga digencatkan dengan
unsur kapitalisme dalam pendidikan tinggi yang meningkatkan yuran
sekali ganda baru-baru ini teruama dalam bidang sains. Bagaimana
minat anak muda untuk belajar boleh disemai jika skrol mereka
diperdagang dengan harga yang kian meningkat.
Bagi Skim
Perumahan Belia (SPB) iaitu sebuah skim pembiayaan pemilikan rumah
yang ditawarkan kepada belia berkahwin dan berumur 25 hingga 40 tahun
dan mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
kononnya tanpa deposit itu, adakah ia bakal mengulangi kehambaran
program SRP (Skim Rumah Pertamaku)? Lebih lucu skim ini hanya untuk
20 000 anak muda sahaja di Malaysia. Sehingga kini anak muda tidak
mengangkat ibu jari tanda puas dalam isu membeli rumah. Pada
14 Mac 2012, Bank Negara mengumumkan, selepas SRP
setahun dilancarkan, hanya 1,062
permohonan diterima. Kenapa
terlalu sedikit? Malah cuma 37% permohonan
diluluskan, manakala 48% lagi permohonan ditolak kerana tidak
mencapai kelayakan kredit yang minimum. Perkara ini sebenarnya sudah
dijangka memandangkan syarat had pendapatan RM3,000 adalah terlalu
rendah untuk membolehkan seseorang membeli rumah sendiri, lebih-lebih
lagi dengan beban kewangan lain seperti hutang PTPTN, pinjaman kereta
dan pembayaran kad kredit. Sebagai contoh, pinjaman sebanyak
RM220,000 selama 30 tahun pada kadar 4.8% (iaitu BFR-1.8% semasa BFR
berada pada 6.6%) akan memerlukan peminjam membayar sebanyak RM1,154
sebulan, iaitu sebanyak hampir separuh daripada gaji bulanan seorang
anak muda yang berpendapatan RM2,500 sebulan.
Cukai pendapatan disusun semula
adakah ia berita gembira anak muda yang rata-rata memang bergaji
bawah RM 4000. Sebenarnya Bajet 2015 akan menambahkan penggayutan
rakyat terhadap kerajaan. Kerajaan seolah tidak mahu rakyat berdikari
bebas membina ekonomi sendiri. Yang miskin
akan terus bergantung hidup dengan kerajaan dengan pemberian BR1M
secara ansuran dan perlaksanaan GST.
Yang kaya pula menjadi lebih kaya apabila cukai
pendapatan individu distruktur semula di mana kadar maksimum akan
dinaikkan kepada tahap lebih daripada RM100,000 kepada tahap lebih
daripada RM400,000.
Bagi projek
1Malaysia Youth City pula ia
adalah idea yang hanya bombastik tetapi langsung tidak megujakan anak
muda penjual ikan, penoreh gerah, pekerja kilang, pembantu am rendah
dan seangkatan dengannya. Projek ini mungkin habuan Perdana Menteri
untuk bercakap indah sesama pemimpin antarabangsa jika bertemu di PBB
kelak.
Sebenarnya
bejet
bukan sekadar untuk menaikkan kemampanan ekonomi negara atau target
negara brpendapatan tinggi. Kerajaan hanya anggap human capital
sebagai alat untuk gahkan nama negara bukan jadikan negara sebagai
wahana pembangunan keselesaan, keharmonian rakyat. Konsep kini telah
terbalik.
Bajet
jangan hanya pandang prasarana, komoditi, materialisme. Kerajaan
yang manusiawi perlu
lihat pembangunan minda, jiwa dan masa depan belia.
Jika
benar kerajaan perihatin dengan anak muda, sediakan juga Tabung
khas bantu belia muflis. Satu dana khas ditubuhkan bagi membolehkan
orang yang muflis meminjam dengan menggunakan simpanan KWSP sebagai
jaminan pinjaman untuk bayar pokok hutang muflis.
Perkahwinan
juga adalah antara permasahan di usia anak muda. Dengan belanja yang
mahal, kos dan ada yang sanggup membuat beberapa ‘personal loan’
semata-mata untuk menghalalkan perhubungan. Kerajaan boleh sediakan
dana
khas untuk mudahkan perkahwinan belia.
Pendek kata, anak muda yang diramalkan menyebelahi BN
dalam PRU akan datang berkemungkinan melakukan swing kerana rata-rata
anak muda pragmatik dengan isu tepi kain mereka.
Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah
AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat