Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Sunday, October 12, 2014

PEMBERITA KAWASAN -NADI PENERANGAN AKAR UMBI


PEMBERITA KAWASAN -NADI PENERANGAN AKAR UMBI
Peranan pemberita kewasan adalah amat penting untuk menaikkan fungsi penerangan di setiap kawasan dan pemuda adalah resourse utama untuk menyediakan para pemberita kawasan berkenaan.

Dalam tulisan ini suka untuk saya ceritakan serba sedikit berkenaan fungsi dan peranan pemberita kawasan berdasarkan sekelumit pengalaman saya sepanjang bertugas dalam ‘team ‘ penerangan PAS Kawasan Gopeng khususnya dan negeri Perak amnya.

Istilah pemberita kawasan lebih lunak dan mesra berbanding istilah wartawan yang mungkin dikaitkan dengan etika kejurnalan dan kewartawanan yang lebih tinggi.

Pihak Harakah pernah menganjurkan suatu Kursus Kewartawanan Harakah Negeri dan Kawasan Peringkat Negeri Perak pada sekitar tahun 2011. Saya adalah antara peserta kursus bernilai berkenaan. Atas usaha Lajnah Penerangan yang diterajui oleh Dr Nuri Al Amin ketika itu, beberapa kawasan di negeri Perak berjaya menyediakan pemberita kawasan dan disalurkan kepada wartawan wakil negeri iaitu saudara Johari dan Faez Azahar. Faez selaku anak muda yang kelihatan mentah kelaku tetapi matang dari aspek pemikiran dan gerak kerja telah melonjak daripada tahap pemberita kawasan kepada wakil Harakah negeri Perak yang berjaya. Beliau juga umpama guru kepada saya.




DUN Sungai Rapat di bawah Parlimen Gopeng adalah kawasan pilihanraya unik kerana calon untuk PRU ke 13 lalu telah diketahui dan konsensus kedudukan sejak tamatnya PRU-12. Kami selaku agen penerangan saban hari, minggu dan bulan hanya memperbanyak promosi segala aktiviti Pusat Khidmat Ustaz Radzi Zainon (Graduan Sarjana Kejuruteraan USM) yang boleh dikatakan diadakan hampir setiap minggu bermula tahun 2008 hingga 2013. Dewan pemuda PAS boleh dikatakan hanya perlu mengikuti aktiviti beliau untuk dijadikan aktiviti pemuda kerana meriahnya gerak kerja Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat sehingga menjadi Giant Killer mengalahkan Ketua Penerangan Wanita UMNO Datuk Hamidah Osman ketika itu.

Tanya sahaja siapa Radzi Zainon, India, Cina, Melayu kampung dan bandar semua mengenali susuk tubuh lelaki berakhlak mulia serta berilmu tinggi ini.

Disinilah peranan pemberita kawasan untuk memeriahkan alam media sama ada media cetak mahupun media maya dengan lambakan isu serta aktiviti bakal YB kita. Bukan itu sahaja aktiviti Dewan Pemuda, aktviti kawasan semuanya mampu dilambakkan dalam alam media.

Mengapa pentingnya lambakan berita ini? Sebenarnya jika sesuatu berita disiarkan dalam akhbar cetak, ianya hanya kekal seminggu atau sebulan di minda masyarakat atau pengundi (istilah lain madu’). Namun jika ia dilambakkan dalam alam media maya seperti blog umpamanya ia mampu diakses walaupun selepas beberapa tahun selagi mana wujudnya server blogspot yang menakung laman blog berkenaan.

Maka lajnah penerangan Kawasan dan pemuda ketika itu berhasrat bermula tahun 2009 untuk melambakkan berita Radzi Zainon dalam media maya untuk pemperojekan imej jangka panjang (4 tahun). Hal ini cukup penting kerana jasanya pada tahun 2009 masih boleh disebut dan dihayati pengundi semasa siri kempen tahun 2013.

Ketika awal tanpa kemunculan whatsapp, saya mengambil tindakan memberita melalui kerjasama UPU-UPU. Melalui pemusatan MTD, gambar-gambar aktiviti pemuda, PASTI, UPU dan bakal YB diemail kepada saya dan saya peringatkan alamat email melalui sms saban bulan untuk mengutip gambar. Si penghantar email pula akan menulis nota pendek info berkenaan aktiviti berkenaan. Hal ini berjaya dilakukan. Berita yang masih ‘raw’ itu pula akan diproses oleh sahabat saya wakil Harakah iaitu saudara faez Azahar dan akan dimuatkan dalam Harakah cetak dan juga Sinar Harian. Selalunya berita-berita yang dimurnikan oleh beliau berjaya menyuntik respon daripada pihak kem UMNO khususnya para penyokong Datuk Hamidah Osman yang istiqamah.

Selepas kemunculan whatsapp, pemberitaan kawasan menjadi lebih rancak sehingga tidak menang tangan atau kadang kala menjadi kecewa kerana tidak mampu menangani sejumlah besar gambar, berita dan info yang diperolehi saban saat dan minit! Malah saya mampu sediakan berita di Gopeng di saat pilihanraya walaupun telah berhijrah ke negeri Kedah dengan bantuan teknologi maya ini.

Inilah kegilaan media maya yang jika digunakan secara baik dan istiqamah untuk perjuangan, ia menjadi cukup indah dan meninggalkan kepuasan kepada kita yang menjayakan agenda penerangan.

Lantaran itu untuk sahabat-sahabat yang berada dalam lajnah hebat ini untuk terus mengaktifkan team pemberita kawasan dan bekerjasama dengan wakil akhbar negeri masing-masing demi menjayakan agenda Isiqamah dalam perjuangan bersama Parti islam SeMalaysia.

Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah



PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)