Tuesday, October 14, 2014

Titipan doa untuk Almarhum Ustaz Izzat Shauki daripada Pemuda PAS Sungai Petani


Titipan doa untuk Almarhum Ustaz Izzat Shauki daripada Pemuda PAS Sungai Petani
POKOK SENA - 14 OKT 2014
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
Pemergian susuk tubuh bernama Ustaz Izzat Shauki menyahut panggilan Ilahi pada jam 11.10 malam tadi memberi kejutan bukan sahaja kepada aktivis PAS Negeri Kedah malah juga menjadi hebahan di pelbagai negeri di mana sahaja ada insan yang mengenali pemuda berusia 35 tahun ini.

Almarhum yang mengidap beberapa penyakit antaranya komplikasi kencing manis dan diakhiri dengan minor strok, telah menghadap Ilahi selepas berjuang dengan perubatan sejak 19 September di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Sungai Petani Saudara Muhammad Izzwan Ismail mewakili seluruh saf Pemuda Sungai Petani merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga atas kembalinya Allahyarham Ust Izzat Shauki menemui PenciptaNYA. Kami berdoa agar rohnya digolongkan bersama para syuhada, solehin dan siddiqin.

Produk sulung Madrasah At Taklimiah Tok Keling yang kemudian melanjutkan pelajaran ke Mesir ini juga adalah cerdik dan petah berpidato. Tidak hairanlah beliau diamanahkan sebagai Timbalan Speaker DUN Kedah semasa pentadbiran Almarhum Ustaz Azizan dahulu. Beliau pernah menyandang kerusi Adun Bukit Lada tahun 2008 dan memegang pelbagai taklifan dalam jamaah antaranya adalah :

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah
Ketua Penerangan Dewan Ulama’ Kedah
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah
Ketua Dewan Pemuda Pas Pokok Sena
Pengerusi Lmbaga Tadbir Smidu
Pengerusi Lmbaga Tadbir Sridu
Pen SU Lembaga Tadbir Madrasah At Taklimiah
Guru di Makarimul Akhlak
Guru Umumi di seluruh negara.

Kudrat, idea, sikap dan fikrah beliau sebenarnya masih panas dan amat diperlukan lagi dalam perjuangan Pemuda PAS Kedah khususnya dan pemuda PAS Malaysia amnya. Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Sungai Petani mendoakan agar beliau berada dalam saf ruh para syuhada’ dan beriman.  












Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)