KENYATAAN MEDIA 7 OKTOBER 2014
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
PESTA ARAK : Tegas bertindak bawah perundangan sedia ada
Bercakap soal arak dan mungkar, dalam senario sekarang
pasti akan dipalit sebagai ekstrik, ortodoks, jahil politik atau
tidak faham kondisi semasa.
Namun sebagai penggerak Parti Islam, saya merasakan
perlu bersuara bersama untuk menyatakan tekad dan penegasan agar
pihak berwajib menghentikan Pesta Arak yang dijadualkan berlangsung
di Shah Alam Selangor.
Atas tanggungjawab memartabatkan syariat Islam, PAS akan
terus berkempen agar masyarakat Malaysia mengenali syariah yang
sebenar iaitu Islam jelas TIDAK melarang menganut agama lain untuk
meminum arak atau memakan makanan yang dilarang terhadap umat Islam.
Hal ini jelas. Namun ia bukan untuk dipromosikan sebagai suatu syiar
atau lambang kemebagan sesebuah negeri atau negara yang mengiktiraf
Islam sebagai agama Persekutuan yang jelas.
Dewan Pemuda PAS Kedah menyokong agar
kerajaan pusat, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bersama
bertindak menghentikan Oktober Fest
Carlsberg Malaysia (Pesta Arak) yang dipromosikan secara meluas
bermula 24 Sept dan kemudiannya berlanjutan hingga
12 Oktober nanti.
'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan
syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di
beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time
Square Hotel.
Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10
hingga 12 Okt ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.
Pihak kami sedar dengan permit dan lesen yang mereka ada
adalah atas restu dan kehendak kerajaan Pusat juga kerana perlesenan
arak dan judi semuanya bermula di Parlimen. Hal inilah yang
menyukarkan kerajaan Pakatan Rakyat yang terpaksa menanggung biawak
hidup yang dicipta oleh UMNO.
Pihak kami juga berasa ulasan
Umno Selangor melalui
Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar
yang melahirkan rasa kesal dan terkilan
terhadap Pesta ini sebagai
kenyataan yang lucu kerana UMNO lah yang bermegah mebina
kilang-kilang arak di sepanjang lebuhraya Shah Alam. Udara arak
itupun seolah-oleh disaji percuma kepada penduduk berdekatan adakah
UMNO tidak kesal dan malu?
Pihak kami yang juga pernah bersuara
agar Arak dan Aurat diperketat di syarikat MAS sebelum ini masih
istiqmah akan bersuara untuk memartabatkaN syariah. Pihak kami
menunggu reaksi yang sama Pemuda UMNO setelah tajuk
hadapan Sinar Harian Selasa 26 Ogos 2014 tertera “ Henti Arak Tutup
Arak” dan “Pemuda UMNO minta MAS lakukan transformasi dengan
terapkan elemen patuh syariah untuk tingkatkan imej penerbangan itu”.
Akta Eksais 1976 (Akta 176),
Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan
Liqour yang memabukkan) 1976,
Akta Kastam 1967, Seksyen 2(1)
kesemuanya dilulusan oleh kerajaan pusat.
Akar umbi permaalahan arak ini adalah lesen, dan ia adalah ruang
kuasa kerajaan pusat. Namun begitu walaupun ia berada diruang kuasa
pusat, kerajaan negeri dan pemimpin tempatan harus bersuara,
menasihati atau berusaha membendung gejala ini secara tegas dan
berhemah. Ini tanggungjawab kerajaan negeri dan tempatan juga.
Ia berbeza daam hal rumah berhala kerana dalam kes peperangan sebagai
contoh, Islam mengiktiraf keamanan pihak bukan Islam yang berlindung
di rumah ibadat atau berhala bukan Islam tetapi tiada nas dan dalil
yang mengiktiraf keselamatan di premis judi dan arak. Ini bezanya dan
harap tiada pihak yang menyamakan kes kebebasan beragama dengan kes
kebebasan meminum arak secara terbuka.
Pihak bukan Islam perlu didik untuk mengetahui maqasid (objektif)
syariah yang sebenarnya. Denagn hasrat mereka untuk menganjurkan
aktiviti sebegini perlulah pemimpin yang terhampir dengan mereka
berusaha memahamkan mereka berkenaan hal-hal sebegini.
Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah