KENYATAAN MEDIA 9 OKTOBER 2014
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
PENARIKAN SUBSIDI MINYAK ; PETANDA KRISIS ADIL DAN IHSAN KERAJAAN
BN
Dewan
Pemuda PAS Kedah melihat keterhakisan unsur ihsan dalam pentadbiran
kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
apabila subsidi demi subsidi dikurangkan untuk kestabilan sosial
masyarakat Malaysia.
Pihak
merasakan sudah sampai masanya kerajaan berhenti menipu rakyat
apabila sering memberi alasan kenaikan harga minyak Malaysia seiring
dengan kenaikan harga minyak global.
Maklumat kasar hari ini sekitar harga
minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada bulan
Julai iaitu pada harga AS$103
setong. Malah diramalkan kejatuhan harga
minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusan
lagi.
Ia mampu diakses oleh sesiapa sahaja walaupun individu itu tidak
mengambil mata pelajaran perdangangan atau ekonomi asas di sekolah.
Ini maklumat umum yang diketahui rakyat sendiri.
Firman Allah "Sesungguhnya Allah
menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan
Ihsan), (An Nahl: 90)
Asas utama Islam adalah keadilan dan ihsan. Allah menyeru kita untuk
berbuat keadilan dan bersikap ihsan. Subsidi
sendiri adalah salah satu elemen dalam muafakat ekonomi dalam Islam.
Menurut Nik Mustapha Nik Hassan Timbalan
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia
ekonomi muafakat yang menepati konsep al-ihsan pada hakikat
sebenar akan terlaksana dengan wujudnya keadilan ekonomi.
Jika ditinjau dalam ekonomi konvensional juga,
konsep Keadilan Keadilan distributif sering digunakan untuk
melihat polisi pemerintah
terhadap rakyat. Negara
harus mengagih sumber daya yang
dikuasai kepada rakyat secara adil. Pada tahap ini
prinsip keadilan distributif perlu diterapkan.
Setelah rakyat dikerah membayar cukai, adalah menjadi tanggungjawab
kerajaan pula untuk meringankan beban rakyat dalam beberapa hal
antaranya dengan mengekalkan subsidi demi kestabilan masyarakat. Hal
ini tida bercanggah dengan ekonomi konvensional juga.
Oleh kerana pada asalnya Allah pemilik semua harta dan sumber maka
Allah berhak menentukan pengagihannya. Tidak semua orang mendapat
pengagihan yang cukup dalam bentuk upah, maka mereka memerlukan
bantuan ihsan. Ihsan berlaku dari golongan berada kepada golongan
kurang berkemampuan seperti orang miskin, cacat, balu, anak yatim dan
seumpamanya. Mereka ini sebahagiannya tidak aktif dalam aktiviti
ekonomi manakala sebahagian yang lain telah berusaha sedaya upaya
tetapi gagal memenuhi semua yang mereka perlukan. Ihsan boleh
dilakukan dalam bentuk zakat, sadaqah, kafarah, faraid, hadiah, derma
dan sebagainya. Ini dapat membantu merapatkan jurang pendapatan di
antara golongan kaya dan miskin serta meningkatkan kuasa beli.
Jadi dalam konteks moden hari ini subsidi boleh dianggap sebagai
menepati semangat ihsan yang digariskan oleh syariat Islam kerana ia
berunsur kebajikan selepas konsep keadilan diperhalusi.
Islam juga memandang punca jenayah adaah akibat kehimpitan ekonomi
yang kian parah. Hal ini menyebabkan isu ekonomi bukan isu isolisasi
ahli ekonomi sebaliknya ia adalah isu syariah yang patut juga
dikumandang oleh para Mufti, Jakim, Ikim dan lain-lain badan agama
kerajaan agar kerajaan sedar bahawa iau ini me;iputi aspek besar
rakyat dan agama Islam itu sendiri.
Subsidi secara umum bukan obligasi sesebuah kerajaan malah kerajaan
boleh menarik subsidi bila-bila masa kerana ia adalah ihsan untuk
rakyat. Namun ihsan ini dituntut jika ia adalah jalan untuk mencapai
kestabilan sosial, ekonomi yang stabil dan mencegah masalah jenayah,
manipulasi harga dan krisis kepenggunaan yang teruk. Kemampuan rakyat
membeli juga semakin kurang. Bebanan membayar hutang bulanan mencecah
lebih separuh gaji bulanan. Adakah ini sebuah negara wastiyyah yang
menerapkan kesederhanaan dalam hidup jika strabilan sosial bakal
goncang denga impak kenaikan harga minyak dua kali tahun ini.
Hingga kini telah 40 sen harga petrol naik untuk tahun 2014 sahaja.
Pihak Dewan Pemuda juga mengaggap isu ini kian menimbulkan
ketidakpuashatian rakyat apabila beberapa pemimpon BN, MIC dan UMNO
turut sanggup menegur kerajaan terhadap langkah menaikkan harga
petrol di saat rakyat baru sahaja menerima bahana dengan kenaikan
awal tahun lalu.
Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan DPPN Kedah