Monday, October 13, 2014

Ziarah Pimpinan PASTI-untaian kasih dan ukhuwah

Ziarah Pimpinan PASTI-untaian kasih dan ukhuwah
SUNGAI PETANI -12 Okt 2014
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Ukhuwah kerja berjemaah dan semangat mengambil berat sesama ahli PAS dijelmakan oleh beberapa pimpinan PASTI Kedah melalui lawatan kebajikan kelmarin.

Ust Mohd Subky bin Sulaiman, selaku Timb Pengarah PASTI Sektor Pengurusan serta YB Ust Mohd Azam bin Abd Samad, Pengarah PASTI Kedah telah bersama menziarahi Ustaz Sirajudin yang merupakan mantan Naib Ketua Pemuda PAS Sik dan masih berkhidmat melalui Unit Latihan PASTI Kedah.

Ziarah ini diiringi juga oleh Saudara Muhammad Izzwan Ismail, selaku Ketua Pemuda PAS Sungai Petani.

Ustaz Sirajudin seorang amilin dan pimpinan PASTI yang berkaliber ini kini menderita penyakit rosak kedua-dua buah pinggan semenjak bulan Ramadhan yang lalu. Pihak pimpinan PASTI negeri yang hadir memberi sumbangan peribadi kepada beliau.

Beliau kini terpaksa menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Kos bagi setiap kali rawatan adalah sekitar RM250, sebulan dan bebanan kos sebulan adalah sekitar RM3000 termasuk pengangkutan beliau untuk rawatan.


Ramai berpandangan kegigihan Ustaz Sirajudin perlu dicontohi dalam gerak kerja pemuda mahupun iltizam beliau dengan unit latihan PASTI. Walaupun beliau menderita dengan serba kepayahan namun beliau masih mengambil berat soal jamaah serta isu-isu yang berkaitan.

Lawatan yang bermula sejak 6.45 petang berakhir dengan solat maghrib di rumah mertua beliau di Sungai Pasir.



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)