Monday, October 13, 2014

KENYATAAN MEDIA - Bajet 2015 - Bajet Apologatik

KENYATAAN MEDIA 12 OKTOBER 2014
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

Bajet 2015 - Bajet Apologatik 

Tema bajet tahun hadapan yang berbunyi Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" adalah bajet berunsur apologatik selepas beberapa siri penindasan ekonomi rakyat dilakukan oleh kerajaan BN.

Dewan Pemuda PAS Kedah memandang intipati bajet yang masih berunsur one off payment, tiada idea peningkatan hasil kekayaan berasas knowledge driven dan masih berlegar pada asas korek lubang tutup lubang.

Perenggan ke-13 ucapan Perdana Menteri yang cuba membawa kita berfikir kehebatan ekonomi negara seperti Korea, Jerman, Jepun, Taiwan mahupun China, yang kebanyakannya bermula dengan asas pertanian sebagai ekonomi mereka dan kini beralih kepada asas ekonomi yang mengutamakan pengetahuan, kemahiran, inovasi dan kepakaran yang tinggi boleh dikatakan lambat kerana idea ini hanya dikatakan akan terlaksana melalui Rancangan Malaysia ke-11 melalui projek Strategi Pembangunan Nasional Malaysia atau Malaysian National Development Strategy atau MyNDS bermula Mei 2015 nanti.

Sedangkan idea ekonomi berasas inovasi dan pengetahuan didesak oleh para ahli akadmeik dan inteligensia tempatan bertahun lamanya kerana melihat keghairahan Malaysia mengaut sumber alam semata-mata untuk keperluan domestik.

Ternyata nyanyian inovasi dan kreatif yang ditayang-tayang dalam media elektronik merupakan hanya nyanyian pemanas badan sahaja kerana aksinya belum terlaksana.



Perdana Menteri kita hari ini masih meneruskan tradisi defisit Perdana Menteri sebelumnya malah ia berterusan sehingga 16 tahun lamanya.

Di mana peranan cerdik pandai ekonomi negara yang bergelar Dato’ dan Tan Sri adakah mereka sudah kering idea untuk menjana ekonomi selain daripada merampas hasil dalam poket-poket rakyat.

Pihak kami sedih walaupun kononnya petrol tidak dikenakan GST namun kenaikan 20 sen akibat penarikan subsidi dan mungkin akan naik lagi jika kerajaan berasa perlukan lagi dana ini sebenarnya menyamai kadar GST bagi petrol.

Tidak perlu berbasa basi untuk menyejukkan hati rakyat bahawa petrol tiada GST jika hak wewenang menaikkan harga petrol terletak di tangan kerajaan?

Atas alasan memadam api marah rakyat, maka bajet rasa bersalah ini dikemukakan dengan harapan beberapa siri penambahan one off akan melupakan rakyat logik matematik kerugian akibat penarikan subsidi serta bahawa GST yang bakal menaikkan harga komoditi yang sebelum ini tidak disentuh oleh SST.

Perdana menteri juga melahirkan realiti ekonomi negara yang tenat apabila menyatakan bahawa usaha memantap tadbir urus fiskal seperti mengurangkan defisit fiskal adalah satu tanggungjawab moral untuk generasi pewaris masa hadapan dan beliau tidak mahu mewariskan Malaysia dengan kewangan Persekutuan yang terbeban dengan masalah hutang. Hal ini lebih baik daripada tahun lepas apabila muqaddimah Bajet 2014 dipenuhi dengan ungkapan cakap besar berkenaan pengembangan ekonomi serta peningkatan KDNK yang dikatakan tercapai.

Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan DPPN Kedah



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)