PERLAKSANAAN GST
JAUH DARI LUNAS EKONOMI ISLAM
Muhammad Nuruddin
Bashah
Tim Ketua
Penerangan DPPN Kedah
Prinsip
asas ekonomi Islam adalah untuk membawa kemakmuran masyarakat dan
menyediakan rakyat untuk beribadah dan tunduk kepada Allah. Ini
matlamat paling asas bagi iqtisad Islam. Segala polisi
yang diturunkan Allah swt dalam sistem
Islam mengarah pada tercapainya kebaikan, kesejahteraan, keutamaan,
serta menghapuskan kejahatan, kesengsaraan, dan kerugian pada seluruh
ciptaan-Nya. Demikian pula dalam hal cukai yang
termaktub dalam ekonomi, tujuannya adalah membantu manusia
mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat. Prof.Muhammad Abu Zahrah
mengatakan Islam diturunkan sebagai rahmat
bagi seluruh umat manusia, iaitu penyucian
jiwa agar setiap muslim bisa menjadi sumber kebaikan bagi masyarakat
dan lingkungannya. Tegaknya keadilan dalam
masyarakat. Keadilan yang dimaksud mencakupi
aspek muamalah.
Namun dalam suasana
iklim ekonomi hari ini, lepas satu demi satu subsidi ditarik oleh
kerajaan (walaupun ada hujah mengatakan jumlah subsidi hanya omong
kosong malah sebenarnya peruntukan subsidi adalah maya), kenaikan
petrol dua kali dalam setahun, rakyat masih legi cemas dan
ternanti-nanti apakah bahana atau kemakmuran yang bakal muncul
selepas GST dilaksanakan tahun hadapan.
Cukai
adalah salah satu cabang kuasa siasah syariyyah dan menjadi wewenang
pemimpin Islam untuk menetapkannya. Disebabkan tulisan ini cuba
membahas GST dari aspek syariah, ada baiknya penulis membahas peranan
pemimpin ‘Islam’ dalam membina polisi sesuatu cukai dalam
pentadbiran.
Sabda Nabi;
Atas nas inilah
menjadikan para ulama’ fiqh menyusn fatwa berkaitan justifikasi
cukai dan syarat-syaratnya.
Secara umumnya cukai
adalah halal dan ia boleh dilaksanakan. Antara hujah cukai adalah
syari’y secara usulnya adalah :
- Mengikut Marghinani, jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum (al-Marghinani: 1996).
- Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa kadar cukai negara boleh menaik atau menurun mengikut kemampuan rakyat (Abu Yusof:1979). Asasnya pendapatan negara adalah melalui zakat, ganimah rampasan perang, perdagangan, rikaz (galian) dan lain-lain. Konteks negara moden sumber alam semulajadi, perdagangan adalah sumber pendapatan negara.
- Cukai juga telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW apabila cukai yang dikenali sebagai jizyah telah diperkenalkan pada ketika itu. Jizyah merupakan cukai kepala yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam (al-Mausuah al-Fiqhiyyah: 2001). Dengan cukai jizyah, mereka berhak mendapat perlindungan dan penjagaan terhadap segala aspek sama ada harta, keluarga, darah dan sebagainya.
- Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau telah mewujudkan cukai tanah (kharaj), cukai perdangangan (ushur) dan lain-lain cukai telah dikembang serta diselaraskan agar dapat memberikan dana yang mencukupi bagi pembangunan negara. Dalam konteks cukai tanah (kharaj), ia dikenakan ke atas tanah-tanah yang dibuka oleh orang Islam secara peperangan. (Abu Yusuf: 1952).
- Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitab usul fiqhnya al-Mustasfa (al-Ghazali:1992), tidak harus dikenakan cukai ke atas rakyat jika sekiranya harta benda yang berada di tangan adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan ketenteraan, maka harus kepada pemerintah mengenakan cukai kepada golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaan ketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai ganti cukai.
- Mengikut al-Shatibi (al-Shatibi: 2008), pengambilan cukai menjadi keharusan apabila pemerintah itu seorang yang adil dan membelanjakan harta tersebut pada jalan yang diharuskan syarak.
Berdasarkan
hujah-hujah pakar fiqh di atas, ternyata tujuan cukai adalah selepas
kekurangan wang di pihak kerajaan barulah cukai diperkenalkan. Baik,
selama ini sebenarnya cukai telah lama wujud di Malaysia dan ia tidak
pernah dipertikai oleh rakyat. Jika ada pun hanya beberapa hal
berkenaan cukai pintu tetapi tiada perkhidmatan yang ditawarkan
selepas cukai dibayar, cukai lesen kenderaan sedangkan ada negara
tanpa perlu mempernbaharui lesen kenderaan. Selama ini rakyat
Malaysia cukup akur dan taat dengan sejumlah besar cukai yang ada.
Mengapa hanya
GST yang cukup kuat dibantah rakyat?
Alasan
pertama : GST sepatutnya ditawar
untuk perbelanjaan syariy selepas kerajaan tidak memiliki sumber
mencukupi. Namun hakikatnya rakyat sedar betapa bebrilion keuntungan
Petronas dan TNB diisytihar saban tahun, malah Petronas cukup untuk
selepas kejatuhan harga minyak global mutakhir ini. Di mana perginya
wang berkenaan? Ternyata alasan GST tidak syari’y dan terkeluar
dari lunas semangat ekonomi Islam.
Alasan
kedua : GST ditawarkan semasa kos
rakyat Malaysia cukup meruncing.
Dalam
banyak tulisan penulis telah dijelaskan betapa senarai barang yang
tidak dikenakan GST bukan selama-lamanya terjamin tidak akan
dikenakan GST. Ia tiada jaminan. Antara barangan berkenaan adalah ;
“Beras, gula,
garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin,
cencalok, budu, belacan; Bekalan
air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna
domestik; perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen,
perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah; perkhidmatan
pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri,
bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan; jual
beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang
terpilih”.
Ya sekarang tiada
GST. Tahun akan datang? Ya ia tiada GST, namun adakah terjamin
harganya tidak naik? Inilah yang tidak disedari rakyat. Petrol tanpa
GST pun mampu dinaikkan harga oleh kerajaan inikan pula komoditi
makanan. Hal ini disebabkan ada beberapa bahan yang tiada lagi
kawalan harga oleh kerajaan. Antaranya :
- Roti putih ( dimansuh 1 Jan 2010)
- Ayam ( dimansuh 1 Jun 2008)
- Susu pekat manis ( dimansuh 1 april 2009)
Tanpa
GST pun harga barang barang ini akan naik. Contoh
paling mudah ialah gula. Gula tidak dikenakan GST, kata Najib dalam
Bajet 2014. Kemudian Perdana Menteri
berkata subsidi gula dimansuhkan dan gula kini dijual pada harga
RM2.84 sen sekilo (disebabkan ketiadaan satu sen, maka harga sebenar
ialah RM2.85 sekilo). Jika gula dikenakan
GST 6%, harganya menjadi RM3.01 sekilo, peningkatan sebanyak 17 sen.
Dalam tempoh 17 bulan ini sehingga terlaksananya GST, rakyat
Malaysia percayakah harga gula masih akan berada di tahap RM2.84
sekilo pada 1 April 2015 nanti?
Alasan
ketiga :
kemampuan rakyat tiada
Penulis
berikan fakta di bawah untuk menyokong betapa GST tidak layak
dilaksanakan sekarang :
- FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini dibebani jumlah hutang yang begitu serius,
- Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna - > 30 peratus daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang
- Pendapatan isi rumah bulanan bumiputera RM4,457 sebulan manakala Cina dan India meningkat lapan peratus dan sembilan peratus, masing-masing kepada RM6,366 dan RM5,233.
- Jumlah hutang isi rumah sebanyak 75.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ( Julai 2012) .Setiausaha Penasihat Syariah, Bank Islam Mohd Nazri Bin Chik, sehingga Mac 2013, angka tersebut meningkat kepada 82.9 peratus dan merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.
- Lebih 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan.
- Golongan 10% terkaya mengawal 77% keseluruhan aset kewangan negara.
Jelasnya syarat Imam
Abu Yusuf gagal menjustifikasikan perlaksanaan GST.
Adakah layak rakyat
sebegini dibebankan dengan GST? Ada yang berhujah GST adalah syari’y
kerana ia menurunkan cukai 10% kepada hanya 6%. Persoalannya adalah
angka 6% akan kekal sehingga 5-6 tahun atau ia bebas dimanipulasi
oleh kerajaan bila-bila masa?
Walaupun
SST tinggi SST hanya ditanggung
oleh mereka yang mewah dan golongan pertengahan jika mereka membeli
barang-barang dan melanggan perkhidmatan yang diketegorikan sebagai
'mewah' (contoh: bil telekomunikasi,
langganan ASTRO, Pizzahut, KFC, Tesco, Parking, tiket wayang)
. GST pula akan ditanggung oleh semua rakyat kerana semua barangan
dan perkhidmatan yang kurang perlu (mewah) dan perlu akan dikenakan
GST. Namun kadarnya lebih rendah iaitu 4% berbanding 6% bagi cukai
jualan dan 10% bagi cukai perkhidmatan. Kadar
yang lebih rendah ini mungkin menguntungkan orang yang mampu
berbelanja namun bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan
rendah akan menanggung GST yang sebelumnya tidak ditanggung oleh
mereka. Ini menjukkan kerajaan BN tidak menepati
syarat Imam Al Ghazali dalam kitab usul fiqhnya tadi.
Kerajaan
beria sangat inginkan GST kerana kerajaan gagal mendapat
kutipan cukai pendapatan secara menyeluruh dari pembayar yang cukup
‘haul’ menyebabkan pendapatan negara bocor.
Logiknya pencarum
aktif KWSP sehingga tahun 2012 adalah sekitar 13 juta. Sebalik
menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan daripada
kira-kira empat juta rakyat yang mempunyai fail Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN), hanya 1 juta rakyat diklasifikasikan sebagai pembayar
cukai.
Alasan
keempat : kerajaan berbohong tidak
telus layak cukainya dipertikai.
Kerajaan
yang berbohong juga adalah kerajaan yang tidak layak mengutip GST
menurut Islam. Kerajaan bakal mengaut 5.6 bilion kononnya selepas
menolak dari jumlah sebenar 23.2 bilion segala barang yang bukan GST
serta kerugian akibat ketiadaan SST. Kemudian dalam ucapan
pembentangan Bajet 2015, keuntungan GST akan hanya tinggal 690 juta
sahaja selepas tolah BRIM dan seangkatannya. Bukankah alasan para
menteri BN menarik subsidi adalah untuk dikembalikan kepada rakyat
dalam bentuk BRIM. Subsidi yang disedut juga oleh orang kaya kononnya
dirampas dan dikembalikan kepada yang berhak dalam bentuk BRIM.
Bukankah kos BRIM ada dalam penarikan subsidi? Mengapa berbohong
mengatakan keuntungan GST akan tinggal 690 juta selepas menolak nilai
BRIM? Alasan GST cukup gharar (samar-samar) dan ia cukup syubhah
untuk dilaksanakan.
Alasan
keempat : Kerajaan boros tidak
layak mengaut duit rakyat.
Alasan untuk mengaut
poket rakyat untuk dana kerajaan perlu menepati kehendak syariah.
Antara yang dibenarkan adalah dalam hal dharuriy seperti peperangan
dan hajiaat seperti untuk membina prasarana yang perlu untk rakyat.
Bagaimana pula jika kerajaan inginkan cukai disebabkan kerugian
berikut:
- Ketirisan RM 20 bilion dalam Laporan Audit Negara 2012 adalah akibat rasuah.
- Bajet defisit kerajaan BN 16 tahun berturut-turut.
- Tun Mahathir - Sinar Harian 5 September 2013 mengaku kerajaan BN boros.
- Anak Rosmah- beli Kondominium RM 110 juta di New York.
- Laporan Maybank Berhad bahawa hutang negara bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK.
- Tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 49 tahun dan hanya menikmati lebihan kewangan selama 5 tahun berturut-turut (tahun 1993-1998), iaitu ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menajdi Menteri Kewangan. Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara
- Fitch Rating menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada ‘stabil’ kepada “negatif” 2013.
- Menurut Fitch Ratings, hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada 53.3 % daripada KDNK pada akhir 2012, meningkat daripada 51.6 % pada tahun sebelum dan 39.8 % pada akhir tahun 2008. Pengarah Eksekutif MIER, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, berdasarkan prospek ekonomi Malaysia, hutang bagi kerajaan persekutuan meningkat melebihi tahap siling iaitu 55%. Jumlah hutang kerajaan persekutuan bagi suku tahun pertama tahun 2014 ialah pada RM560.6 bilion.
- Indeks Rasuah Malaysia 2013 naik dari tangga 54 ke 53.
- Aliran wang haram antara petaka. Global Financial Integrity (GIF),Malaysia - sebanyak AS$54.18 bilion (RM174 bilion) telah mengalir keluar dari sempadan negara ini secara haram pada tahun 2011. 80% daripada aliran wang haram ini berpunca daripada ‘trade misinvoicing’/mis pricing ( aliran kewangan yang tidak direkodkan atau terlebih catat.) bukan korupsi tetapi Malaysia gagal urus aliran wang. Tetapi - Mukasurat (xi) laporan GIF ( (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002 – 2011) menyatakan bahawa “..The panel data regressions also show that an increase in corruption increases trade misinvoicing..”- unsur rasuah/korupsi yang sebabkan terjadi mis-pricing.
- Menurut penganalisis pengguna Nielsen Media Research- Pejabat Perdana Menteri belanja RM67.8 juta iklan BN, tertinggi dikalangan pengiklan lain, melebihi RM43 juta yang dibelanjakan oleh classifieds dan RM25 juta masing-masing oleh Nestle dan Unilever Malaysia.
- Penganalisa politik Asean, Dr Bridget Welsh menganggarkan Dato Seri Najib telah membelanjakan secara purata RM 4,364 untuk seorang pengundi dalam menghadapi PRU yang lepas.
Kerugian-kerugian
di atas menjadi alasan mengapa GST perlu disegerakan dan subsidi
terus dihisap. Adakah perbelanjaan di atas menepati syariah? Jika
tidak, mengapa juak-juak dan agamawan BN menyatakan GST menepati
syariah Islam? Jelas perkara diatas menafikan syarat yang ditetap
oleh Imam As Syatibi di atas.