Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Sunday, October 12, 2014

PASTI Sungai Petani tekad perkukuh organisasi memantapkan pengurusan

PASTI Sungai Petani tekad perkukuh organisasi memantapkan pengurusan

TIKAM BATU - 12 Okt 2014
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

PAS sebagai sebuah parti yang juga merupakan jamaah Islam turut sama mengkelakan juzul perjuangan melalui pendidikan seawal usia pra sekolah. Di sinilah PASTI berperanan menjadikan PAS sebagai jamaah syumul yang bergerak mendidik serta menghasilkan tunas Islam yang bervisi rabbani.

Hari ini PASTI Kawasan Sungai Petani telah menganjurkan Kursus Pengurusan PASTI yang melibatkan jawatankuasa dan guru-guru pasti cawangan.

Program tahunan yang diadakan ini bertujuan memberi latihan dan pengetahuan dlm meningkatkan kecekapan dalam aspek pengurusan PASTI cawangan.

Program jihad ta’limiyah ini diserikan dengan kehadiran Tuan Hj Muhammad Sobri Osman selaku TYDP, tetamu khas YB Ustaz Mohd Azam Abd Samad Pengerusi PASTI negeri Kedah serta Ustaz Mohd Subki Sulaiman Timbalan Pengarah Pasti Kedah

Kursus ini juga merupakan persediaan untuk sesi 2015.

Pembentangan dimulakan oleh Ustaz Mohd Subky bin Sulaiman, Timb Pengarah PASTI Sektor Pengurusan & Pentadbiran dan diteruskan dengan sesi dialog bersama Ust Mohd Azam bin Abd Samad, Pengarah PASTI Kedah.

Rata-rata peserta seramai 30 orang berasa puashati dengan pembentangan serta bersedia untuk meneruskan amanah melalui wadah PASTI serta bertekad untuk meningkatkan prestasi pengurusan pasti cawangan.

Antara penegasan Pengarah PASTI dalam kursus ini adalah pentingnya PASTI untuk mengurus organisasi dengan baik kerana PASTI yang beroperasi setiap hari menjadi tumpuan mata masyarakat umum. Malah aspek kebersihan adan keselamatan juga merupakan antara titik penting yang perlu diberi perhatian.

PASTI juga merupakan pusat mendekatkan masyaraat dengan Parti islam PAS. Aspek-aspek kebajikan guru pasti berkaitan isu gaji dan sebagainya juga dibincangkan untuk kemaslahatan bersama.  


PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)