MENYOROT
JASA-JASA PAS YANG MENJADI ASAS KEBIJAKAN POLITIK SEHINGGA 63 TAHUN
Muhammad
Nuruddin Bashah
Timbalan
Ketua Penerangan DPPN Kedah
AJK
Lajnah Dakwah PAS Pusat
Apabila
klausa Matangkah PAS di usia 63 tahun dipilih sebagai tema diskusi
bagi sambutan ulangtahun PAS tahun ini, jelas ia bermaksud bahawa ada
sesuatu fenomena yang terjadi kini kelihatan dijadikan kayu ukur
kematangan PAS. Ya, baik di bandar mahupun desa, ceruk estet getah
mahupun cawangan PAS hulu banat, semua menyedari bahawa PAS berada
dalam krisis dalaman yang semua pihak mahu diselesaikan secepat
mungkin. Ramai ingin melihat wacana menilai kematangan ini dalam
keadaan ingin mendengar bagaimana cara PAS menyelesai konflik yang
sebenarnya jauh lebih kecil berbanding konflik-konflik retro PAS
sebelum ini. Malah kadangkala klausa ‘matangkah’ boleh menjurus
kepada perbahasan difensif di mana hujah menyokong kematangan lebih
kepada membela PAS terhadap beberapa stigma, tohmahan, serangan
pemikiran terhadap PAS yang kadangkala digembar gembur, ditokok
perisa oleh pihak bukan PAS sendiri. Maka muncul lebih banyak bahan
tulisan, kenyataan media dan tulisan menegaskan semula apa itu PAS,
mengekal manhaj PAS, memperhangat sejarah retro PAS serta banyak lagi
agar PAS dinilai matang. Hal ini biasa dan kadangkala ianya perlu.
Ada dua mazhab utama
dalam keputusan krisis yang kelihatan didambakan oleh para ahli.
Pertama ‘get rid’ semua pihak yang tidak sehaluan dengan faction
mereka ia kelihatan mudah dan memuaskan hati. Kedua pula adalah semua
pihak perlu diam, reda, tutup mulut serta gerakkan kerja seperti
dahulu, seperti zaman kegemilangan PAS sebelum ini. Mazhab ketiga
adalah perbanyakkan aktviti Parti, dalaman bersifat tarbawi mahupun
aktiviti kepolitikan sehingga distorsi isu mengalihkan pemusatan
krisis kepada fokus menangani isu yang disepakati bersama. Saya
memilih mazhab ketiga dan sedang melaksanakan kerja di aliran
pemikiran ini.
Bagi
penulis kematangan PAS boleh dicapai misalannya melalui bagaimana
para ahli mampu membezakan isu krisis dengan isu kedudukan kita yang
masih bergelar ahli jamaah yang sah. Lantaran itu buku terbitan Dewan
Ulama’ PAS Kedah bertajuk 10
Ketetapan Dalam Jamaah
amat baik diteliti baik ahli bawahan mahupun pinpinan pusat. Dalam
buku bernilai RM 10 itu, 10 ketetapan adalah kebersamaan yang mesti
dicapai, dia amal oleh semua ahli baik apa pun persepsi mereka
terhadap metadologi polisi kepolitikan yang mereka ikhtilafi.
Misalnya konsep taawun
a’la birr wa attaqwa
adalah ketetapan tuntas yang perlu diamal oleh semua pihak baik
sekolah apa sekalipun ahli berkenaan.
Menilai kematangan
PAS dengan bermatlamat menilai bagaimana licinnya PAS mengurus konfik
dalaman selepas 63 tahun wujud di bumi Malaysia adalah perbahasan
skop yang terlalu kecil dan kerdil berbanding berbincang jasa serta
kemampuan yang telah PAS hadapkan kepada masyarakat. Penulis
berminat untuk terus berkempen bukti-bukti kerja kuat PAS selama ini
walaupun pihak yang mendengar atau membaca akhirnya akan berbahas hal
konflik juga kerana berbahas isu konflik adalah minat semua manusia
yang dicipta sinonim dengan berita hangat, sensasi, khabar-khabar,
berprasangka dan sebagainya sedangkan kerja buat semakin menimbun
sebagai anggota Harakah Islamiyyah bernama PAS.
Antara persiapan
ahli PAS yang terpenting adalah mempersiap pengetahuan berkenaan
sejarah perjuangan PAS,
jasa
dan bagaimana PAS memulakan pergerakan awalnya. Antara isu yang perlu
diketahui adalah seperti, benarkah PAS ditubuh untuk bersaing dengan
UMNO? Adakah PAS tidak pernah berjuang untuk merdeka? Benarkah tiada
sumbangan PAS dalam merealisasikan pertumbuhan masyarakat Islam
sehingga hari ini?
Tahukah ahli,
sekecil-kecil isu seperti perjuangan cuti pada Hari Raya Syawal juga
merupakan perjuangan serta
jasa para
ulama’ PAS suatu ketika dahulu?
Adakah semangat
persefahaman politik PAS (tahaluf siasiy) hari ini
cukup sensistif diincangkan sesama komponen pakatan rakyat
adalah suatu persefahaman
pragmatisme dalam PAS atau ia merupakan suatu juzuk awal dasar
penubuhan PAS?
Lihat dahulu
jasa-jasa PAS yan dilahirkan bermula Mesyuarat Agong dan Muktamarnya.
Ketika Persidangan Alim
Ulama’ pada 21 dan 22 Februari 1950 di Muar Johor anjuran Bahagian
Ehwal Agama Islam dan Pendidikan (Ketua: Abdullah Fahim) terdapat
usul awal perjuangan PAS selepas itu
yang mana para ulama’ berkenaan kemudiannya meneruskan gesaan di
bawah untuk terus diperjuangkan.
- Merayu kerajaan Arab Saudi turunkan cukai haji yang dikenakan sebanyak $360 dan sediakan layanan baik.
- Menubuhkan kolej Islam.
- Mengisytihar hari pertama Ramadhan dan Syawal sebagai cuti.
- Mendesak kerajaan Persekutuan (jajahan British) menubuhkan Majlis Agama di Melaka dan P.Pinang.
- Mengadakan perhubungan antara Majlis Agama Negeri.
- Wujudkan derma pelajaran tinggi agama Islam bagi penuntut belajar luar negara.
Nama PAS (Persatuan Islam Se
Malaya) dipilih dan menolak nama Perikatan Ulama’ UMNO Malaya
semasa penibuhannya.
Ahli PAS juga masih ahli UMNO kerana tiada pemisahan dan ramai
menolak perlembagaan baru Fasal 22 Bab (1) yang memisahkan keahlian.
Ibnu Hashim
dalam bukunya Sejarah Kebangkitan dan Masa Depan; PAS kuasai Malaya
menyatakan antara sebab penubuhan PAS
adalah kerana menentang
judi loteri kebajikan UMNO, malah
Ulama’ yang
menentang termasuk Sheikh
Abdullah
Fahim, Ustaz
Ahmad Fuad
Hassan dan Haji
Fathullah Suhaimi (Singapura).
Sebab lain adalah UMNO
kerana
mengekalkan
falsafah sekular.
Jika PAS hari ini mulai berlembut dengan sekular dan liberalisme
antarabangsa yang bijak mengatur bicara melunakkan pimpinan PAS maka
tindakan uama’ keluar daripada UMNO dahulu menjadi sia-sia kerana
kita akan menuju manhaj sekular yang sama dengan UMNO.
PAS pernah menentang UMNO
yang melalui wakil parlimennya
Haji Ahmad Said (AP Seberang Perai Utara) yang mencadangkan kerajaan
melesenkan pelacuran yang berjalan semasa itu atas alasan mengawal
aktiviti perlacuran.
Jasa kerjasama antara-kaum
Ustaz Baharuddin Latif
menyatakan
Dato’ Onn
tidak disukai raja Melayu kerana ingin satukan semua pertubuhan Islam
Malaya malah
Dato’ Onn
ingin masukkkan kaum bukan Islam dalam UMNO.
Atas kerana polisi ini mash sensitif menyebabkan PAS juga
menannguhkan idea ini sehinggalah pra penggabungan berlaku semasa
penubuhan CCC di kelantan dan penubukan KPP serta DHPP yang
diusahakan oleh Dato’ YB Mujahid Rawa dahulu. Kesemua ini ada
rentetannya bukan bersifat drastik.
PAS berpengalaman dalam hal
inter-kaum kerana antara pimpinan awalnya adalah insan yang berusaha
menyataukan semua kaum membina Tanah Melayu. Idea
perpaduan dan kerjasama antara kaum telah diasaskan oleh Dr
Burhanuddin pada 1947, jauh lebih awal sebelum beliau menyertai PAS
apabila PKMM bersekutu dengan PUTERA-AMCJA.
Membina kerajaan rakyat untuk rakyat
Pada Muktamar
Pertama PAS pada 3 dan 4 Januari 1953 di Madrasah Dairat Ma’arif,
Kepala Batas pula
PAS telah lama menggunakan terma dari rakyat untuk rakyat iaitu
menggesa didirikan
negara merdeka
dari rakyat untuk rakyat.
PAS juga bersetuju
Malaya merdeka di bawah Komanwel
malah pertama kali kelompok islam terbesar Tanah Melayu ini menuntut
isytihar hari pertama Muharam sebagai cuti.
PAS juga yang mendesak ditubuhkan syarikat
perkapalan untuk jemaah haji,
penurunan
kadar pasport haji dari $20 kepada $ 5.
Haji Ahmad Fuad Hassan
ingatkan perwakilan;
selepas kerakyatan
kaum bukan Melayu memiliki hak sama dengan Melayu yang sebagai
warganegara asal tanah Melayu,
melayu perlu
pastikan Islam sebagai agama yang berpengaruh terus dalam Malaya
dan bukannya agama apologatik, defensif dan akur dengan kehendak
liberalisasi satu demi satu.
Judi dan arak
Muktamar Kedua pada 25 Ogos
1953 di Madrasah Al Ulum, Batu 20, Bagan Datuk, Perak
pula PAS mendesak
kerajaan meluluskan mengadakan pelajaran agama Islam kepada anak-anak
Islam di sekolah Inggeris dan dijadikan mata pelajaran wajib dalam
peperiksaan.
Inilah kehendak PAS yang belum berjaya dalam tahap sekolah rendah.
PAS juga mendesak
larangan menjual arak kepada orang Islam
yang sehingga kini tidak berjaya kerana Akta Eksais 1976 bercanggah
dengan Enakmen-enakmen kuatkuasa pembelian arak di Mahkamah Syariah.
PAS juga bersetuju
akan menganjur satu muktamar khas bersama pertubuhan Islam serata
negara untuk mendesak pengharaman loteri dan judi di Tanah Melayu.
Hari ini GMJ (Gerakan Mansuh Judi) telah disertai oleh PAS bersama
NGO-NGO yang berhaluan seperti PAS.
Asal
ketumbukan Ulama berubah jadi Parti Siasah
Muktamar Ketiga diadakan
pada 12 hingga 14 Ogos 1954 di madrasah At tahzib Ad Diniyah, Titi
Serong, Parit Buntar, Perak dengan diketuai oleh Dr Abbas Alias
dengan tekad mengesahkan
pindaan untuk tekad menubuhkan negara Islam Malaya.
Malah inilah pertama kali PAS bersungguh untuk mengambil
keputusan untuk terlibat dalam pilihanraya.
Jelas PAS bukan sekadar parti politik yang bersepak terajang dalam
pilihanraya sebagaimana yang difahami oleh segelintir ahli PAS. PAS
asal ketumbukan ulama’ menentang sekular dan ingin menobat syariah,
bertukar menjadi parti siasah dan kemudiannya ditransformasi menjadi
parti tarbiah, dakwah dan siasah semasa kebangkitan mahasiswa Melayu
yang menyertai kegiatan Ikhwan di Asia Tengah. Dalam muktamar kali
ini PAS terus mendesak
kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi.
Isu bahasa Melayu
Hal ini diteruskan apabila
Dr Burhanuddin Al Helmi memegang jawatan yang Dipertua PAS pada tahun
1956, beliau menegaskan;
bahawa dasar
Kebangsaan negara perlulah Melayu,
mesti diakui
bahawa kaum Melayu adalah tuan negeri ini
(suasana ketika itu), satu
sahaja bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu,
Islam adalah
agama rasmi
serta menentang
jus soli. Kerakyatan perlu melalui majlis perundangan.
Jasa PAS dalam isu bahasa
dan agama bukan bermula apabila Tun Mahathir melancarkan dasar
‘mimpi’ berliau iaitu PPSMI.
Jauh sebelum itu telah tertanam suatu juzuk estetika pimpinan PAS
terhadap isu budaya, tradisi melayu dan Bahasa Eka, Bahasa Melayu.
Misalnya dalam
Mesyuarat Agong Tahunan ke-5 PAS pada 23,24 dan 25 Disember 1956
menyatakan;
- Kita hendaklah menuntut kemerdekaan negara dalam tempoh tidak sampai 1959.
- Bahasa kebangsaan Semenanjung Tanah Melayu adalah Bahasa Melayu dan ianya tunggal.
- PAS perlu beri peringatan kepada rombongan ke London agar tidak ketepikan hak Islam.
- Agama Islam perlu dijadikan panduan pemerintahan.
Suruhanjaya Reid mencadangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
tetapi bahasa Inggeris perlu digunakan dalam tempoh 10 tahun sesudah
merdeka. Reaksi PAS adalah seperti berikut;
- Datuk Asri Muda menyatakan: Beliau merasakan tempoh sepuluh tahun ubah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu terlalu lama, malah Dasar Undang-undang Bahasa Kebangsaan hanya memperuntuk bahasa kebangsaan pada sekolah rendah. Beliau malah menggesa supaya sekolah menengah dan pengajian tinggi juga menggunakan bahasa kebangsaan (semasa ini Dr Burhanuddin dalam ISA).
- Pada 23 Februari 1967, 10 tahun selepas merdeka, sejajar dengan Suruhanjaya Reid, bahasa kebangsaan ingin dinobatkan, kerajaan gubal Undang-undang Bahasa Kebangsaan yang masih memihak kepada Bahasa Inggeris dalam kehakiman, pentadbiran dan pengajian tinggi. PAS menentang habis-habisan sehingga muncul gerakan Keranda 152. Bahasa Melayu tercatat dalam Fasal 152 Perlembagaan dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (1967/68). Ironinya, timbul persoalan sejauh manakah dasar itu dilaksanakan secara telus terutama oleh sektor awam dan swasta.
- PAS menentang Undang-undang Bahasa Kebangsaan kerana Tunku Abdul Rahman dan UMNO walaupun memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu tetap mempunyai sikap liberal terhadap perkembangan bahasa kaum bukan Melayu.
- PAS telah mengulangi tuntutan mereka supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal dengan serta merta. Dengan adanya peruntukan seperti itu maka bahasa lain selain dari bahasa Melayu tidak akan ada kesempatan dan ruang untuk dijadikan sebagai bahasa rasmi di Tanah Melayu. PAS juga menolak multilingualism dalam Dewan Perundangan. Sekiranya dasar ini diterima, maka ia akan membuka ruang kepada bahasa lain diangkat sebagai bahasa rasmi. Lanjutan dari menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, maka hak untuk mendapatkan kerakyatan mestilah mengetahui Bahasa Melayu dengan baik1.
- PAS juga membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka kerana ia dianggap oleh PAS sebagai “hendak membina sesuatu, dan dalam membina itu meruntuhkannya sendiri”.
- PAS menuntut supaya penegasan dibuat dalam Suruhanjaya Reid bahawa “bahasa rasmi Tanah Melayu dan bahasa Bahasa KEBANGSAAN Tanah Melayu yang TUNGGAL ialah BAHASA MELAYU”
Selepas merdeka, PAS masih lagi menegur kerajaan dan memberi saranan
khusus untuk mempertingkat prestasi sekolah dan sistem pendidikan
Islam. Mesyuarat Jawatankuasa Agung ke-3 pada 26 Februari 1959 telah
mengambil ketetapan berikut;
- Menuntut kerajaan mengeluar dengan segera bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Tanah Melayu seperti yang dijanjikan.
- Mendesak kerajaan memperbanyak Sekolah Tinggi Islam di Tanah Melayu.
- Mendesak kerajaan mengadakan kelas agama untuk orang dewasa di setiap kampung dengan kos ditanggung kerajaan mulai 1959.
Isu harta negara- kebajikan rakyat
Mesyuarat Agung PAS tahunan
ke-9 pada 12 dan 13 Februari 1961 membuat ketetapan dan desakan
kerajaan
kurangkan gaji menteri sebanyak 10%.
Hal ini ditunjuk contoh pula oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik
Mat semasa menerajui PAS apabila beliau memotong elaun wakil rakyat
PAS untuk kemaslahatan rakyat Kelantan.
Semasa
Tun Abdullah Badawi mengumumkan pemotongan
elaun jemaah menteri sebanyak 10 peratus ramai
ahli UMNO yang mengkritik. Sedangkan
di Kelantan elaun wakil rakyat dipotong sebanyak 25
peratus sejak 1990an
lagi misalnya untuk Tabung Serambi Mekah.
Menurut
Datuk
Ahmad Yakub , bagi kakitangan lantikan politik seperti penghulu, ahli
majlis pihak berkuasa tempatan dan Unit Dakwah Halaqat juga dipotong
sebanyak lima peratus setiap bulan.
Ahmad
berkata, pemotongan yang serupa juga melibatkan semua anggota-anggota
Parlimen PAS sebagai usaha menjaga kebajikan rakyat dan parti.
Selepas
wakil-wakil rakyat PAS diisytihar menang dalam pilihan raya mereka
akan diberi borang khas untuk diisi bagi pemotongan elaun bulanan
yang diterima mereka.
PAS juga telah lama mendesak
kerajaan jangan gunakan harta kerajaan untuk Parti Perikatan
sepertimana disuarakan dalam Muktamar 1961 lagi. Hal ini tidak hairan
kerana hingga kini cawangan UMNO masih ‘miskin’ tiada bilik
oeprasi sendiri sehingga terpaksa menakluk dan menjajah Balai Raya,
Dewan Serbaguna milik kerajaan untuk kerja-kerja parti mereka.
Bukankah saranan PAS ini jauh lebih awal berbanding suara-suara Parti
lain?
Semasa Tunku
Abd Rahman isytihar dalam parlimen pada 1958 bahawa Malaya bukanlah
negara Islam sebaliknya hanya ada peruntukan agama rasmi sahaja.
Reaksi PAS adalah tegas
iaitu perlu
tubuhkan Majlis Islam Pusat bagi memusatkan segala urusan agama
persekutuan
serta dibentuk
Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah.
PAS juga yang pertama mendesak
ditubuhkan Majlis Fatwa.
Malah pelajaran
Agama Islam perlu jadi bahan asasi di sekolah kerajaan (perjuangan
pelajaran Pendidikan Islam belum diambil serius oleh kerajaan).
Pada 16
Oktober 1961, Prof.
Zulkifli
Mohamad tidak bersetuju dengan Akta Pelajaran 1961 mengenai agama
Islam dan mengkritik jam Pengajian Islam tidak mencukupi iaitu hanya
2 jam seminggu!
Zulkifli
Mohamad juga tegaskan penukaran Kolej Islam Malaya kepada Universiti
Islam Malaysia pada 1966.
Isu Global
PAS telah menggesa kerajaan
cakna dan perihatin dengan isu global zaman itu.
Misalnya Dr
Burhanuddin
sendiri
menggesa
kerajaan campurtangan dan bawa kes Selatan Thai yang ditindas kepada
PBB tetapi dianggap kerajaan sebagai mencampuri urusan dalaman negara
lain.
Sebenarnya Kerajaan
Perikatan ketika itu
lebih pentingkan hubungan 2 negara daripada matlamat Melayu serantau.
Kerajaan telah
iktiraf penubuhan negara Israel dan dibantah oleh PAS.
Tidak hairan usul demi usul mengecam Israel ditolak parlimen kerana
asas UMNO adalah mengiktiraf Israel! Ketika 1960an lagi wakil
UMNO serang PAS menyatakan Malaya akan hilang wibawa kerana ubah
prinsip terhadap Israel
disebbkan Perikatan telah mengiktiraf negara Isreal walaupun secara
rasmi ia tidak diiktiraf melalui diplomasi luar negara.
Secara semangatnya ia mengiktiraf.
Sebenarnya banyak
lagi fakta-fakta jasa PAS dalam aspek lebih terperinci seperti jasa
pas mengasaskan tahaluf siasiy, mengasaskan kerjasama inter kaum,
jasa dalam isu global; dan sebagainya. Namun ruang untuk penulis agak
terbatas dalam makalah ini. Untuk menutup tulisan penulis senaraikan
tindakan ‘copy and paste’ BN terhadap sejulah besar jasa PAS.
Bukan hari ini sahaja BN dikatakan menciplak bajet Pakatan Rakyat.
PAS secara parti individu pun telah mengasas pelbagai kebijakan
politik yang ditiru UMNO-BN sejak dahulu lagi. Misalnya JASA PAS yang
ditinggalkan oleh Kerajaan Kelantan :
1 - Pajak gadai
Islam Ar-Rahn yang diterima pakai oleh YPEIM dab Bank Rakyat
2 - Cuti bersalin
daripada 42 hari kepada 60 hari yang berkuatkuasa akhir tahun 1997
3 - Ekonomi yang
berasaskan pertanian dimana Negeri Kelantan adalah negeri pertama
menyiapkan Pelan Strategik Pertanian. Negeri Negeri lain kemudian
mengambil contoh dari pelan tersebut.
4 - Konsep pejabat
bercuti pada Hari Sabtu mulai diguna pakai selepas Belanjawan
1999/Januari 1999. Namun begitu Kerajaan Pusat hanya mengambil sekali
dalam sebulan cuti tersebut iaitu Sabtu pertama awal bulan.
5 - Pemberhentian
perniagaan pasar malam untuk solat Magrib telah di tiru oleh
Terengganu semasa BN.
6 - Ayat-ayat Al
Quran dan DOA-DOA sebagai hiasan di tepi jalan raya. Kenyataan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Abd. Hamid Othman berkata
kerajaan akan
letak
di tepi lebuhraya (BH - 8.10.1997),
namun cakap tidak serupa bikin.
7 - Papan tanda
lokasi masjid dtiru oeh kebanyakan negeri di Malaysia.
8 - Konsep Hotel
Islam di tiru oleh Negeri Pahang
dan kini kian menjadi perbahasan ilmiah dalam majalah dan media
massa.
9 - Pemotongan elaun
tetap Meneri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan ditiru mulai tahun 1997 iaitu selepas
kegawatan ekonomi.
10- Amalan tidak
memberikan cenderahati/hadiah semasa lawatan rasmi Menteri Besar,
Timbalan Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, pihak
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baru mengeluarkan arahan yang sama
pada bulan Ogos 1998.
11- Tidak
mengeluarkan lesen premis judi cuba ditiru oleh Terengganu, itu pun
di Besut pada Julai 1998 semasa BN.
Walau bagaimanapun,
lebih 80% lagi jasa PAS tidak mampu atau tidak gamak dilaksana oleh
UMNO-BN kerana jasa PAS adalah jasa sebuah Parti islam, pastilah
mana-mana parti sekular sukar menerima jejak jasa parti Islam ini.