attacking is not absolute defend.Karangan2 cam ni wat wa makin rimas sbb dari PR sendiri tader solution alternative dr pada sistem mahanomics n najibnomics nih.
Btw
menilai kemajuan negara dari FDI adalah sgt lame n mahathir.Kalau perhati negara2 yg economics bagus cam china,US n terbaru thailand diorg tak mengharap FDI tapi lagi banyak pada domestic investment.Lagi banyak diorg produce sendiri product n jual di luar dari ajak investor luar buat kilang di malaysia(pastu lari bile ekonomi merosot).
Wa meramal Parti yg paling cepat sedar psl pekara ni akan menang PRU13.Sediakan solution saja
PAS boleh lead n mendapat sebenar2 kemenangan kalau sedar fakta2 ni.Sile perhatikan nik aziz ngn projek sawah organik n merpati die.Wa meramal die tgh create something extraordinary n mmg on the right track.
Pemimpin n MB Pas lain sedar ke?
Rancangan Ekonomi yang tidak menyebelahi Rakyat
Kerisauan pembaziran kerajaan semakin menjadi-jadi lantaran lambakan tindakan kerajaan mengurus kewangan ke arah pembaziran. Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu, sikap kerajaan masih kelihatan degil dengan rungutan rakyat bawahan betapa dasar suntikan stimulus ekonominya untuk rakyat tidak dapat menutup seberapa banyak pembaziran yang kian jelas hari ini.
Perdana Menteri berkata, perkembangan positif ekonomi memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus.
Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara. (sumber daripada web 1 malaysia)
“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat”. Kata Perdana Menteri. Memang benar kadar kehadiran pelabur meningkat (2008) berdasarkan peningkatan FDI ( Perlaburan Langsung Asing) akibat liberalisasi ekonomi oleh Perdana Menteri. Namun tiada jaminan mereka akan kekal dan ‘setia’ untuk menyuntik ekonomi Malaysia selamanya berdasarkan kes 1998 di mana pelabur melarikan diri akibat ketidakstabilan polisi kawalan modal serta peningkatan kadar upah buruh.
Sebelum itu Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan. Suku kedua pula 2009 menyaksinya pengucupan ekonomi negatif 3.9.
Kejatuhan upaya negara ditunjuk melalui penurunan Malaysia ke tangga 21 berbanding 19 pada tahun 2007 dalam Indes Pertumbuhan Daya Saing dan antara punca kemerosotan ini pastilah budaya boros.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kini pertumbuhan ekonomi negatif suku tahunan pertama yang dialami sejak suku ketiga 2001.
Alasan beliau, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh kesan kelembapan ketara ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa yang telah menjejaskan permintaan eksport negara sejak separuh kedua 2008. Bagaimana pula dengan status rizab emas negara? Adakah ia juga disebabkan perdagangan antarabangsa yang memberi kesan secara langsung?
Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.
Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerian Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengistiharkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.
Kerajaan Malaysia telah menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999.
Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.
Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan.
Sehingga ini, dikhabarkan tidak ada usaha dibuat oleh kerajaan untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit.
Lebih mengelirukan lagi rakyat tidak diberikan maklumat tepat mengenai kedudukan sebenar rizab emas negara kerana Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama “gold swapped” atau emas yang ditukar. Jika benar rizab emas menyusut adalah rentetan kempen anti pembangkang yang dijalankan oleh kerajaan sejak zaman pentadbiran Dr Mahathir, jelas ia tersasar dari agenda ekonomi rakyat.
Budaya pembaziran dan salah laku wang rakyat telah menjadi resepi utama kepimpinan yang sedia ada seperti kes salah guna peruntukan RM 2.5 juta untuk negeri Selangor melibatkan ADUN Ijok, Bukit Melawati, Permatang dan Sungai Burong. Wang yang sepatutnya diagihkan untuk kesenanagn rakyat sepanjang 12 bulan hanya dibazirkan untuk kempen pilihanraya Mac 2008 yang lalu. (sumber Selcat)
Pembaziran dana rakyat kerajaan negeri juga berlaku di Melaka apabila Dto’ Seri Ali Rustam menggunakan sebanyak RM 9.3 juta (bermula 2001 hingga 2009) peruntukan negeri untuk membiayai penerbitan Melaka Hari ini yang menjadi propaganda BN Melaka. Bahan bercetak ini mengalami kerugian sebanyak purata RM 500 000 bermula 2006 hingga 2008. Sepatutnya politikus memilki akhbar sendiri untuk menyebarkan propaganda bukan menggunakan wang rakyat sebanyak itu yang sebenarnya mampu membina 300 rumah rakyat miskin.
Tidak kesal dengan kemerosotan rizab emas negara yang kini hanya dipandang dari sudut nilai bukannya fizikal emas lagi, kini pemimpin negara berserabut pula dengan skandal PKFZ yang jelas menunjukkan ketirisan wang rakyat kepada segelintir kapitalis politik yang merugikan lagi negara.
Kerugian akibat ketirisan wang rakyat cuba ditampung melalui harga minyak dan memperkenalkan jenis minyak baru sekaligus meningkatkan harga minyak jenis yang bukan RON95 juga (contohnya V power Shell). Menteri Perdagangan Dalam Negeri berhujah bahawa minyak mentah dunia telah melepasi USD80 se-tong sedangkan tiada bukti harga minyak dunia naik melepasi USD 80 se-tong.
Nisbah perlaburan langsung asing (FDI) kepada KDNK menunjukkan trend penurunan sejak 10 tahun lalu. Dalam tempoh 1992-1997 nisbahnya adalah 7.3 %, menurun kepada 4.2% pada tempoh 2002-2007(walaupun meningkat mendadak pada 2008). Pertumbuhan ekonomi negara pula sejak 2000-2007 hanyalah 5.6% berbanding 8.1% bagi 7 tahun sebelumnya.
Kemerosotan ekonomi perlu ditangani melalui perletakan individu bijak ekonomi dalam kerajaan. Namun hal ini meleset (sebagai contohnya) apabila Dato Idris Jala bekas CEO MAS yang gagal menyelesaikan kerugian MAS sebanayak RM 8 billion dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Apabila kroni dan nepotisme menjadi ramuan, maka kerosakan yang terjadi boleh dilupakan malah diberi peluang berkauasa dalam kerajaan.
Pemborosan melalui dana sukan RM 16 juta semata-mata memburu pingat emas Olimpik London 2012 juga membawa petaka kepada rakyat. JIka dana sebesar itu ingin digunakan untuk ‘membela’ segelintir atlet negara sepanjang 2009-2012, ia pelru dijelaskan secara terperinci dan bagaimana kerajaan memastikan tiada ketirisan wang ke dalam poket segelintir manusia yang menangguk di air yang keruh. Malaysia juga belum menunjukkan rekod baik dalam usaha ‘mendidik’ atlet bekerja bukan sekadar nama dan kemasyuran sebaliknya membenci rasuah dabn penyelewengan yang telah lama membarah dalam sektor sukan negara kita.
Suntikan stimulus ekonomi Malaysia bukan sedikit. Sebanyak RM 7 billion dimulakan oleh kerajaan dan disusuli dengan pakej kedua iaitu sebanyak RM 60 billion. Dicelahan usaha menstabilkan kewangan negara, kerajaan mengisytihar pula usaha untuk menjayakan F1 1 Malaysia yang cukup mahal setanding dengan projek PKFZ. Proton adalah antara syarikat yang dilibatkan walaupun sedang sakit tenat mengalami kerugian. Sedangkan Litar F1 Sepang memerlukan belanja sebanyak RM 308 juta setiap tahun inikan pula projek F1 1 malaysia pula akan dijalankan. Nampaknya jika apa-apa berlaku kepada Naza, Proton dan Air Asia (syarikat-syarikat yang terlibat dengan F1), kerajaan akan sedia menyelamatkan (bail out) semua syarikat berpengaruh tersebut dan semestinya ia akan mengurangkan bajet untuk rakyat jelata.
Agenda ekonomi yang tidak pro rakyat, pasti akan memberi kesan jangka panjang yang menjadikan iklim ekonomi negara kian tenat.
Muhammad Nuruddin Bashah
No comments:
Post a Comment