8 tuntutan uzma BERSIH dibandingkan dengan Gotong Royong?
Cukup galak media tajaan BN memperolok tuntutan BERSIH. Malah pada pandangan rakyat yang termakan dengan dkyah televisyen, BERSIH adalah kelompok pengacau yang tidak layaak berada dalam suasana masyarakat.
Dalam satu iklan yang dicanang dalam televisyen bahawa daripada menjadi kelompok pengacau, membawa sepanduk, terpekik terlolong adalah lebih baik menyertai kempen membersihkan kampong halaman.
Ya, seolah-olah rakyat diasuh bahawa berbanding menuntut BERSIH pilihanraya, adalah lebih baik rakyat membersihkan kampong dan halaman rumah! Adakah perbandingan sehina ini ingin diajar ke minda rakyat Malaysia?
Para jawatankuasa NGO serta parti politik yang bersama menyokong BERSIH tidak pernah mengeluar kenyataan bahawa kebersihan halaman rumah dan kampong itu tidak penting. Tetapi perlukah kempen bersihkan halaman rumah diutamakan di saat penipuan, pemalsuan identiti pengundi, media bera sebelah dan rasuah di hadapan mata? Adakah BN terus ingin menTADIKAkan minda rakyat Malaysia?
BERSIH digambarkan sebagai suatu perhimpunan dengan sepanduk dan terpekik terlolong dengan mengabaikan 8 tuntutan sebenar BERSIH. Jika rakyat sedar dan baca senarai 8 tuntutan BERSIH, mesti mereka tidak termakan kempen media BN yang membandingkan tuntutan uzma BERSIH dengan kempen kebersihan ala JKK kampong.
Media pengampu BN sanggup mengenepikan isu besar tuntutan BERSIH yang inginkan kesejahteraan rakyat melebihi tuntutan kebersihan halaman rumah semata-mata. Kebejatan, pengagihan IC kepada warga asing, rasuah, kempen yang tidak adil telah menjadi kenser dalam pilihanraya Malaysia berdekad lamanya. Rakyat bukan sahaja tidak sedar, malah ingin diperbodohkan pula agar mereka tidak bangkit mengartikulasikan kesihatan minda mereka. Rakyat Malaysia tidak sedar di saat Singapura menghimpun para ilmuwan dan tenokrat menjadi warganegara mereka, Malaysia sibuk pula mewarganegarakan kaum asing yang sanggup mengundi pemerintah semata-mata. Celik mata dan lihat mengapa iklan sebegitu dihebahkan media.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua penerangan DPPK Gopeng
No comments:
Post a Comment